HONOR Magic V5: Telefon Lipat Paling Nipis Dunia Muncul di Malaysia 15 Julai Ini

HONOR mengumumkan pelancaran rasmi HONOR Magic V5, telefon lipat flagship terkini yang akan menggegarkan pasaran Malaysia pada 15 Julai 2025. Dikenali sebagai telefon lipat paling nipis di dunia, Magic V5 hadir dengan reka bentuk ultra-slim hanya 8.8mm, menjadikannya seringan syiling 50 sen namun tetap hebat dari segi prestasi, kamera dan ketahanan.

Berbeza dengan telefon lipat biasa yang selalunya tebal dan kurang selesa, HONOR Magic V5 membawa pengalaman premium dalam bentuk paling kompak. Peranti ini membuktikan bahawa ketipisan tidak semestinya membawa kompromi – ia tampil bergaya, mudah dibawa, dan tetap berkuasa.

Kuasa Bateri Luar Biasa Dalam Badan Sekecil Ini

Walaupun tampil nipis, HONOR Magic V5 hadir dengan bateri berkapasiti 5820mAh, terbesar dalam kategori telefon lipat. Ia menyokong pengecasan pantas 66W SuperCharge (penuh dalam 40 minit) dan pengecasan tanpa wayar 50W, menjanjikan tenaga yang cukup untuk seharian. Dengan kehadiran cip jimat tenaga HONOR E2, ia menjadi teman multitugas yang tahan lama.

Kamera Serba Hebat, Kini Dengan AI Imaging

Untuk penggemar fotografi, HONOR Magic V5 menawarkan kamera telefoto periskop 64MP dengan zum digital sehingga 100X, lengkap dengan teknologi AI Super Zoom dan AI Enhanced Portrait yang memberi hasil gambar setanding kamera profesional. Ciri-ciri suntingan berasaskan AI seperti AI Cutout, AI Eraser, dan AI Outpainting membolehkan pengguna menghasilkan kandungan media yang kreatif, jelas dan profesional terus dari telefon.

Rekaan Kukuh, Engsel Lasak dan Perlindungan Maksimum

HONOR Magic V5 bukan sahaja nipis, tetapi juga tahan lasak. Ia dilengkapi sistem perlindungan dalaman bendalir bukan Newtonian, kaca anti-calar NanoCrystal, dan gentian karbon Aerospace Special Fiber yang tahan hentakan. Engsel “Super Steel Hinge” yang digunakan terbukti mampu menampung berat sehingga 35kg, dan direka untuk menahan 500,000 lipatan – cukup untuk bertahan lebih 13 tahun jika digunakan setiap hari.

Ditambah pula dengan penarafan IP58 dan IP59, telefon ini tahan habuk dan percikan air, menjadikannya pilihan unggul untuk pengguna aktif dan profesional.

Pelancaran Rasmi 15 Julai – Saksikan Secara Langsung

Jangan ketinggalan menyaksikan detik pelancaran HONOR Magic V5 secara langsung di Facebook rasmi HONOR Malaysia pada 15 Julai 2025, jam 2 petang. Acara ini akan memperkenalkan spesifikasi penuh, penawaran harga dan hadiah eksklusif untuk pembeli awal.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, lawati laman web rasmi di www.honor.com/my atau ikuti mereka di Facebook @HonorMalaysia.
HONOR Magic V5 – Nipis, Bergaya, Tanpa Kompromi.