Apakah yang akan berlaku apabila cinta diuji oleh rahsia yang tersembunyi? Adakah kepercayaan boleh dikembalikan setelah segala pengkhianatan? Akad Yang Terlindung, sebuah drama yang bertemakan keluarga, kuasa, dan cinta, akan membawa penonton melalui perjalanan penuh emosi dan konflik yang rumit, bermula 14 Januari 2025 di slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.
Di bawah arahan pengarah terkenal Idora Abdul Rahman, yang sebelumnya memukau penonton dengan drama hit Aku Bukan Ustazah, Akad Yang Terlindung menjanjikan gabungan lakonan mantap daripada Siti Hariesa, Adam Lee, Ryun, Lorenzo Irman, dan Khalida Balqis. Dengan 20 episod yang penuh dengan liku-liku hidup, drama ini pasti memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Kisah Sophia, yang dilakonkan oleh Siti Hariesa, bermula dengan kehidupannya yang penuh penderitaan di bawah bumbung keluarga majikannya, Dato’ Haris dan Datin Leyla. Di rumah tersebut, Sophia dan ibunya, Aisyah, sering menjadi mangsa buli oleh Datin Leyla dan anak sulungnya, Lisa, sementara anak kedua mereka, Lara, selalu menentang sikap kejam tersebut. Keinginan Sophia untuk melarikan diri dari keadaan itu semakin kuat apabila dia semakin dewasa, namun ibunya enggan mengikuti langkahnya. Aisyah terikat dengan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan.
Sophia yang kini bekerja sebagai pakar fisioterapi akhirnya bertemu dengan Remy (lakonan Adam Lee), seorang klien yang membuatkan hidupnya lebih rumit. Walaupun ingin kekal profesional, Remy mula memikat hatinya dengan pelbagai cara. Namun, latar belakang keluarga Remy yang penuh dengan kepincangan dan pengaruh ayahnya, Azri, turut membawa konflik dalam hidup mereka.
Konflik semakin memuncak apabila Dato’ Haris dan Azri, yang lama berkenalan, mula merancang untuk menyatukan Remy dan Lisa demi tujuan perniagaan mereka. Walaupun Lisa teruja dengan perancangan tersebut, Remy tetap berhubung dengan Sophia, yang akhirnya salah faham apabila menyangka Remy curang dengannya, lebih menyakitkan lagi dengan individu yang paling dibencinya.
Apakah rahsia yang lebih besar akan terbongkar? Bagaimana hubungan antara Sophia dan Remy akan berakhir, apatah lagi dengan campur tangan Lisa? Saksikan drama penuh konflik, pengkhianatan, dan kebahagiaan yang tidak mudah dicapai ini di slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.
Bagi peminat yang ingin menonton episod terkini lebih awal, boleh menonton di iQIYI satu jam selepas tayangan di TV3. Pengguna VIP iQIYI dapat menikmati episod terkini secara ekspres pada 11.00 malam pada hari yang sama. Episod baru juga boleh ditonton secara percuma 48 jam selepas tayangan. Muat turun aplikasi iQIYI sekarang di App Store atau Play Store!
Untuk maklumat terkini mengenai drama ini dan yang lain, ikuti @TV3Malaysia di Facebook, Twitter, Instagram, dan YouTube, serta @dramasangat di Instagram.