Sime Motors akan membuat sejarah dalam industri automotif dengan penganjuran acara besar-besaran, Sime Motors AutoArena, yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 hingga 12 Januari 2025. Acara ini bertujuan merayakan ketibaan tahun baharu dan menarik perhatian penggemar kereta dan motorsikal di seluruh negara.
Sime Motors AutoArena akan menampilkan koleksi kereta dan motosikal dari jenama automotif terkenal dunia seperti BMW, MINI, Motorrad, BYD, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, dan Volvo, selain koleksi kereta terpakai premium daripada Auto Selection. Pengunjung yang hadir berpeluang menikmati promosi hebat, peluang pandu uji, serta tawaran khas yang memberikan pengalaman membeli kereta yang luar biasa. Ini adalah peluang terbaik untuk merealisasikan impian memiliki kenderaan idaman, sama ada kenderaan baru atau terpakai.
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, menyatakan, “Sime Motors AutoArena adalah satu langkah besar bagi kami dalam memberi pengalaman luar biasa kepada pelanggan. Kami berbangga dapat membawa acara ini ke Stadium Nasional Bukit Jalil, menunjukkan komitmen kami untuk terus berkembang dan berhubung dengan pelanggan melalui cara yang lebih inovatif.”
Acara yang dijangka menarik ribuan pengunjung ini turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan tawaran eksklusif di bawah satu bumbung. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat barisan pameran yang menakjubkan, merasai pengalaman membeli kereta di tempat yang tidak biasa – Stadium Nasional Bukit Jalil.
Butiran Acara:
- Tarikh: 10–12 Januari 2025
- Masa: 9 pagi – 7 malam
- Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil
Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman membeli kereta secara berbeza di Sime Motors AutoArena. Daftar sekarang di https://www.simemotors.com.my/campaign/sime-motors-autoarena-10-12-january-2025.