PELANCARAN BAZAR RAMADAN RAHMAH (BRR) DAN PROGRAM INISIATIF PENDIGITALAN SEKTOR PERUNCITAN (REDI) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Semasa Bazar Ramadan Bayan Baru di Pulau Pinang hari ini, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, telah memperkenalkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) dan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Runcit (ReDI). Kedudukan Negeri 2023 untuk Pulau Pinang.

Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) adalah inisiatif terbaru Kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menyediakan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan. Ini termasuklah dengan mengalakkan peniaga bagi menyediakan kepelbagaian konsep penyediaan makanan/ produk yang seimbang berteraskan Menu RAHMAH kepada pengunjung yang datang ke Bazar Ramadan pada tahun ini.

Antara kriteria BRR adalah sebahagian peniaga menawarkan Menu RAHMAH, lokasi yang menjadi tempat tumpuan rakyat dan menggalakkan kadar sewa RAHMAH serta berpatutan kepada peniaga berdasarkan lokaliti. Inisiatif BRR ini dilaksanakan secara kerjasama strategik di antara 2 KPDN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tanpa melibatkan sebarang implikasi kos kepada Kerajaan. Sehingga kini, sebanyak 38 lokasi sedang melaksanakan BRR di seluruh negara termasuklah 1 lokasi BRR yang dilaksanakan bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam menyantuni rakyat di sekitar Pulau Pinang sepanjang bulan Ramadan ini.

Pada masa yang sama, KPDN bersama MBPP juga meneruskan perluasan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Inisiative – ReDI) yang bertujuan untuk memastikan peniaga kecil ini tidak terus ketinggalan di dalam arus perdana dan bersama-sama dalam melibatkan diri menerusi model baharu perniagaan secara digital. Selari dengan matlamat tersebut, seramai 55 peniaga di BRR Bayan Baru telah mengaplikasikan pembayaran digital tanpa tunai (Cashless). Inisiatif ini mendokong kerangka pelaksanaan MyDIGITAL, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) RMK12 bagi sektor peruncitan dalam membantu peniaga melonjakkan semula ekonomi mereka dengan mempelbagai pilihan pembayaran di samping meningkatkan lagi pendapatan terutamanya pada musim perayaan ini.

Selain itu, syarikat Pen Petroleum Sdn Bhd (PENPEC) juga turut serta menyokong program BRR ini dengan memberikan satu unit kad petrol Caltex (“StarCash”) bernilai RM50 kepada 20 peniaga secara ‘first come first serve’ yang menawarkan Menu RAHMAH. StarCash tersebut boleh digunakan di mana-mana Stesen Caltex di negeri Pulau Pinang.

Pada masa juga, turut dilaksanakan Program Kempen MYSaveFood Ramadan 2023 yang dikelolakan oleh Pemuda GEMA. Program yang dilaksanakan ini merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan pembaziran makanan di tapak Bazar Ramadan. Lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga akan diberikan kepada golongan yang memerlukan. Pada tahun 2022 dalam program yang sama, sebanyak 3791.5kg makanan dan 4003.5kg minuman berjaya diselamatkan dan diagihkan dengan penglibatan peniaga-peniaga bazar. Manakala, sepanjang tahun 2017 hingga 2022, sebanyak 41.5 tan makanan dan minuman yang diselamatkan dan diedarkan kepada golongan yang memerlukan. Inisiatif ini juga dapat menyumbang kepada Sustainable Development Goal (SDG) 12.3 iaitu mengurangkan separuh daripada jumlah pembaziran makanan menjelang tahun 2030.

KPDN merakamkan setinggi penghargaan kepada MBPP dan semua pihak yang terlibat di atas komitmen yang sangat baik sepanjang menjayakan inisiatif BRR dan ReDI ini bagi membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban kos sara hidup mereka di Pulau Pinang di samping meningkatkan pendapatan para peniaga di sini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *