Membawa laptop yang berat ke dewan kuliah atau ke pejabat setiap hari sering kali menjadi beban fizikal. Bagi mereka yang menuntut fleksibiliti dan mobiliti tinggi, HUAWEI MatePad Air menampilkan sebagai alternatif moden yang menggabungkan reka bentuk ultra nipis serta ringan tanpa mengorbankan aspek prestasi dan produktiviti.
Keistimewaan utama peranti ini terletak kepada penyediaan PC-Level WPS Office yang membawakan pengalaman kerja seumpama membawa laptop sendiri. Berbeza dengan aplikasi mudah alih biasa yang terhad, perisian ini membolehkan pemprosesan dokumen teks yang rumit, pengurusan data lembaran kerja dengan formula lanjutan, serta penghasilan slaid pembentangan berformat penuh dijalankan dengan lancar terus dari tablet.
Keupayaan tersebut diperkasakan lagi melalui integrasi teknologi kecekapan buatan (AI) yang bertindak sebagai teknologi AI serba boleh. Fungsi AI pada peranti ini mempercepatkan tugasan kerja harian dengan menjana draf penulisan secara langsung, membetulkan tatabahasa dan meringkaskan laporan tebal atau nota kuliah yang panjang hanya dalam beberapa saat sahaja. Malah, bantuan AI turut memudahkan rekaan visual dan penstrukturan data menjadi carta yang kemas, sekali gus menjimatkan masa penyediaan tugasan penting.
Keselesaan visual pengguna turut dijamin menerusi paparan PaperMatte Display yang berkesan meminimumkan pantulan cahaya dan silau. Skrin ini menawarkan tekstur sentuhan serta keselesaan pandangan seakan membaca di atas kertas sebenar, menjadikannya sangat selamat untuk penjagaan mata walaupun terpaksa bekerja di bawah pencahayaan terang untuk tempoh yang sangat lama.
Bagi membantu melaksanakan tugasan harian yang padat dari pagi hingga ke malam, MatePad Air dibekalkan dengan bateri berkapasiti besar 10,100 mAh. Ketahanan bateri yang luar biasa ini membolehkan pengguna fokus mengulang kaji pelajaran, menghadiri mesyuarat luar atau menyiapkan projek kreatif tanpa perlu runsing mencari tempat pengecas. Secara keseluruhannya, HUAWEI MatePad Air ini membuktikan bahawa tugasan berat kini mampu diselesaikan dengan sebuah peranti yang jauh lebih ringan, cekap dan efisien.












