HONOR Sasar Apple: Telefon ‘Pembunuh’ iPhone dengan Harga Mesra Poket

HONOR, jenama teknologi global yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, kini bersedia untuk mentakrif semula landskap industri telefon pintar. Dengan pengenalan barisan peranti baharu yang menggabungkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) dan inovasi premium, HONOR menyasarkan untuk membuka lembaran baharu dalam pasaran telefon pintar mampu milik.

Siri baharu ini disasarkan terus kepada pengguna yang dahagakan prestasi peranti flagship tetapi dengan harga pertengahan. Langkah strategik ini juga secara langsung mencabar dominasi Apple di pasaran global. HONOR menggelar peranti terbarunya sebagai ‘iPhone versi mampu milik’, satu usaha berani dalam menyediakan teknologi bertaraf tinggi yang lebih mudah diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Syarikat ini menegaskan bahawa teknologi berkuasa tidak seharusnya menjadi hak eksklusif golongan tertentu sahaja. Sebaliknya, visi mereka adalah untuk menjadikan inovasi berkualiti tinggi sesuatu yang inklusif dan boleh dinikmati oleh semua.

Dengan pelancaran ini, HONOR bukan sahaja ingin bersaing, malah mahu memimpin gelombang baharu dalam evolusi telefon pintar. Untuk maklumat lanjut tentang siri yang bakal dilancarkan, pengguna boleh mengikuti perkembangan semasa melalui laman rasmi HONOR Malaysia di:

www.honor.com/my