Dengan komitmen berterusan terhadap kesihatan dan kesejahteraan pengguna, Herbalife hari ini memperkenalkan produk terbaharunya – Herbal Retreat Powder, adunan teh herba istimewa yang diformulasikan khas untuk membantu rakyat Malaysia yang mengalami gangguan tidur.
Minuman herba tanpa kafeina ini menggabungkan ramuan semula jadi seperti lemon balm, kamomil, lavender dan bunga markisa – pilihan botani yang terkenal secara tradisional dalam membantu menenangkan minda dan menggalakkan tidur yang lebih lena dan berkualiti.
Ketegangan akibat tekanan kerja dan gaya hidup moden telah memberi kesan ketara terhadap tahap kesihatan rakyat Malaysia. Kajian Inersia Kesihatan Asia Pasifik menunjukkan 68% responden di Malaysia menilai kesihatan fizikal mereka sebagai “sederhana” atau “kurang baik”, manakala 66% turut berpendapat begitu tentang kesihatan mental mereka. Malah, data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan hampir satu juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas berdepan kemurungan kebanyakannya berpunca daripada tekanan berkaitan pekerjaan.
“Tidur malam yang berkualiti adalah kunci kepada kesejahteraan menyeluruh,” kata Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura. “Dengan Herbal Retreat Powder, kami ingin menyediakan alternatif semula jadi dan mudah kepada rakyat Malaysia – minuman yang bukan sahaja membantu tubuh dan minda berehat, tetapi juga menjadi rutin malam yang menyegarkan.”
Beliau menambah bahawa teh telah lama menjadi sebahagian daripada budaya tempatan, dan produk ini direka untuk memanfaatkan tradisi tersebut sambil menyokong kesihatan moden. Rasanya yang berperisa pudina menyegarkan menjadikannya sesuai untuk diminum sebelum tidur, tanpa rasa bersalah kerana ia rendah kalori dan bebas perisa serta pewarna tiruan.

Ramuan utama, herba lemon (lemon balm), telah lama digunakan dalam perubatan tradisional Eropah untuk membantu mengatasi gangguan tidur dan keresahan. Kajian agensi seperti European Medicines Agency dan Health Canada turut menyokong keberkesanan bahan ini dalam membantu tidur yang lena secara semula jadi.
Pelancaran ini memperkukuh lagi usaha Herbalife untuk menyokong kesejahteraan seharian para pengguna melalui produk berkualiti tinggi yang dirumus secara saintifik. Herbal Retreat Powder bukan sahaja membantu dari segi tidur, tetapi juga menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup secara menyeluruh dalam dunia moden yang serba pantas dan penuh tekanan.
Herbal Retreat Powder kini boleh didapati di seluruh negara melalui laman web herbalife.com.my atau dengan menghubungi Pengedar Bebas Herbalife yang sah.