Author: Helmi Aziz

  • BCL, Jaclyn Victor dan Fajar Noor Satukan Suara dalam Konsert Bersejarah

    BCL, Jaclyn Victor dan Fajar Noor Satukan Suara dalam Konsert Bersejarah

    Konsert istimewa kali ini menyatukan tiga nama besar dalam industri muzik serantau iaitu Fajar Noor, Jaclyn Victor dan Bunga Citra Lestari (BCL) dengan rangkaian persembahan penuh variasi yang merangkumi kolaborasi istimewa, solo persembahan serta segmen interaktif bersama penonton.

    Fajar Noor membuka tirai dengan persembahan duet bersama BCL menerusi lagu “Tetaplah Di Hatiku” dan “Puteri Iklan”, sebelum meneruskan set solo yang menampilkan lagu-lagu penuh emosi seperti “Takhta Hatiku”, “Menjaga Hati” serta “Tuhan Tau Kita Saling Cinta”. Setiap bait lagu yang dinyanyikan mengalir dengan penuh penghayatan, menjadikan kehadirannya begitu memukau di pentas.

    Jaclyn Victor pula tampil bertenaga dengan duet bersama BCL melalui “Love Story” sebelum mempersembahkan deretan lagu solonya yang sarat dengan variasi genre. Lagu “Ikut Rentak Ku”, “Racun” dan “Sesal Tak Bermakna” menampilkan sisi versatil penyanyi ini, sementara “Cinta Tiada Akhirnya” memberi ruang untuk memperlihatkan kekuatan vokalnya yang penuh jiwa. Penutup set Jaclyn menerusi “Glorious” dan “Gemilang” sekaligus mengingatkan penonton kepada keunggulannya sebagai salah seorang vokalis terbaik tanah air.

    BCL selaku bintang utama tampil dengan persembahan penuh gaya bermula dengan “Overture Baru” yang segar dan bertenaga, diikuti lagu-lagu hit seperti “Ingkar”, “Jangan Gila” dan “Watak Utama” bersama Yuna. Pentas kemudian berubah menjadi lebih meriah dengan “Dance Tonight” sebelum segmen istimewa bersama pemenang membawa medley “Tetaplah Di Hatiku”, “Pernah Muda” dan “Menghapus Jejakmu”. Seterusnya, BCL mengimbangi suasana dengan lagu penuh nostalgia dan romantik seperti “Tentang Kamu”, “Cinta Pertama” serta duet mesra “Love Story” bersama Jaclyn Victor.

    Emosi terus dipacu dengan “Wanita Terbahagia”, “12 Tahun Terindah” bersama Dennis Lau, “Selalu Ada di Nadimu” dan “Memulai Kembali”. Lagu-lagu ikonik BCL seperti “Cinta Sejati” dan “Sinaran” membangkitkan sorakan gemuruh, manakala kerjasama dengan Fajar dalam “Putri Iklan” dan “Aku dan Dirimu” menambahkan momen manis di pentas. Persembahan diteruskan dengan “Karena Kucinta Kau” sebelum ditutup penuh syahdu dengan “Badai Telah Berlalu”, meninggalkan penonton dalam kehangatan emosi yang mendalam.

    Konsert ini bukan sahaja menampilkan kehebatan vokal ketiga-tiga artis hebat, tetapi juga merangkai perjalanan muzik yang penuh warna, mempamerkan kolaborasi indah, cerita cinta dan semangat yang tiada tandingan. Ia menjadi sebuah pengalaman yang sukar dilupakan, bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah perayaan muzik yang menyentuh hati setiap penonton.

  • Cipta 3: Dato’ M. N46ir Gegarkan Axiata Arena dengan Malam Rock Bersejarah

    Cipta 3: Dato’ M. N46ir Gegarkan Axiata Arena dengan Malam Rock Bersejarah

    Konsert berskala mega bakal menggamatkan Axiata Arena pada 27 September 2025 apabila Dato’ M. N46ir kembali dengan pementasan “Cipta 3”. Acara yang dijadualkan bermula jam 8 malam ini dianjurkan oleh Icon Entertainment dan menjanjikan sebuah persembahan penuh energi dengan gabungan karya-karya ikonik yang telah merentas generasi.

    Malam bersejarah ini akan dibuka dengan segmen pembukaan yang menampilkan lagu-lagu hebat seperti “Isi Atau Kulit”, “Musnah” dan “Jerangkung Dalam Almari”. Seterusnya, suasana akan diteruskan dengan “Pembakar Perasaan”, “Opera Hidup” serta “Apa Lagi” yang pastinya membakar semangat penonton.

    Segmen kedua menampilkan sisi romantis dengan rangkaian karya seperti “Laila Namamu Teratas”, “Srikandi Cintaku” serta pilihan lagu penuh emosi “Jiwa-Jiwa Luka” dan “Rupa Tanpa Wajah”. Momentum kemudian diteruskan ke segmen ketiga yang membawa penonton menyusuri perjalanan muzik menerusi “Pertama Dan Selamanya”, “Rendang Tak Berbuah”, “Mahligai Syahdu” serta pilihan lagu klasik “Falsafah Cinta”, “Dibayang Awan”, “Ukiran Jiwa” dan “Meniti Titian Usang”. Penonton turut berpeluang menyaksikan persembahan penuh dramatik menerusi “Di Jalan Sesat”, “Kau Ratnaku”, “Hipokrasi” serta “Aku Dah Bosan”.

    Segmen keempat memperlihatkan sisi balada penuh syahdu dengan “Cinta Sepi”, “Saatku Idamkan” dan “Gemuruh” yang akan menambah getaran jiwa setiap yang hadir. Persembahan diteruskan ke segmen kelima yang menampilkan karya kolaborasi bersama kumpulan legenda Kembara melalui “Impian Seorang Nelayan”, selain himpunan lagu perjuangan seperti “Hati Emas”, “Gerhana” dan “Duit Duit” yang begitu sinonim dengan perjuangan muzik rock tanah air.

    Sebagai penutup yang epik, pentas “Cipta 3” akan menutup tirai dengan “Apokalips” serta versi khas “Pawana” dalam irama koplo yang dijangka mencetuskan fenomena di dalam arena.

    Konsert ini turut menampilkan barisan pemuzik hebat yang mendukung kelainan bunyi dan keindahan muzik. Antara yang terlibat ialah Nan Alias dan Rafi Mohd di posisi gitar, Firdaus Mahmud dan Eddie Slam di keyboard, Norman Abdullah pada bass serta Ujang Exists di drum. Persembahan turut diperkaya dengan sentuhan percussion latin oleh Pa’ang Zaman, percussion tradisional oleh Awe Hisharudy, permainan gambus oleh Boy Razli serta alunan flute oleh Mohar. Kehadiran lima penyanyi latar iaitu Eja Muhamad Nor, Juanita Ismail, Sutan Yuaz, Awe Azran dan Widy Hamzah pula dijangka memberikan harmoni vokal yang lebih mantap.

    Konsert “Cipta 3” turut mendapat sokongan padu daripada penaja utama seperti Etiqa selaku rakan strategik, DTC sebagai pengangkutan rasmi, manakala Era, Sinar, Gegar dan Zayan menjadi radio rasmi. Astro Gempak pula bertindak sebagai rakan digital rasmi. Dengan tema tatacara pakaian “Rock Cara Lu… Janji Rock”, penonton dijemput hadir dalam gaya paling bebas namun tetap mengekalkan semangat rock yang tidak pernah luntur.

    Dengan gabungan susunan segmen yang bertenaga, barisan pemuzik hebat serta sokongan penuh penaja, “Cipta 3” dijangka menjadi antara konsert rock paling bersejarah dan dinanti-nantikan pada tahun 2025.

  • BYD Sime Motors Launches SEAL 6 EV in Malaysia, A Global First for the C-Segment Sedan

    BYD Sime Motors Launches SEAL 6 EV in Malaysia, A Global First for the C-Segment Sedan

    BYD Sime Motors, the official distributor of BYD cars in Malaysia, today unveiled the BYD SEAL 6 EV, marking the model’s first international debut right here in Malaysia. This milestone underscores BYD’s commitment to the Malaysian market while setting a new benchmark in the C-segment sedan category.

    The launch of the BYD SEAL 6 EV expands the brand’s growing portfolio in Malaysia. It brings together cutting-edge electric vehicle technology, premium comfort and modern design, making the sedan segment more attractive and accessible to Malaysian drivers. With this model, BYD introduces a fresh approach to electric mobility that balances innovation, practicality and style.

    The BYD SEAL 6 EV is introduced with the tagline “A New Era for C-Segment Sedan in Malaysia – Precision. Passion. Aligned.” Precision is highlighted through its advanced suspension system, which is the first in BYD’s line-up to feature a dual ball-joint MacPherson strut combined with rear multi-link suspension, offering a smooth and responsive ride that feels refined in the city and composed on the highway. Passion is reflected in its design that rekindles the joy of driving, enhanced by a quiet and premium cabin, ergonomic details and seamless connectivity. Aligned represents the perfect blend of engineering and emotion, creating a true connection with every drive.

    Jeffrey Gan, Managing Director of Sime Motors, Southeast Asia, described the BYD SEAL 6 EV as a new benchmark for electric vehicles in Malaysia. He emphasized that the model combines attractive design, advanced innovation and everyday practicality. As the seventh model in BYD’s local line-up, it broadens the brand’s appeal to a diverse customer base. He added that the expanding network of outlets and after-sales support would ensure more Malaysians embrace electric mobility as part of a cleaner and smarter future.

    Eagle Zhao, Managing Director of BYD Malaysia, shared that the SEAL 6 EV was designed to show that an electric car can be both advanced and accessible. He noted that the competitive pricing, long range and smart technology make it an ideal choice for daily use, offering strong value without compromising on innovation.

    The SEAL 6 EV redefines expectations of a C-segment sedan in Malaysia. It is the largest in its class and delivers an enjoyable and refined driving experience. Equipped with rear-wheel drive, it offers a premium sporty feel that is unique in its segment. The model’s balance is further supported by a tight turning radius of 5.5 meters, while practicality is enhanced with 24 smart storage compartments and a combined cargo capacity of 525 liters. Powering the sedan is a dynamic electric motor delivering 160 kilowatts and 330 newton meters of torque, accelerating from 0 to 100 kilometers per hour in just 7.5 seconds with three available driving modes.

    In Malaysia, the BYD SEAL 6 EV is available in two variants: Dynamic, priced at RM100,000, and Premium, priced at RM115,800. Customers can choose from exterior colors such as Arctic White, Harbour Grey and Misty Blue, while the interior comes in a stylish black and grey finish. An exclusive launch package worth up to RM6,288 is being offered to the first 800 customers. This includes a complimentary wall charger valued at RM3,288 and additional launch rebates, with special options available for both landed property and high-rise residents. Customers will also receive complimentary accessories, including a Vehicle-to-Load adapter and a Type 2 charging cable with a three-pin plug.

    Every purchase is backed by a comprehensive warranty package, which covers the vehicle for six years or 150,000 kilometers, the drive unit for eight years or 160,000 kilometers, and the high-voltage Blade Battery for eight years or 160,000 kilometers.

    BYD Sime Motors is also strengthening its nationwide presence with 37 outlets now operational across Malaysia, aiming to reach 50 outlets by the end of 2026. Since entering the Malaysian market, the company has sold over 20,000 units, a testament to the strong and growing customer confidence in the brand. The expanding network ensures convenient access to trusted sales and after-sales services, as well as charging solutions, further reinforcing the company’s role in driving long-term EV adoption in Malaysia.

    Bookings for the BYD SEAL 6 EV are now open at BYD outlets nationwide. More information can be found on the official website at https://byd.simemotors.my/ or by following BYD Sime Motors on Facebook and Instagram. Customers may also contact BYD Sime Motors Customer Care at 1300-38-1888 for further enquiries.

  • HONOR Clinches Double Win at GSMA Digital Nation Awards 2025 with ALS Awareness Video

    HONOR Clinches Double Win at GSMA Digital Nation Awards 2025 with ALS Awareness Video

    HONOR, a global leader in AI-powered smart device ecosystems, has received two major accolades at the GSMA Digital Nation Awards 2025, underscoring its commitment to digital inclusion, innovation, and accessibility. As the only participant to win two awards this year, HONOR was recognized with the Excellence in Digital Inclusion Video Award and the Best Digital Nation Video Award.

    The recognition was awarded to HONOR’s awareness campaign, Freeze for ALS, HONOR the Challenger, which highlighted the realities of Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS), a progressive neurological disease that often limits patients to controlling only their eye movements. The campaign was commended for its ability to showcase the transformative role of mobile technology in promoting sustainability, digital inclusion, and innovation. Competing against 17 other finalists across the Asia Pacific region, HONOR secured top honors for its compelling storytelling and impactful message.

    To support individuals with disabilities such as ALS, HONOR has developed multimodal AI eye-tracking technology that allows users to control their smartphones entirely with their eyes. From opening notifications to launching applications, this innovation enables hands-free operation and enhances accessibility, significantly improving the quality of life for users with limited mobility.

    Justin Li, President of HONOR South Pacific, expressed gratitude for the recognition, noting that being the only company to secure two awards at the GSMA APAC Digital Nation Awards 2025 is a proud moment for the brand. He emphasized that the achievement reflects HONOR’s dedication to shaping a more inclusive and sustainable digital future both globally and locally, stating, “HONOR MY Life, HONOR MY Future.”

    Alongside celebrating its awards, HONOR also underscored its focus on digital trust and cybersecurity during the Digital Nation Summit Kuala Lumpur (ASEAN Edition). In his keynote speech titled Cybersecurity and Digital Trust: Safeguarding ASEAN’s Digital Future, Li stressed that effective and accessible security requires human-centric innovation coupled with strong partnerships. HONOR collaborates with regulators, platforms, and software partners to build safer online environments, working closely in Malaysia with the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and MyDigital ID to enhance secure and seamless access to digital services while ensuring user privacy.

    HONOR further strengthened its commitment by integrating AI Deepfake Detection technology into its smartphones at no additional cost to consumers. This feature is designed to identify fake or manipulated content during video calls, reinforcing the brand’s promise to safeguard user security and privacy. Li highlighted that cybersecurity should be viewed as a necessity rather than an expense, particularly in emerging markets where affordability is essential. He pointed to HONOR’s mid-range X Series, including the latest X9d 5G, which is equipped with advanced security features such as fingerprint identification and facial recognition, demonstrating the brand’s dedication to making advanced security accessible to all.

    Through its dual recognition at the GSMA Digital Nation Awards and its ongoing advancements in digital trust and cybersecurity, HONOR continues to strengthen its role as a leader in creating inclusive, secure, and innovative digital ecosystems for communities worldwide.

  • ONE OK ROCK Brings Explosive Detox Asia Tour 2026 Next February

    ONE OK ROCK Brings Explosive Detox Asia Tour 2026 Next February

    Following the explosive success of their DETOX South American and North American Tour earlier this year, alongside a busy summer of stadium and dome performances in Japan and a run of shows across Europe this fall, international rock phenomenon ONE OK ROCK is set to return to Asia in 2026 with the DETOX Asia Tour. The first wave of cities and dates has been revealed, with more shows expected to be announced soon.

    The tour will begin in Bangkok on February 21, 2026, before making stops in major cities across the region including Seoul, Manila, Singapore, Taipei, Kuala Lumpur, Hong Kong, Shanghai, and Jakarta. This ambitious itinerary reaffirms the band’s reputation as one of the most powerful touring acts in the world, continuing their momentum from sold-out shows across multiple continents.

    Earlier this year, ONE OK ROCK completed their largest-ever U.S. tour, performing at iconic venues such as The Greek Theatre in Los Angeles and the Prudential Center in Newark, where they captivated tens of thousands of fans. Over the summer, the band headlined some of Japan’s most prestigious stadiums before heading into a full slate of European shows this fall. They also recently confirmed their upcoming Australian tour scheduled for March 2026, further cementing their global presence.

    The DETOX Asia Tour 2026 is in support of their latest studio album, DETOX, which has been met with widespread acclaim from both critics and fans. Featuring the standout single “Tropical Therapy,” the album showcases the band’s boldest musical evolution to date, blending soaring anthemic hooks with raw and personal lyricism. It represents not only a creative milestone but also a deeply resonant release that has connected with audiences around the world.

    ONE OK ROCK has consistently proven their ability to deliver unforgettable live experiences. From their sold-out stadium and dome shows across Japan to their unforgettable performance at Paris’ Stade de France, where they opened for Linkin Park in front of 80,000 fans, the band has established itself as one of the most electrifying live acts in the modern music scene. Their highly anticipated return to Asia in 2026 promises to carry the same high-energy intensity, emotional impact, and immersive performances that continue to draw fans worldwide.

    Tickets and more information are available through the band’s official website at https://www.oneokrock.com/en/news/.

  • Borneo Fashion Week 2025: Pentas Global Fesyen Berteraskan Kelestarian & Budaya

    Borneo Fashion Week 2025: Pentas Global Fesyen Berteraskan Kelestarian & Budaya

    Borneo Fashion Week (BFW) 2025 kembali dengan lebih besar dan berwawasan, membawa aspirasi baharu ke pentas fesyen antarabangsa. Berlangsung pada 10 hingga 11 Oktober di Pavilion Damansara Heights, lokasi eksklusif ini dijangka memberikan pengalaman imersif kepada para pengunjung dengan gabungan pameran fesyen, pertunjukan budaya dan sentuhan kreatif bertaraf dunia.

    Diasaskan oleh Stephanie Alcantara, juara Mrs. Malaysia Classique Globe 23/24, naib juara Miss Malaysia 1990 dan Dewi Remaja 1989, BFW lahir daripada keinginan untuk memperjuangkan budaya masyarakat pribumi sambil memperkukuh kedudukan Asia dalam dunia haute couture. Sejak diperkenalkan, acara ini berkembang menjadi salah satu festival utama dalam kalendar kreatif rantau ini, menghimpunkan pereka, peragawati serta penggiat industri fesyen dari seluruh dunia.

    Dengan tema “Fashion With Purpose”, edisi tahun ini menekankan bahawa fesyen bukan sekadar gaya, tetapi juga sebuah platform identiti, kebanggaan dan kelestarian. Para pereka diwajibkan untuk mempersembahkan sekurang-kurangnya satu rekaan berkonsepkan lestari, sejajar dengan kesedaran terhadap alam sekitar. Menurut Stephanie, matlamat utama BFW adalah untuk melangkaui sekadar sebuah pertunjukan fesyen. Ia menjadi wadah penceritaan, menyemai rasa hormat terhadap budaya, dan mencetuskan kesedaran tentang kepentingan kelestarian.

    BFW 2025 menampilkan pereka tersohor dan bakat baharu, di samping jenama gaya hidup serta persembahan budaya yang menghubungkan seni, muzik dan fesyen. Dari tekstil tradisional hingga rekaan kontemporari, gabungan warisan dan inovasi ini mencerminkan kekuatan Borneo sebagai pusat inspirasi global. Konsep tahun ini bukan sahaja meraikan akar budaya, malah memperlihatkan bagaimana fesyen dapat menjadi pemangkin ekonomi dan agen perubahan sosial.

    Borneo Fashion Week juga terus memperkukuh jaringan global melalui kolaborasi bersama media antarabangsa dan pempengaruh fesyen, sekali gus membuka peluang luas kepada pereka tempatan untuk tampil di peringkat dunia. Pereka baharu diberikan ruang sama rata dengan nama besar dalam industri, termasuk liputan media dan peluang rangkaian, bagi memastikan suara generasi baharu terus berkumandang dalam dunia fesyen.

    Kelestarian tetap menjadi teras utama dengan penggunaan material mesra alam dan proses penghasilan yang lebih eco-conscious. Warisan budaya Borneo tetap diberi tempat dengan penampilan motif, tekstil dan hasil pertukangan tradisional dalam gaya moden yang segar. Penganjuran kali ini turut mendapat sokongan rakan strategik seperti Cavu Fragrance, NADI Clinic, Pensonic, Esperer Cosmetiques dan Pavilion Damansara Heights. Kerjasama ini meletakkan BFW sebagai festival gaya hidup menyeluruh yang menyatukan inovasi, wellness dan budaya.

    Stephanie menegaskan bahawa impian jangka panjangnya adalah menjadikan Borneo Fashion Week sebagai pusat fesyen utama Asia yang diiktiraf secara global. Dengan kempen Visit Malaysia 2026, beliau berharap BFW dapat disenaraikan dalam kalendar tahunan MOTAC sebagai salah satu acara kebanggaan negara. Matlamat ini bukan sahaja untuk memperkenalkan bakat tempatan ke persada dunia, tetapi juga membuka peluang kerjasama antarabangsa serta mencipta nilai ekonomi untuk pereka dan penggiat industri fesyen Malaysia dan Borneo.

    Antara pereka yang bakal tampil di pentas BFW 2025 termasuk Angelique, Aldrin, Clarissima, Calvin Tho, December Teo, GC Jade, Inayad, Ocely, Saerah, Barzwang, Jayk, Wan Bynun, Even Ong, Penan Bag, Maswira Majid, Nasha Prive dan Yacutha dari Malaysia. Turut serta ialah Bianca dan Gracie dari Vietnam, Hayden Ng dan Indra Mubarak dari Singapura serta Bilang dari Brunei. Kehadiran nama-nama ini menandakan kepelbagaian perspektif kreatif yang akan dipersembahkan kepada dunia di Pavilion Damansara Heights pada Oktober nanti.

  • Kristal X & Azlan & The Typewriter Gegar Zepp KL Dengan Konsert Rockolusi 2026

    Kristal X & Azlan & The Typewriter Gegar Zepp KL Dengan Konsert Rockolusi 2026

    Republic Mokhmah Records memulakan tahun 2026 dengan penganjuran sebuah konsert bersejarah yang mempertemukan dua nama besar dalam dunia muzik tanah air, Kristal X dan Azlan & The Typewriter. Acara yang dinamakan Rockolusi Kuasa Dua ini bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026, sekaligus menjadi tarikh penting yang wajib ditandakan dalam kalendar para peminat muzik tempatan.

    Konsert ini dijangka mengembalikan nostalgia buat penggemar Kristal X yang sudah lama menantikan lagu-lagu ikonik seperti Memburu Impian, Luahan Hati, Suatu Kenangan dan Seragam Hitam dipersembahkan secara langsung. Begitu juga dengan peminat Azlan & The Typewriter yang masih segar dengan fenomena lagu Jangan Khianati Aku, sebuah karya yang bukan sahaja berjaya menawan hati peminat tempatan tetapi juga menembusi pasaran Indonesia.

    Menurut wakil Republic Mokhmah Records, Encik Musa, konsert ini adalah usaha untuk menghidupkan kembali semangat karya-karya legenda yang pernah mewarnai industri muzik Malaysia. Katanya, Kristal X bukan sekadar sebuah kugiran biasa tetapi antara nama besar yang melakar sejarah ketika masih remaja dengan bimbingan karyawan muzik berpengalaman. Lagu-lagu mereka kekal malar segar hingga ke hari ini, malah semangat mereka kini lebih matang dan bertenaga. Musa turut menegaskan bahawa penglibatan Azlan menjadikan Rockolusi Kuasa Dua lebih bermakna kerana beliau dianggap salah seorang vokalis terbaik negara dengan kebolehan vokal tinggi yang luar biasa.

    Azlan sendiri menyatakan rasa terhormat kerana dapat berkongsi pentas dengan Kristal X yang menjadi sebahagian daripada perjalanan muziknya sejak remaja. Beliau melihat Rockolusi Kuasa Dua sebagai peluang untuk membuktikan bahawa muzik mereka masih relevan dan terus hidup dalam jiwa peminat lama mahupun generasi baharu.

    Tiket konsert ini telah mula dijual sejak 23 September lalu bermula jam 3 petang menerusi laman web www.ilassotickets.com. Harga tiket ditawarkan mengikut kategori iaitu RM168, RM188, RM248, RM348 dan Royal Box berharga RM8000 untuk 10 orang. Sambutan awal dijangka hangat memandangkan konsert ini bukan sekadar persembahan biasa tetapi bukti nyata bahawa muzik tempatan masih mempunyai barisan artis yang perlu dihargai, diberi peluang serta disokong.

    Rockolusi Kuasa Dua akan menjadi pentas bersejarah yang menyatukan dua pemuzik legenda ini dalam satu malam penuh energi dan emosi. Para peminat diseru untuk hadir dan menyaksikan sendiri bagaimana Kristal X dan Azlan & The Typewriter terus membuktikan bahawa muzik mereka tidak pernah pudar ditelan masa. Zepp Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026 bakal menjadi saksi kebangkitan semula dua nama besar ini, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam landskap muzik Malaysia.

  • Maxim Perkenal “Drive For Inclusion”: Pemandu OKU Kini Lebih Dihargai

    Maxim Perkenal “Drive For Inclusion”: Pemandu OKU Kini Lebih Dihargai

    Dalam langkah bersejarah ke arah keterangkuman dalam ekonomi digital Malaysia, Maxim Malaysia telah melancarkan program “Drive For Inclusion”, sebuah inisiatif yang memberi peluang kepada individu berkeperluan khas untuk menjadi pemandu e-hailing. Program ini membuka ruang kepada komuniti OKU yang sering berdepan cabaran besar dalam mencari pendapatan tetap untuk mendapatkan kerjaya yang bermakna.

    Melalui inisiatif ini, Maxim berhasrat untuk menyediakan laluan pekerjaan yang bukan sahaja memberi pendapatan, malah turut menawarkan fleksibiliti, kebebasan dan maruah diri kepada pemandu. Program “Drive For Inclusion” turut menampilkan sokongan istimewa seperti kadar komisen bersubsidi antara sifar hingga lima peratus, bergantung kepada tahap aktiviti pemandu. Selain itu, Maxim menyediakan talian bantuan khas harian yang memudahkan urusan pendaftaran, navigasi dan penyelesaian isu teknikal dalam tempoh 24 jam. Rangkaian sokongan rakan sebaya juga diwujudkan bagi membolehkan para pemandu berkongsi pengalaman dan amalan terbaik.

    Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley, menegaskan bahawa mobiliti adalah hak asasi bukan sahaja kepada penumpang, tetapi juga mereka yang menyediakan perkhidmatan. Beliau menambah bahawa bakat itu bersifat universal, namun peluang sering kali tidak sama rata. Drive For Inclusion, menurut beliau, adalah komitmen syarikat untuk mengubah keadaan tersebut dengan meruntuhkan halangan serta membuktikan bahawa keupayaan mampu mengatasi kekurangan.

    Program ini telah mula memberikan kesan positif kepada kehidupan peserta. Salah seorang pemandu terawal, Abd Hashim, yang mengalami strok separuh badan, berkongsi pengalamannya bersama Maxim. Sebelum menyertai program ini, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan kerana banyak majikan tidak memahami keadaannya. Kini, sebagai pemandu sepenuh masa, beliau menikmati kebebasan, fleksibiliti dan sumber pendapatan yang stabil. Menurutnya, peluang ini mengembalikan kegembiraan dan harapan dalam hidup serta membuktikan bahawa golongan OKU juga mampu berjaya apabila diberikan ruang yang sewajarnya.

    Proses untuk menyertai Drive For Inclusion adalah sama seperti pendaftaran pemandu Maxim yang lain, dengan tambahan langkah pengesahan status OKU. Pengesahan boleh dilakukan di mana-mana pejabat Maxim atau melalui pengesahan bergambar di aplikasi. Pemandu perlu menyediakan dokumen lengkap seperti MyKad, Lesen Memandu Kompeten yang sah lebih setahun, Lesen PSV, beberapa dokumen rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan, pemeriksaan kesihatan serta Kad OKU.

    Bagi memudahkan perancangan perjalanan, Maxim turut memperkenalkan kalkulator pendapatan yang boleh diakses melalui laman web rasmi syarikat. Alat ini membantu pemandu merancang strategi kerja mereka dengan lebih bijak untuk mencapai sasaran pendapatan yang diinginkan.

    Melalui program ini, Maxim membuktikan bahawa teknologi dan inovasi bukan sekadar soal mobiliti, tetapi juga tentang memberi peluang sama rata, memperkasakan komuniti dan membina masa depan yang lebih inklusif untuk semua.

  • HONOR X9d 5G: Triple-Resistant Powerhouse with Exclusive Pre-order Rewards

    HONOR X9d 5G: Triple-Resistant Powerhouse with Exclusive Pre-order Rewards

    HONOR has officially launched the HONOR X9d 5G in Malaysia, introducing a new era of smartphone durability and performance. Priced from RM1,499, the device maintains the same affordability as its predecessor while offering ten significant upgrades across durability, battery life, display, chipset, audio, and network capabilities.

    The HONOR X9d 5G is engineered with groundbreaking Triple Resistant Durability, setting a new benchmark in toughness and reliability. It features ultra-deep tempered glass reinforced with Corning Gorilla Glass Victus 2, providing a 31 percent deeper tempering depth for a stronger and more resilient screen. Unlike its predecessors, the device now comes with a flat display design, further improving durability and practicality. Addressing the often-overlooked issue of internal damage, HONOR has introduced aerospace-grade non-Newtonian fluid that hardens instantly on impact, offering up to 300 percent greater shock absorption. A new six-layer shock absorption structure inspired by bulletproof technology enhances protection even further, ensuring internal components remain safe from accidental drops and impacts.

    Water and dust resistance have also been elevated to new levels. For the first time in the X Series, the HONOR X9d 5G achieves IP69K certification, surpassing previous ratings and allowing it to withstand extreme conditions such as immersion underwater at six meters, high-temperature splashes at 85 degrees Celsius, exposure to multiple types of liquids, and even 30 days of submersion in one-meter water. The phone also incorporates a Drainage and Dust Removal system that uses vibrations to clear ports of moisture and debris, along with AI-powered touch features that keep the screen responsive even in heavy rain or when used with gloves.

    This level of resilience has earned the device the prestigious SGS Triple Resistant Premium Performance Certification, proving its ability to endure the toughest environments. To further reassure customers, HONOR includes a one-year Liquid Damage Protection Warranty, making it the first smartphone brand in Malaysia to offer such coverage.

    Beyond durability, the HONOR X9d 5G delivers significant performance improvements. It houses the largest battery in the industry at 8300mAh, offering up to three days of use on a single charge and an impressive standby time even at just two percent battery. The MagicOS 9.0 Ultra Power Saving Mode ensures users still have enough power for calls or messaging in emergencies. The device supports 66W HONOR SuperCharge for quick top-ups and 7.5W reverse charging, turning the phone into a portable power bank.

    Photography enthusiasts will enjoy the 108MP Ultra-Sensing Camera with advanced stabilization, supported by a suite of AI imaging tools such as AI Eraser, AI Cutout, and AI Remove Reflection. Creative features like 4K HD Moving Photo Collage and HONOR Connection make editing and sharing more seamless than ever.

    The display is another highlight, featuring a 6.79-inch OLED panel with 1.5K resolution, up to 6000 nits peak brightness, and 3840Hz PWM dimming. Combined with advanced eye comfort technologies including AI Defocus Display and Circadian Night Display, the HONOR X9d 5G ensures a comfortable viewing experience even during extended use.

    Powered by the Snapdragon 6 Gen 4 chipset, the phone delivers faster performance, smoother multitasking, and energy efficiency designed for long-term use. HONOR’s Lightweight OS Engine provides up to 90 percent smoother operation, quicker app launches, and more responsive navigation. The VC Ice Cooling System maintains stable performance even during intensive gaming sessions. Audio has also been upgraded with a dual speaker system that produces sound 400 percent louder than before, creating a more immersive listening experience.

    Connectivity is stronger and more reliable with an optimized antenna design that boosts signal strength and stability. Everyday convenience is enhanced with instant NFC access, allowing users to quickly manage payments and tasks such as topping up a Touch ’n Go card.

    The HONOR X9d 5G is available in two storage variants, 256GB at RM1,499 and 512GB at RM1,699, with 24GB of RAM including 12GB Turbo RAM. Customers can choose from four stylish colors: Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, and Midnight Black.

    As part of its launch offer, customers who pre-order the HONOR X9d 5G from now until 9 October 2025 will receive free gifts worth RM1,146, including an HONOR Pad X7 tablet along with three protection policies: 365-day Front and Back Crack Protection, a one-year extended warranty, and a one-year Liquid Damage Protection Warranty. Pre-orders are available at HONOR Experience Stores, the HONOR Malaysia website, official stores on Lazada, Shopee, and TikTok Shop, as well as authorized dealers such as Harvey Norman, Senheng, SenQ, and Urban Republic.

    The HONOR X9d 5G will officially be available in stores nationwide starting 10 October 2025.

  • Eira Syazira & Nabila Maharani Bergabung Suara Dalam “Bawang Merah Bawang Putih”

    Eira Syazira & Nabila Maharani Bergabung Suara Dalam “Bawang Merah Bawang Putih”

    Dua nama besar dari Malaysia dan Indonesia, Eira Syazira serta Nabila Maharani, tampil bersatu dalam single terbaru berjudul Bawang Merah Bawang Putih. Lagu ini dilancarkan serentak hari ini di semua platform digital utama termasuk saluran rasmi YouTube Trisna Music, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kerjasama seni antara dua negara serumpun.

    Single bergenre pop ini mendapat sentuhan kreatif penuh daripada Trisuaka selaku pencipta lagu, manakala susunan muzik diolah oleh Ardy Goliath. Proses rakaman berlangsung di Studio Trisna Music, Jogjakarta, menandakan kolaborasi antara pemuzik Malaysia dan Indonesia yang membawa nilai artistik tersendiri.

    Projek ini dijayakan dengan kerjasama dua syarikat hiburan serantau, iaitu ES Arjuna Management dari Malaysia dan Positif Art Entertainment dari Indonesia. Kesepakatan ini bukan sahaja menzahirkan kerjasama profesional, malah memperkukuh hubungan budaya serta seni Nusantara yang semakin berkembang.

    Lebih istimewa, keseluruhan projek termasuk penghasilan lagu dan video muzik mendapat tajaan penuh daripada Candyta, jenama penjagaan rambut yang kian mendapat tempat di hati pengguna. Selain itu, usaha promosi single ini turut diperkasakan dengan sokongan daripada Batik Air, Le Méridien Putrajaya, Kaki Jersey serta Perabot Jati Awish.

    Video muzik Bawang Merah Bawang Putih yang turut dirakam di Jogjakarta menampilkan kisah klasik penuh emosi. Naratifnya menggambarkan watak Bawang Putih yang sering diperlakukan tidak adil oleh ibu serta adik tirinya, sebelum kemunculan seorang putera berkuda yang hadir sebagai penyelamat. Visual sinematik yang dipaparkan memberi dimensi baharu terhadap kisah dongeng ini dan dijangka mampu menyentuh hati penonton.

    Eira Syazira bukanlah nama asing dalam industri hiburan Malaysia. Beliau mula dikenali sejak awal 2000-an sebagai pelakon, penyanyi dan personaliti televisyen dengan pelbagai drama dan filem popular. Dalam bidang nyanyian, beliau pernah merakamkan beberapa single seperti Say, Kau Yang Ku Sayang dan Jebakan yang berduet bersama Dodhy Kangen Band. Di samping itu, Eira juga bergelar usahawan sebagai pengasas jenama penjagaan rambut Candyta, menjadikannya ikon serba boleh dalam dunia seni dan keusahawanan.

    Nabila Maharani pula merupakan penyanyi muda berbakat dari Indonesia yang mula mencuri perhatian melalui kolaborasi bersama Tri Suaka. Nama mereka melonjak selepas persembahan jalanan di Yogyakarta tular di media sosial dengan lagu-lagu popular seperti Bila Nanti dan Ayang yang meraih jutaan tontonan di YouTube. Dengan vokal merdu serta penyampaian yang penuh emosi, Nabila kini menjadi antara penyanyi generasi baharu paling berpengaruh di Indonesia, Malaysia dan seluruh Nusantara.

    Menurut wakil pengurusan projek, Azad Jazmin, kolaborasi ini bukan sahaja mempertemukan dua suara hebat dari dua negara tetapi juga berfungsi sebagai jambatan budaya yang menyatukan Malaysia dan Indonesia melalui muzik.

    Single Bawang Merah Bawang Putih kini boleh dinikmati di semua platform digital bermula 9 September 2025. Para peminat muzik di kedua-dua negara serta rantau serantau diseru untuk sama-sama meraikan momen bersejarah ini.