Author: Helmi Aziz

  • Joe Flizzow Terima Pengiktirafan Ikon Belia Johor di Anugerah Sukan Johor ke-31

    Joe Flizzow Terima Pengiktirafan Ikon Belia Johor di Anugerah Sukan Johor ke-31

    Nama besar dalam industri muzik tanah air, Joe Flizzow, sekali lagi mencatat sejarah apabila beliau menerima pengiktirafan sebagai Ikon Belia Johor (Penggiat Seni) sempena Anugerah Sukan Johor ke-31 (ASJ31). Anugerah berprestij ini disampaikan bersempena majlis pelantikan ikon belia negeri Johor sebagai tanda penghormatan kepada sumbangan beliau terhadap dunia seni, budaya dan pembangunan anak muda.

    Sebagai penyanyi, penulis lagu, penerbit muzik dan usahawan, Joe Flizzow telah menjadi figura penting yang bukan sahaja mengangkat martabat muzik hip-hop Malaysia, malah turut memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berkarya dan berani menembusi batasan. Perjalanan kariernya sarat dengan kejayaan yang membanggakan negara. Pada tahun 2018, beliau menjadi artis Malaysia pertama yang memenangi MTV Europe Music Awards bagi kategori Best Southeast Asia Act. Dalam industri tempatan pula, Joe Flizzow telah meraih 11 trofi Anugerah Industri Muzik sejak tahun 2002 hingga 2022, menjadikannya antara penerima terbanyak dalam sejarah AIM.

    Kejayaan beliau di pentas Anugerah Juara Lagu turut meninggalkan jejak penting apabila lagu Apa Khabar bersama SonaOne dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-29, menjadikan karya hip-hop pertama yang berjaya mencatat kemenangan tersebut. Tidak terhenti di situ, beliau kembali menyerlah di AJL37 pada tahun 2023 apabila lagu Satu Malam di Temasek bergelar Naib Juara.

    Selain pencapaian di pentas muzik, Joe Flizzow turut dikenali sebagai ikon hip-hop Malaysia yang membawa kebanggaan Johor ke persada seni antarabangsa. Beliau menjadi inspirasi anak muda bukan sahaja dalam bidang muzik, malah turut mendorong mereka untuk menceburi dunia fesyen dan perniagaan. Sebagai pengasas label Kartel Records dan platform 16 Baris, beliau telah membuka ruang kepada ramai bakat baharu untuk berkembang dalam industri seni.

    Dalam bidang keusahawanan, Joe Flizzow berjaya membina jenama Joe’s Barbershop yang kini mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh negara. Kepimpinan beliau dalam industri muzik juga terserlah apabila dilantik sebagai Pengarah Urusan Def Jam Recordings Southeast Asia, sebuah label hip-hop yang berprestij dan berpengaruh di dunia.

    Terbaru, Joe Flizzow melancarkan single berjudul “Berlian”, sebuah lagu yang membawa mesej motivasi dan inspirasi buat generasi muda. Karya ini membuktikan konsistensi beliau dalam menghasilkan muzik segar yang relevan dengan perkembangan semasa, selari dengan kedudukannya sebagai salah seorang ikon hip-hop paling berpengaruh di rantau Asia Tenggara.

    Pengiktirafan sebagai Ikon Belia Johor bukan sahaja mengangkat nama Joe Flizzow sebagai artis, malah mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin industri dan usahawan berjaya. Beliau membuktikan bahawa seni mampu menjadi wahana untuk perubahan positif dalam masyarakat, khususnya dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing.

    “Pengiktirafan ini bukan sahaja penghormatan kepada saya secara peribadi, tetapi juga kepada seluruh anak muda Johor yang berani bermimpi dan berusaha mencapai kejayaan dalam apa jua bidang,” ujar Joe Flizzow ketika menerima anugerah tersebut.

    Dengan pencapaian ini, kedudukan Joe Flizzow sebagai figura berpengaruh dalam dunia seni dan belia terus kukuh, bukan sahaja di Johor, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

  • “Cinta Sepenuh Jiwa” Hadir, Sinetron MNC Pictures Ditemani Suara Merdu Siti Nurhaliza & Ade Govinda

    “Cinta Sepenuh Jiwa” Hadir, Sinetron MNC Pictures Ditemani Suara Merdu Siti Nurhaliza & Ade Govinda

    MNC Pictures kembali mempersembahkan karya terbarunya melalui sinetron berjudul Cinta Sepenuh Jiwa yang akan segera tayang eksklusif di RCTI. Mengangkat kisah cinta yang penuh emosi dan makna, sinetron ini menampilkan para bintang muda berbakat seperti Cut Syifa, Ibrahim Risyad, serta Kenny Austin. Kehadiran mereka diharapkan mampu menghadirkan chemistry yang kuat dan menyentuh hati penonton setia layar kaca.

    Sebagai penguat jalan cerita, lagu Menamakanmu Cinta ciptaan Ade Govinda yang dibawakan oleh penyanyi legendaris Dato’ Sri Siti Nurhaliza terpilih menjadi soundtrack resmi sinetron Cinta Sepenuh Jiwa. Kehadiran lagu tersebut menambah kekuatan emosional, selaras dengan tema cinta mendalam yang menjadi inti dari kisah sinetron ini.

    Sejak perilisannya, Menamakanmu Cinta berhasil mencuri perhatian publik. Official Lyric Video yang dirilis pada 18 Juli 2025 telah ditonton lebih dari 3,3 juta kali, sementara Official Music Video yang tayang pada 12 September 2025 berhasil mengumpulkan lebih dari 395 ribu views di YouTube. Popularitasnya semakin terbukti dengan catatan lebih dari 4,9 juta plays di YouTube Music dan 2,1 juta streams di Spotify, menjadikannya salah satu karya yang paling dinantikan serta dicintai para penikmat musik.

    Ade Govinda menjelaskan bahwa lagu ini diciptakan sebagai bentuk ungkapan cinta yang tulus kepada orang terkasih. Menurutnya, sepenuh jiwa kita bisa mencintai seseorang, namun tak selalu sepenuh jiwa dapat mengungkapkannya. Hal itu sejalan dengan kisah yang dihadirkan dalam sinetron Cinta Sepenuh Jiwa, yang penuh dengan dinamika perasaan dan konflik batin.

    Dengan alur cerita yang menyentuh hati dan kehadiran soundtrack yang menggugah perasaan, Cinta Sepenuh Jiwa siap menjadi tontonan istimewa yang menghadirkan kehangatan bagi keluarga Indonesia. Penonton dapat segera menyaksikan penayangan perdananya hanya di RCTI.

  • HONOR X9d 5G Pre-orders Sold Out Before Launch – Official Sales Start 10 October

    HONOR X9d 5G Pre-orders Sold Out Before Launch – Official Sales Start 10 October

    The HONOR X9 Series continues to strengthen its dominance in Malaysia’s mid-range smartphone market, with the newly launched HONOR X9d 5G achieving a complete pre-order sell-out across all platforms. This milestone is especially impressive as the official pre-order period is only set to end on 9 October. The overwhelming response has already surpassed the record set by its predecessor, the HONOR X9c 5G, positioning the X9d 5G as the top choice for Malaysian consumers in its segment. While general pre-order channels have closed due to high demand, limited stocks remain exclusively available through Maxis, although quantities are running low.

    The remarkable success of the HONOR X9d 5G can be attributed to its six major upgrades that bring meaningful improvements to the user experience. Enhanced durability, stronger performance, and a massive battery capacity headline the advancements, making the device stand out as an excellent value option in the mid-range category. Another key highlight is the inclusion of a one-year Liquid Damage Protection Warranty, making it the only smartphone in the market to offer such coverage. This assurance has further strengthened consumer confidence in the device. The pre-order momentum was also boosted by HONOR’s exclusive free gift bundle, which included the Pad X7 tablet, creating significant excitement and driving rapid sell-outs across all channels.

    The journey of the HONOR X9d 5G is only beginning. As it moves toward its official nationwide sales launch on 10 October 2025, HONOR has announced another exclusive offer for buyers. Every purchase of the HONOR X9d 5G will come with a complimentary HONOR Watch 2i smartwatch, available on a first come, first serve basis. This special bundle allows those who missed out on pre-order to still enjoy premium value, while also receiving additional benefits such as a 365-day Front and Back Crack Protection plan, a one-year extended warranty, and the one-year Liquid Damage Protection Warranty, altogether worth RM946.

    The HONOR X9d 5G will be available in two variants: 24GB RAM (including 12GB HONOR Turbo RAM) with 256GB storage priced at RM1,499, and 512GB storage priced at RM1,699. Consumers can also choose from four stylish color options, Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, and Midnight Black. Starting 10 October, the device can be purchased at HONOR Experience Stores nationwide or through the official HONOR Malaysia website. With its impressive specifications, exclusive protection packages, and premium smartwatch bundle, the HONOR X9d 5G is set to elevate the smartphone experience for Malaysian users who seek performance, style, and unbeatable value.

  • Empat Generasi, Satu Meja: Kopitiam “Geng Bijak Berbajet” Jadi Platform Bijak Berbelanja

    Empat Generasi, Satu Meja: Kopitiam “Geng Bijak Berbajet” Jadi Platform Bijak Berbelanja

    Empat generasi, satu kopitiam, pelbagai cara bijak berbajet! TV3 Drama Sangat dengan kolaborasi Hotlink hari ini memperkenalkan Siri Drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet di Balai Berita, Bangsar. Siri drama berbentuk digital ini ditayangkan secara eksklusif di TikTok dan Instagram, membawa kelainan dengan suasana penuh gelagat komuniti serta tip pintar untuk berbelanja dengan lebih bijak.

    Menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Riena Diana, Zamarul Hisham, Angeline Tan dan Lorenzo Irmann, siri ini diarahkan oleh Safuan Rashid dan diterbitkan oleh Astra Entertainment. Ia terdiri daripada lapan episod dengan durasi antara tiga hingga lima minit setiap satu. Siri ini menekankan elemen persahabatan yang dekat dengan kehidupan seharian di kopitiam serta nilai kejiranan yang akrab dengan penonton. Tayangan akan bermula pada 1 Oktober 2025, setiap Rabu dan Khamis, jam 12 tengah hari melalui akaun rasmi TikTok @hotlink.official, @dramasangat serta Instagram @hotlinkred dan @dramasangat.

    Latar kisah berpusat di Kopitiam Mei Mang Best yang mempertemukan empat sahabat daripada generasi berbeza. Pertemuan yang tidak disengajakan ini melahirkan Geng Bijak Berbajet, sebuah kumpulan yang berdepan cabaran kehidupan harian dengan cara masing-masing untuk terus berjimat. Penonton akan mengenali Aunty Mei lakonan Angeline Tan, seorang pemilik kopitiam yang masih setia dengan buku kira-kira 555; Uncle Din lakonan Zamarul Hisham, seorang bekas guru berpengalaman; Nisa lakonan Riena Diana, seorang freelancer dengan ketagihan kopi ais; serta Mika lakonan Lorenzo Irmann, seorang anak muda yang cekap dalam dunia digital.

    Setiap episod mengangkat cabaran kehidupan dengan penyelesaian berasaskan tip berjimat, dibantu dengan Hotlink hacks serta semangat setiakawan yang semakin erat. Konflik utama bermula apabila kopitiam tradisi tersebut dicabar dengan kemunculan sebuah kafe hipster baharu, menimbulkan persoalan sama ada mereka mampu mempertahankan port lepak kegemaran komuniti.

    Menurut Marlia Zul Amran, Pengurus Besar Kandungan TV3, siri ini bukan sekadar hiburan komedi ringan tetapi juga gambaran bagaimana generasi berbeza mampu disatukan melalui cabaran kewangan harian dan semangat kejiranan. Beliau menegaskan bahawa kerjasama bersama Hotlink ini membuka ruang kepada kandungan yang relevan dengan kehidupan sebenar, di samping meraikan kreativiti tempatan di platform digital.

    Stephanie Wong, Ketua Pegawai Operasi Media Prima OMNiA, pula menyatakan bahawa drama bersiri ini dihasilkan bagi menyampaikan mesej kewangan secara semula jadi melalui pendekatan kreatif. Katanya, kerjasama ini membolehkan mesej budaya berhemat disampaikan secara lebih menarik, menyeronokkan serta mudah dikongsi bersama penonton di media sosial.

    Dalam masa yang sama, Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis, menegaskan bahawa idea yang diketengahkan selari dengan tawaran Hotlink yang sentiasa menekankan nilai terbesar pada harga terbaik. Beliau berharap siri ini mampu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk lebih berbangga dengan amalan bijak berbajet, sambil melihat Hotlink bukan sahaja sebagai penyedia perkhidmatan mudah alih, tetapi juga rakan yang memahami keperluan mereka.

    Majlis pelancaran turut diserikan dengan gimik pembukaan oleh pelakon utama, diikuti tayangan eksklusif episod pertama. Keserasian antara keempat-empat watak jelas menceriakan layar, sekaligus menghidupkan mesej santai namun penuh makna yang menjadi nadi siri ini.

    Siri Drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet mengajak penonton untuk turut serta dalam perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar rasmi #HotlinkGengBijakBerbajet dan #GengBijakBerbajet. Hotlink Prepaid dan Postpaid dengan pelan internet nilai terbesar terus menampilkan pilihan bijak untuk pengguna, seiring dengan semangat drama ini yang meraikan gaya hidup berjimat cermat.

    Untuk maklumat lanjut mengenai drama kegemaran, orang ramai boleh mengikuti akaun rasmi TV3 di Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia serta laman Instagram Drama Sangat @dramasangat.

  • Tulus, Sal Priadi, Dere, Idgitaf & Kunto Aji Satukan Pentas KL 5 Disember Ini

    Tulus, Sal Priadi, Dere, Idgitaf & Kunto Aji Satukan Pentas KL 5 Disember Ini

    Tur SAMA SAMA yang menjadi fenomena muzik di Indonesia kini meneruskan perjalanan ke Malaysia. Selepas menutup tirai di Bogor pada 24 Mei lalu, Tulus selaku salah seorang pemuzik yang terlibat telah menunaikan janji kepada para peminat untuk membawa kolaborasi ini ke luar negara. Kuala Lumpur menjadi destinasi kelima Tur SAMA SAMA dengan Idea Live Arena dipilih sebagai lokasi perdana pada 5 Disember 2025 bermula jam 7.30 malam.

    Gabungan lima nama besar industri muzik Nusantara iaitu Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf menjadikan konsert ini sebuah persembahan istimewa yang sarat dengan nuansa kolaborasi. Tur ini tidak sekadar menampilkan persembahan solo tetapi juga menyajikan format duet, trio hingga kuintet. Para pemuzik turut bertukar lagu, mencipta susunan baharu dan mempersembahkan hasil yang hanya dapat disaksikan secara eksklusif di pentas Tur SAMA SAMA.

    Penganjur bersama iaitu PT Expo Indonesia Jaya, Thrive dan Tiga Dua Satu menyatakan rasa teruja kerana dapat merealisasikan janji untuk membawa Tur SAMA SAMA ke Malaysia selepas kejayaan di empat kota besar Indonesia, iaitu Bandung, Surabaya, Yogyakarta dan Bogor. Menurut Udzir Harris daripada Thrive, pengumuman mengenai Kuala Lumpur menjadi salah satu destinasi adalah satu impian besar setelah melihat sambutan hangat peminat di negara jiran. Bagi Bram Tulong dari Expoindo, Tur ini membawa tema kolaborasi tidak biasa yang lahir daripada apresiasi peminat yang luar biasa terhadap lima figura muzik berpengaruh ini.

    Sal Priadi pula menambah bahawa pentas Tur SAMA SAMA akan memberikan pengalaman dinamik dengan format persembahan yang tidak pernah dilakukan di pentas lain. Janji tersebut kini direalisasikan dengan konsert epik yang bakal menghiburkan peminat muzik Malaysia pada hujung tahun ini.

    Tiket untuk Tur SAMA SAMA telah mula dijual sejak 29 September 2025 bermula dengan harga RM228. Sebanyak 11 kategori ditawarkan termasuk Bronze, Crystal, Silver, Diamond, Gold, Platinum, Ruby, Sapphire, Emerald, Emerald Extra dan Group Suite. Tiket boleh didapati melalui BBO Events dan laman rasmi samasamatur.com.

    Acara ini turut mendapat sokongan penuh daripada pelbagai rakan strategik. myBCA menjadi bank rasmi, manakala ERA, Sinar dan THR Gegar bertindak sebagai radio rasmi. Astro Gempak pula menjadi rakan digital rasmi dan Tourism Malaysia serta Cuti-Cuti Malaysia menyokong sebagai rakan utama.

    Tur SAMA SAMA di Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan. Para peminat diseru agar tidak melepaskan peluang menyaksikan kolaborasi luar biasa lima pemuzik hebat ini pada 5 Disember 2025 di Idea Live Arena.

  • Identiti Tersembunyi Jeon Yeo-been Hidupkan Aura Suspens Dalam Ms. Incognito

    Identiti Tersembunyi Jeon Yeo-been Hidupkan Aura Suspens Dalam Ms. Incognito

    Dalam kehidupan ada yang berani tampil dengan identiti sebenar, namun ada juga yang memilih untuk bersembunyi di sebalik penyamaran. Di dunia yang penuh dengan pengkhianatan, kekuatan bukan lagi sekadar pilihan, sebaliknya ia menjadi jalan tunggal untuk bertahan. Drama baharu berjudul Ms. Incognito mengetengahkan realiti bahawa setiap manusia memiliki sisi gelap tersendiri, dan apabila kebenaran terbongkar, ia mampu menjadi senjata yang paling berbahaya. Drama ini bakal ditayangkan serentak di Malaysia dan Korea bermula 29 September 2025, eksklusif di Tonton.

    Dibarisi pelakon hebat seperti Jeon Yeo-been, Jin-young, Seo Hyun-woo, Jang Yoon-joo dan Joo Hyung-young, drama ini mengisahkan tentang Bu Se-mi lakonan Jeon Yeo-been, seorang wanita yang terjebak dalam perkahwinan kontrak sambil hidup dalam penyamaran demi melindungi rahsia serta harta majikannya. Segala-galanya tampak terkawal sehinggalah kemunculan Choi Dong-min yang dilakonkan oleh Jin-young. Seorang lelaki jujur yang pada mulanya hadir sebagai sinar, namun tanpa disedari menjadi ancaman terbesar terhadap rahsia hidup Bu Se-mi.

    Pertemuan mereka membawa kepada hubungan yang semakin rapat tetapi perlahan-lahan ia mula retak apabila kepercayaan mula dipersoalkan. Perasaan yang tercipta di antara mereka diuji oleh takdir yang sarat dengan pengkhianatan dan dilema antara cinta serta penyamaran. Mampukah Bu Se-mi mengekalkan rahsianya tanpa mengorbankan cinta yang hadir dalam hidupnya?

    Hasil tulisan Hyun Gyu-ri dengan arahan Park Yoo-young, Ms. Incognito menawarkan jalan cerita asli yang penuh misteri, konflik emosi dan kejutan yang tidak mudah dijangka dari awal hingga akhir. Dengan watak-watak yang kompleks serta plot yang penuh teka-teki, drama ini menjanjikan pengalaman segar, mendebarkan dan memikat bagi peminat tegar K-drama.

    Kisah ini membawa penonton menyelami sisi gelap kehidupan manusia, di mana identiti boleh ditukar, kepercayaan boleh dikhianati dan cinta boleh dikorbankan demi kelangsungan hidup. Setiap episod membuka rahsia baharu yang menguji kesetiaan serta kejujuran, sekali gus membuat penonton terus tertanya-tanya siapakah yang benar-benar mampu bertahan dalam permainan penuh tipu daya ini.

    Tayangan perdana Ms. Incognito bermula pada 29 September ini, setiap Isnin dan Selasa jam 9.00 malam, serentak dengan siaran di Korea melalui Tonton. Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan kegemaran anda, ikuti platform rasmi Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram menerusi @tontonmy.

  • Shiha Zikir & Dukes Hadir Dengan Visual Puitis ‘Bila Kau Datang Menangis’

    Shiha Zikir & Dukes Hadir Dengan Visual Puitis ‘Bila Kau Datang Menangis’

    DUKES, kumpulan muzik yang terdiri daripada lima anak muda penuh semangat eksperimental, kini hadir dengan muzik video (MV) terbaharu berjudul Bila Kau Datang Menangis. Mengangkat konsep visual yang unik serta sarat simbolik emosi, MV ini berjaya memanifestasikan perjalanan daripada keterasingan menuju kebebasan melalui sentuhan seni yang segar.

    Kisah dalam muzik video ini digarap dalam bentuk kiasan dengan penggunaan set kiub kaca yang menjadi metafora kepada rasa terperangkap. Pada bahagian awal, kiub tersebut melambangkan jurang yang wujud antara seseorang dengan dunia luar, di mana orang lain hanya mampu melihat tanpa benar-benar memahami isi hati. Namun, penceritaan berubah pada penghujungnya apabila ruang yang sama bertukar menjadi pentas kebebasan, dihiasi dengan letupan warna, percikan cat dan aksi santai DUKES yang menzahirkan pelepasan serta intensiti emosi sebenar lagu ini.

    Penggambaran dilakukan di dalam studio bagi memberikan ruang maksimum untuk eksplorasi visual. Studio dipilih kerana ia memberi kebebasan kepada pasukan produksi menghasilkan teknik kreatif yang sukar direalisasikan di lokasi terbuka, termasuk slow shutter light trails, penggunaan lensa fisheye untuk perspektif terubah bentuk serta babak letupan cat berwarna. Kesemua elemen ini menyumbang kepada sebuah visual yang dramatik, halus dan penuh tenaga.

    Muzik video ini diarahkan oleh Shiha Zikir bersama Arul daripada SHIHA ZIKIR EMPIRE PRODUCTION. Kolaborasi ini lahir daripada keinginan untuk menyatukan muzik dengan penceritaan visual yang kuat. Menurut mereka, DUKES juga menunjukkan keterbukaan dalam mencuba pelbagai idea kreatif. Konsep awal yang diinspirasikan daripada elemen air kemudiannya berkembang kepada babak penuh warna sebagai simbol transformasi dan pelepasan emosi.

    Proses penggambaran turut menyaksikan cabaran teknikal yang mengujakan. Salah satunya ialah menghasilkan kesan slow shutter yang memerlukan koordinasi sempurna antara cahaya dan pergerakan. Namun, momen paling berharga tercipta sewaktu babak letupan cat di dalam kiub kaca. Peralihan daripada suasana dingin kepada letupan warna memberikan pengalaman seakan-akan konsert sebenar yang penuh emosi dan bertenaga.

    Bagi vokalis DUKES, Ziyyad, pengalaman ini memberi makna mendalam kerana ia membolehkan mereka menyalurkan emosi dengan lebih jujur. Beliau menyifatkan kiub kaca bukan sekadar set tetapi lambang realiti ramai orang yang terperangkap dalam perasaan sendiri. Apabila letupan warna berlaku, ia seolah-olah mewakili detik pembebasan sebenar. Seperti muzik mereka, MV ini menjadi medium untuk meluahkan, menjerit dan akhirnya merasa bebas.

    Dengan naratif simbolik, visual eksperimental dan persembahan penuh tenaga, Bila Kau Datang Menangis dijangka memberikan pengalaman menonton yang segar serta beremosi kepada para peminat. Muzik video penuh kini boleh ditonton di YouTube melalui saluran rasmi DUKES dengan judul Bila Kau Datang Menangis (Official Music Video).

    Untuk maklumat terkini mengenai Alternate Records & Talents, peminat boleh mengikuti platform media sosial rasmi di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

  • Anna Jobling Terajui Undian, Seoul Jadi Destinasi Kemenangan!

    Anna Jobling Terajui Undian, Seoul Jadi Destinasi Kemenangan!

    Debaran semakin memuncak apabila pelakon kesayangan Malaysia, Anna Jobling, bakal berangkat ke Seoul, Korea Selatan bagi menghadiri Seoul International Drama Awards (SDA) 2025. Dengan tercalon dalam kategori Outstanding Asian Star – Malaysia, kehadirannya bukan sekadar membawa nama peribadi, malah mewakili semangat jutaan peminat yang sentiasa mendukung perjalanan seninya. Anna dijadualkan berlepas ke Seoul pada 1 Oktober, membawa bersama harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihatnya mencipta kejayaan di pentas antarabangsa.

    Pencalonan Anna dalam kategori tersebut menjadi bukti nyata terhadap bakat besar yang dimilikinya. Pengiktirafan di pentas berprestij antarabangsa ini sekali gus membuka lembaran baharu dalam kerjayanya serta mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai antara bintang muda paling berpengaruh di rantau Asia.

    Fenomena Anna bermula dengan kejayaan luar biasa drama Melur Untuk Firdaus yang memperkenalkan dirinya kepada peminat serantau. Kali ini, namanya terus menyerlah apabila drama Hai Cinta, Dengarkanlah berjaya menambat hati penonton, bukan sahaja di Malaysia tetapi turut mendapat perhatian di platform penstriman Tonton di seluruh Asia. Populariti drama itu melonjakkan gelombang sokongan peminat sehingga Anna mendahului carta undian, seakan nadi semangat penyokong yang mahu melihatnya menjulang nama negara di pentas dunia.

    Dalam reaksinya, Anna meluahkan rasa terharu atas sokongan luar biasa daripada peminat yang sentiasa bersamanya. Menurutnya, pencalonan ini adalah hadiah terbesar dalam kerjayanya dan peluang mewakili Malaysia di Seoul adalah sesuatu yang sangat dihargai. Anna turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus memberikan undian dan doa sehingga malam kemuncak, kerana kemenangan yang diraih nanti bukan hanya miliknya, tetapi juga milik seluruh negara.

    Bagi meraikan kejayaan tersebut, Tonton menghadiahkan penonton dengan promosi eksklusif ‘Koleksi Pujaan Hati’ yang menawarkan langganan istimewa berharga RM20 untuk tiga bulan. Tawaran ini boleh didapati menggunakan kod diskaun eksklusif ‘ANNAJOBLING’, sekali gus memberi peluang kepada peminat menonton semua karya lakonan Anna sambil terus menyokong perjalanannya dari skrin tempatan ke pentas antarabangsa.

    Seoul International Drama Awards 2025 akan berlangsung pada 2 Oktober di Yeouido KBS Hall, Seoul. Majlis anugerah berprestij ini bakal menyaksikan Anna berdiri sebaris dengan bintang-bintang besar Asia. Acara berkenaan akan disiarkan secara langsung di YouTube pada 2 Oktober, manakala tayangan di SBS TV dijadualkan pada 3 Oktober 2025, jam 6 petang waktu Korea. Karpet Merah dijangka bermula jam 3.30 petang diikuti acara kemuncak dari jam 5 hingga 7 malam.

    Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan kegemaran anda, ikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram di @tontonmy.

  • Selangor Perkenal Pelan Ekonomi Kreatif 2025, Kreativiti Jadi Pemacu Pertumbuhan

    Selangor Perkenal Pelan Ekonomi Kreatif 2025, Kreativiti Jadi Pemacu Pertumbuhan

    Kerajaan Negeri Selangor hari ini merasmikan Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025 (SCEE25) dengan tema “Re:Imagine Selangor – Creativity is the New Economy.” Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, bersama EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ekonomi Kreatif Negeri Selangor, YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi. Pelancaran ini menandakan bermulanya era baharu bagi pembangunan industri kreatif negeri yang dilihat mampu menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi.

    Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif yang diperkenalkan hari ini merangka hala tuju 10 tahun untuk mengangkat Selangor sebagai hab kreatif serantau dengan sasaran sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak RM20 bilion menjelang tahun 2035. Pelan ini memberi tumpuan kepada inovasi dan keusahawanan, pengukuhan bakat tempatan, pemeliharaan warisan budaya, serta peluasan akses pasaran global. Ia juga didukung oleh enam pemangkin utama iaitu pembangunan bakat, pemerkasaan digital, kemudahan pembiayaan, kesiapsiagaan infrastruktur, akses pasaran yang lebih luas dan sistem tadbir urus yang mantap.

    Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025 yang berlangsung pada 23 hingga 24 September di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam berfungsi sebagai platform penting untuk menggerakkan inisiatif pelan tindakan ini. Penganjurannya menampilkan pelbagai sesi termasuk perbincangan dasar, forum, bengkel, pameran dan persembahan interaktif. Selain itu, ia turut membuka ruang jaringan perniagaan melalui CRE8Biz Xchange yang mempertemukan usahawan dengan jenama besar, pelabur serta agensi kerajaan. CRE8Fund pula dilancarkan sebagai Dana Mikro Kreatif Selangor untuk membantu syarikat pemula dan pencipta tempatan mendapatkan pembiayaan, manakala CRE8Stage mengetengahkan persembahan seni, pameran serta pengalaman kreatif daripada bakat tempatan. Ekspo ini juga menjadi pentas pemeteraian memorandum persefahaman yang menonjolkan kerjasama strategik merentas industri.

    Menurut YB Najwan, ekonomi kreatif tidak lagi boleh dilihat hanya dalam konteks seni dan budaya semata-mata, sebaliknya ia kini merupakan bidang yang mampu mencipta pekerjaan bernilai tinggi, merangsang inovasi, mengukuhkan sektor pelancongan dan membina identiti global bagi Selangor. Industri kreatif negeri ini telah menyumbang antara RM8 hingga RM10 bilion kepada KDNK pada tahun 2022. Dengan pelaksanaan pelan tindakan baharu ini, Selangor menyasarkan pertumbuhan berganda menjelang 2035 dengan mewujudkan ekosistem yang inklusif, berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.

    Ekspo ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) dan mendapat sokongan daripada pelbagai rakan strategik sektor awam dan swasta. Langkah ini membuktikan komitmen Selangor untuk terus memartabatkan industri kreatif sebagai tunjang ekonomi baharu dan mengukuhkan kedudukan negeri sebagai pusat kreativiti serantau.

  • Samsung Galaxy Buds3 FE Review: Compact Design, Big Performance

    Samsung Galaxy Buds3 FE Review: Compact Design, Big Performance

    The Samsung Galaxy Buds3 FE strikes an impressive balance between portability, performance, and modern features, making it a compelling choice for users seeking reliable wireless earbuds without breaking the bank.

    Sleek and Lightweight Design

    Weighing just 5 grams per earbud, the Buds3 FE are exceptionally comfortable for extended listening sessions. The earbuds fit snugly in the ear, and their compact 21.1 x 18.0 x 33.8 mm dimensions make them unobtrusive during commutes, workouts, or office use. Coupled with the IP54 rating, they offer protection against sweat and light splashes, ensuring durability in everyday scenarios.

    Premium Audio Experience

    Audio quality is a highlight of the Buds3 FE. With a 1-way speaker setup and support for AAC, SBC, and Samsung’s SSC codec, the earbuds deliver clear mids and highs, while the integrated 6 microphones enhance call clarity. Features like Active Noise Cancellation (ANC) and 360 Audio allow users to enjoy immersive sound, whether listening to music or joining calls in noisy environments. Additionally, the Ambient Sound mode lets you stay aware of your surroundings without removing the earbuds—a practical touch for outdoor or urban use.

    Smart Connectivity

    Connectivity is smooth and reliable thanks to Bluetooth v5.4 with support for A2DP, AVRCP, and HFP profiles. The Auto Switch feature seamlessly transitions audio between Samsung devices, making the Buds3 FE a convenient companion for users already in the Galaxy ecosystem.

    Thoughtful Sensor Integration

    The Buds3 FE are equipped with multiple sensors, including Hall, Pressure, Proximity, and Touch Sensors, allowing for intuitive controls and automatic play/pause functionality when the earbuds are worn or removed. This thoughtful sensor integration adds a layer of convenience that enhances the overall user experience.

    Strong Battery Life

    Battery performance is impressive for earbuds of this size. With 53 mAh per earbud and a 515 mAh case, the Buds3 FE provide up to 6 hours of music playback with ANC on (up to 8.5 hours with ANC off) and a total of 24 hours of playback with ANC on (30 hours with ANC off). Talk time is similarly strong, offering up to 4 hours per session and 18 hours in total.

    Added Features for Modern Users

    The Galaxy Buds3 FE also integrate well with Samsung services. Bixby voice wake-up allows hands-free control, while Samsung Find ensures that you can locate your earbuds quickly if misplaced.

    Conclusion

    The Samsung Galaxy Buds3 FE impresses as a lightweight, feature-packed, and well-rounded pair of earbuds. Its combination of clear audio, effective ANC, smart connectivity, and durable design makes it a dependable choice for music lovers, professionals, and everyday users alike. While it doesn’t aim to replace premium flagship earbuds, it delivers excellent value with a thoughtfully curated set of features.