Melodi Terhangat Superstar Tour Gegar Utara: AEON Mall Bukit Mertajam Jadi Tumpuan!

Pulau Pinang kini bersiap sedia untuk menerima kehangatan Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) menerusi siri jelajah eksklusif, Melodi Terhangat Superstar Tour, yang bakal berlangsung di AEON Mall Bukit Mertajam pada Sabtu, 19 Julai 2025.

Selepas kejayaan di Johor, lokasi kedua jelajah ini menjanjikan pengalaman lebih dekat dan mesra bersama rakyat utara. Peminat setia dunia hiburan tempatan bakal disajikan dengan sesi eksklusif bersama barisan selebriti popular tanah air termasuk Amyra Rosli, Hael Husaini, Aman Aziz, Raden Zaharatul, Puteri Khareeza dan Zarif Ghazzi.

Antara aktiviti yang paling dinanti termasuk sesi ramah mesra bersama artis, cabutan bertuah, pengambilan foto dan persembahan pentas secara langsung yang pastinya membangkitkan semangat AMT2025.

Menambahkan lagi keistimewaan acara ini ialah kehadiran PROTON selaku Penaja Bersama dan Rakan Kereta Rasmi AMT2025. Jenama automotif kebanggaan negara ini membawakan All-New PROTON X50 untuk tontonan umum serta pra-tempahan di lokasi. Pengunjung juga berpeluang menyertai kempen Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar dan berpeluang memenangi sebuah PROTON X50 serba baharu!

Melodi Terhangat Superstar Tour bukan sekadar promosi untuk acara anugerah ia adalah satu inisiatif menyatukan peminat dan selebriti dalam satu ruang, meraikan irama, gaya dan semangat pop budaya Malaysia secara langsung.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kemeriahan AMT2025 di AEON Mall Bukit Mertajam. Untuk info lanjut dan pengumuman barisan artis serta aktiviti penuh, ikuti saluran rasmi @TV3Malaysia dan @MelodiTV3.

Melodi Terhangat Superstar Tour kini menjelajah lebih jauh, membawa pentas hiburan terus kepada anda rakyat Malaysia!