Ledakan dunia animasi tempatan kini kembali gegar panggung apabila Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) membuka tayangan secara besar-besaran di 161 lokasi pawagam seluruh Malaysia dan Brunei sejak dua hari lalu. Sekuel yang dinanti ini bukan sahaja menjadi fenomena, malah mencatat sejarah sebagai tayangan filem animasi tempatan terbesar pernah dilakukan.
Sambutan hangat turut datang daripada barisan Key Opinion Leaders (KOL) dan pempengaruh media sosial yang meluahkan rasa kagum terhadap naskhah terbitan WAU Animation ini. Dari visual mengagumkan, runut bunyi bertenaga hinggalah babak aksi yang mendebarkan, semuanya menyatu dalam sebuah karya yang membuktikan animasi Malaysia mampu bersaing di peringkat global.
Antara yang paling bersemangat mengulas ialah pempengaruh terkenal, Ceddy Ang. “Kalau awak seorang gamer, awak akan appreciate this movie sebab fight scene sangat mantap, animasi tip top, soundtrack pun bagus, effect semua memang terbaik! Kita dah tahu Ejen Ali memang international level, tapi bila tengok fight scene tu, saya rasa amazed. Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa sangat bangga. Saya akan bagitahu satu dunia yang ‘this is our movie’. Kita tak payah cakap pasal animasi luar dah, EATM2 memang mantap!”
Bagi Risk Saidon, pempengaruh dan peminat tegar francais Ejen Ali, sekuel ini membuktikan kematangan dari pelbagai aspek produksi. “Sebelum tengok EATM2, saya dah ulang tengok filem pertama tiga kali. Dari segi animasi, yang kedua ni memang nampak kelainan, lebih halus dan lebih matang. Nampak betul effort animator. Watak pun nampak aging, berkembang ikut masa. Effect air pun memang menjadi. Filem pertama memang dah over the top, dan yang kedua ini still best, cuma kena fikir lebih sikit. Secara keseluruhan, best gila, saya bagi 10/10. Saya memang syorkan bawa anak-anak tengok!”
Kehadiran EATM2 bukan sekadar sambungan kisah pengembaraan Ali dan rakan-rakannya, tetapi juga simbol kebangkitan dan kematangan industri animasi negara. Ia menunjukkan bagaimana daya imaginasi dan teknologi boleh disatukan dalam bentuk filem yang mencetus emosi dan inspirasi.
Dari rekaan watak yang lebih dewasa, hingga elemen sinematik yang setaraf produksi antarabangsa, Ejen Ali The Movie 2 bukan hanya satu tayangan, tapi sebuah pengalaman. Ia mengangkat maruah animasi tempatan ke tahap lebih tinggi dan membina harapan baru terhadap masa depan industri kreatif Malaysia.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan filem animasi paling hangat tahun ini. Ejen Ali The Movie 2 kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.
Misi sudah bermula – tempah tiket anda sekarang dan alami sendiri aksi penuh emosi yang akan menggegarkan semangat patriotik dalam diri!
