Rasai Kesegaran Teh Yeo’s Bersama DOLLA Dalam Kempen ‘Totally Vibing’

Yeo Hiap Seng (Yeo’s), jenama warisan dengan lebih daripada 60 tahun dalam industri, kini tampil lebih segar dan dinamik melalui rangkaian Teh Yeo’s. Antara pilihan menarik termasuk Yeo’s Teh Lemon, Yeo’s Teh Hijau Jasmine, Yeo’s Teh Hijau Pucuk Awal, serta perisa terbaharu, Yeo’s Teh Buah Markisah. Untuk memperkukuhkan sambutan terhadap kempen ‘Yeo’s Totally Vibing’, jenama ini turut mengumumkan kumpulan sensasi tempatan, DOLLA, sebagai duta kategori minuman teh sedia diminum.

Yeo’s terus komited menyediakan pilihan minuman yang lebih sihat dan segar kepada rakyat Malaysia. Dalam pada itu, kolaborasi bersama DOLLA, kumpulan terkenal dengan gaya bertenaga dan kreativiti unik, menyerlahkan semangat generasi muda masa kini. Gabungan ini mencerminkan nilai jenama Yeo’s yang meraikan keunikan, kreativiti, dan gaya hidup aktif yang menjadi nadi kehidupan jiwa muda.

“Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan minuman yang menyegarkan dan menyihatkan. Melalui kerjasama dengan DOLLA dalam kempen ini, kami ingin memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meraikan kreativiti dan keunikan mereka,” kata Lee Hon Seng, Pengurus Besar Yeo’s Malaysia.

Keistimewaan Rangkaian Teh Yeo’s

Rangkaian Teh Yeo’s dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi, seperti aroma harum bunga jasmine, jus lemon segar, daun teh hijau terbaik yang dipetik pada pucuk awal, dan jus markisah untuk perisa baharu. Semua produk Yeo’s direneh segar tanpa bahan pengawet tambahan, menjanjikan rasa dan aroma semula jadi.

  • Yeo’s Teh Hijau Jasmine dan Yeo’s Teh Hijau Pucuk Awal: Memberikan rasa yang menenangkan dan menyegarkan.
  • Yeo’s Teh Lemon dan Yeo’s Teh Buah Markisah: Meletuskan kesegaran semulajadi.

Setiap produk Yeo’s mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa, disahkan HALAL, dan boleh didapati dalam pelbagai saiz pek untuk memenuhi keperluan gaya hidup pengguna.

“Dengan DOLLA sebagai duta kami, kami teruja untuk membawa rangkaian Teh Yeo’s ke tahap baharu. Gabungan produk berkualiti, reka bentuk pek lebih segar, dan variasi perisa yang menarik akan memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna,” kata Renda Low, Pengarah Pemasaran Yeo’s Malaysia.

Pelancaran Kempen ‘Yeo’s Totally Vibing’

Majlis pelancaran kempen ini berlangsung dengan penuh keunikan, di mana rakan media dan peminat menaiki tren khas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sambil menikmati rangkaian Teh Yeo’s dan persembahan istimewa daripada DOLLA.

Kempen ini turut menampilkan lagu tema bertajuk ‘Yeo’s Totally Vibing’, yang telah dilancarkan di semua platform media sosial rasmi Yeo’s Malaysia. Lagu bertenaga ini menyerlahkan gabungan sempurna antara Yeo’s dan DOLLA, membawa mesej kesegaran dan inspirasi kepada semua lapisan masyarakat.

Kempen Ramadan dan Raya Bersama DOLLA

Sepanjang kempen ini, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang, termasuk konten Ramadan dan Raya yang melibatkan DOLLA. Peminat juga berpeluang mendapatkan gelas edisi terhad Yeo’s dengan pembelian minimum RM10 di pasar raya terpilih.

“Kolaborasi ini memadukan kreativiti dan bakat unik DOLLA dengan matlamat Yeo’s. DOLLA terkenal dengan vokal memukau, tarian bertenaga, dan elemen rap yang segar. Kami yakin gabungan ini akan menginspirasi generasi muda untuk memilih gaya hidup aktif dan penuh bertenaga,” kata Brandon Chan, Pengarah Inovasi Perniagaan Universal Music Group (Malaysia).

Peminat boleh mengikuti perkembangan kempen melalui laman sosial rasmi Yeo’s Malaysia (@Yeos.MY) dan DOLLA. Pelbagai konten eksklusif dan interaktif akan dikongsi untuk dinikmati oleh semua.

Gabungan unik antara Yeo’s dan DOLLA bukan sahaja mencetuskan inspirasi tetapi juga memperkenalkan cara baharu menikmati kesegaran dalam setiap tegukan!