Gelaran seorang Ibu adalah gelaran yang paling bermakna untuk setiap wanita di dunia. Tanpa Ibu, tiadalah kita di dunia dan Ibu-ibu yang hebat inilah yang akan melahirkan dan mendidik generasi masa depan di samping membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni.
Istimewa bersempena dengan sambutan Hari Ibu ini, TV9 ingin mengajak penonton untuk sama-sama menzahirkan cinta dan penghargaan kepada Ibu menerusi Peraduan Hari Ibu yang berlangsung dari 22 April hingga 5 Mei 2024. Hantaran video ini juga boleh menjadi simbolik betapa besarnya penghargaan anda kepada ibu anda di atas segala pengorbanan mereka, sekaligus mencipta memori terindah buat anda berdua.
Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira usia. Anda hanya perlu menghantar video berdurasi antara 30 saat hingga 60 saat tentang betapa hebatnya ibu anda melalui laman sesawang www.tonton.com.my/hariibuTV9 dan seterusnya berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada wang tunai RM1,000. *Tertakluk kepada terma dan syarat.
Jika anda menyayangi dan menghargai ibu anda, inilah masanya untuk anda kongsikan dengan TV9 melalui hantaran video betapa hebatnya ibu anda di www.tonton.com.my/hariibuTV9 sebelum 5 Mei 2024.
Untuk dapatkan info terkini tentang program-program TV9, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial atau tonton menerusi myFreeview CH109, Astro CH149, unifi CH109, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.