Dari Genting Highlands ke Empire City, Wyndham Ion Majestic Hotel Sertai Everse 2026

Genting Highlands bakal menjadi lebih dekat dengan pengunjung Everse 2026 apabila Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel, Trademark Collection by Wyndham menyertai acara berkenaan dengan membawa pengalaman hospitaliti tanah tinggi ke Hextar World, Empire City. Penyertaan yang dibawakan oleh NCT Group of Companies (NCT Group) ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali lebih dekat keunikan dua hotel berkenaan yang terletak di kawasan Grand Ion Majestic, Genting Highlands.

Berlangsung pada 18 dan 19 Julai, Everse 2026 merupakan acara yang meraikan budaya generasi muda melalui gabungan hiburan, teknologi dan kreativiti. Dengan kerjasama SEGi University College, acara ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan e-sukan, K-pop, cosplay, keusahawanan serta kandungan digital yang menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden masa kini.

Menerusi penyertaan di Everse 2026, Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel menyediakan ruang khas untuk pengunjung meneroka pengalaman unik yang ditawarkan. Booth berkenaan menampilkan pelbagai informasi mengenai tarikan utama hotel termasuk penginapan bertema, pemandangan panorama Genting Highlands, dek pemerhatian serta tarikan ikonik Edge Skywalk di Hoverland yang menawarkan pengalaman melihat keindahan kawasan tanah tinggi dari perspektif berbeza.

Tidak ketinggalan, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti santai dan interaktif yang disediakan sepanjang acara. Antaranya termasuk cabaran “Guess the Destination”, sesi bergambar bersama latar belakang Genting Highlands serta permainan Mystery Box yang menampilkan elemen kejutan berkaitan pengalaman hotel. Aktiviti ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman lebih dekat dengan jenama hotel sambil membawa pulang kenangan istimewa.

Selain aktiviti menarik di booth, pengunjung Everse 2026 turut berpeluang menikmati tawaran penginapan eksklusif menerusi Rockstar Stay Package. Ditawarkan pada harga RM488, pakej ini menyediakan penginapan satu malam untuk dua orang di 1001 Nights Hotel, sarapan pagi untuk dua orang, hidangan istimewa di Hard Rock Cafe Genting Highlands serta hadiah eksklusif daripada Hard Rock Cafe.

Bagi menambahkan lagi keterujaan pengunjung, setiap peserta akan menerima kad cop untuk menyertai cabutan bertuah Everse Lucky Draw. Mereka yang berjaya menyelesaikan tiga aktiviti yang disediakan di booth Wyndham Ion Majestic Hotel akan menerima cop lengkap dan layak mendapatkan hadiah percuma yang ditawarkan sepanjang acara.

Menurut Tee Yih Fung, Naib Presiden Eksekutif Ion Majestic Hospitality Sdn Bhd merangkap Ketua Strategi Korporat dan Pembangunan Perniagaan NCT Group, hospitaliti bukan hanya mengenai menyediakan tempat penginapan, tetapi turut mencipta pengalaman bermakna yang dapat dikenang oleh setiap tetamu. Beliau berkata, penyertaan di Everse 2026 mencerminkan komitmen pihaknya untuk mendekati masyarakat menerusi pengalaman yang menggabungkan kreativiti, gaya hidup dan penemuan destinasi baharu.

Berada pada ketinggian kira-kira 6,000 kaki dari aras laut, Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel menawarkan pengalaman percutian moden dalam suasana nyaman Genting Highlands. Dengan kemudahan seperti rooftop sky pyramid tertinggi di Malaysia, kolam renang air panas, jambatan kaca berlantai lutsinar, ruang acara serta pemandangan gunung yang menakjubkan, kedua-dua hotel ini terus menjadi pilihan bagi mereka yang mencari pengalaman penginapan premium dan unik di kawasan tanah tinggi.

Everse 2026 akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada 18 dan 19 Julai di Hextar World, Empire City. Orang ramai dijemput hadir untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik, meneroka pengalaman Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel serta berpeluang mendapatkan tawaran eksklusif sepanjang acara berlangsung.