Category: Music

  • Sheila On 7 Kembali Gegarkan Malaysia di Pentas Baharu Latihan Pestapora di Stadium Nasional Bukit Jalil

    Sheila On 7 Kembali Gegarkan Malaysia di Pentas Baharu Latihan Pestapora di Stadium Nasional Bukit Jalil

    Festival muzik merentas sempadan, Latihan Pestapora Malaysia, terus mencuri tumpuan apabila lokasi rasmi acara ini diumumkan bertukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Julai 2025. Perubahan ini dibuat bagi menampung permintaan luar biasa daripada peminat muzik kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia. Pengumuman fasa kedua barisan artis turut menyaksikan kemunculan semula kumpulan legenda Sheila On 7 di pentas Malaysia, bersama bintang muda Nadin Amizah dan penerbit muzik elektronik ALVN.

    Persembahan istimewa Sheila On 7 kali ini bakal menghidupkan nostalgia buat para peminat yang telah menantikan kemunculan mereka sejak sekian lama. Pengumuman ini menambah kemeriahan kepada barisan artis fasa pertama yang telah diumumkan sebelum ini, termasuk nama-nama besar seperti .Feast, Hindia, Pamungkas, Feel Koplo, Bittersweet, Bunkface dan DOLLA.

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal, menyifatkan kehadiran Sheila On 7 sebagai satu detik penting dalam landskap hiburan Malaysia. Menurut beliau, kumpulan ini bukan sahaja membawa kenangan zaman remaja buat ramai pendengar, tetapi juga mencerminkan kekuatan budaya muzik serantau yang mampu menyatukan ribuan jiwa dalam satu malam yang epik.

    Pengarah Festival Pestapora dan Pengasas Bersama Boss Creator, Kiki Ucup, pula menekankan nilai emosi dan komuniti dalam festival ini. Beliau berkata bahawa membawa semangat Pestapora ke Malaysia merupakan impian yang akhirnya menjadi kenyataan, dan dengan tambahan nama-nama seperti Nadin Amizah dan ALVN, festival ini dijangka memberi impak budaya yang mendalam kepada kedua-dua negara.

    Festival ini dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Boss Creator, pasukan kreatif di sebalik festival Pestapora yang popular di Jakarta. Edisi Malaysia kali ini menjanjikan pengalaman muzik berskala besar dengan semangat Nusantara yang tidak pernah disaksikan sebelum ini di pentas tempatan.

    Tiket untuk Fasa 2 akan mula dijual pada 9 Jun 2025, tepat jam 12 tengah hari di laman rasmi www.latihanpestaporamalaysia.com. Tiket-tiket ini dijangka mendapat sambutan hangat susulan kejayaan jualan Fasa 1 yang habis terjual walaupun barisan penuh belum diumumkan pada waktu itu. Tambahan dua kategori tempat duduk turut diperkenalkan dalam Fasa 2 untuk memberi lebih banyak pilihan kepada peminat.

    Latihan Pestapora Malaysia 2025 juga tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan kukuh daripada pelbagai rakan strategik, termasuk ERA, HITZ, SINAR, MIX, THR GEGAR dan SYOK sebagai rakan radio rasmi, serta World of Buzz dan Lobak Merah sebagai rakan media. Rakan perjalanan rasmi seperti Batik Air dan BookCabin, serta rakan penginapan Sunway Putra Hotel turut menyumbang dalam menjayakan festival ini, selain sokongan padu dari Universal Music Malaysia dan Tapao Fest.

    Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, peminat boleh melayari www.latihanpestaporamalaysia.com. Bersiaplah untuk menyaksikan malam yang penuh emosi, muzik dan magis – di mana dua dunia muzik bertemu dalam satu pengalaman yang menggetarkan jiwa.

    Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
    +6012-2655783
    concerts@hitman.group

  • AMK Indie 2025: Dua Hari Penuh Jiwa Muzik Tempatan di Sepang

    AMK Indie 2025: Dua Hari Penuh Jiwa Muzik Tempatan di Sepang

    Festival Aku. Muzik & Kamu (AMK) kembali dengan nafas baru yang lebih segar, berani dan membanggakan. Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang pada 26 dan 27 Julai 2025, AMK Indie 2025 tampil dengan pendekatan berani mempersembahkan barisan sepenuhnya dari bakat tempatan. Festival ini menjadi wadah untuk meraikan muzik indie, rock, dan ska yang telah mencorakkan landskap muzik alternatif tanah air sejak berdekad lalu.

    Selama dua hari, sebanyak 21 kumpulan muzik akan memenuhi pentas utama dengan persembahan yang bukan sekadar menghiburkan, tetapi menyatukan kenangan lama dan semangat baru. AMK Indie 2025 bukan hanya festival muzik – ia adalah perayaan budaya dan identiti muzik alternatif Malaysia yang tulen dan tidak ditapis.

    Hari pertama festival pada 26 Julai akan menampilkan barisan hebat termasuk SYJ, Cromok, Monosterio, 6ixth Sense, Plague of Happiness, Metalasia, One Buck Short, Deja Voodoo Spells, SOG, PATRIOTS, dan Aboi. Hari kedua pada 27 Julai pula menyaksikan kemunculan Meet Uncle Hussain, Empty Page, Butterfingers, Hujan, Seven Collar T-Shirt, SalamMusik, Kyoto Protocol, Midnight Fusic, Gerhana Skacinta, dan Monoloque.

    Setiap kumpulan ini membawa cerita tersendiri. Ada yang membuat kemunculan semula selepas sekian lama menyepi, ada yang kekal relevan dalam arus semasa, dan ada juga yang baru menempa nama. Namun semuanya berkongsi satu nilai: komitmen terhadap muzik bebas dan semangat untuk terus berkarya tanpa kompromi.

    “Festival ini bukan untuk nama besar antarabangsa atau sensasi semusim. Ia adalah untuk peminat sejati muzik tempatan, oleh pemuzik tempatan,” kata David Bareng, Ketua Eksekutif Coaction Events, yang bekerjasama dengan Westzone Entertainment dalam penganjuran AMK Indie 2025.

    Keunikan AMK Indie 2025 terletak pada perinciannya – setiap aspek festival ini dirancang untuk memartabatkan unsur tempatan. Daripada pemuzik hingga makanan dan pengalaman menyeluruh, AMK Indie 2025 menjadi platform untuk mempamerkan tenaga kreatif Malaysia yang pelbagai dan asli.

    Bertempat di kawasan terbuka Litar Antarabangsa Sepang yang mampu menampung hingga 30,000 orang, festival ini turut menyediakan zon tiket berbeza, serta kawasan makanan dengan pilihan citarasa tempatan yang dikurasi khas. Ia menjanjikan pengalaman hujung minggu yang menggabungkan nostalgia, komuniti dan hiburan dalam suasana penuh semangat. Cepat grab melalui link ni! Jangan lepaskan peluang keemasan ini: https://shop.ilassotickets.com.my/eventdetails.aspx?eid=ZPpB7n8HA4E=&reflink=mewaheventmgmt

    Dengan harga tiket bermula hanya RM159, AMK Indie 2025 bukan sahaja antara festival muzik paling berbaloi tahun ini, malah membuka peluang untuk semua golongan hadir menikmati persembahan artis legenda dan generasi baru dalam suasana mesra rakyat.

    Sama ada anda hadir untuk mengimbau detik muzik zaman remaja atau ingin merasai sendiri aura muzik indie Malaysia, AMK Indie 2025 menjanjikan satu pengalaman yang akan terus hidup dalam ingatan. Tandakan tarikhnya dan bersiap sedia untuk dua hari yang menggegarkan jiwa di Sepang.

  • Ernie Zakri dan Anggi Marito Satukan Vokal dalam Lagu Baru “Kisah Penuh Kecewa”

    Ernie Zakri dan Anggi Marito Satukan Vokal dalam Lagu Baru “Kisah Penuh Kecewa”

    Dua bintang serumpun bersatu di Singapura, Ernie Zakri dan Anggi Marito, mempersembahkan lagu baharu bersama dalam sebuah kolaborasi penuh emosi. Bintang vokal dari Indonesia, Anggi Marito, membuat penampilan istimewa di Aura: Ernie Zakri Live in Concert yang berlangsung pada 31 Mei 2025 di The Theatre at Mediacorp, Singapura. Ini merupakan kali pertama Ernie Zakri dan Anggi Marito mempersembahkan lagu “Kisah Penuh Kecewa” secara langsung.

    Susulan itu, Anggi Marito hadir ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan lagu “Kisah Penuh Kecewa” dan akan mengadakan sesi makan malam eksklusif bersama peminat di Hameediyah Bukit Bintang pada 4 Jun 2025. Dalam suasana yang intim dan mesra, para peminat berpeluang menikmati pengalaman fine dining bersama Anggi Marito dan Ernie Zakri. Malam istimewa ini memberi peluang kepada peminat merasai suasana makan malam yang unik dan penuh makna bersama artis kesayangan mereka. Ucapan terima kasih istimewa ditujukan kepada Hameediyah atas layanan yang luar biasa dan penyediaan lokasi yang begitu sempurna.

    Gabungan kekuatan vokal dan emosi mendalam daripada kedua-dua penyanyi hebat ini menjadikan lagu “Kisah Penuh Kecewa” sebagai sebuah karya yang menyentuh hati pendengar di Malaysia dan Indonesia, serta peminat muzik serantau yang menghargai lagu-lagu bernuansa emosi dan berjiwa.

    Ernie Zakri, pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL 39), berkata bahawa lagu ini menceritakan kisah cinta yang berakhir bukan kerana tiada rasa, tetapi kerana salah seorang pasangan sudah memilih untuk tidak bersama lagi. Namun begitu, di sebalik kekecewaan tersebut, wujud kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan.

    “Lagu ‘Kisah Penuh Kecewa’ ini adalah sebuah lagu yang sedih, mengenai cinta yang tidak menjadi kenyataan kerana pasangan sudah tidak mahu meneruskan hubungan. Tapi di penghujungnya, lagu ini membawa kekuatan yang mana lelaki atau wanita itu tetap tabah untuk menghadapi segala cabaran,” kata Ernie.

    Menurut Ernie, walaupun berbeza latar negara, kolaborasi antara dia dan Anggi membuktikan bahawa muzik tidak mengenal sempadan. Gabungan suara unik dan emosi yang tulus menjadikan “Kisah Penuh Kecewa” sebuah lagu balada yang bukan sahaja menyentuh hati, malah memberikan ruang untuk pendengar merasai sendiri perjalanan perpisahan yang pedih, namun penuh kekuatan.

    Siaran media turut memetik Ernie yang berkata, “Lagu ini sangat ‘straightforward’ dari segi liriknya. Saya rasa ramai pendengar akan mudah faham dan boleh kaitkan dengan mesej lagu ini. Saya cuma harap mereka dapat menikmati lagu ini, dan kalau pernah melalui pengalaman sama, mungkin lagu ini boleh jadi peneman.”

    Bagi Anggi Marito yang juga pemenang tempat ketiga program Indonesian Idol musim 11, peluang untuk berkolaborasi dengan Ernie Zakri adalah satu penghormatan yang amat besar. Sebagai peminat Ernie, Anggi menyifatkan penyanyi lagu Aura itu sebagai seorang yang bukan sahaja mempunyai vokal hebat, tetapi juga mampu menyampaikan rasa dengan begitu menyentuh.

    “Saya sudah lama mengenali nama Ernie dan mengagumi suaranya yang begitu indah. Dia punya ‘power’ dan ‘feel’ yang sangat dalam. Setiap lagu yang dia nyanyikan terasa langsung ke hati. Saya rasa sangat terhormat dapat bekerja sama dengannya,” ujar Anggi dengan penuh teruja.

    Lagu ini kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital sejak 23 Mei 2025. Video muzik rasmi yang membawa naratif visual selari dengan kekuatan vokal dua penyanyi hebat ini turut boleh disaksikan oleh peminat.

  • KONSERT DADALI “SEBUAH KISAH” LIVE IN KL 2025 BAKAL GERAKKAN EMOSI DI ZEPP KUALA LUMPUR

    KONSERT DADALI “SEBUAH KISAH” LIVE IN KL 2025 BAKAL GERAKKAN EMOSI DI ZEPP KUALA LUMPUR

    Peminat muzik balada dan lagu cinta penuh emosi bakal dihidangkan dengan malam yang sarat nostalgia apabila kumpulan terkenal Indonesia, Dadali, menggegarkan Zepp Kuala Lumpur dengan konsert eksklusif bertajuk “Sebuah Kisah Volume 1” pada Sabtu, 5 Julai 2025, bermula jam 9 malam hingga 11 malam.

    Dikenali sebagai “King of Sad Song”, Dadali bakal menyampaikan seleksi lagu-lagu hit yang cukup dekat di hati para peminat, termasuk “Disaat Aku Mencintaimu”, “Disaat Aku Tersakiti”, “Disaat Sendiri”, serta lagu ikonik “Sebuah Kisah”. Konsert yang dijangka penuh emosi ini turut menampilkan penampilan khas daripada penyanyi popular Malaysia, Ronnie Hussein, yang bakal menyuntik keunikan tersendiri pada malam penuh kenangan itu. Ia bukan sekadar persembahan muzik, tetapi medan luahan rasa, peringatan tentang cinta, kehilangan dan harapan – menjadikannya pengalaman yang pasti terpahat dalam ingatan para penonton.

    Struktur harga tiket disusun bagi memberi pilihan mengikut keselesaan dan bajet peminat. Tiket kategori “Disaat Aku Mencintaimu” berharga RM188 untuk kawasan free standing dengan pilihan ansuran serendah RM53.14 sebulan. Tiket “Disaat Sendiri” pula berharga RM228 untuk tempat duduk biasa dengan ansuran RM64.21 sebulan. Bagi pengalaman yang lebih eksklusif, tiket “Disaat Aku Tersakiti” ditawarkan pada harga RM258 untuk premium seating dengan ansuran RM72.79 sebulan. Peminat yang mahukan layanan istimewa boleh memilih kategori VIP Box “Sebuah Kisah” pada harga RM588, yang turut merangkumi sesi meet & greet bersama Dadali, dengan ansuran serendah RM163.84 sebulan. Setiap VIP Box menampung maksimum 12 orang.

    Tiket kini boleh dibeli di laman rasmi www.myticketempire.com. Kemudahan pembelian dengan pelan “Buy Now, Pay Later” tersedia melalui Atome, SPayLater dan Grab PayLater, memudahkan peminat mendapatkan tempat mereka tanpa perlu risau tentang komitmen kewangan sekaligus. Pilihan bayaran fleksibel ini menjadikan konsert ini lebih mudah diakses oleh semua golongan.

    Konsert ini dianjurkan oleh Ultimate Teamworks Malaysia, Ultimate Media dan BIZCreations, dengan sokongan daripada Tourism Malaysia dan sebahagian daripada kempen Visit Malaysia 2026. Ia merupakan salah satu inisiatif mempromosikan industri pelancongan negara melalui penganjuran acara hiburan bertaraf antarabangsa yang mampu menarik minat pelancong dan peminat dari pelbagai latar belakang.

    Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh emosi dan nostalgia ini bersama Dadali. Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi bakal mencipta satu lagi kisah indah dalam hidup para peminatnya di Malaysia. Saksikan sendiri kehebatan vokal dan lagu-lagu penuh makna yang mampu menyentuh hati.

    Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.myticketempire.com. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Cipot di talian 019-2794499 atau menerusi emel cipotredz@gmail.com.

  • LEGENDA SAMBA ROCK MALAYSIA, DARKKEY MUNCUL DENGAN KONSERT SOLO PERTAMA

    LEGENDA SAMBA ROCK MALAYSIA, DARKKEY MUNCUL DENGAN KONSERT SOLO PERTAMA

    Legenda muzik Tamil Malaysia, Darkkey Nagaraja, bakal mengegarkan pentas Panggung Bangsawan Melaka menerusi konsert solo sulungnya bertajuk I Am Darkkey: King of Samba Rock pada 2 Ogos ini. Konsert ini merupakan penghormatan kepada perjalanan seni Darkkey yang kini mendapat perhatian antarabangsa selepas kejayaan lagu runut bunyi AK The Tiger dalam filem Kollywood, Good Bad Ugly.

    Dianjurkan oleh Melaka Maju Peoples Charity Club (MMPCC), konsert ini bukan sahaja meraikan pencapaian Darkkey sebagai pelopor genre samba rock, malah menjadi platform untuk mengumpul dana bagi program kebajikan seperti bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, anak yatim dan pendidikan.

    Menurut Presiden MMPCC, T Manimaran, inspirasi penganjuran konsert ini lahir daripada pengaruh besar Darkkey terhadap muzik dan komuniti, terutama setelah kolaborasinya dengan industri filem India membuka lembaran baharu dalam kerjayanya. Konsert ini bukan sekadar persembahan seni. Ia adalah penghargaan terhadap pengkarya tempatan dan usaha kami menyokong masyarakat melalui seni, ujarnya.

    Konsert berdurasi dua jam itu turut menampilkan artis pelapis seperti Santesh dan Zubir Khan. Santesh yang popular dengan lagu Amalina dan Zubir dengan lagu Tamil viralnya Yennode Macha menjanjikan persembahan dinamik yang melambangkan pertemuan tiga generasi seni.

    Tiket akan mula dijual pada 6 Jun 2025 menerusi iLasso Tickets, dengan harga bermula RM69 untuk zon berdiri (Puli Puli), RM79 (Akamage – tempat duduk), dan RM89 (Adiva Adiva – tempat duduk eksklusif). Pembeli tiket duduk juga bakal menerima barangan istimewa seperti lanyard dan poster bertandatangan.

    Projek ini diterajui produksi Patahati Universe dengan kerjasama strategik daripada Tourism Melaka dan Panggung Bangsawan Melaka. Publisiti dikendalikan oleh Mewah Event Management. Setiausaha MMPCC, S Partiben, menyatakan konsert ini menjadi titik tolak usaha NGO dalam menjadikan seni sebagai medium penyatuan masyarakat pelbagai kaum.

    Menurut Pengurus Besar Panggung Bangsawan Melaka, Datin Sukhirah Ibrahim, penganjuran konsert ini sejajar dengan misi menjadikan panggung tersebut sebagai hab seni utama di Melaka. Dengan nilai sejarah bangunan ini yang pernah menjadi pawagam Cathay, serta lokasinya dalam zon UNESCO, kami yakin ia mampu menjadi tarikan pelancongan seni yang signifikan, katanya.

    Pengarah Projek Patahati Universe, Cassandra, turut menyatakan konsert ini adalah permulaan kepada usaha berterusan untuk menjadikan Melaka sebagai destinasi pilihan bagi konsert berskala besar dengan kos lebih berpatutan dan sentuhan estetika tempatan.

    I Am Darkkey: King of Samba Rock Concert bukan sekadar hiburan – ia adalah wadah untuk memberi semula kepada masyarakat dan mengangkat bakat tempatan ke peringkat lebih tinggi, kata T Manimaran mengakhiri.

    Maklumat konsert: I Am Darkkey – King of Samba Rock. Tarikh berlangsung: 2 Ogos 2025 di Panggung Bangsawan Melaka. Dianjurkan oleh Melaka Maju Peoples Charity Club dengan produksi daripada Patahati Universe. Tiket rasmi melalui iLasso Tickets pada harga RM69 (Puli Puli – Berdiri), RM79 (Akamage – Duduk), dan RM89 (Adiva Adiva – Duduk Eksklusif). Pra-jualan dibuka pada 30 Mei manakala jualan umum bermula 6 Jun 2025. Layari ilassotickets.com untuk pembelian.

  • Malam 31 Mei Paling Dinanti: Melly Goeslaw Menutup Siri Konsert Ikonik Dengan “Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite”

    Malam 31 Mei Paling Dinanti: Melly Goeslaw Menutup Siri Konsert Ikonik Dengan “Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite”

    Malam penuh emosi, memori dan magis telah tercipta pada 31 Mei lalu apabila penyanyi tersohor, Melly Goeslaw, kembali menggegarkan Axiata Arena menerusi konsert penutup paling ditunggu-tunggu, Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite.

    Konsert yang dianjurkan oleh Icon Entertainment ini merupakan bab terakhir dalam trilogi konsert Ada Apa Dengan Melly…?, menyusuli kejayaan dua edisi terdahulu: Back To School dan Malam Graduasi yang telah mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan peminat di Malaysia. Kali ini, Melly melunaskan janjinya membawa peminat ‘pulang ke terowong masa’ untuk berpesta ria dalam malam nostalgia penuh warna dan cinta.

    Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, menyifatkan konsert ini sebagai satu penutup yang bukan hanya simbolik, tetapi sebuah perayaan emosi dan karya yang dekat di hati rakyat Malaysia. “Prom Nite bukan malam terakhir, ia adalah permulaan semula untuk menghidupkan kenangan yang pernah dilalui bersama Melly. Ini momen yang wajib untuk semua ‘graduan’ hadir,” ujar beliau.

    Bagi Melly sendiri, malam tersebut adalah lebih daripada sekadar persembahan. Ia adalah penghargaan buat semua peminat yang telah menemani perjalanannya selama ini. “Saya tidak ingin berjanji lebih, cuma ingin semua hadir dan merasai momen paling tidak terlupakan bersama saya,” kata Melly dengan penuh semangat.

    Dengan iringan muzik hebat arahan Anto Hoed, pentas disulami dengan penampilan khas Aina Abdul, serta dua wajah yang cukup sinonim dengan Ada Apa Dengan Cinta Nicholas Saputra dan Dinda Ghania, menjadikan suasana konsert begitu meriah dan emosional.

    Sepanjang malam, Melly mempersembahkan barisan lagu popular seperti Ku Bahagia, Jika, Gantung, Sampai Kumenutup Mata, dan medley klasik termasuk Isabella, Betapa Kucinta Padamu, serta Janji Manis. Penonton turut dihiburkan dengan segmen pesta dan tari menerusi lagu-lagu seperti Let’s Dance Together, Hey Ladies, Salah, dan Bagaikan Langit yang mencetuskan sorakan dan nyanyian tanpa henti.

    Konsert yang bermula tepat jam 8.30 malam itu telah membuktikan bahawa karya Melly terus relevan dan mampu merentasi generasi. Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite bukan hanya sebuah konsert, tetapi sebuah pengalaman penuh jiwa yang akan terus hidup dalam ingatan setiap yang hadir.

    Maklumat Acara:
    Acara: Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite
    Tarikh: 31 Mei 2025
    Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur
    Masa: 8.30 malam
    Penganjur: Icon Entertainment
    Pengarah Muzik: Anto Hoed
    Artis Undangan: Aina Abdul, Nicholas Saputra, Dinda Ghania

  • Aurelia Syaharani Tampil dengan Single Debut“Mungkin Hanya Kamu” – Sebuah Kisah Cinta Remaja Sarat Emosi

    Aurelia Syaharani Tampil dengan Single Debut“Mungkin Hanya Kamu” – Sebuah Kisah Cinta Remaja Sarat Emosi

    Universal Music Indonesia dengan bangga mempersembahkan bintang muda yang sedang bersinar, Aurelia Syaharani, menerusi single debutnya berjudul “Mungkin Hanya Kamu.” Nama baharu dalam industri, tetapi suara dan bakatnya dijangka bakal mencipta impak besar di pentas muzik Indonesia.

    Dilahirkan di Jember pada 13 Januari 2007, Aurelia datang dari keluarga pemuzik yang menjadikan muzik sebahagian daripada kehidupannya sejak kecil. Dengan personaliti memikat dan suara yang merdu, gadis berbintang Capricorn ini mula menarik perhatian ramai menerusi beberapa cover lagu di media sosial sebelum mencetus fenomena tersendiri.

    “Mungkin Hanya Kamu” membawa pendengar menyelami perasaan cinta yang tidak kesampaian – kisah remaja yang berpisah, di mana satu pihak telah pun melangkah ke depan, manakala seorang lagi masih terbelenggu dalam kenangan. Lagu ini menyampaikan rasa rindu, kehilangan, dan kepercayaan bahawa kadang-kadang, hanya satu orang yang benar-benar mengerti.

    Menariknya, Aurelia turut terlibat dalam penulisan lagu ini bersama Clara Riva dan Tintin (Martinus Layardo). “Saya sangat teruja dapat menyumbang idea dalam lirik lagu ini. Ramai remaja mungkin pernah melalui situasi begini, jadi saya harap mereka rasa didengari,” jelas Aurelia.

    Proses penerbitan lagu ini diterajui oleh ABRAM dan Tintin sebagai produser, yang berjaya menghasilkan susunan muzik bernuansa fresh meskipun temanya melankolik. Dengan tempo medium upbeat, lagu ini membawa kontras menarik antara melodi yang ceria dan lirik yang penuh perasaan.

    “Saya sangat suka bagaimana muziknya disusun – ia sangat mencerminkan karakter vokal saya. Gabungan yang tepat antara sedih dan manis,” ujar Aurelia mengenai proses kreatif lagu tersebut.

    Bukan sekadar audio, “Mungkin Hanya Kamu” turut hadir dalam bentuk video muzik arahan Benny Lim. Klip ini mempamerkan sisi lakonan Aurelia yang menyentuh, dengan babak-babak penuh emosi yang membolehkan penonton merasai sendiri kelukaan dan kerinduan yang disampaikan.

    “Ini pengalaman baharu yang sangat menyeronokkan bagi saya. Saya cuba hayati sepenuhnya setiap babak agar penonton dapat rasa apa yang lagu ini cuba sampaikan,” katanya lagi.

    Sebelum bergelar artis Universal Music Indonesia, Aurelia telah melancarkan dua single indie dan menghasilkan cover lagu-lagu popular di TikTok dan YouTube. Cover lagu “Bukan Untukku” oleh Tiara Andini – yang juga merupakan kakaknya – menjadi viral dan memperkenalkan keunikan vokal Aurelia kepada khalayak lebih luas.

    Menandatangani kontrak bersama Universal Music Indonesia merupakan detik yang sangat bermakna buatnya. “Sejak kecil saya bermimpi menjadi penyanyi profesional. Kini ia menjadi nyata, dan saya bersyukur diberi peluang untuk berkarya dan berkongsi cerita melalui muzik,” kata Aurelia penuh semangat.

    Dengan pelancaran single “Mungkin Hanya Kamu”, Aurelia bersedia melangkah ke dunia seni dengan keyakinan dan harapan besar. “Saya harap lagu ini dapat menyentuh hati ramai orang, terutama yang pernah mengalami situasi yang sama. Ini hanya permulaan, dan saya tak sabar untuk berkongsi lebih banyak karya selepas ini.”

    Single “Mungkin Hanya Kamu” kini boleh distrim di semua platform digital. Saksikan juga video muzik rasmi di saluran YouTube Universal Music Indonesia.

    Ikuti perjalanan muzik Aurelia Syaharani di media sosial dan nantikan karya-karya terbarunya yang pasti mengesankan.

  • Hael Husaini siapkan lagu “Penjuara” dalam seminggu – semangat fanboy hasilkan runut bunyi penuh kuasa untuk Ejen Ali The Movie 2

    Hael Husaini siapkan lagu “Penjuara” dalam seminggu – semangat fanboy hasilkan runut bunyi penuh kuasa untuk Ejen Ali The Movie 2

    Penyanyi dan pencipta lagu tersohor, Hael Husaini, kembali mencuri perhatian dengan lagu terbaharunya berjudul “Penjuara”, runut bunyi rasmi untuk filem animasi yang sedang mencetus fenomena, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2). Diinspirasikan oleh semangat luar biasa peminat dan dunia perisikan futuristik Ejen Ali, Hael dan rakan kolaboratornya Iqie Hugh berjaya menyempurnakan lagu ini dalam tempoh hanya seminggu.

    Dengan gabungan beat elektronik rancak dan mesej penuh inspirasi, “Penjuara” membakar semangat dan mencetus adrenalin – cukup sempurna untuk mengiringi detik mendebarkan dalam filem apabila Ejen Ali dan pasukan MATA menyamar memburu antagonis baharu, Neonimus. Lagu ini kini boleh didengar dalam babak penting EATM2 yang sedang ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia sempena musim cuti sekolah.

    Bermula 30 Mei lalu, video lirik rasmi “Penjuara” yang dimuat naik ke saluran YouTube Ejen Ali sudah mencecah 55,000 tontonan, dan semakin hangat dikongsi di media sosial. Peminat memuji keserasian antara melodi, tempo dan lirik lagu yang membangkitkan aura perlawanan serta daya juang tinggi – menjadikan lagu ini antara runut bunyi tempatan paling berimpak tahun ini.

    Lirik seperti “Selagi ku masih di sini, akan ku terus berlari” dan pembukaannya yang mengasyikkan – “La la lari ku lari” – menjadi simbol kepada perjalanan mencabar dalam dunia penuh risiko dan harapan. Dengan irama electro pop dan susunan muzik yang progresif, lagu ini tidak hanya menghiburkan tetapi menyuntik semangat untuk terus mara dan tak menyerah.

    Menurut Hael, proses mencipta “Penjuara” adalah satu pengalaman bermakna sebagai peminat tegar francais Ejen Ali. “Kami memang fanboy Ejen Ali. Bila dapat peluang hasilkan lagu untuk filem ini, terus kami rangka semuanya ikut naratif dan emosi filem. Masa seminggu cukup sebab semangat tu datang dari hati,” jelas Hael.

    Beliau turut menyifatkan kolaborasi bersama Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment sebagai satu pencapaian besar yang membuka ruang buatnya dan Iqie untuk menyumbang dalam legasi filem animasi terbesar negara.

    Untuk peminat yang ingin merasai sendiri kehangatan “Penjuara” dan dunia Ejen Ali, satu sesi tayangan istimewa bersama Hael, maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia akan diadakan pada 4 Jun 2025 (Rabu), jam 8.30 malam di GSC MyTown Shopping Centre. Tiket berharga RM35 termasuk barangan eksklusif boleh didapatkan di laman rasmi GSC sekarang.

    “Penjuara” kini boleh didengarkan di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music. Di TikTok, audio lagu ini telah digunakan dalam ribuan video, mencatat 500,000 tontonan dalam minggu pertama pelancarannya – bukti kekuatan lagu ini dalam menyuntik semangat kepada semua lapisan peminat.

    Sama ada anda pejuang mimpi, pelajar gigih, atlet atau sekadar pencinta muzik inspirasi, “Penjuara” adalah lagu untuk anda. Ayuh berlari ke hadapan dan jadilah penjuara dalam hidup anda sendiri.

    Ikuti perkembangan terbaru Alternate Records & Talents di media sosial di Facebook Alternate Records & Talents, Instagram @alternate.my_ dan TikTok @alternate.rt_

  • Adifa Tumpahkan Rasa dan Rindu Lewat Mini Album Debut “with love, Adifa.”

    Adifa Tumpahkan Rasa dan Rindu Lewat Mini Album Debut “with love, Adifa.”

    Musik selalu menjadi pelarian teraman bagi Adifa untuk menyampaikan isi hati, dan kali ini, curahan itu hadir dalam bentuk karya spesial: mini album pertamanya bertajuk with love, Adifa. Dirilis oleh Trinity Optima Production, album ini memuat tiga lagu yang mencerminkan perjalanan batin seorang perempuan muda, lengkap dengan luka, rindu, dan sisi-sisi rapuh yang selama ini tersembunyi.

    “Aku senang banget akhirnya mini album ini bisa rilis. Tapi jujur, deg-degan juga karena banyak banget bagian dari diriku yang baru aku berani tunjukkan di sini,” kata Adifa dengan senyum malu-malu. Proses panjang produksi membawa kenangan tersendiri baginya dari menyusun lirik “Mirip Dirimu” hingga momen tak terlupakan saat mendengar demo “Lekas Pulang” dari Aldi Nada Permana untuk pertama kalinya.

    Setelah debut lewat single pop “Jatuh Lagi / Benci Lagi” yang ceria, Adifa kini hadir dengan dua karya baru yang lebih reflektif: “Lekas Pulang” dan “Mirip Dirimu.” Kedua lagu ini menggali perasaan yang selama ini ia simpan rapat. “Setelah aku kehilangan sahabatku, lagu ‘Lekas Pulang’ jadi punya makna yang jauh lebih dalam. Semua lirik tentang jarak dan perpisahan terasa menyayat,” ujarnya.

    Dengan aransemen akustik yang lembut, “Lekas Pulang” menangkap kerinduan universal akan kehadiran seseorang yang sudah tiada, baik itu kekasih, sahabat, atau anggota keluarga. “Kesedihan karena kehilangan itu kan nggak terbatas sama satu jenis hubungan aja. Rasa kehilangan selalu punya bobot yang dalam kalau perasaannya tulus,” tutur Adifa.

    Video klip “Lekas Pulang” garapan Acierto ikut memperkuat narasi emosional lagu tersebut. Visual yang sederhana namun menyentuh menggambarkan kekosongan setelah kepergian orang tercinta, dilengkapi vokal Adifa yang penuh rasa, menjadikannya pengalaman audiovisual yang menggugah dan indah.

    Adifa juga tak lupa menyampaikan rasa terima kasihnya kepada para kolaborator yang terlibat dalam proses pembuatan album ini. “Terima kasih Kak Simhala, Kak Tintin, Kak Aldi, juga semua tim Trinity dan Acierto yang kerja keras banget meski shooting di tengah puasa. Kalian luar biasa!” katanya penuh semangat.

    Melalui with love, Adifa., ia berharap pendengar bisa menemukan teman dalam rasa, dan menjadikan album ini ruang aman untuk berproses. “Buat yang lagi kangen, lagi sedih, atau bahkan yang lagi bahagia banget semoga lagu-lagu ini bisa nemenin kalian dan terasa tulus,” pungkasnya.

    Mini album with love, Adifa. sudah tersedia di seluruh platform musik digital mulai 21 Mei 2025. Sementara itu, video musik “Lekas Pulang” dapat disaksikan melalui kanal YouTube Trinity Optima Production.

  • Larut: Single Terbaru Tomok Membawa Suasana Rindu Mendalam

    Larut: Single Terbaru Tomok Membawa Suasana Rindu Mendalam

    Penyanyi popular Tomok kembali dengan single terbaru berjudul “Larut,” sebuah karya penuh emosi yang menampilkan gabungan komposer dan penulis lirik berbakat A R.T, FAI, dan Amylea Azizan. Lagu ini diterbitkan oleh Nova Music (M) dan dibawah pimpinan eksekutif Azhar Rahim Tukimin dan Fairoz Baharudin.

    “Larut” menonjolkan sentuhan muzik yang kaya dan padu hasil susunan oleh Bajai, dengan sokongan produksi Amylea Azizan yang memastikan setiap unsur muzik tersampaikan dengan tepat. Proses mixing dan mastering dikendalikan oleh Huzai, manakala vokal pula disunting dengan teliti oleh Hanis Azman. Penambahbaikan instrumental disempurnakan oleh barisan pemuzik handal seperti Zaiff Sharqil (strings), Denny MOJO (gitar), dan Azim Jenk Ali yang memainkan bass serta dram.

    Lagu ini menceritakan rasa sepi dan resah menanti masa yang penuh rindu, menggambarkan perasaan kecewa dan terpisah daripada insan tersayang. Melodi yang syahdu diserikan dengan lirik puitis seperti:

    “Sepi ku menunggumu
    Jiwa yang resah menanti masa
    Bila aku yg kecewa
    Kerna terpisah dgn dirimu”

    Dalam bait chorus yang menyentuh kalbu, lagu ini menyampaikan harapan agar cinta tetap tersimpan dan utuh meskipun terpisah oleh jarak dan masa.

    “Biar aku di buai rinduku
    Membawaku jauh dari nyata
    Dirimu.. Diriku bersatu”

    Single “Larut” sudah boleh didengar di semua platform digital, memberikan pengalaman muzik yang menyentuh jiwa bagi para peminat Tomok dan pencinta lagu-lagu balada yang mendalam.

    Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti Tomok dan Nova Music di media sosial rasmi mereka.

    Tentang Tomok
    Tomok merupakan salah seorang penyanyi dan penghibur terkenal Malaysia yang dikenali dengan vokal yang kuat dan emosi yang mendalam dalam setiap lagu yang dihasilkan.

    Tentang Nova Music (M)
    Nova Music (M) adalah syarikat penerbitan muzik yang komited dalam menghasilkan karya berkualiti tinggi dan mengembangkan bakat muzik tempatan ke peringkat lebih luas.