Category: Music

  • Single Terbaru Kumpulan Insomniacks Berjudul ‘Teman’

    Kumpulan tempatan Insomniacks semakin dikenali dalam arena muzik Malaysia pada masa kini. Sejak mula berjinak dalam industri ini, lagu-lagu mereka telah menjadi kegemaran dikalangan remaja tempatan dan menjadi viral di pelbagai platform media sosial. Kini, mereka kembali dengan satu lagi lagu yang menarik bertajuk ‘Teman’.

    Melodi muzik dan lirik ditulis oleh ahli kumpulan ini sendiri iaitu Iqie, digubah dan dibantu oleh Bajai, penerbit yang tidak asing lagi bersama Insomniacks.

    “Lagu ini tentang sentiasa berada di sisi orang yang kita sayang. Ia ditulis dengan niat untuk menemani mereka yang sukar tidur di waktu malam,” ujar Iqie

    “Kami mendapat ilham untuk menulis lagu ini selepas ramai pendengar kami memberitahu bahawa muzik kami sering menemani mereka dalam pelbagai aktiviti, seperti dalam perjalanan ke tempat kerja atau belajar, selain waktu mengulang kaji pelajaran dan juga saat masih terjaga di waktu malam. Kami mahu diskografi kami mengandungi lagu-lagu yang boleh menjadi lagu pengantar tidur juga.

    Selain itu, proses rakamannya juga menyenangkan. Ia merupakan satu penghormatan buat diri saya kerana dapat bekerja dengan dua orang ayah saudara saya yang juga pemuzik berbakat dengan banyak pengalaman dalam industri muzik,” jelas Iqie lagi tentang karya ini.

    Seiring dengan terbitan lagu ini oleh Universal Music Malaysia, lagu ini juga ditampilkan dengan visual dan jalan cerita yang menarik dari segi cinematography dan visual grafik yang menarik untuk pendengar menghayati bait bait lagu ini melalui visual pesanan, untuk mementingkan persahabatan dan sentiasa berada disisi di saat diperlukan. Ada yang merasa menemani seseorang itu membuang masa dan tiada pulangan, Ia mungkin kedengaran benar namun hidup perlu bermasyarakat, membantu satu sama lain dan berada di samping orang yang kita sayang
    adalah penting kerana kita tidak tahu bila kita mungkin perlukan teman sendiri.

    Berkenaan proses rakaman video, Pengarah, Dick Wai dan pasukannya daripda Unfold Production banyak membantu kami dari segi lakonan dan permintaan kami untuk mewujudkan jalan cerita yang kukuh dan baik’, ujar Iskandar tentang pembikinan video muzik Teman.

    “Saya berharap pendengar dapat memahami maksud di balik lagu yang penuh bermakna buat kami ini. Semoga lagu ini menjadi ikutan dan siulan di konsert-konsert dalam kalangan peminat kami. Saya juga harap mereka dapat merasai nilai persahabatan yang cuba kami paparkan di dalam video ini,” bingkas Dan menutup bicara.

    Single Teman boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dah Youtube Music pada 1 Mac 2024, muzik video juga ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Insomniacks.

  • Konsert By Ajai & Mega Friends Bakal Menggegarkan Megastar Arena Kuala Lumpur Pada Bulan Ogos 2024

    35 Tahun Meniti Impian

    Pada 6 Mac 2024 di Kuala Lumpur, minat terhadap karya mereka terus meningkat. Hampir setiap seniman yang sedang mendapat perhatian kini mencapai kejayaan melalui lagu-lagu yang mereka hasilkan.

    Sebut sahaja siapa. Daripada yang tersohor namanya seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Kris Dayanti, Misha Omar, Ella, Dato’ Jamal Abdillah, Hafiz Suip, Ning Baizura, Nora, Ziana Zain, Liza Hanim, Allahyarham Dato Sharifah Aini, Saleem dan Siti Sarah, dan ramai lagi, kepada generasi pertengahan dan baharu seperti Hazama, Black, Niki Palikat, Aufahanie, senarainya tak terungkap, Mereka telah mencipta kegemilangan dengan lagu-lagunya.

    Sedar tak sedar, insan seni ini telah bertapak di dalam industri muzik 35 tahun lamanya dan namanya masih gah di mata peminat seni daripada segenap lapisan usia.

    Mohd Faizal bin Maas atau lebih dikenali dengan Ajai sememangnya begitu sinonim namanya dengan irama ‘killer’ genre balada. Antara lagu-lagunya yang masih malar segar menjadi siulan bukan satu, bukan dua malah beratus tersusun rapi dalam senarai berdaftar MACP.

    Konsert ByAjai & Mega Friends bakal berlangsung pada Sabtu, 3hb Ogos, 2024 di Megastar Arena Kuala Lumpur dibawakan khas oleh Menara Network Sdn Bhd. Tiket-tiket konsert boleh dibeli secara online di WWW.TICKET2U.COM.MY bermula 6hb Mac, 2024 ini. Tawaran harga tiket yang dibuka ini merupakan tawaran “Early Birds”. Peminat yang membeli tiket-tiket “SUPER MEGA VIP” pula berpeluang untuk sesi ‘Meet & Greet” bersama Ajai dan juga membawa pulang goodie bag merchandise rasmi.

    Untuk konsert pertama Ajai, beliau akan menggunakan khidmat Sharon Paul selaku Pengarah Muzik konsert. Pemuzik-pemuzik juga akan diiringi oleh barisan ‘strings” bagi menambahkan lagi perisa muzik. Sebagai seorang yang sangat cerewet dalam mengenengahkan lagu-lagunya, Ajai pastinya mahukan yang terbaik untuk setiap sudut di konsert pertamanya ini.

    ‘Apa yang saya boleh janjikan, insyaallah, semua lagu yang bakal didendangakan oleh saya mahupun artis-artis MEGA FRIENDS saya pastikan lagu karoks sampai hilang suara kata Ajai secara berseloroh. ‘Dan yang pasti juga, kualiti bunyian, susunan muzik dan setiap inci yang dipersembahkan oleh team Menara Network dan produksi tiada kompromi’, jelas pihak Menara Network tanda setuju dengan misi yang ingin Ajai sampaikan pada semua peminatnya di konsert tersebut.

    Pastinya, inilah buah tangan yang telah lama anda nantikan. Kita punyai ‘Hit Maker’ yang bakal menggegarkan pentas di konsert ByAjai bersama barisan Mega Friends nya seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Aina Abdul, Hazama, Aufahanie dan Maestronya, Ajai.

    Di kesempatan ini juga pihak Menara Network dan Ajai ingin merakamkan ucapan terima kasih pada pihak pengurusan Hotel Royale Chulan Damansara dan Royale Chulan KL di atas persetujuan menjadi rakan hotel rasmi bagi konsert kali ini.

    TRIVIA KONSERT BYAJAI & MEGA FRIENDS

    • Mohd Faizal bin Maas @ Ajai dilahirkan di Johor Bharu pada 15 Мас, 1975.
    • Memulakan karier seninya pada tahun 1989, sewaktu berusia 14 tahun.
    • Megastar Arena Kuala Lumpur menjadi pilihan lokasi konsert. Namanya juga selari dengan konsert ‘ByAjai & Mega Friends’
    • “Mega Friend” merupakan definasi Ajai kepada barisan penyanyi undangan yang bakal beraksi di pentas Konsert ByAjai yang julung kalinya ini
    • 5 penyanyi ditampilkan yang dikenali di tahun-tahun yang berbeza dengan lagu-lagu hit mereka masing-masing
    • Ajai bakal membawakan versi komposer untuk lagu-lagu hit yang diciptakan
    • Semua lagu yang bakal didendangkan juga merupakan lagu-lagu MEGA, yang pernah beliau ciptakan.
    • Tiket-tiket juga dilabelkan ‘Mega’ dan juga tajuk-tajuk lagu ciptaan Ajai. Boleh dibeli secara online di WWW.TICKET2U.COM.MY bermula 6hb Mac, 2024.

    TRIVIA LAGU HATI INI TELAH DILUKAI 2.0

    • Penyanyi duet asal ialah Kris Dayanti
    • Lagu ini dirakamkan pada tahun 1998 sewaktu Ajai berkhidmat sebagai Pengurus A&R di Warner Music (M)
    • Pengacara Rina Nose telah menjadikan lagu ini viral semula di pentas Big Stage apabila menjemput Ajai bernyanyi bersamanya secara spontan
    • Ajai pula melamar Aina Abdul bukan nya Rina Nose untuk menjadi rakan duet terbarunya secara langsung di pentas akhir Big Stage
    • Tanggung jawab memberikan nafas baru pada susunan muzik digalas oleh Sharon Paul.
    • Lagu dan lirik video rasmi di pasaran di edarkan disemua digital platform pada 6 Mac, 2024 di bawah edaran Believe Music.
    • Ajai dan Aina sedang dalam rangka perancangan merakamkan ‘official MTV’ dengan Kerjasama Menara Network. Nantikan!
  • Single Sulung Tantari “Rindu Hatiku Rindu” Trending No. 1 Muzik Di Youtube

    Lagu “Rindu Hatiku Rindu” nyanyian penyanyi cilik, Tantari, benar-benar menggemparkan laman YouTube dengan pencapaian kedudukan #1 Trending untuk muzik selama 17 hari berturut-turut, lagu ini telah menarik perhatian ramai dalam masa yang singkat. Video muzik lagu tersebut telah mencatat sejumlah 1.6 juta tontonan dalam hanya 3 minggu setelah dimuat naik ke YouTube!

    Nama Tantari atau nama sebenarnya Naufal Azahel Mohd Alfian yang baru berusia 6 tahun mula mendapat perhatian ramai apabila video persembahan dia menyanyikan  lagu popular 90’an, “Cinta Melankolia” dendangan asal Allahyarham Aan dimuat naik ke akaun TikTok LoyyGoji pada 6 Januari lalu menarik lebih 300,000 tanda suka (likes).

    Siapa sangka berdasarkan lagu rock kapak itu, Tantari dilamar oleh Molek fm dengan kerjasama Nova Music untuk merakam lagu sulung, “Rindu Hatiku Rindu” ciptaan komposer ternama, Eddie Hamid manakala liriknya dihasilkan oleh Jaju dan Hakim Hakimi.

    Dilancarkan pada 15 Februari ’24, lagu “Rindu Hatiku Rindu” yang melodinya seakan lagu era 90-an itu bukan sahaja trending di YouTube tetapi juga di TikTok dengan pencapaian tontonan video muzik lagu ini sebanyak 4 juta di akaun TikTok HafizFeisal.  

    Di waktu yang sama, lagu berentak pop rock itu juga sering diputar di corong radio Molek FM dan Hot FM. 

    Menurut Eddie, pertama kali menonton video tular Tantari menyanyi, beliau terus tertarik dan tahu lenggok lagu yang macam mana penyanyi cilik itu sesuai bawakan sebelum lagu itu ditawarkan kepada Tantari oleh Abang Sham selaku orang kuat radio Molek FM.

    “Rindu Hatiku Rindu” juga merupakan karya pertama Eddie yang dibuat khas untuk penyanyi kanak-kanak seperti Tantari yang lahir pada 23 April 2017.

    “Saya lihat kelebihan Tantari terletak pada suaranya yang unik yang sesuai membawa lenggok lagu era 90-an. Kita juga perlu ketengahkan kanak-kanak yang berbakat sebagai pelapis penyanyi sedia ada. 

    “Walaupun dia masih kanak-kanak tapi saya tak ada masalah sewaktu membuat kerja-kerja rakaman di Studio NAR. Di studio, kami hanya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk siapkan rakaman,” kata Eddie tentang Tantari.

    Tambah Eddie, beliau tak menyangka lagu “Rindu Hatiku Rindu” nyanyian Tantari itu akan menjadi tular dan mendapat sambutan luarbiasa pendengar. Katanya, ini membuktikan bahawa walaupun zaman sudah berubah masih ramai yang meminati irama rock kapak. 

    Tantari akan memulakan alam persekolahannya dalam Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, Semenyih, Selangor tahun ini. Memandangkan Tantari masih di bawah umur, jadi lirik lagu yang ditampilkan tidak bolehlah keterlaluan sebaliknya perlu sesuai dengan usianya. 

    Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Tantari sebenarnya mula menyanyi lagu-lagu kegemaran penggemar muzik dewasa sejak berusia dua tahun. 

    Menurut bapanya, Mohd Alfian Bin Othman, bakat nyanyian Tantari dikesan sejak dia berusia dua tahun lagi dan lagu pertama yang dia nyanyikan di hadapan keluarga ialah lagu 60-an iaitu “Oh Fatimah”. 

    “Tantari mula berani menyanyi di hadapan orang ramai sewaktu berumur enam tahun apabila dia menyertai pertandingan nyanyian ‘Idola Kecil’ mula-mulanya di peringkat pra-sekolah, kemudian ke peringkat daerah dan seterusnya mewakili negeri Selangor. Untuk ketiga-tiga peringkat ini, dia mendapat tempat pertama. 

    “Sebagai bapa, saya bersyukur sebab ramai yang suka dengan nyanyian Tantari. Kalau ikutkan, saya ni tak adalah suka menyanyi lagu rock kapak, ada lagu-lagu tertentu saja. Tantari suka menyanyi lagu berjiwa rock disebabkan saya ada bekalkan sound system di rumah orang kahwin. 

    “Jadi bila buat sound check dan latihan menyanyi di rumah, saya selalu aturkan lagu 80-an dan 90-an. Mungkin sebab saya selalu buka lagu-lagu sebegini membuatkan ia masuk ke dalam dirinya,” cerita Mohd Alfian Othman tentang minat anak sulungnya itu. 

    Sejujurnya, kata Mohd Alfian Otman yang juga guru silat itu, beliau tidak fikir panjang apabila mendapat tawaran daripada Eddie Hamid untuk merakam lagu buat anaknya. 

    “Saya terus terima sebab saya berani katakan yang anak saya mampu buat dan alhamdulillah diizin Allah dan sekarang inilah hasilnya. Dari sentuhan terbaik komposer terkenal Eddie Hamid, Alhamdulillah. 

    “Sewaktu dalam studio, Tantari tak mengambil masa lama untuk rakaman kerana pihak Nova Music mahu terbitkan lagu itu dalam had waktu yang diberikan. 

    “Seingat saya pada hari buat rakaman tu kami datang ke studio pada jam 9 malam untuk mula rakaman dan selesai lebih kurang pukul 11.30 ke 12 tengah malam. Alhamdulillah, semua dipermudahkan,” katanya berkongsi pengalaman Tantari sewaktu di dalam studio rakaman. 

    Terus terang katanya, Tantari tidak mengikuti kelas vokal sebelum menjalani proses rakaman kerana semua persediaan dilakukan di rumah sahaja. 

    “Saya tak hantar dia ke kelas vokal sebab kami bukan dari keluarga senang nak hantar ke kelas vokal atau kelas muzik yang menelan belanja besar. Dia hanya kerap buat latihan di rumah dan disamping itu, kita menjaga waktu rehat, pemakanan dan kesihatannya,” ujarnya. 

    Meskipun Tantari meminati bidang seni, sebagai bapa Mohd Alfian Ohman tetap mengutamakan pelajaran anaknya dalam segala hal. 

    “Antara pelajaran dan seni, sejujurnya kami seimbangkan keduanya sebab pelajaran penting termasuk  ilmu agama yang perlu dititikberatkan. Dari segi penglibatan dia dalam aktiviti seni, minat dan bakat perlu ada. 

    “Pada saya, bakat yang ada pada dia adalah anugerah daripada Allah, jadi kita gunalah sebaiknya. Apa yang kita dapat semuanya adalah pemberian daripada Allah dan yang penting kita guna ke arah kebaikan,” tambahnya.

    Mungkin secara kebetulan bakat nyanyian Tantari itu terbit daripada nama panggilannya sendiri. Tantari adalah nama watak yang dilakonkan oleh Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem ‘6 Jahanam’. 

    “Nama panggilannya Tantari disebabkan dia adalah seorang pesilat dan saya adalah penggemar filem Tan Sri P. Ramlee. Dalam filem 6 Jahanam watak Tantari adalah seorang pendekar dan seorang pesilat. Saya ambil nama itu dan berikan kepada anak saya. Sampai sekarang, melekat dia dipanggil Tantari,” katanya lagi. 

    Lagu “Rindu Hatiku Rindu” nyanyian Tantari kini boleh didengar di semua pelantar penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music. Video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos di pautan ini https://youtu.be/LQZeGvclJSU?si=85uEkYd0I4CS9lXm

  • Khai Bahar Pilihan Inteam Untuk Rabiatul Adawiyah 2024

    Selepas 23 tahun lagu berjudul Rabiatul Adawiyah dipopularkan oleh kumpulan Inteam, kini mereka  memilih Khai Bahar untuk tampil bersama dalam pembikinan nyanyian semula lagu ini dengan judul  Rabiatul Adawiyah 2024 (RA24)

    “Kami pernah bekerjasama dengan Khai Bahar di dalam ‘remake’ lagu Setanggi Syurga sebelum ini  pada tahun 2020, dan kami melihat kerjasama tersebut sangat serasi dan mendapat sambutan hangat  dari peminat serta suara Khai juga sesuai dengan lagu-lagu Inteam” Ujar Syah Inteam apabila ditanya  kenapa memilih Khai Bahar untuk berduet dalam lagu Rabiatul Adawiyah 2024.

    Apabila ditanya kepada Khai Bahar pula, mengapa beliau bersetuju berkolaborasi dengan Inteam untuk  lagu ini, beliau menjawab:

    “Saya memang meminati lagu-lagu Inteam dan pernah menyanyikan lagu-lagu mereka secara ‘cover’ di  media sosial. Lebih istimewa lagi, lagu Rabiatul Adawiyah ini adalah di antara lagu yang sangat disukai  oleh arwah Ibu saya, dan pastinya ia menggamit nostalgia yg indah”

    Untuk rekod, lagu Rabiatul Adawiyah pernah dimuatkan di dalam album Inteam berjudul Impian Kasih  yang dilancarkan pada tahun 2001. Lagu ciptaan Munif Ahmad dari Kumpulan Hijjaz dan lirik oleh Abdul  Kahar ini mengisahkan tentang serikandi sufi bernama Rabiatul Adawiyah.

    “Lagu ini sangat bermakna untuk dihayati lebih-lebih lagi dengan ketibaan Ramadan kerana ia  menceritakan kisah perjalanan seorang hamba Allah iaitu serikandi yang mencari Tuhannya dan  akhirnya hanya meletakkan cinta Allah di dalam hatinya mengatasi segala-galanya” jelas Hazamin  menceritakan tentang maksud lagu ini.

    “Susunan muzik oleh Chaan kali ini lebih segar dan mengikut arus semasa namun tidak sesekali  menghilangkan keaslian dan penghayatan asal lagu ini. Durasi lagu juga dipendekkan sedikit dengan  sebahagian besar lagu dinyanyikan Khai Bahar dan sebahagian lagi oleh Inteam sendiri”

    Ujar Rahim Inteam menjelaskan mengenai kelainan yang cuba ditampilkan di dalam lagu Rabiatul  Adawiyah versi 2024 ini.

    Apabila ditanya mengapa sering menghasilkan lagu lama nyanyian semula dan tidak lagu baru, Hisyam  menjawab:

    “Sebenarnya sejak sebelum pandemik, kami telah menghasilkan lebih 10 lagu baru seperti Labbaikallah,  Love of God, I Love Muhammad, Sollu Alan Nabi, Gapura, Selimut Kasih dan lain-lain, cuma sudah  menjadi kebiasaan bagi kami menjelang Ramadan untuk menyanyikan semula lagu lama dan berduet  dengan artis arus perdana. Ini kerana lagu-lagu lama ini ada unsur nostalgia dan kami cuba  memperkenalkan semula lagu-lagu berkualiti terdahulu kepada generasi sekarang yang mungkin masih  belum dilahirkan ketika lagu ini dilancarkan dahulu.”

    Lagu Rabiatul Adawiyah 2024 dilancarkan pada 8 Mac 2024 dan kini berada di seluruh platform digital  seperti Spotify, Deezer, Apple music, Kkbox termasuk rangkaian Youtube Inteam Digital.

  • Lagu Asma Abu Bakar merupakan single solo kedua Mateen

    Perjalanan sirah Asma binti Abu Bakar (R.A.), yang rela berkorban jiwa dan raganya dalam menyukseskan Hijrah Nabi s.a.w. serta mendukung Saidina Abu Bakar, kini menjadi sumber inspirasi bagi penyanyi nasyid baru, Mateen, dalam menciptakan lirik single terbarunya.

    Lagu gubahan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara itu membawa pendengar menghayati kisah  Asma yang sedang sarat mengandung namun sanggup mendaki Jabal Thur bagi  menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk Rasulullah s.a.w dan ayahnya Saidina  Abu Bakar di Gua Thur.

    “Kisah perjuangan Asma ini sangat menyentuh hati saya apatah lagi setelah digubah  dengan susunan lirik yang indah dan melodi yang menyentuh hati. Ia mengingatkan kita  bagaimana seorang wanita juga memainkan peranan penting dalam membantu  perjuangan menegakkan agama Allah” Ujar Mateen.

    Lagu Asma Abu Bakar merupakan single solo kedua Mateen selepas single pertama beliau  Teratas dilancarkan awal tahun yang lalu.

    “Sebelum ini saya mempertaruhkan lagu Teratas yang agak laju dari segi temponya dan kali  ini untuk single kedua saya memilih lagu yang lebih perlahan dan memerlukan  penghayatan serta memasukkan elemen sirah nabawiyah” Tambah Mateen lagi.

    Pembikinan muzik video lagu Asma Abu Bakar turut memaparkan simbolik dari sirah yang  berlaku lebih 1400 tahun lalu. Lokasi penggambaran telah dilaksanakan di kawasan bukit  berbatu bagi menggambarkan keadaan bentuk muka bumi di Jabal Thur.

    “Saya harap lagu ini akan mendapat maklum balas yang baik dari pendengar semua serta  dapat dihayati dan diambil iktibar dari kisah sirah yang cuba disampaikan” ujar Mateen

    Lagu Asma Abu Bakar baru sahaja dilancarkan pada 16 Februari 2024 yang lalu dan kini  telah berada di semua platform digital termasuk rangkaian Youtube Inteam Digital.

  • SALMA KEMBALI DENGAN ‘ATAS NAMA CINTA’

    Dengan penuh keyakinan, penyanyi berbakat Salma menyuarakan harapannya melalui single terbarunya, Atas Nama Cinta, yang secara rasmi diperkenalkan pada 23 Februari lalu. Setiap karya yang diciptakan hadir dengan sebuah harapan agar usaha yang dilakukan dengan sepenuh jiwa dapat menemukan tempat di hati para pendengar.

    Salma Asis, 33, berharap Atas Nama Cinta hasil ciptaan bersama Knight Cydeen dan Syaf Ramli dapat memacu kembali nama, seterusnya memahat posisi selesa pada perjalanan karier seninya selepas hampir 13 tahun berjuang. Diterbitkan bersama Awal Muzik Entertainment dan CQ Music Malaysia, Salma berkata, dia tidak pernah lelah berusaha, malah percaya Atas Nama Cinta mampu memberikan kepuasan buat peminat yang tidak jemu menanti karya terbarunya.

    “Sebelum Atas Nama Cinta, ada beberapa single yang Salma hasilkan cuma kurang mendapat sambutan. Namun, Salma sentiasa percaya dengan rezeki yang tertulis dan berusaha mencari lagu baharu yang memenuhi kehendak Salma serta peminat.

    “Sebaik mendengar lagu ini, terdetik di hati Salma untuk merakamkannya sebagai single terbaharu. Salma tertarik dengan komposisi dan lirik lagu ini yang sangat puitis.

    “Kali pertama mendengar demo dan menghayati bait liriknya, Salma seperti mahu menangis. Serius, ia sangat menyentuh hati dan perasaan membuatkan Salma tidak mampu menolaknya,” kata anak kelahiran Tawau, Sabah itu.

    Bakat yang dicungkil menerusi program Mentor musim kelima dan 3 Juara itu mengakui, pengalaman lalu banyak membantunya sepanjang menyiapkan proses rakaman Atas Nama Cinta. Mengambil masa dua jam untuk melengkapkan kerja rakaman, Salma berkata, dia memanfaatkan semua pengalaman selama 13 tahun berada dalam industri muzik dan dicurahkan sepanjang merakamkan Atas Nama Cinta.

    “Salma membuat persediaan lebih rapi, terutama dalam memahami melodi dan lirik supaya dapat memberikan penghayatan yang terbaik ketika proses rakaman. Salma tahu ramai yang menaruh harapan tinggi untuk melihat Salma terus mencipta kejayaan.

    “Alhamdulillah, pengalaman lalu banyak membantu Salma ketika menyiapkan single ini. Mungkin dulu Salma lebih memikirkan bagaimana untuk mencapai nota-nota tinggi ketika menyanyi, tetapi sekarang itu bukan lagi keutamaan.

    “Salma kini lebih memberikan fokus kepada penghayatan kerana mahu pendengar benar-benar merasai nyanyian Salma. Itu lebih penting kerana Salma mahu nyanyian Salma lebih seimbang, pada masa sama menyentuh hati ramai,” katanya.

    Atas Nama Cinta, akui Salma, sedikit istimewa kerana lagu itu pernah cuba dirakamkan oleh beberapa penyanyi, tetapi tidak diterbitkan atas beberapa faktor.

    “Mungkin ini yang dikatakan rezeki. Alhamdulilah, apabila lagu ini sampai ke tangan Salma, semua proses berjalan dengan begitu baik sekali. Cuma dari sudut susunan muzik, Salma minta diubah sedikit untuk disesuaikan dengan cara penyampaian Salma.

    “Secara peribadi, Salma tiada masalah untuk bekerja dengan komposer senior atau baharu. Salma tidak pernah meletakkan sebarang syarat kerana apa yang penting, Salma mahu terus melangkah, berusaha dan bekerja keras untuk memastikan karya Salma diterima.

    “Salma yakin pada rezeki dan siapa tahu lagu ini dapat membawa Salma untuk kembali beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu selepas kali terakhir membolosi dengan Akhirnya Cinta pada AJL 32,” katanya.

    Mengulas mengenai cabaran dan persaingan dalam industri muzik, Salma tidak menafikan ada ketika dia terkesan apabila peminat sering membandingkan kemampuannya dengan penyanyi lain. Bagi Salma, seperti insan lain, dia juga mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Justeru, dia berharap peminat lebih terbuka dan menerima kekurangan serta kelebihannya kerana itu yang membentuk identitinya sebagai Salma.

     “Salma berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi kata perangsang dan semangat untuk Salma terus berkarya. Cuma, Salma berharap mereka menerima Salma dengan segala kelebihan dan kekurangan yang Salma ada.

    “Pada era media sosial, perjalanan seseorang anak seni itu lebih mencabar tetapi Salma sentiasa positif. Salma peka dengan komen yang diberikan dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

    Atas Nama Cinta sangat bermakna buat Salma kerana ia menjadi pembakar semangat untuk Salma terus bertahan dalam industri muzik. Pastinya Salma ingin membawa bakat ini pergi lebih jauh,” katanya.

    Menyifatkan kelahiran Atas Nama Cinta sebagai permulaan yang baik untuk 2024, Salma menyimpan impian untuk mencipta nama lebih besar di rantau Nusantara, termasuk menembusi pasaran Indonesia.

    “Itu antara impian besar Salma dan semua itu tidak mustahil jika kita bekerja keras. Namun, Salma akur, semua itu berbalik kepada rezeki. Salma sangat berharap Atas Nama Cinta menjadi pilihan untuk dimainkan di stesen radio dan dapat dicalonkan dalam carta Muzik Muzik.

    “Doakan semoga usaha terbaharu Salma ini membuahkan hasil kerana Salma juga memasang impian untuk melakar kejayaan besar dalam karier yang Salma cintai ini,” katanya.

    *****************************************

    INFO RAKAMAN:

    ATAS NAMA CINTA

    Artis: Salma Asis

    Komposer: Knight Cydeen & Syaf Ramli

    Lirik: Knight Cydeen & Syaf Ramli

    Susunan Muzik: Shoga Tan

    Terbitan: Awal Muzik Entertainment/CQ Music Malaysia

  • Amir Jahari ‘Hasrat’ Juara AJL 38

    Anugerah Juara Lagu (AJL) memang selalu menjadi peristiwa yang dinanti-nantikan di Malaysia setiap tahunnya, dan AJL 38 dengan kemenangan lagu “Hasrat” memang menjadi salah satu momen puncak dalam sejarah acara tersebut. “Hasrat” yang diciptakan dan dinyanyikan oleh Amir Jahari adalah sebuah karya yang menyentuh hati banyak orang. Dengan lirik yang mendalam dan melodi yang meresap, lagu ini mampu menggugah emosi para pendengarnya. Kemenangan “Hasrat” sebagai Juara Lagu tidak hanya menjadi kebanggaan bagi Amir Jahari dan timnya, tetapi juga membuat seluruh rakyat Malaysia terharu dan gembira.

    Anugerah berprestij ini telah berjaya mencapai 6.4 juta tontonan TV yang menunjukkan peningkatan sebanyak 13% berbanding dengan AJL 37 sepanjang siaran langsungnya di TV3 pada 3 Mac 2024 bermula pukul 9.00 malam. Capaian tontonan TV tersebut juga merupakan rekod yang tertinggi sejak 2021. Jumlah tontonan menerusi strim langsung secara eksklusif di www.tonton.com.my mahupun aplikasi Tonton pada 3 Mac 2024 juga telah mencatat peningkatan sebanyak 153% jumlah jam tontonan di Tonton. Capaian menerusi platform media sosial turut menunjukkan peningkatan sebanyak 39.3% dengan catatan jumlah 3.2 billion dan sohor di media sosial  selama 3 hari.  (sumber: Nielsen, Tonton & Meltwater).

    Menurut Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, “AJL 38 berjaya mencapai matlamat sebagai AJL paling ikonik dalam penganjurannya untuk memartabatkan lagu terbaik. Persembahan pembukaan yang memukau dan tema MUZIKAVERSE juga mencetuskan ilham dan kreativiti yang luar biasa daripada semua pihak seperti pihak station, produksi  dan barisan finalis AJL 38 dan turut menyumbangkan konsep persembahan dan rekaan pentas yang sangat unik. Bagi pihak TV3, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada lebih 200 warga kerja Media Prima yang terlibat dalam menjayakan AJL 38. Teruskan berkarya dan memberikan kandungan yang segar, menarik, menghiburkan dan menjadi sumber inspirasi kepada semua. Terima kasih juga kepada pihak penaja yang bersama-sama merealisasikan pentas AJL paling ikonik ini.”

    Sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bermatlamat untuk memartabatkan lagu terbaik pada setiap tahun. Anugerah Juara Lagu merupakan platform penting dalam industri muzik Malaysia yang menyatukan pelbagai genre muzik hasil para karyawan muzik tanah air dan peluang untuk mereka menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka. Selain itu, program ini juga menjadi perantara yang menghubungkan peminat dengan penyanyi kesukaan mereka dan menyaksikan evolusi AJL selama 38 tahun diterbitkan. 

    AJL 38 menyaksikan 12 buah lagu berentap untuk merangkul gelaran Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik. Malam anugerah menggandingkan dua ikon pengacara yang berkarisma iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar. Karpet Merah dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy yang disiarkan di TV9 pada pukul 8.30 malam. 

    AJL 38 membuka tirai dengan persembahan yang sangat bertenaga dengan konsep ‘girl band’ yang menggandingkan dua vokalis iaitu Shila Amzah dan Vanessa Reynauld, dan julung kalinya persembahan pembukaan dengan lagu medley antarabangsa dan tempatan. Sissy Iman sebagai pemain keyboard dengan 3 pemain muzik muda yang berbakat besar iaitu Naimi Daini (drum), Tasneem Bolhasan (bass) dan Anis Kalisa (gitar). Interlude AJL38 pula dijayakan oleh 3 penyanyi hebat iaitu Datuk Zainal Abidin, Ella dan Dayang Nurfaizah.

    AJL 38  dibawakan khas oleh Alha Alfa sebagai penaja utama Tampil berbeza bersama Alha Alfa, Perbezaan itu Keunikan Kita.” “Digayakan oleh Applecrumby, Kayangan Yang Mampu.”Rakan Penaja Panadol, Diserap 2 kali Lebih Cepat.”Kolaborasi bersama Anker, Teknologi Terkini, Menjana Generasi Bijak Malaysia.”Hot FM sebagai rakan radio. OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital.

    Barisan pemenang AJL 38: 

    Kategori Hadiah Pemenang
    Juara Lagu RM 100,000 dengan trofi

    Hasrat

    Komposer/Penulis Lirik/Penyanyi: 

    Amir Jahari

    Tempat Kedua RM 50,000 dengan trofi

    Sutera

    Komposer: Aisha Retno & MFMF

    Penulis Lirik / Penyanyi: Aisha Retno                                                                                        

    Tempat Ketiga RM 30,000 dengan trofi Jangan Mati Rasa Itu

    Komposer/Penulis Lirik/Penyanyi: 

    Aina Abdul

    Vokal Terbaik  RM 12,000 dan trofi Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
    Persembahan Terbaik  RM 12,000 dan trofi Sutera – Aisha Retno
    Penyanyi Pilihan Alha Alfa RM12,000 dan trofi Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul

    Sidang produksi AJL 38 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues, Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Shazreena Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalli sebagai penerbit.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #AJL38  #muzikaverse untuk menghangatkan lagi perbualan di platform media sosial. 

  • AJL 38 Anugerah Juara Lagu Konsert Akhir

    Lagu yang memenangi gelaran Juara Lagu dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi bakal diumumkan malam ini semasa siaran langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil di TV3. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan momen emosi dan kejutan pada AJL 38, mulai jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara eksklusif di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton. Anda juga boleh menonton kembali acara tersebut serta koleksi lainnya di Tonton feveret dan di Smart TV!

    Sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bermatlamat untuk memartabatkan lagu terbaik pada setiap tahun. Muzik dan AJL sudah sebati sepanjang penganjurannya yang meraikan kepelbagaian genre muzik. Selain itu, AJL juga merupakan platform untuk pengkarya muzik Malaysia menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka selain menjadi perantara menghubungkan peminat dengan penyanyi kegemaran mereka yang menyaksikan evolusi AJL selama 38 tahun. 

    AJL ialah acara tahunan gilang – gemilang yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik! Tahun ini, AJL 38 bakal menjadi AJL paling ikonik yang sentiasa hangat diperbualkan hingga bila-bila masa. Ia akan membuatkan peminat tegar mengimbau kembali kegemilangan AJL dan terus meraikan bakat – bakat muda yang berkolaborasi dengan penyanyi ‘senior’.

    Tahun ini, AJL 38 mengetengahkan tema ‘MUZIKAVERSE’, gabungan dua perkataan iaitu MUZIK dan MULTIVERSE dimana kita menggabungkan dunia yang berbeza antara penyanyi, penulis lirik dan komposer dalam mencipta sebuah karya lagu yang baharu. 

    Malam anugerah menggandingkan dua ikon pengacara yang berkarisma iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar. Karpet Merah dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy yang disiarkan di TV9 pada pukul 8.30 malam. 

    AJL 38 menyaksikan 12 buah lagu bakal berentap untuk merangkul gelaran Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik. Penonton juga boleh mengundi untuk 2 kategori iaitu Persembahan Terbaik melalui  undian di www.tonton.com.my/AJL38  dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa dengan hanya dengan mengimbas QR Kod yang tertera di kaca TV.

    AJL 38 membuka tirai dengan persembahan yang sangat bertenaga dengan konsep ‘girl band’ yang menggandingkan dua vokalis iaitu Shila Amzah dan Vanessa Reynauld, dan julung kalinya persembahan pembukaan dengan lagu medley antarabangsa dan tempatan. Sissy Iman sebagai pemain keyboard dengan 3 pemain muzik muda yang berbakat besar iaitu Naimi Daini (drum), Tasneem Bolhasan (bass) dan Anis Kalisa (gitar). Interlude AJL38 pula dijayakan oleh 3 penyanyi hebat iaitu Datuk Zainal Abidin, Ella dan Dayang Nurfaizah.

    AJL 38  dibawakan khas oleh Alha Alfa sebagai penaja utama Tampil berbeza bersama Alha Alfa, Perbezaan itu Keunikan Kita.” “Digayakan oleh Applecrumby, Kayangan Yang Mampu.”Rakan Penaja Panadol, Diserap 2 kali Lebih Cepat.”Kolaborasi bersama Anker, Teknologi Terkini, Menjana Generasi Bijak Malaysia.”Hot FM sebagai rakan radio. OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital.

    Selaku penaja utama AJL 38 kali ini, Alfa Alfa mengeluarkan set eksklusif Muzikaverse Alha Alfa dengan 4 koleksi premium, menjanjikan solekan tampak lebih sempurna dan menawan. Collagen Serum Foundation, Gabungan Lip Oil dan Lip Booster juga Egg Brush, kini hanya dengan RM159.90 sahaja. Cara pembelian dengan hanya mengimbas QR kod yang tertera di kaca TV pada malam AJL nanti.

    Bagi menghangatkan lagi AJL 38, Applecrumby, jenama produk bayi popular memperkenalkan Applecrumby AJL Baby Theatre dimana buat pertama kalinya disediakan bilik istimewa yang baby friendly untuk menonton AJL. Layanan VIP yang sungguh istimewa ini adalah eksklusif untuk 10 KOL ibu bapa dan bayi mereka serta 10 pemenang yang terpilih menerusi peraduan Gaya Applecrumby. Mereka dapat menyaksikan siaran langsung AJL 38 di Applecrumby AJL Baby Theater yang disediakan khas di Axiata Arena Bukit Jalil bersama-sama dengan anak kecil mereka. Applecrumby turut menyediakan tempat menukar lampin dan bilik menyusu bayi yang dilengkapi dengan produk Applecrumby untuk keselesaan mereka.

    Penjualan tiket AJL 38 telah bermula dari 5 Feb 2024 hingga 3 Mac 2024 di laman web www.tonton.com.my dengan jualan melebihi 8000 tiket Kategori front seat hanya terhad kepada 200 tiket habis terjual dalam masa 48 jam.  Kategori front seat akan diberikan tempat duduk paling hadapan di Arena, malahan mereka juga diberikan keistimewaan untuk merasai pengalaman karpet merah dan Photobook edisi khas AJL 38. 

    Peminat juga boleh membeli barangan eksklusif AJL 38 termasuk T-shirt eksklusif AJL 38 (RM39), tote bag AJL 38 (RM25) dan lanyard AJL 38 (RM15). 

    Berikut ialah senarai 12 buah lagu yang bertanding di Anugerah Juara Lagu 38:

    LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
    Jangan Mati Rasa Itu Aina Abdul Aina Abdul Aina Abdul
    Bintang  Hael Husaini Hael Husaini Hael Husaini
    Sutera Aisha Retno Aisha Retno & MFMF Aisha Retno
    Hasrat Amir Jahari Amir Jahari Amir Jahari
    Inilah Jalannya Masdo Noh Salleh  Noh Salleh
    Darah Marsha Milan Naim Daniel & Firdaus Rahmat Naim Daniel & Firdaus Rahmat
    Waktu Hasif Upin &

    Ziana Zain

    Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
    Astana Ernie Zakri Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel
    Kucuma  Wany Hasrita & Afieq Shazwan A.Ramlie & Ezra Kong A.Ramlie & Ezra Kong
    Kalam  Shiha Zikir  Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
    Selagi Ku Ada Khai Bahar & Nabila Razali Amylea Amylea
    Santai  Naqiu Faizal Tahir Faizal Tahir

     

    Senarai kategori anugerah dan hadiah:

    Kategori Hadiah Pemenang
    Juara Lagu RM 100,000 dengan trofi Hasrat

    Komposer/Penulis Lirik/Penyanyi: 

    Amir Jahari

    Tempat Kedua RM 50,000 dengan trofi Sutera

    Komposer: Aisha Retno & MFMF

    Penulis Lirik / Penyanyi: Aisha Retno                                                                                        

    Tempat Ketiga RM 30,000 dengan trofi Jangan Mati Rasa Itu

    Komposer/Penulis Lirik/Penyanyi: 

    Aina Abdul

    Vokal Terbaik  RM 12,000 dan trofi Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
    Persembahan Terbaik  RM 12,000 dan trofi Sutera – Aisha Retno
    Penyanyi Pilihan Alha Alfa RM12,000 dan trofi Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul

    Sidang produksi AJL 38 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues, Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Shazreena Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalli sebagai penerbit.

    Barisan juri profesional Anugerah Juara Lagu 38 diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail, dan disertai oleh Dato’ Wah Idris, Dato’ Acis, Azlan Abu Hassan, Jari, LY, Noryn Aziz, Ad Samad, Efry Arwis, dan Adlin Aman Ramli. 

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #AJL38  #muzikaverse untuk menghangatkan lagi perbualan di platform media sosial.