Sime Beyond Auto Perkukuh Kedudukan Sebagai Kumpulan Pengedar BYD Terbesar Malaysia Dengan Pembukaan Cawangan Keenam Di Sri Petaling

Written by

in

Sime Beyond Auto (Beyond Auto), anak syarikat kepada Sime Motors, terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai kumpulan pengedar BYD terbesar di Malaysia menerusi prestasi jualan kukuh, kepercayaan pelanggan serta pelaburan berterusan dalam kecemerlangan digital dan runcit automotif. Terbaharu, Sime Beyond Auto melakar satu lagi pencapaian penting dengan pembukaan BYD Sri Petaling, cawangan keenamnya di Malaysia.

Terletak secara strategik di koridor Bukit Jalil–Sri Petaling, pusat 1S baharu ini membawa pengalaman BYD lebih dekat kepada komuniti di salah satu kawasan kediaman dan gaya hidup paling pesat berkembang di Kuala Lumpur. Kawasan ini yang dihuni golongan profesional muda serta keluarga moden menjadikannya lokasi ideal untuk BYD mendekati pengguna yang mengutamakan mobiliti pintar, gaya hidup aktif dan teknologi kenderaan elektrik.

The newly opened BYD Sri Petaling showroom showcases the latest BYD models, including the BYD ATTO 2 and BYD SEALION 7, offering customers an immersive electric vehicle retail experience

Pada Ogos ini, BYD Sri Petaling bakal tampil dengan konsep ruang pameran berinspirasikan sukan yang mengangkat warisan Bukit Jalil sebagai lokasi ikonik sukan negara menerusi Stadium Nasional dan kemudahan bertaraf dunia. Konsep ini direka bagi meraikan elemen tenaga, prestasi dan pergerakan, dengan ruang penghantaran kenderaan khas yang diilhamkan sebagai “center field”, menjadikan setiap detik serahan kenderaan sebagai pengalaman istimewa buat pelanggan.

Exterior view of the newly opened BYD Sri Petaling showroom, expanding BYD’s retail network and bringing innovative electric mobility solutions closer to customers.
Exterior view of the newly opened BYD Sri Petaling showroom, expanding BYD’s retail network and bringing innovative electric mobility solutions closer to customers.

Selain itu, ruang pameran baharu ini turut menawarkan kapasiti sehingga lima kenderaan serta ruang rehat pelanggan yang selesa. Pendekatan berteraskan gaya hidup sukan ini menjadikan BYD Sri Petaling lebih daripada sekadar pusat jualan, sebaliknya sebuah destinasi moden yang mencerminkan identiti progresif BYD serta komitmen Sime Beyond Auto dalam menyediakan pengalaman automotif yang lebih mesra pelanggan.

Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Malaysia Retail & Distribution, Sime Motors berkata, perkembangan Sime Beyond Auto mencerminkan komitmen syarikat dalam memperluaskan akses kepada jenama BYD serta mengukuhkan kehadirannya di seluruh Malaysia.

Exterior view of the newly opened BYD Sri Petaling showroom, expanding BYD’s retail network and bringing innovative electric mobility solutions closer to customers.

“Setiap pembukaan cawangan baharu mencerminkan usaha kami untuk membawa pengalaman BYD lebih dekat kepada rakyat Malaysia, di samping meningkatkan piawaian dalam aspek jualan, perkhidmatan selepas jualan dan pengalaman pelanggan. Sebagai kumpulan pengedar BYD No. 1 di Malaysia, kami berbangga menjadi peneraju dalam menyokong perkembangan BYD serta mempercepatkan penggunaan mobiliti elektrik di seluruh negara,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2022, Sime Beyond Auto berkembang dengan pantas menerusi fokus terhadap pengalaman pelanggan, penglibatan digital serta kecemerlangan perkhidmatan selepas jualan. Kejayaan ini turut diperkukuhkan dengan sokongan Sime Motors, salah satu pemain automotif paling berpengalaman di Malaysia yang mempunyai kepakaran luas dalam bidang jualan runcit, pengedaran serta pengurusan pengalaman pelanggan merangkumi pelbagai segmen kenderaan termasuk mewah, premium, arus perdana dan komersial.

The official opening ceremony of the BYD Sri Petaling showroom. (From left) Adeline Lew, Managing Director of BYD Sime Motors; Jeffrey Gan, Managing Director of Southeast Asia, Sime Motors; Jacob Ma, Managing Director of BYD Malaysia; Vi Thim Juan, Managing Director of Malaysia Retail & Distribution, Sime Motors; Choong Chin Seong, Head of Operations, SDAS, BYD & Denza, Sime Motors and Davis Lim, Head of Retail, Sime Darby Beyond Auto commemorate the milestone with an officiating ceremony.

Sebagai kumpulan pengedar BYD terbesar di Malaysia, Sime Beyond Auto terus mengekalkan kepimpinannya menerusi tiga tonggak utama iaitu prestasi pengedar bertaraf anugerah, perjalanan pelanggan yang didigitalkan serta rangkaian cawangan yang meluas di seluruh negara.

Kecemerlangan Sime Beyond Auto turut diiktiraf menerusi pelbagai anugerah pada BYD National Dealer Conference 2025, termasuk Malaysia Overall Champion yang dimenangi oleh BYD Mansion Macalister, Pulau Pinang. Daripada 39 bilik pameran BYD di seluruh negara, cawangan tersebut dinobatkan sebagai juara keseluruhan hasil prestasi cemerlang dalam jualan, pemasaran dan khidmat pelanggan.

BYD Ara Damansara, Selangor pula menerima pengiktirafan Top Dealer Outlet (Champion) selepas mencatatkan prestasi keseluruhan terbaik dalam aspek jualan dan operasi. Sementara itu, BYD Kuala Lumpur @ TREC dinobatkan sebagai Top Live Streamer (Champion) hasil pencapaian luar biasa menerusi aktiviti TikTok LIVE yang berjaya meningkatkan interaksi bersama pelanggan.

(From left) Calvin Sze-Tho, General Manager, Sales Distribution, BYD Sime Motors; Adeline Lew, Managing Director of BYD Sime Motors; Jeffrey Gan, Managing Director of Southeast Asia, Sime Motors; Jacob Ma, Managing Director of BYD Malaysia; Vi Thim Juan, Managing Director of Malaysia Retail & Distribution, Sime Motors; Choong Chin Seong, Head of Operations, SDAS, BYD & Denza, Sime Motors and Davis Lim, Head of Retail, Sime Darby Beyond Auto at the official opening of the BYD Sri Petaling showroom.

Selain itu, BYD Mansion Macalister turut menerima Customer Experience Excellence Award (Champion) atas usaha berterusan dalam memberikan pengalaman pemilikan yang lancar dan memuaskan kepada pelanggan. Sime Beyond Auto juga menerima pengiktirafan Marketing Manager of the Year (1st Runner-Up) menerusi kempen pemasaran berimpak tinggi yang memperkukuhkan kehadiran jenama Sime Beyond Auto dan BYD di Malaysia.

Pengiktirafan lain termasuk Outstanding Aftersales Leadership Award (1st Runner-Up) kepada BYD Mansion Macalister yang membuktikan komitmen cawangan tersebut dalam menetapkan piawaian baharu bagi kualiti servis, penjagaan pelanggan dan sokongan selepas jualan.

Kesemua pencapaian ini menyerlahkan keupayaan Sime Beyond Auto dalam memberikan pengalaman menyeluruh kepada pelanggan bermula daripada proses pembelian, penghantaran kenderaan sehingga sokongan pemilikan jangka panjang.

Melalui aplikasi mudah alih Sime Motors OneGo, pelanggan kini menikmati pengalaman pemilikan yang lebih mudah dan lancar dengan kemudahan mengurus janji temu servis, mengakses maklumat kenderaan, menikmati manfaat eksklusif serta kekal berhubung dengan ekosistem Sime Beyond Auto pada bila-bila masa.

Dengan enam cawangan di seluruh Malaysia, Sime Beyond Auto memastikan pelanggan di pelbagai lokasi mendapat akses mudah kepada rangkaian kenderaan elektrik inovatif BYD serta menikmati standard perkhidmatan yang konsisten.

Rangkaian cawangan Sime Beyond Auto kini merangkumi BYD Ara Damansara di Selangor, BYD Mid Valley Southkey di Johor, BYD Kuala Lumpur @ TREC, BYD Tebrau di Johor, BYD Mansion Macalister di Pulau Pinang serta BYD Sri Petaling di Selangor.

Kesemua cawangan ini membentuk rangkaian nasional yang kukuh, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sime Beyond Auto sebagai kumpulan pengedar BYD terbesar Malaysia dan antara peneraju utama dalam mempercepatkan era mobiliti elektrik negara.

Sempena pembukaan dan kempen istimewa ini, pelanggan yang membuat tempahan di mana-mana cawangan Sime Beyond Auto pada hujung minggu ini berpeluang menikmati pakej promosi bernilai sehingga RM14,000 untuk BYD ATTO 3 serta peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM1,000 menerusi cabutan bertuah.

Selain promosi hujung minggu tersebut, pelanggan yang membuat tempahan di mana-mana cawangan Sime Beyond Auto dari 1 Julai hingga 30 September 2026 turut berpeluang memenangi sebuah motosikal bernilai RM39,900*.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Sime Beyond Auto menerusi Facebook di https://www.facebook.com/share/1BwVxiqshL/?mibextid=wwXIfr dan Instagram di https://www.instagram.com/bydsimebeyondauto/. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Sime Beyond Auto melalui talian 1300-13-9989.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.