Tag: #YTLCement

  • YTL Cement Group Expands Sustainability Credentials with Portfolio-Wide EPD Achievements

    YTL Cement Group Expands Sustainability Credentials with Portfolio-Wide EPD Achievements

    YTL Cement Group (YTL Cement) has solidified its position as a sustainability leader in Malaysia by becoming the first cement and precast producer in the country to obtain Environmental Product Declarations (EPDs) across its ECOCem®, ECOConcrete™ and precast product ranges. This landmark achievement underscores the Group’s dedication to delivering sustainable, high-performance building solutions and accelerating the nation’s journey towards low-carbon construction. Widely recognized in global green building practices, an EPD is a third-party verified document that discloses a product’s environmental impact throughout its life cycle based on international standards such as ISO 14025 and the ISO 14040 series. These declarations play a crucial role in helping architects, contractors, and developers make informed choices that support sustainability goals and certification requirements.

    Among the newly certified products is Castle Cement, a Singapore Green Label certified cement formulated for bricklaying, screeding, and concreting. The certification also includes ECOConcrete™ Grade 40 and Grade 35, engineered to significantly reduce embodied carbon while maintaining strength, durability and performance. YTL Cement’s precast subsidiary, Eastern Pretech, has made history as well, becoming the first in Malaysia to obtain EPDs for precast concrete solutions including hollow core slabs, beams, planks, and double tee slabs. These certifications represent a major step forward for the Malaysian construction sector, setting new benchmarks for transparency, accountability, and environmental stewardship.

    This milestone builds on YTL Cement’s longstanding efforts to decarbonise the construction value chain. The Group pioneered Malaysia’s ECO range—which includes ECOCem®, ECOConcrete™, ECOSand™ and ECODrymix™—and continues to collaborate closely with CREAM, the research arm of CIDB Malaysia, to advance sustainable construction methodologies. Through its Construction Development Laboratory (CDL), YTL Cement drives innovation in low-carbon building materials, while its CDL Academy facilitates industry training and awareness. Together, these initiatives have already equipped more than 10,000 professionals and students with knowledge and skills in sustainability and construction innovation.

    Rachel Yeoh, Executive Director of YTL Cement, emphasised the significance of this achievement, stating that the EPD certifications mark a crucial step in the Group’s mission to deliver environmentally responsible construction solutions. “It underscores our commitment to innovation and efforts to provide low-carbon building materials and solutions that empower our customers to build more sustainably,” she said. By offering EPD-certified products, YTL Cement enhances transparency for customers and reinforces its long-term commitment to environmental responsibility. As Malaysia continues to pursue its carbon-neutral aspirations, the Group aims to further strengthen collaboration with regulators, industry bodies, and research partners to drive sustainable construction practices nationwide.

  • YTL Cement Komited Menanam 70,000 Pokok dan Dilantik Sebagai Rakan Strategik Local Agenda 21 Kuala Lumpur

    YTL Cement Komited Menanam 70,000 Pokok dan Dilantik Sebagai Rakan Strategik Local Agenda 21 Kuala Lumpur

    Kumpulan YTL Cement mengukuhkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar dengan menyumbang sebanyak 70,000 pokok kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tujuan penanaman di sekitar ibu negara. Inisiatif ini mencerminkan dedikasi berterusan syarikat dalam membina bandar yang lebih bersih, hijau dan berdaya huni, sejajar dengan aspirasi korporatnya, Helping Nations Build Greener. Pengumuman ini dibuat sempena Festival Taman KL 2025 yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa pada 21 Oktober 2025, di mana YTL Cement turut diumumkan sebagai Rakan Strategik Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL). Majlis pelancaran disempurnakan dengan kehadiran Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif, bersama barisan pengurusan kanan Kumpulan YTL Cement.

    Melalui pelantikan sebagai rakan strategik, YTL Cement akan menyokong usaha kelestarian DBKL melalui dua inisiatif utama. Pertama, sumbangan 70,000 pokok yang menyumbang kepada matlamat bandar raya dalam tindakan iklim dan pemeliharaan biodiversiti. Kedua, pelaksanaan Program Bintang Cemerlang, hasil kerjasama antara YTL Cement, DBKL dan Universiti UCSI, yang memberi peluang pembangunan holistik kepada pelajar daripada 22 buah sekolah di kawasan Sentul. Program ini merangkumi bimbingan akademik, latihan guru dan inisiatif pembelajaran kreatif bagi memupuk potensi jangka panjang kanak-kanak daripada komuniti berkeperluan tinggi.

    Majlis simbolik penyerahan pokok daripada Kumpulan YTL Cement kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif, sebagai tanda meraikan ikrar sumbangan 70,000 pokok. Dari kiri: Pengarah Eksekutif (Perancangan) TPr. Md. Nazri bin Abdullah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif, Syed Muhammad bin Syed Nadzir, Pengarah Hal Ehwal Kerajaan dan Perhubungan Luar, dan Ong Ping Ping, Pengarah Komunikasi, Kumpulan YTL Cement.
    Majlis simbolik penyerahan pokok daripada Kumpulan YTL Cement kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif, sebagai tanda meraikan ikrar sumbangan 70,000 pokok. Dari kiri: Pengarah Eksekutif (Perancangan) TPr. Md. Nazri bin Abdullah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif, Syed Muhammad bin Syed Nadzir, Pengarah Hal Ehwal Kerajaan dan Perhubungan Luar, dan Ong Ping Ping, Pengarah Komunikasi, Kumpulan YTL Cement.

    Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL) merupakan platform kolaboratif antara kerajaan tempatan, sektor swasta dan komuniti untuk mereka bentuk dan mengurus persekitaran bandar secara bersama. Pelantikan YTL Cement sebagai Rakan Strategik LA21KL menegaskan keselarasan syarikat dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs), khususnya Matlamat 11 (Bandar dan Komuniti Lestari), Matlamat 13 (Tindakan Terhadap Perubahan Iklim), Matlamat 15 (Kehidupan di Darat) dan Matlamat 17 (Perkongsian untuk Mencapai Matlamat). Ia juga memperlihatkan pelaksanaan model 4P – Public, Private, People, Partnership, yang menjadi asas kepada LA21KL dalam memperkukuh kolaborasi dan penglibatan masyarakat ke arah perubahan positif yang mampan.

    Sumbangan pokok dan pelaksanaan program komuniti ini dijalankan di bawah BUILDS, unit Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) YTL Cement yang berfokus kepada usaha memperkasa komuniti dan pemeliharaan alam sekitar. Ia melambangkan pendekatan holistik syarikat dalam membina negara bukan sahaja melalui pembangunan infrastruktur, tetapi juga dalam memperkukuh kesejahteraan sosial dan kelestarian ekologi demi generasi masa hadapan.

    Kanak-kanak sekolah dan ibu bapa mengunjungi Sudut Bacaan BUILDS, sebuah pemasangan berbentuk “pohon buku” yang menggalakkan pembelajaran serta memupuk daya imaginasi.

    Sebagai peneraju industri bahan binaan di Malaysia dengan legasi lebih 70 tahun, YTL Cement terus menjadi rakan utama pembangunan negara melalui projek ikonik seperti Menara Berkembar Petronas, Merdeka 118, Terowong SMART dan pelbagai lapangan terbang serta jambatan utama di seluruh negara. Di samping itu, Kumpulan ini turut memperkenalkan ECO Product Range yang merangkumi bahan binaan rendah karbon seperti ECOCem, ECOConcrete, ECOSand, dan ECODrymix, bagi menyokong peralihan industri pembinaan ke arah masa depan yang lebih lestari.

    Melalui komitmen ini, YTL Cement bukan sahaja memperkukuh peranannya sebagai peneraju industri bahan binaan negara, tetapi juga sebagai rakan strategik pembangunan hijau yang aktif dalam memperjuangkan keseimbangan antara kemajuan ekonomi, kesejahteraan sosial dan pemeliharaan alam sekitar.