Tag: #VisitMalaysia2026

  • Japan Expo Malaysia 2026 Rasmi Dibuka di KLCC, Sasar Lebih 50,000 Pengunjung

    Japan Expo Malaysia 2026 Rasmi Dibuka di KLCC, Sasar Lebih 50,000 Pengunjung

    Kuala Lumpur, 24 Julai 2026 – Japan Expo Malaysia (JEMY) 2026 kembali memeriahkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) apabila edisi ketujuh acara bertemakan Jepun terbesar di Malaysia itu secara rasmi membuka tirainya hari ini. Penganjuran selama tiga hari ini sekali lagi menghimpunkan peminat budaya Jepun, pemain industri dan pelancong dalam satu platform yang meraikan keunikan negara Matahari Terbit.

    Majlis pembukaan disempurnakan oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, TYT Shikata Noriyuki, dengan kehadiran Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, wakil agensi kerajaan dari Malaysia dan Jepun serta rakan strategik yang menjayakan acara tersebut. Kehadiran mereka mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara yang terus berkembang melalui kerjasama dalam pelbagai sektor.

    Sebagai salah satu acara yang disenaraikan dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2026, Japan Expo Malaysia menawarkan kemasukan percuma kepada orang ramai sepanjang 24 hingga 26 Julai. Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai pengalaman yang merangkumi budaya tradisional, makanan, pelancongan, teknologi, gaya hidup, hiburan dan peluang perniagaan dalam satu lokasi.

    Sejak mula diperkenalkan, Japan Expo Malaysia berkembang menjadi antara festival budaya Jepun paling berpengaruh di Asia Tenggara. Acara ini bukan sahaja memperkenalkan keunikan budaya tradisional Jepun, malah turut mengetengahkan inovasi moden serta budaya pop yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Menurut TYT Shikata Noriyuki, penganjuran tahun ini amat bermakna kerana Jepun dan Malaysia bakal menyambut ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik pada tahun hadapan. Beliau berkata hubungan antara kedua-dua negara menjadi semakin kukuh menerusi interaksi rakyat, sama ada melalui seni, budaya mahupun pelbagai pengalaman yang dikongsi bersama. Beliau berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan terus mengenali serta berkunjung ke Jepun selepas menghadiri ekspo tersebut.

    Suasana pembukaan turut diserikan dengan persembahan khas yang menggabungkan elemen budaya tradisional dan moden Jepun. Penyanyi Malaysia, MimiFly, berkongsi pentas bersama artis Jepun, Naomichi Hanazono, dalam persembahan yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

    Turut mencuri perhatian ialah kemunculan kumpulan idola terkenal AKB48 bersama kumpulan saudaranya dari Malaysia, KLP48. Maskot popular Polcasan yang sinonim dengan pasangan pelakon Thai BL, Tay dan New, turut membuat penampilan istimewa sekali gus menambah kemeriahan acara pembukaan.

    Majlis tersebut juga menyaksikan penyampaian Japan Expo Malaysia Awards 2026 yang memberi penghargaan kepada sembilan individu atas sumbangan mereka dalam memperkenalkan budaya, produk dan perkhidmatan Jepun kepada masyarakat Malaysia.

    Antara penerima anugerah ialah Amelia Khor yang menerima Anugerah Hiburan hasil usahanya mempromosikan budaya pop Jepun menerusi dunia cosplay, muzik dan kandungan digital. Wayne Eng Kok Boon, pengasas Komorebi Dining, pula menerima Anugerah Makanan & Minuman atas komitmennya memperkenalkan hidangan Kappo Jepun yang autentik kepada rakyat Malaysia.

    Turut menerima pengiktirafan ialah Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak, yang membawa pulang Anugerah Industri Kreatif. Studio animasinya sebelum ini mencipta sejarah apabila menjadi organisasi pertama dari luar Jepun yang menerima Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival menerusi karya popular seperti BoBoiBoy, Mechamato dan Papa Pipi.

    Pengarah Urusan Siam Connection Sdn Bhd, Wong Wai Jo berkata sambutan terhadap Japan Expo Malaysia terus meningkat saban tahun dengan penyertaan lebih banyak syarikat dari Jepun dan Malaysia. Beliau optimis sasaran melebihi 50,000 pengunjung mampu dicapai sepanjang tiga hari penganjuran, lebih-lebih lagi apabila kemasukan diberikan secara percuma kepada semua.

    Tahun ini, lebih 50 pempamer mengambil bahagian dengan pelbagai tarikan menarik. Antara yang menjadi perhatian ialah The Art of Hon-Maguro yang membawa masuk tuna sirip biru Pasifik premium dari Nagasaki menerusi Sushi Oribe. Pengunjung juga boleh menyaksikan demonstrasi memotong tuna secara langsung serta menikmati pengalaman mini omakase menerusi program Sushi Moment yang menampilkan chef sushi tempatan.

    Bagi mereka yang merancang percutian ke Jepun, reruai Japan National Tourism Organization (JNTO) menyediakan pelbagai maklumat berkaitan destinasi pelancongan termasuk Hakuba Valley di Nagano dan Yamagata yang tersenarai dalam National Geographic Best of the World 2026.

    Selain itu, pelbagai jenama dan produk Jepun turut dipamerkan termasuk pengalaman penjagaan kulit daripada KOSÉ, koleksi anime dan permainan video di LaLaport ACG Base, hasil seni La Bonsai oleh Meibock Japan, pakaian kimono, payung tradisional Gifu Wagasa serta peluang pelaburan hartanah di Hokkaido menerusi Maison De Leben.

    Pengunjung juga boleh mencuba pelbagai aktiviti kebudayaan seperti menghasilkan sulaman Sashiko, seni lipatan origami dan permainan tradisional Kendama. Aktiviti interaktif ini memberi peluang kepada orang ramai mengenali budaya Jepun dengan lebih dekat melalui pengalaman secara langsung.

    Sepanjang tiga hari acara berlangsung, lebih 20 artis dari Jepun dan Malaysia dijadual membuat persembahan. Antara yang bakal menghiburkan pengunjung ialah Banzai Japan, Kotomen, Nakano Himawari, Rina Hime dan KLP48 menerusi gabungan persembahan muzik tradisional, instrumental serta J-Pop.

    Dua konsert khas turut menjadi tarikan utama tahun ini apabila kumpulan alternatif Jepun, Atarayo, mengadakan persembahan pada 24 Julai sebelum AKB48 mengambil alih pentas pada 25 Julai. Kedua-dua konsert tersebut merupakan satu-satunya acara berbayar sepanjang Japan Expo Malaysia berlangsung.

    Sementara itu, pertandingan Japan Expo Malaysia Cosplay Competition yang berlangsung pada Sabtu dijangka menghimpunkan cosplayer terbaik negara bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM10,000. Pertandingan ini menjadi pentas untuk peserta mempamerkan kreativiti dan bakat dalam menghasilkan kostum serta karakter daripada anime, manga dan permainan video.

    Bukan sekadar festival hiburan, Japan Expo Malaysia turut memperkenalkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertamanya menerusi Hi! Project. Projek ini menampilkan tujuh karya seni hasil pelukis muda Malaysia, Enni, yang menggambarkan perjalanan tujuh tahun JEMY. Kesemua karya dijual pada harga RM577 setiap satu dan hasil jualan akan disalurkan kepada ZY Movement Foundation bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas.

    Japan Expo Malaysia 2026 dianjurkan oleh Siam Connection Sdn Bhd bersama G-Yu Creative Co. Ltd dengan sokongan Kedutaan Jepun di Malaysia, Japan National Tourism Organization (JNTO), Japan External Trade Organization (JETRO), The Japan Foundation Kuala Lumpur, Tourism Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 serta Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB).

    Orang ramai boleh mengunjungi Japan Expo Malaysia 2026 di Dewan 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga 26 Julai. Kemasukan adalah percuma dan pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web rasmi Japan Expo Malaysia serta platform Facebook dan Instagram mereka.

  • Castrol Malaysia Introduces eHailing Heroes to Support Drivers Ahead of Visit Malaysia 2026

    Castrol Malaysia Introduces eHailing Heroes to Support Drivers Ahead of Visit Malaysia 2026

    Kuala Lumpur, 21 July 2026 – Castrol Malaysia has introduced eHailing Heroes, a 12-month initiative designed to support e-hailing drivers by easing vehicle maintenance costs while helping ensure safer and more comfortable journeys for passengers during Visit Malaysia 2026 (VM2026).

    Developed with the support of the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia (MOTAC) and Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM), the programme was officially announced at a press conference held at Rom 8 Studio. The launch was officiated by Yang Berusaha Encik Mohd Akbal Setia, Senior Director of Advertising and Digital, Tourism Malaysia, and Head of Secretariat for Visit Malaysia Year 2026.

    For its first phase, eHailing Heroes will benefit up to 3,000 e-hailing vehicles, starting with drivers in the Klang Valley. Participants will receive subsidised Castrol MAGNATEC servicing, vehicle branding opportunities and access to Castrol Auto Service workshops nationwide.

    Drivers who complete 8,000 kilometres of verified mileage will also receive an RM80 Castrol MAGNATEC service package e-voucher, covering engine oil, oil filter and labour costs at selected Castrol Auto Service workshops.

    The initiative highlights the important role e-hailing drivers play within Malaysia’s tourism ecosystem. Beyond simply providing transportation, these drivers are often among the first points of contact for visitors, bringing tourists from airports to hotels, attractions, shopping areas, food destinations and local communities.

    Yang Berusaha Encik Mohd Akbal Setia said that supporting e-hailing drivers means strengthening the overall visitor experience in Malaysia. According to him, a comfortable, safe and friendly journey contributes to how visitors view the country, making drivers an important part of the preparation for VM2026.

    Castrol Malaysia believes that vehicle maintenance is a key part of supporting the livelihood of e-hailing drivers, who spend long hours on the road facing heavy traffic, frequent stops, repeated short-distance trips and high daily mileage.

    Castrol MAGNATEC was selected for the programme as it is designed for modern urban driving conditions. Its intelligent molecules help protect critical engine parts by providing 50% better protection against warm-up and restart wear*, supporting drivers who rely heavily on their vehicles every day.

    Gan Wee Kiong, Market Sales Director of Castrol Malaysia, Singapore and Philippines, said eHailing Heroes reflects Castrol’s commitment to helping drivers maintain their vehicles while continuing to provide reliable services to passengers.

    Ajit Johl, President of Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM), added that vehicle condition and driver support are closely connected to passenger confidence, as safer and better-maintained vehicles contribute to smoother travel experiences.

    As part of its ongoing support, Castrol will also provide a 10% discount across its passenger car engine oil range from August onwards, helping more vehicle owners maintain their cars.

    Through eHailing Heroes, Castrol aims to strengthen everyday mobility in Malaysia by supporting drivers, improving vehicle readiness and contributing towards a better travel experience ahead of Visit Malaysia 2026.

    E-hailing drivers can register through https://www.castrolezrewards.com/ehailinghero/home to enjoy the programme benefits.

  • Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur Tawar Promosi Penginapan Eksklusif dan Bufet Istimewa Sempena Kempen Melawat Malaysia

    Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur Tawar Promosi Penginapan Eksklusif dan Bufet Istimewa Sempena Kempen Melawat Malaysia

    Sempena bulan Julai, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur mengajak para pelancong dan penduduk tempatan menikmati pengalaman percutian bandar yang lebih bermakna menerusi tawaran penginapan eksklusif serta promosi sajian istimewa untuk tempoh terhad. Inisiatif ini diadakan bersempena kempen Melawat Malaysia serta sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik antara Sunway Hospitality Group dan Tourism Malaysia dalam menggalakkan pelancongan domestik serta pengalaman hospitaliti bertaraf tinggi.

    Melalui tawaran Melawat Malaysia yang tersedia di semua rangkaian Sunway Hotels & Resorts di Malaysia, para tetamu berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan termasuk diskaun sehingga 30% bagi kadar bilik, peningkatan taraf bilik secara percuma serta ganjaran Double DISCOVERY Dollars (D$) untuk ahli GHA DISCOVERY.

    Promosi ini sah untuk tempahan yang dibuat sehingga 31 Julai 2026 bagi tempoh penginapan sehingga 30 September 2026. Ia menawarkan peluang terbaik kepada tetamu untuk merancang pelbagai jenis percutian termasuk percutian keluarga, percutian hujung minggu atau pengalaman menginap santai di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

    Melengkapkan tawaran penginapan tersebut, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur turut memperkenalkan promosi “From Sunrise to Lunchtime” di Kopi Haus sepanjang bulan Julai 2026. Promosi sajian ini menawarkan pelbagai pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa yang disediakan segar pada harga yang berpatutan untuk dinikmati oleh para tetamu hotel mahupun pengunjung luar.

    Menerusi promosi sarapan bufet, tetamu boleh menikmati hidangan pagi pada harga RM28 nett dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. Bagi hujung minggu dan hari kelepasan am pula, sarapan bufet ditawarkan pada harga RM38 nett dari jam 7.00 pagi hingga 10.30 pagi.

    Selain itu, bufet makan tengah hari turut ditawarkan pada harga RM48 nett seorang dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang. Tawaran ini memberi peluang kepada tetamu menikmati pengalaman sajian hotel berkualiti sama ada untuk memulakan hari dengan sarapan istimewa atau berehat seketika menikmati hidangan tengah hari.

    “Makanan yang lazat sentiasa menjadi nadi kepada pengalaman tetamu di Sunway Putra Hotel. Melalui promosi ‘From Sunrise to Lunchtime’, kami ingin menjadikan pengalaman menikmati hidangan bufet hotel lebih mudah diakses dan mampu dinikmati oleh semua,” kata David Xavier, Pengurus Besar Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

    Menurut beliau, para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa berkualiti pada harga yang berpatutan, sama ada untuk sarapan pagi bersama keluarga, menikmati suasana hujung minggu atau menjamu selera ketika waktu makan tengah hari pada hari bekerja.

    “Seiring dengan tawaran penginapan Melawat Malaysia, kami berharap dapat memberikan lebih banyak sebab kepada para tetamu untuk menginap, menjamu selera dan menerokai Kuala Lumpur,” tambah beliau.

    Terletak secara strategik di atas Sunway Putra Mall dan berhadapan dengan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), Sunway Putra Hotel menawarkan akses mudah kepada pelbagai tarikan bandar termasuk pusat beli-belah, kawasan perniagaan serta lokasi kebudayaan utama. Kedudukan strategik ini menjadikannya pilihan ideal untuk pelancong yang ingin meneroka Kuala Lumpur mahupun tetamu yang berkunjung atas urusan kerja.

    Promosi “From Sunrise to Lunchtime” boleh dinikmati sepanjang bulan Julai 2026 di Kopi Haus, Aras 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

    Tawaran Melawat Malaysia menawarkan diskaun sehingga 30% bagi kadar harga bilik, peningkatan taraf bilik secara percuma serta ganjaran Double DISCOVERY Dollars (D$) untuk ahli GHA DISCOVERY. Tempahan bagi tawaran ini dibuka sehingga 31 Julai 2026 dengan tempoh penginapan sehingga 30 September 2026.

    Untuk membuat tempahan tawaran Melawat Malaysia, para tetamu boleh melayari laman rasmi Sunway Putra Hotel. Bagi tempahan bufet dan pertanyaan lanjut, hubungi +6019 305 2372 atau e-mel ke spkl.ch@sunwayhotels.com.

  • Kuala Lumpur Strengthens Its Position as a Major Hub for Asia’s Live Music Tours

    Kuala Lumpur Strengthens Its Position as a Major Hub for Asia’s Live Music Tours

    May 25, 2026, Kuala Lumpur: Kuala Lumpur is reinforcing its reputation as one of Asia’s rising hotspots for international live music tours with the launch of KL Headline Season 2026, an ambitious initiative led by Live Nation Malaysia. Developed in collaboration with PR Worldwide, Tourism Malaysia and CelcomDigi, the campaign reflects a strategic effort to elevate the capital city’s status as a premier destination for world-class live entertainment. Throughout 2026, Kuala Lumpur is set to host 25 international music performances across six major venues, with an estimated 500,000 fans expected to attend from Malaysia and across the wider region.

    The season will feature one of the city’s most extensive line-ups of international acts to date, bringing together arena, theatre and stadium-scale performances by globally renowned artists. Fans can look forward to shows by names such as LANY, Laufey, Bryan Adams, DAY6, TREASURE and Daniel Caesar, while large-scale concerts by Post Malone, The Weeknd and BTS are also expected to headline the calendar. The impressive roster highlights Kuala Lumpur’s growing capability to accommodate large-format touring productions and positions the city as a consistent stop on major Asian tour circuits.

    Beyond entertainment, KL Headline Season 2026 is closely aligned with the national aspirations of Visit Malaysia 2026, which aims to attract 47 million international visitors while strengthening tourism revenue through premium, experience-driven travel. As global travel trends increasingly revolve around events and immersive experiences, live music is emerging as a powerful driver of tourism, encouraging fans to travel internationally, extend their stays and engage more deeply with destination cultures.

    Through this initiative, concert experiences are designed to go beyond the performance venue. In collaboration with tourism, hospitality and lifestyle partners, visitors will be introduced to curated experiences that highlight Malaysia’s rich cultural identity, renowned culinary scene, iconic landmarks and dynamic urban lifestyle. Each event is envisioned not only as a concert but as a gateway for audiences to discover the wider appeal of Kuala Lumpur.

    The economic impact of KL Headline Season is also expected to be significant. Beyond ticket revenue, the initiative is projected to create positive spillover effects across multiple industries including hospitality, aviation, retail, food and beverage, while opening new opportunities for local businesses and communities throughout the city. Kuala Lumpur’s strategic geographic location further strengthens its appeal as a touring destination, sitting within a four-hour flight radius of major Asian cities, making it both logistically efficient for artists and easily accessible for regional audiences.

    Federal Territories Minister Hannah Yeoh highlighted the importance of live entertainment in supporting Malaysia’s tourism ambitions, noting that major concerts and international events contribute meaningfully to the wider tourism ecosystem, from hospitality services to local enterprises. Meanwhile, Live Nation Malaysia Managing Director Paramananthan Rajagopal emphasised that live music creates powerful moments of connection between artists and fans, and that KL Headline Season aims to establish a sustainable rhythm of live events that audiences can consistently anticipate.

    CelcomDigi also underscored the growing role of live music in Malaysian culture, describing it as an avenue for people to connect, celebrate passions and create lasting memories. Through its involvement in KL Headline Season 2026, the telecommunications company aims to leverage its broad customer base and network capabilities to make world-class live performances more accessible to audiences nationwide.

    With an expanding concert calendar, strong industry collaboration and increasing international interest, KL Headline Season 2026 marks a significant milestone in Kuala Lumpur’s journey toward becoming one of Asia’s leading live entertainment and music tourism destinations.

    Here is the line up for the rest of 2026 (more to be announced soon):
    19 May : BUS – Zepp KL
    23 May : Vir Das – Plenary Hall, KL Convention Centre
    24 – 26 May : Daniel Ceaser – Idea Live Arena
    30 May : Treasure – Unifi Arena
    31 May : Anson Sebra – Zepp KL
    2 June : Laufey – Unifi Arena
    26 August : Kodaline – Idea Live Arena
    27 September : Post Malone – TM Stadium Nasional
    1 November : Lany – Unifi Arena
    4 November : The Weeknd – TM Stadium Nasional
    5 November : The Weeknd – TM Stadium Nasional
    12 December : BTS – TM Stadium Nasional
    13 December : BTS – TM Stadium Nasional
    For ticket sales information, please visit https://www.livenation.my/

  • KL Headline Season 2026: Kuala Lumpur Jadi Hab Utama Jelajah Muzik LIVE Asia

    KL Headline Season 2026: Kuala Lumpur Jadi Hab Utama Jelajah Muzik LIVE Asia

    Live Nation Malaysia hari ini mengetengahkan perkembangan pesat Kuala Lumpur yang semakin kukuh sebagai salah satu destinasi utama Asia untuk jelajah muzik LIVE antarabangsa, menerusi pelancaran KL Headline Season 2026.

    Inisiatif ini dibangunkan dengan kerjasama PR Worldwide, Tourism Malaysia dan CelcomDigi, sebagai usaha strategik untuk membawa lebih banyak hiburan langsung bertaraf dunia ke Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Live Nation Malaysia, bandar raya ini dijangka menjadi tuan rumah kepada 25 persembahan muzik antarabangsa sepanjang tahun 2026 di enam lokasi utama, dengan jangkaan kehadiran sekitar 500,000 peminat dari dalam dan luar negara.

    Antara barisan artis yang bakal membuat persembahan termasuk LANY dan Laufey, serta nama besar lain seperti Bryan Adams, DAY6, TREASURE dan Daniel Caesar. Turut dijadualkan adalah persembahan berskala stadium oleh Post Malone, The Weeknd dan BTS, yang jelas menunjukkan kemampuan Kuala Lumpur untuk mengendalikan produksi konsert berskala besar bertaraf global.

    KL Headline Season ini selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026, iaitu kempen nasional yang menyasarkan 47 juta pelancong antarabangsa serta peningkatan hasil pelancongan melalui pengalaman premium. Dalam landskap pelancongan global yang semakin tertumpu kepada pengalaman dan acara, hiburan LIVE kini menjadi antara faktor utama yang mempengaruhi pilihan destinasi pelancong.

    Konsert hari ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga pemacu pelancongan yang kuat. Ia menarik peminat dari pelbagai negara, memanjangkan tempoh penginapan mereka, dan memberi peluang untuk mereka menikmati pengalaman lebih menyeluruh di destinasi yang dikunjungi. Melalui KL Headline Season, pengalaman ini diperluaskan bukan hanya di venue konsert, tetapi turut merangkumi perjalanan gaya hidup dan budaya di Kuala Lumpur.

    Dengan sokongan rakan strategik dalam sektor pelancongan, hospitaliti dan gaya hidup, pengunjung akan dapat menikmati pelbagai pengalaman yang menonjolkan keunikan Malaysia, daripada makanan, tarikan ikonik hingga ke tenaga bandar yang hidup. Setiap konsert bukan lagi sekadar persembahan, tetapi jadi pintu masuk untuk merasai sendiri Kuala Lumpur.

    Selain jualan tiket, inisiatif ini juga dijangka memberi kesan ekonomi kepada pelbagai sektor termasuk hotel, syarikat penerbangan, peruncitan serta makanan dan minuman, selain membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan tempatan.

    Lokasi strategik Kuala Lumpur yang hanya sekitar empat jam penerbangan dari bandar utama Asia turut menambah daya tarikannya. Ini menjadikan ibu negara sebagai hab ideal untuk jelajah muzik antarabangsa yang merentasi pelbagai pasaran.

    YB Hannah Yeoh berkata Tahun Melawat Malaysia 2026 memberi fokus kepada usaha mengukuhkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi, dan hiburan langsung memainkan peranan penting dalam perkara ini. Menurut beliau, konsert dan acara berskala besar bukan sahaja tarik pelancong antarabangsa, tetapi juga beri impak kepada keseluruhan ekosistem pelancongan termasuk hospitaliti dan perniagaan tempatan. Kuala Lumpur berada dalam kedudukan yang sangat baik untuk menyokong pertumbuhan ini, dan kerjasama seperti bersama Live Nation amat dialu-alukan untuk terus kembangkan industri hiburan langsung negara.

    Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, Paramananthan Rajagopal berkata muzik LIVE pada asasnya adalah tentang hubungan antara artis dan peminat yang mencipta momen yang kekal lama selepas konsert berakhir. Katanya, melalui KL Headline Season, pihaknya mahu bawa lebih banyak artis global ke Malaysia dan jadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi tetap dalam jelajah Asia, sekali gus mewujudkan momentum berterusan untuk industri hiburan dan pelancongan.

    Sementara itu, Chan May Ling, Ketua Perkhidmatan Jenama & Pemasaran CelcomDigi berkata muzik LIVE sudah menjadi medium penting untuk rakyat Malaysia berhubung, berkongsi minat dan cipta kenangan bersama. Melalui kerjasama ini, CelcomDigi memanfaatkan kekuatan rangkaian untuk mendekatkan lebih 20 juta pelanggan kepada pengalaman hiburan bertaraf dunia, sekali gus menjadikan akses kepada konsert lebih mudah dan inklusif untuk semua.

  • ZERO Healthcare Brings “Recharge Your Journey” Concept to Malaysian Tourism

    ZERO Healthcare Brings “Recharge Your Journey” Concept to Malaysian Tourism

    In a move set to reshape Malaysia’s tourism experience, Malaysian brand ZERO Healthcare has launched the Visit Malaysia 2026 concept of ZERO Power Station, reimagining how travellers rest and recharge through accessible wellness touchpoints across the country.

    First introduced in 2022, ZERO Power Station has grown steadily to more than 800 locations nationwide, offering over 2,000 shared massage chairs. In conjunction with Visit Malaysia 2026, ZERO Healthcare is now targeting an expansion to 5,000 wellness touchpoints by the end of 2026.

    The launch was officiated by Mr. Samuel Lee Thai Hung, Deputy Director General of Tourism Malaysia, marking ZERO Healthcare as a strategic partner supporting the Visit Malaysia 2026 (VM2026) campaign.

    Mr. Samuel Lee said that during Visit Malaysia 2026, the focus is not only on attracting visitors, but also on improving the overall travel experience. He noted that initiatives like ZERO Power Station bring practical innovation by improving comfort and convenience for travellers, while also strengthening Malaysia’s position as a modern and visitor-friendly destination.

    As Malaysia moves closer to VM2026, the focus is shifting beyond attracting tourists to enhancing the quality of their journey. ZERO Power Station offers an app-based shared massage chair experience designed to solve a common travel issue, where long hours of walking, waiting and commuting often leave travellers needing quick and convenient rest options. It provides accessible wellness points in high-traffic areas such as shopping malls, transport hubs and tourist attractions.

    According to Tommy Tham, Founder and Managing Director of ZERO Healthcare, today’s travellers are not just looking for destinations, but for better experiences along the way. He said ZERO Power Station is a simple but meaningful solution that brings wellness into everyday travel moments. He also added that as a Malaysian brand, ZERO Healthcare is proud to support Visit Malaysia 2026 by improving how people experience the country on the ground.

    The official mascots of Visit Malaysia 2026, Wira and Manja, together with ZERO Healthcare’s mascot Captain Roro Paws, will also be featured at ZERO Power Station locations, creating fun and engaging touchpoints that highlight Malaysia as a progressive and wellness-focused tourism destination.

    Under the theme “Recharge Along Your Journey”, ZERO Power Station integrates wellness into everyday travel experiences in a seamless way.

    Users can simply download the ZERO app, receive complimentary first-time credits, and enjoy instant access to massage chair services within minutes. Four different Power Station concepts were introduced to show how the system can adapt across various environments.

    These concepts highlight the flexibility and scalability of the platform, making it suitable for deployment across Malaysia’s diverse tourism landscape.

    With plans to expand further across Malaysia and the region, ZERO Healthcare aims to build a nationwide wellness network that supports a “zero-stress, zero-illness” lifestyle, while contributing to Malaysia’s ambition of becoming a leading global tourism destination.

  • HONOR Drives Tourism Promotion with Magic Stories Awards 2026 and Nationwide Photography Workshop Tour

    HONOR Drives Tourism Promotion with Magic Stories Awards 2026 and Nationwide Photography Workshop Tour

    HONOR Malaysia has announced the inaugural Magic Stories Awards 2026 alongside a nationwide photography workshop tour designed to showcase the country’s rich cultural heritage, scenic landscapes and vibrant everyday moments to a global audience. The initiative aims to empower photographers to capture the essence of Malaysia using HONOR smartphones, while supporting the Visit Malaysia 2026 campaign through a combination of content creation, community engagement and advanced mobile imaging technology to position Malaysia as a leading travel destination.

    The HONOR Magic Stories Awards 2026 invites Malaysians to capture and share compelling visual stories across six themes: cityscapes, people and culture, nature, food, hidden gems and animals. A total of 21 winners will be recognised across various categories, celebrating creativity and storytelling through mobile photography. The top prize, Photographer of the Year, will receive a flagship foldable smartphone, while two winners in the Master of Photography category will each be awarded the HONOR Magic8 Pro. Three Prestigious Photographers will receive the HONOR 600 Pro, while 15 HONORable Photographers will each take home the HONOR 600. Submissions are open from 27 April to 15 September 2026, with winners to be announced in October 2026. All entries must be captured using HONOR smartphones, reinforcing the brand’s commitment to advancing mobile photography as a powerful creative medium. Winning entries will be showcased at HONOR exhibitions, selected shopping malls nationwide and across the brand’s official social media platforms. Selected winners will also be fast-tracked to the finalist stage of the global HONOR Magic Stories Awards 2026, offering an opportunity for international recognition.

    Complementing the awards programme, the HONOR Magic Stories Photography Workshop will be held across multiple locations nationwide, offering participants hands-on opportunities to capture Malaysia’s diverse landscapes, cultures and communities. Running from 9 May to 11 July 2026, the workshop series will cover seven locations across six states, beginning at The Habitat Penang Hill with a focus on architecture and cityscape photography, followed by Rumah Singgora in Kota Bharu, Kelantan, Taman Negara in Pahang, Eufloria Gardens and Sculpture Park in Genting Highlands, Sosodikon Hill and Desa Dairy Farm in Sabah, Wang Kelian View Point in Perlis, and Sarawak Cultural Village in Kuching. Participants will explore themes such as culture, nature and portrait photography while experiencing the flagship camera capabilities of the HONOR 600 Pro, enabling them to interpret and share uniquely Malaysian stories through their own creative perspectives.

    The HONOR Magic Stories Photography Workshop is supported by CelcomDigi as the Official Connectivity Partner, ensuring participants benefit from reliable high-speed connectivity to create and share content seamlessly throughout the campaign. More information on the HONOR Magic Stories Awards 2026 and workshop registration is available on HONOR Malaysia’s official website.

  • Enhanced Race Experience Unveiled for Special Commemorative Edition, Featuring RM20,000 Prize Pool and Limited Collectibles

    Enhanced Race Experience Unveiled for Special Commemorative Edition, Featuring RM20,000 Prize Pool and Limited Collectibles

    Alliance Bank Malaysia Berhad (“Alliance Bank”) has officially announced the return of its flagship community event, the Heritage Run 2026. This fourth edition is designated as a special commemorative event, strategically timed to coincide with Visit Malaysia Year 2026. Scheduled to take place on 12 July 2026 at the historic Padang Kota Lama, the event serves as a key initiative in the Bank’s ongoing commitment to community engagement, cultural preservation, and environmental sustainability.

    Building upon the momentum of the 2025 edition, which successfully engaged 5,500 participants, the 2026 Heritage Run has been evolved into a comprehensive cultural tourism showcase. By highlighting Penang’s unique landmarks and multicultural heritage, the event supports United Nations Sustainable Development Goal 11.4 regarding the protection of cultural and natural heritage. Group Chief Executive Officer of Alliance Bank, Kellee Kam, emphasized that the Run has transitioned into a meaningful tradition that fosters national unity and reinforces the Bank’s role as “The Bank for Life” within the communities it serves.

    In a move to integrate ESG (Environmental, Social, and Governance) values into the event’s core, Alliance Bank has introduced several sustainable initiatives. Finisher medals for the 2026 edition are manufactured from sustainably sourced bamboo, while event memorabilia—including batik-inspired lanyards and category-specific T-shirts—reflect Penang’s cultural identity through motifs such as the kebaya and manik shoes. Furthermore, the event continues to empower local entrepreneurs through the reimagined #SupportLokal bazaar, which provides a dedicated marketplace for small businesses to showcase artisanal products and traditional crafts.

    Technical Race Categories and Prize Structure

    The 2026 edition introduces a “level up” framework, offering diversified categories to accommodate various fitness levels while providing a competitive platform for professional runners. A total prize pool of RM20,000 in cash will be awarded to top performers in the competitive divisions.

    • 21 km Half Marathon: A premier category designed for seasoned marathoners and long-distance athletes.
    • 10 km Competitive Race: A newly introduced tier aimed at motivating intermediate runners to achieve new personal milestones.
    • 3 km Fun Run: A family-oriented category featuring the “Best Dressed Family” challenge, encouraging participants to compete in traditional Malaysian attire.

    Registration and Tiered Pricing Schedule

    Registration for the Heritage Run 2026 is open from 24 April until 30 June 2026, or until the participation quota is met. Alliance Bank cardholders are entitled to a 20% discount on registration fees beginning 1 May 2026.

    Launch Sale Phase (24 – 30 April 2026) The introductory rates are set at RM39 for the 3 km category, RM55 for the 10 km category, and RM85 for the 21 km category.

    Early Bird Phase (1 – 31 May 2026) During this period, fees are adjusted to RM55 for 3 km, RM75 for 10 km, and RM115 for 21 km.

    Standard Registration Phase (1 – 30 June 2026) The final registration tier is priced at RM65 for 3 km, RM85 for 10 km, and RM125 for 21 km.

    For official registration and further technical details, please visit the dedicated portal at www.alliancebank.com.my/Alliance-Heritage-Run.

  • Aaron Chia dan Chen Tang Jie Terajui Karnival “Malaysia on the Move”

    Aaron Chia dan Chen Tang Jie Terajui Karnival “Malaysia on the Move”

    Karnival pengalaman selama enam hari yang meraikan budaya, sukan dan gaya hidup Malaysia akan berlangsung di Sunway Velocity Mall dari 31 Mac hingga 5 April ini. Dikenali sebagai “Malaysia on the Move: Mana-mana pun ON!”, acara ini dianjurkan oleh theCOVER ASIA dengan kerjasama Sunway Velocity Mall serta disokong oleh Sunway Multicare Pharmacy sebagai penganjur bersama, manakala MY FM dan MELODY bertindak sebagai rakan radio rasmi. Karnival ini berlangsung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam di pintu masuk Nanjing, aras 1, dan menampilkan gabungan elemen sukan, pelancongan, budaya serta jenama tempatan. Ia turut diterajui oleh juara dunia badminton Aaron Chia dan Chen Tang Jie bersama barisan atlet kebangsaan lain dalam usaha mempromosikan budaya kesukanan, pelancongan serta produk tempatan sempena kempen Visit Malaysia 2026.

    Menurut theCOVER ASIA, tema “Mana-mana pun ON!” mencerminkan semangat dinamik rakyat Malaysia di samping menggalakkan orang ramai untuk meneroka dan menyokong produk tempatan sambil menikmati gabungan sukan, gaya hidup dan budaya. Pengasas theCOVER ASIA, Stephen Wong berkata kerjasama ini merupakan kolaborasi pertama bersama pusat beli-belah tersebut dan diharapkan dapat mendekatkan semangat sukan kepada masyarakat melalui pengaruh atlet negara, selain mengetengahkan jenama ‘Buatan Malaysia’ yang berkualiti tinggi.

    Antara atlet yang dijangka hadir termasuk pasangan beregu campuran Goh Soon Huat dan Shevon Lai, perenang Welson Sim, pemain badminton Hoo Pang Ron dan Kong Zhou Swin, juara skuasy Sukan SEA Sanjay Jeeva serta juara luncur ais Fang Ze Zeng. Pengunjung juga berpeluang meneroka Malaysia Made Experience Zone yang menampilkan pelbagai aktiviti interaktif seperti pengalaman makanan tempatan, bengkel DIY serta pameran kesihatan, kecantikan dan gaya hidup. Selain itu, pelbagai permainan interaktif turut disediakan termasuk cabaran padanan produk, aktiviti meneka bau dan pertandingan media sosial, dengan lebih 500 sampel produk diagihkan setiap hari sepanjang karnival.

    Antara tarikan utama karnival ini ialah jualan barangan eksklusif atlet seperti aksesori NFC Touch ’n Go serta koleksi edisi terhad termasuk kad emas tulen 999, lanyard dan pelbagai barangan gaya hidup lain. Pengunjung yang berbelanja RM200 dan ke atas turut berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa 100 raket badminton bertandatangan pemain profesional.

    Dalam masa sama, atlet badminton kebangsaan Chen Tang Jie bakal melancarkan kad koleksi eksklusif emas tulen 999 sebagai satu inisiatif istimewa bagi menghargai sokongan peminat sepanjang perjalanan kariernya. Koleksi ini bukan sekadar produk memorabilia, malah melambangkan dedikasi, usaha berterusan serta semangat juang yang telah membawanya ke pentas antarabangsa. Setiap kad emas yang dihasilkan membawa nilai simbolik yang mendalam, mencerminkan perjalanan penuh cabaran serta sokongan padu daripada para penyokong. Menurut beliau, penghasilan kad emas ini merupakan langkah untuk tampil dengan sesuatu yang lebih berbeza dan bermakna berbanding produk peminat konvensional, selain menjadi permulaan kepada pembangunan jenama peribadi yang lebih meluas pada masa hadapan. Pelancaran rasmi koleksi ini dijangka mendapat sambutan hangat daripada peminat serta pengumpul, sekali gus mengukuhkan hubungan antara atlet dan penyokong.

    Pengasas Click Entertainment, Tan Yin Loo berkata pihaknya berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan theCOVER ASIA serta menyokong barisan atlet kebangsaan di bawah naungan mereka. Beliau turut menyifatkan Chen Tang Jie sebagai kebanggaan negara yang sentiasa mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, selain menghargai kerjasama bersama golongan muda yang membawa tenaga baharu dan merupakan tonggak masa depan negara. Tambah beliau lagi, pihaknya akan terus meneroka saluran baharu serta pendekatan inovatif bagi memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada para peminat, di samping mewujudkan hubungan yang lebih bermakna antara penyokong dan atlet kebangsaan.

    Siaran akhbar ini diterbitkan oleh Click Entertainment. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Yin Loo di talian 012-632 6658 atau melalui emel yinloo@click-ent.com.

  • Disney’s The Lion King Live in Concert Premieres in Malaysia with a 72-Piece Orchestra

    Malaysia will host Disney’s The Lion King Live in Concert for the first time, marking a landmark collaboration with Istana Budaya’s National Symphony Orchestra in conjunction with Visit Malaysia 2026. The event is set to take place on 13 June 2026 at the KLCC Plenary Hall. Presented by Milestone Production, this spectacular showcase brings Disney’s beloved 1994 animated masterpiece to life through a breathtaking live-to-film concert experience.

    Audiences will relive the magic of the Pride Lands as the full film is screened on the big screen, accompanied by a 72-piece orchestra performing the iconic score live in perfect synchronization with the film, creating an immersive cinematic experience like no other. This world-class production will be performed by the National Symphony Orchestra Malaysia under the direction of Resident Conductor Eric Lee, who is recognised and approved by Disney Concerts for his technical precision, musical excellence and ability to meet international performance standards.

    The orchestra will bring to life the iconic score by a celebrated team of Oscar and Grammy-winning talents, including composer Hans Zimmer, songwriters Elton John and Tim Rice, as well as South African music producer and composer Lebo M, whose voice and musical influence have become synonymous with The Lion King. Since its original release in 1994 by Walt Disney Animation Studios, the film has captivated millions worldwide with its timeless story of courage, love and destiny. From the powerful opening of “Circle of Life” to the joyful “Hakuna Matata” and the romantic “Can You Feel the Love Tonight,” the unforgettable soundtrack performed live will transport audiences deep into the African savannah, making this a must-see experience for families, friends and Disney fans of all ages.

    Presented under license by Disney Concerts, all rights reserved, the production is staged in conjunction with Visit Malaysia Year 2026 and highlights Malaysia’s growing stature as a premier destination for world-class live entertainment and performing arts tourism. Tickets are now on sale with prices starting from RM168, and UOB cardmembers can enjoy up to 20 percent off on ticket purchases with applicable terms and conditions. Further information is available at www.milestone-entertainment.com.

    Disney’s The Lion King Live in Concert in Kuala Lumpur will be held on 13 June 2026, with showtimes at 2:30pm and 8:00pm at the KLCC Plenary Hall. Ticket categories are priced at Premium RM638, VIP RM538, CAT A RM468, CAT B RM368, CAT C RM268 and CAT D RM168, with prices subject to a RM6 ticketing fee per ticket and 8 percent SST. For school bookings, corporate packages or purchases for persons with disabilities, enquiries may be directed to Ms. Sha at +6012 332 3024 or via email at sha@milestone-entertainment.com.