Tag: #AstroOne

  • Astro Hidupkan Dunia Bawah Tanah REXKL Bersama Kisah Bawah Tanah

    Astro Hidupkan Dunia Bawah Tanah REXKL Bersama Kisah Bawah Tanah

    Astro menukar lokasi ikonik REXKL menjadi sebuah pengalaman dunia bawah tanah yang penuh misteri dan imersif selama satu malam istimewa apabila Kisah Bawah Tanah (KBT) menghimpunkan rakan media, peminat, rakan selebriti, pempengaruh dan para kolaborator dalam satu sambutan khas bagi meraikan salah satu francais animasi tempatan paling digemari di Malaysia.

    Dipenuhi dengan visual menyeramkan, instalasi karakter berskala besar dan paparan LED imersif, acara ini menghidupkan suasana dunia bawah tanah KBT yang semakin dekat di hati peminat. Siri animasi ini terus mencuri perhatian dengan gabungan elemen hantu, humor dan penceritaan emosi yang diinspirasikan daripada cerita rakyat Asia Tenggara.

    Malam penuh misteri itu bermula dengan sesi media eksklusif bersama wakil Astro dan pasukan kreatif KBT, sebelum tetamu dibawa menyelusuri dunia bawah tanah menerusi pengalaman after-party yang terbuka kepada umum. Sepanjang acara, pengunjung disajikan dengan persembahan live, aktiviti peminat, booth bertemakan KBT dan pelbagai kolaborasi menarik.

    Antara momen paling mencuri perhatian ialah pengumuman bahawa Kisah Bawah Tanah akan kembali dengan Part 2 yang menampilkan lapan episod baharu. Bermula 8 Jun 2026 hingga 27 Julai 2026, musim terbaharu ini menjanjikan pengembaraan lebih besar, makhluk lebih aneh dan pelbagai kekacauan baharu dari dunia bawah tanah yang semakin dekat dengan peminat.

    Sejak mula ditayangkan, KBT menerima sambutan yang sangat menggalakkan dengan pendekatan penceritaan yang segar, menggabungkan unsur cerita rakyat tempatan, komedi, seram dan karakter yang dekat dengan kehidupan seharian. Siri ini juga dipuji kerana berjaya menghidupkan semula cerita rakyat Asia Tenggara dalam gaya moden yang lebih mudah diterima semua lapisan penonton.

    Menambah lagi kemeriahan malam tersebut, Astro turut memperkenalkan kolaborasi istimewa bersama kumpulan lelaki popular ALPHA menerusi visualizer eksklusif berinspirasikan KBT untuk lagu “Burn It Down”. Visualizer itu menampilkan karakter ikonik seperti Sam, Zack dan Ina, sekali gus menggabungkan dunia muzik ALPHA yang berani dengan identiti visual KBT yang penuh warna dan tenaga.

    Acara diteruskan dengan after-party di REXKL yang diubah sepenuhnya menjadi dunia imersif KBT, lengkap dengan LED 360 darjah, instalasi karakter bersaiz besar dan ruang interaktif yang membawa suasana seram tetapi menghiburkan seperti dalam siri tersebut. Sepanjang malam, tetamu turut menikmati persembahan live, kemunculan artis tempatan seperti Nadhir Nasar, Auddra dan Qi Razali, serta set DJ yang mengekalkan energi hingga ke hujung acara.

    Pengalaman “Jom Turun Underground” ini turut disokong pelbagai jenama tempatan yang sama-sama menaikkan semangat #SupportLokal dengan aktiviti dan sajian eksklusif sepanjang malam. Antaranya myBurgerLab dengan KBT Otak-Otak Burger, XP dengan Spooky Mocktail, Tealive dengan sajian bertema khas, Bila Bila Mart dengan pilihan produk tempatan, serta Yeo’s Yeogurt yang menyegarkan para tetamu.

    Menurut Benjamin Woo, Ketua Pemasaran Kumpulan Astro, Astro komited untuk memperkasa KBT sebagai animasi tempatan yang membuka jalan baharu dalam cara penceritaan kreatif di Malaysia. Katanya, KBT bukan sekadar animasi, tetapi sudah berkembang menjadi sebuah universe yang menggabungkan folklore, muzik dan pengalaman imersif bersama peminat.

    Lebih daripada sekadar acara pelancaran, pengalaman imersif ini menjadi bukti kekuatan industri kreatif tempatan yang semakin berkembang serta sokongan padu komuniti peminat. Dengan pengumuman Part 2 dan kolaborasi yang terus berkembang, KBT kini semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai antara francais animasi tempatan paling berpengaruh di bawah Astro.

    Peminat boleh nantikan lebih banyak perkembangan menarik mengenai Kisah Bawah Tanah Part 2 di Astro. Langgan Pek Entertainment Astro One bersama Netflix serendah RM74.90 sebulan atau Pek Sports Astro One bersama Netflix serendah RM94.90 sebulan. Untuk info lanjut, layari astro.com.my atau hubungi Astro di WhatsApp 03 9543 3838.

  • Kinar & Leeza Tersingkir, Saingan Kilauan Emas 2025 Kini Berakhir Dengan Enam Finalis

    Kinar & Leeza Tersingkir, Saingan Kilauan Emas 2025 Kini Berakhir Dengan Enam Finalis

    Minggu ketujuh Kilauan Emas 2025 yang berlangsung pada 27 September lalu menyaksikan tema “Selekoh Akhir” menjadi penentu kepada perjalanan lapan peserta yang masih berjuang merebut tempat ke pentas akhir. Malam penuh debaran itu dikemudikan oleh hos utama, Kak Lina Pom Pom atau Elly Mazlein yang turut ditemani hos jemputan Atu Zero, manakala barisan juri profesional terdiri daripada Erra Fazira, Ning Baizura dan Roy Azman.

    Peserta pertama yang membuka tirai ialah Mazleen dengan persembahan “Destinasi Cinta” dan “Janji Manismu”, dua lagu popular daripada Siti Nurhaliza dan Aishah yang berjaya memberinya markah tertinggi iaitu 86.30%. Nawary pula mempertaruhkan “Total Eclipse Of The Heart” yang dipopularkan oleh Bonnie Tyler serta “Penasaran” versi Kris Dayanti, memperoleh 82.46% sekaligus mengekalkan dirinya sebagai antara pesaing terkuat.

    Zekrai tampil dengan gabungan “Pada Syurga Di Wajahmu” dan “Seperti Mati Lampu” yang memberikan markah 77.83%. Sementara itu, Zanie memilih dua karya berbeza era iaitu “Sekuntum Mawar Merah” nyanyian Lata Mangeshkar dan “Bunga Angkasa” oleh kumpulan Terra Rosa, dan mengumpul 77.62%. Majid pula mempersembahkan “Selingkar Kasih” dan “It’s Gonna Be Me” daripada kumpulan NSYNC dengan markah 72.56%, diikuti Ezan yang membawakan “Asmara” versi Anita Sarawak serta “Menaruh Harapan” dengan markah 71.12%.

    Di penghujung saingan, Leeza dengan lagu “Ku Pendam Sebuah Duka” dan “Jangan Kau Mimpi” meraih 70.93%, manakala Kinar menutup tirai dengan “Memori Luka” serta “Mentera Semerah Padi” namun hanya memperoleh 65.49%. Keputusan penuh menyaksikan Kinar dan Leeza tersingkir pada minggu ini, sekaligus menutup peluang mereka untuk mara ke pentas akhir.

    Kini hanya enam otai yang akan berentap di malam kemuncak Kilauan Emas 2025 bagi merebut gelaran juara. Seperti musim-musim sebelumnya, pemarkahan akhir ditentukan berdasarkan 70% daripada juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton di rumah. Juara musim kali ini bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

    Program Kilauan Emas 2025 diterbitkan dengan kerjasama Astro Gempak sebagai rakan digital, manakala SINAR dan GEGAR bertindak sebagai rakan radio rasmi. Penonton boleh menonton semula atau mengikuti perjalanan peserta melalui Astro GO dan sooka.

  • Fenomena ‘Curang Tanpa Niat’: Kejayaan Astro yang Menggamit Perhatian

    Fenomena ‘Curang Tanpa Niat’: Kejayaan Astro yang Menggamit Perhatian

    Astro terus mendominasi industri hiburan tempatan dengan kejayaan besar Curang Tanpa Niat, sebuah drama yang berjaya mengalihkan perhatian penonton daripada Andai Tiada Dia yang juga mendapat sambutan luar biasa. Dengan plot yang mendalam dan penuh emosi, Curang Tanpa Niat kini menjadi antara drama paling popular dalam slot MegaDrama Astro, yang menyentuh pelbagai isu kehidupan, percintaan, dan kecurangan dalam hubungan.

    Drama ini bukan hanya menarik perhatian penonton di Malaysia, malah mencetuskan perbualan hangat di media sosial, dengan ramai yang mengupas pelbagai aspek cerita dan watak yang dibawakan oleh para pelakon utama. Pelakon-pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah, dan Sharifah Sakinah telah memainkan peranan mereka dengan penuh dedikasi, menghidupkan watak masing-masing dengan penghayatan yang mendalam. Lakonan mantap mereka telah mendapat pujian melambung daripada para penonton, dan jumlah tontonan drama ini mencecah lebih 1.6 juta, menjadikannya antara drama Melayu terbaik yang pernah diterbitkan oleh Astro.

    Bagi meraikan kejayaan drama ini, Astro telah menganjurkan sebuah tayangan istimewa yang diadakan pada 6 Februari 2025 di Hotel Le Méridien, Putrajaya. Acara tersebut menyaksikan kehadiran barisan pelakon, rakan-rakan media, dan peminat setia Curang Tanpa Niat. Para hadirin telah disajikan dengan tayangan eksklusif episod ke-28, yang menjadi tanda tanya bagi mereka yang menantikan perkembangan cerita seterusnya. Selain itu, acara tersebut turut diwarnai dengan sesi temu bual eksklusif bersama pelakon-pelakon utama, yang memberi peluang kepada peminat untuk lebih mengenali mereka di luar layar kaca.

    Curang Tanpa Niat mengisahkan tentang konflik emosi dan kecurangan dalam sebuah hubungan yang diwarnai dengan pelbagai cabaran kehidupan. Drama ini menggambarkan betapa pentingnya kejujuran dan komunikasi dalam hubungan, serta kesan-kesan yang timbul akibat ketidakjujuran dan salah faham. Kehebatan jalan cerita dan karakter yang dipaparkan, ditambah pula dengan elemen kejutan, membuatkan penonton terus terikat dengan setiap episod.

    Menjadi semakin popular, Curang Tanpa Niat kini boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Bagi yang ingin menonton secara strim, ia juga tersedia di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan Sooka. Pakej Astro One kini boleh didapati dari RM49.99 sebulan, memberikan pengalaman hiburan yang lebih mudah dan berbaloi. Untuk penstriman terbaik, Astro turut menawarkan Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment pada harga RM139.99/bulan.

    Astro terus mempersembahkan karya-karya yang bukan sahaja menghiburkan tetapi turut memberikan kesan yang mendalam kepada penonton. Dengan episod kemuncak Curang Tanpa Niat yang semakin hampir, ia dijangka akan menutup tirai dengan penuh dramatik, meninggalkan kesan yang tidak mudah dilupakan oleh peminat. Sambil menunggu kemuncak cerita ini, pastikan anda tidak terlepas untuk menonton setiap episod yang penuh dengan kejutan dan emosi yang mencabar.

    Untuk melanggan atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

    Maklumat lanjut mengenai  drama adalah seperti yang tertera di bawah:

    Info Siaran:Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam 
    Platform Televisyen:Astro Ria, (saluran 104)
    Platform Digital:On Demand, Astro GO dan sooka
    Pengarah:Eyra Rahman
    Produksi:iFame (iFabulous Art Media & Event)
    Genre:Melodrama, Khianat, Cinta dan Keluarga
    Bilangan Episod:32 episod
    Pelakon Utama:Shukri Yahaya sebagai EshaalMira Filzah sebagai  ElinaSharifah Sakinah sebagai Astrid
    Sinopsis Drama:Kisah pergelutan seorang isteri bernama Elina (Mira Filzah) dalam mengharungi ketidaksetiaan dan kecurangan suaminya, Eshaal (Shukri Yahaya) di tempat kerja.
    Sinopsis Episod 28:Elina terkejut menerima kunjungan Iskandar di pejabatnya. Dia pelik bila Iskandar mengajukan soalan seolah-olah dia sengaja hendak mengaitkan Astrid ke dalam masalah yang dilakukan oleh Eshaal sebelum ini.
  • Kini Lebih Mudah! Astro One Tawarkan 3 Pakej Hiburan Bermula RM49.99 Sahaja!

    Kini Lebih Mudah! Astro One Tawarkan 3 Pakej Hiburan Bermula RM49.99 Sahaja!

    Astro memperkenalkan Astro One, sebuah rangkaian pakej hiburan yang memudahkan dan memenuhi keperluan isi rumah di Malaysia dengan harga bermula serendah RM49.99. Tiga pakej utama yang ditawarkan—Entertainment Pack, Sports Pack, dan Epic Pack—memberikan pengalaman hiburan yang lebih fleksibel, mudah, dan mampu milik, menjadikan Astro lebih dekat dengan setiap keluarga Malaysia.

    Dengan menggabungkan saluran TV terbaik, aplikasi penstriman popular, serta pilihan jalur lebar fleksibel, Astro One mencerminkan komitmen Astro untuk memberikan hiburan tanpa henti kepada rakyat Malaysia. Pakej-pakej ini tidak hanya menyatukan kandungan antarabangsa, serantau, dan tempatan, tetapi juga menawarkan lebih banyak pilihan mengikut genre dan minat pelbagai ahli keluarga, mengiktiraf perubahan cara tontonan kini yang meliputi pelbagai peranti seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, dan televisyen.

    Menurut Euan Smith, CEO Kumpulan Astro, “Astro One dibangunkan dengan memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, dengan menggabungkan pelbagai perkhidmatan hiburan dalam satu platform yang mudah diurus dan berpatutan. Pakej ini memberikan nilai lebih kepada pelanggan, serta menawarkan fleksibiliti untuk menyesuaikan langganan mereka mengikut keperluan, termasuk aplikasi penstriman kegemaran dan jalur lebar berkelajuan tinggi.”

    Astro One bukan sahaja memberi pengalaman hiburan yang lebih mudah, tetapi juga menandakan perubahan besar dalam peranan Astro sebagai platform penstriman. Pakej ini dirancang khas untuk memenuhi keperluan keluarga Malaysia, dengan setiap pakej menawarkan kemudahan dan fleksibiliti tinggi. Pakej-pakej utama yang ditawarkan adalah:

    1. Entertainment Pack: Menyediakan hiburan tempatan yang meliputi rancangan Astro Originals seperti Gegar Vaganza dan Project: Exit, program kanak-kanak, serta kandungan dari Korea, China, India, dan antarabangsa.
    2. Sports Pack: Menawarkan akses kepada pelbagai acara sukan secara langsung seperti Liga Perdana, Formula 1, MotoGP, NBA, dan banyak lagi, serta kandungan hiburan dalam Entertainment Pack dan akses ke beIN SPORTS CONNECT.
    3. Epic Pack: Dikhususkan untuk peminat filem, dengan akses ke aplikasi penstriman utama seperti Netflix, Disney+ Hotstar, dan banyak lagi. Pakej ini turut merangkumi kandungan sukan dan hiburan dari Entertainment Pack dan Sports Pack.

    Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati lebih daripada 11 aplikasi penstriman popular, termasuk Viu, iQIYI, WeTV, dan Zee5, serta pilihan tambahan seperti saluran HBO dengan kandungan Max, dan pakej khas mengikut minat seperti Variety, Kanak-kanak, Berita, dan Dokumentari.

    Kemudahan tambahan termasuk GO+, Multiroom, dan jalur lebar dengan kelajuan dari 100 Mbps hingga 800 Mbps. Pelanggan boleh menyesuaikan langganan mereka dengan mudah melalui aplikasi My Astro, termasuk menukar pakej, memilih tambahan, dan menikmati penstriman tanpa had dengan Ultra dan Ulti Box.

    Astro juga menawarkan Astro Fibre untuk pengalaman internet berkelajuan tinggi, memastikan pelanggan menikmati hiburan dengan kelancaran maksimum di pelbagai peranti. Dengan Astro One, keluarga kini dapat menstrim hingga empat peranti serentak di Astro GO, memastikan setiap ahli keluarga dapat menikmati kandungan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

    Dengan Astro One, Astro terus komited untuk mempertingkatkan pengalaman hiburan rumah tangga di Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau melanggan pakej Astro One, layari www.astro.com.my atau hubungi 03 9543 3838. Nikmati hiburan tanpa henti untuk seluruh keluarga dengan Astro One!