Astro menukar lokasi ikonik REXKL menjadi sebuah pengalaman dunia bawah tanah yang penuh misteri dan imersif selama satu malam istimewa apabila Kisah Bawah Tanah (KBT) menghimpunkan rakan media, peminat, rakan selebriti, pempengaruh dan para kolaborator dalam satu sambutan khas bagi meraikan salah satu francais animasi tempatan paling digemari di Malaysia.

Dipenuhi dengan visual menyeramkan, instalasi karakter berskala besar dan paparan LED imersif, acara ini menghidupkan suasana dunia bawah tanah KBT yang semakin dekat di hati peminat. Siri animasi ini terus mencuri perhatian dengan gabungan elemen hantu, humor dan penceritaan emosi yang diinspirasikan daripada cerita rakyat Asia Tenggara.
Malam penuh misteri itu bermula dengan sesi media eksklusif bersama wakil Astro dan pasukan kreatif KBT, sebelum tetamu dibawa menyelusuri dunia bawah tanah menerusi pengalaman after-party yang terbuka kepada umum. Sepanjang acara, pengunjung disajikan dengan persembahan live, aktiviti peminat, booth bertemakan KBT dan pelbagai kolaborasi menarik.

Antara momen paling mencuri perhatian ialah pengumuman bahawa Kisah Bawah Tanah akan kembali dengan Part 2 yang menampilkan lapan episod baharu. Bermula 8 Jun 2026 hingga 27 Julai 2026, musim terbaharu ini menjanjikan pengembaraan lebih besar, makhluk lebih aneh dan pelbagai kekacauan baharu dari dunia bawah tanah yang semakin dekat dengan peminat.
Sejak mula ditayangkan, KBT menerima sambutan yang sangat menggalakkan dengan pendekatan penceritaan yang segar, menggabungkan unsur cerita rakyat tempatan, komedi, seram dan karakter yang dekat dengan kehidupan seharian. Siri ini juga dipuji kerana berjaya menghidupkan semula cerita rakyat Asia Tenggara dalam gaya moden yang lebih mudah diterima semua lapisan penonton.
Menambah lagi kemeriahan malam tersebut, Astro turut memperkenalkan kolaborasi istimewa bersama kumpulan lelaki popular ALPHA menerusi visualizer eksklusif berinspirasikan KBT untuk lagu “Burn It Down”. Visualizer itu menampilkan karakter ikonik seperti Sam, Zack dan Ina, sekali gus menggabungkan dunia muzik ALPHA yang berani dengan identiti visual KBT yang penuh warna dan tenaga.

Acara diteruskan dengan after-party di REXKL yang diubah sepenuhnya menjadi dunia imersif KBT, lengkap dengan LED 360 darjah, instalasi karakter bersaiz besar dan ruang interaktif yang membawa suasana seram tetapi menghiburkan seperti dalam siri tersebut. Sepanjang malam, tetamu turut menikmati persembahan live, kemunculan artis tempatan seperti Nadhir Nasar, Auddra dan Qi Razali, serta set DJ yang mengekalkan energi hingga ke hujung acara.
Pengalaman “Jom Turun Underground” ini turut disokong pelbagai jenama tempatan yang sama-sama menaikkan semangat #SupportLokal dengan aktiviti dan sajian eksklusif sepanjang malam. Antaranya myBurgerLab dengan KBT Otak-Otak Burger, XP dengan Spooky Mocktail, Tealive dengan sajian bertema khas, Bila Bila Mart dengan pilihan produk tempatan, serta Yeo’s Yeogurt yang menyegarkan para tetamu.
Menurut Benjamin Woo, Ketua Pemasaran Kumpulan Astro, Astro komited untuk memperkasa KBT sebagai animasi tempatan yang membuka jalan baharu dalam cara penceritaan kreatif di Malaysia. Katanya, KBT bukan sekadar animasi, tetapi sudah berkembang menjadi sebuah universe yang menggabungkan folklore, muzik dan pengalaman imersif bersama peminat.
Lebih daripada sekadar acara pelancaran, pengalaman imersif ini menjadi bukti kekuatan industri kreatif tempatan yang semakin berkembang serta sokongan padu komuniti peminat. Dengan pengumuman Part 2 dan kolaborasi yang terus berkembang, KBT kini semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai antara francais animasi tempatan paling berpengaruh di bawah Astro.
Peminat boleh nantikan lebih banyak perkembangan menarik mengenai Kisah Bawah Tanah Part 2 di Astro. Langgan Pek Entertainment Astro One bersama Netflix serendah RM74.90 sebulan atau Pek Sports Astro One bersama Netflix serendah RM94.90 sebulan. Untuk info lanjut, layari astro.com.my atau hubungi Astro di WhatsApp 03 9543 3838.
