Tag: #AdeGovinda

  • “Masing Masing” Nyanyian Ernie Zakri & Ade Govinda Cipta Sejarah, Raih Pengiktirafan Asia Book of Records Dengan 236 Juta Penstriman

    “Masing Masing” Nyanyian Ernie Zakri & Ade Govinda Cipta Sejarah, Raih Pengiktirafan Asia Book of Records Dengan 236 Juta Penstriman

    Karya hit “Masing Masing” nyanyian Ernie Zakri terus melakar sejarah tersendiri apabila berjaya meraih lebih 236 juta penstriman di platform penstriman muzik Spotify. Lagu yang menampilkan sentuhan komposer Indonesia Ade Govinda ini turut menerima pengiktirafan daripada Asia Book of Records sebagai lagu Melayu/Indonesia terpantas mencapai 200 juta penstriman menjelang Ogos 2025.

    Pencapaian tersebut sekali gus menambahkan lagi deretan kejayaan dalam perjalanan seni Ernie Zakri. Sebelum ini, beliau turut mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Disember 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara penyanyi paling berpengaruh dalam industri muzik Malaysia ketika ini. Pengiktirafan daripada Asia Book of Records pula mengangkat karya “Masing Masing” ke tahap baharu, sekali gus memperluaskan impaknya di peringkat serantau.

    Menurut Ernie, kejayaan lagu tersebut adalah sesuatu yang tidak pernah dijangka ketika ia mula dihasilkan. Beliau mengakui sangat terharu apabila mengetahui lagu itu berjaya mencatat lebih 236 juta penstriman di Spotify serta menerima pengiktirafan rasmi daripada Asia Book of Records. Bagi Ernie, matlamat utama ketika menghasilkan lagu tersebut bersama Ade Govinda hanyalah untuk menyampaikan sebuah karya yang jujur dari segi emosi, namun sambutan luar biasa daripada para pendengar menjadikan perjalanan lagu ini sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.

    Sejak dilancarkan, “Masing Masing” bukan sahaja mendapat sambutan hangat di Malaysia dan Indonesia, malah turut menambat hati pendengar di beberapa negara Asia Tenggara. Lagu ini dianggap dekat dengan kehidupan ramai kerana mesejnya yang menyentuh perasaan dan mudah difahami oleh pelbagai latar belakang pendengar. Kejayaan ini sekali gus membuktikan bahawa muzik yang jujur dan penuh emosi mampu merentasi sempadan bahasa serta budaya, selain mengukuhkan lagi kekuatan kolaborasi muzik serantau.

  • “Cinta Sepenuh Jiwa” Hadir, Sinetron MNC Pictures Ditemani Suara Merdu Siti Nurhaliza & Ade Govinda

    “Cinta Sepenuh Jiwa” Hadir, Sinetron MNC Pictures Ditemani Suara Merdu Siti Nurhaliza & Ade Govinda

    MNC Pictures kembali mempersembahkan karya terbarunya melalui sinetron berjudul Cinta Sepenuh Jiwa yang akan segera tayang eksklusif di RCTI. Mengangkat kisah cinta yang penuh emosi dan makna, sinetron ini menampilkan para bintang muda berbakat seperti Cut Syifa, Ibrahim Risyad, serta Kenny Austin. Kehadiran mereka diharapkan mampu menghadirkan chemistry yang kuat dan menyentuh hati penonton setia layar kaca.

    Sebagai penguat jalan cerita, lagu Menamakanmu Cinta ciptaan Ade Govinda yang dibawakan oleh penyanyi legendaris Dato’ Sri Siti Nurhaliza terpilih menjadi soundtrack resmi sinetron Cinta Sepenuh Jiwa. Kehadiran lagu tersebut menambah kekuatan emosional, selaras dengan tema cinta mendalam yang menjadi inti dari kisah sinetron ini.

    Sejak perilisannya, Menamakanmu Cinta berhasil mencuri perhatian publik. Official Lyric Video yang dirilis pada 18 Juli 2025 telah ditonton lebih dari 3,3 juta kali, sementara Official Music Video yang tayang pada 12 September 2025 berhasil mengumpulkan lebih dari 395 ribu views di YouTube. Popularitasnya semakin terbukti dengan catatan lebih dari 4,9 juta plays di YouTube Music dan 2,1 juta streams di Spotify, menjadikannya salah satu karya yang paling dinantikan serta dicintai para penikmat musik.

    Ade Govinda menjelaskan bahwa lagu ini diciptakan sebagai bentuk ungkapan cinta yang tulus kepada orang terkasih. Menurutnya, sepenuh jiwa kita bisa mencintai seseorang, namun tak selalu sepenuh jiwa dapat mengungkapkannya. Hal itu sejalan dengan kisah yang dihadirkan dalam sinetron Cinta Sepenuh Jiwa, yang penuh dengan dinamika perasaan dan konflik batin.

    Dengan alur cerita yang menyentuh hati dan kehadiran soundtrack yang menggugah perasaan, Cinta Sepenuh Jiwa siap menjadi tontonan istimewa yang menghadirkan kehangatan bagi keluarga Indonesia. Penonton dapat segera menyaksikan penayangan perdananya hanya di RCTI.

  • Lagu “Masing Masing” dianugerahkan Anugerah Platinum, Ernie Zakri terus unggul di kelasnya sendiri

    Lagu “Masing Masing” dianugerahkan Anugerah Platinum, Ernie Zakri terus unggul di kelasnya sendiri

    Industri muzik tempatan terus melakar kejayaan gemilang apabila lagu hit “Masing Masing” nyanyian penyanyi bersuara emas Ernie Zakri dianugerahkan 1X Platinum Award atau Anugerah Platinum.

    Penghargaan ini mengiktiraf kejayaan luar biasa lagu ciptaan Ade Govinda ini dalam mencapai jualan dan penstriman yang memberangsangkan, serta mendapat sambutan hangat daripada peminat muzik di dalam dan luar negara.

    Anugerah ini juga menjadi pengiktirafan kepada Ernie Zakri atas Pencapaian Jualan Digital Seluruh Dunia. Sejak dilancarkan, “Masing Masing” telah mendominasi carta muzik tempatan dan kini telah berada di tangga teratas Carta RIM selama 17 minggu berturut-turut.

    Liriknya yang puitis dan melodi yang menyentuh jiwa menyampaikan mesej tentang kejujuran dalam perhubungan dan penerimaan diri, justeru lagu ini berjaya menyentuh hati pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat.

    masing masing

    Ernie Zakri, yang terkenal dengan vokalnya yang mantap, berjaya menyampaikan lagu ini dengan penuh penghayatan. Gabungan lirik yang menusuk kalbu dan kekuatan vokal Ernie menjadikan “Masing Masing” sebuah karya yang tidak akan dilupakan.

    Kemenangan ini merupakan satu pencapaian penting dalam kerjaya Ernie Zakri, menunjukkan penerimaan yang luar biasa daripada peminat muzik. “Masing Masing” telah mencapai tahap penstriman dan jualan yang tinggi di pelbagai platform digital.

    Ernie Zakri meluahkan rasa syukur dan gembiranya atas kejayaan besar lagu ini dalam kerjayanya. Beliau juga terharu dengan sambutan hangat yang diterima di Malaysia dan impak positif yang diberikan oleh lagu ini.

    “Masing Masing” bukan sahaja berjaya menarik perhatian ramai peminat muzik, malah turut mencipta fenomena di platform digital. Pencapaian luar biasa dari segi penstriman dan jualan membuktikan kualiti dan daya tarikan lagu ini.

    Bagi Ernie, “Masing Masing” mempunyai dimensi emosi yang mendalam, mampu menyentuh jiwa dan perasaan pendengar. Kejayaan ini juga membuktikan kesungguhan Ernie dalam membawa muziknya ke peringkat global, mencerminkan komitmen dan dedikasinya terhadap industri muzik tanah air.

    masing masing

    Dengan pengiktirafan ini, Ernie semakin bermotivasi untuk terus menghasilkan karya-karya unik dan membawa industri muzik tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang telah memberikan sokongan padu terhadap lagu ini.

    Ernie amat menghargai sokongan semua pihak yang menjadikan “Masing Masing” sebahagian daripada kehidupan mereka. Anugerah Platinum ini adalah bukti kekuatan sokongan peminat, dan beliau mendedikasikan kejayaan ini kepada mereka semua.

    Beliau turut berterima kasih kepada Ernienators, kelab peminatnya, atas sokongan, doa dan kesetiaan mereka. Ernie berharap agar lagu-lagu beliau yang lain juga akan mendapat sambutan yang sama baiknya.

    Dalam perkembangan lain, Ernie berkongsi perancangannya untuk mengadakan konsert solo. Beliau akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi. Selain itu, “Masing Masing” juga tercalon dalam Top 20 bagi kategori Lagu Paling Boom Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 36).

    Kejayaan “Masing Masing” dan Ernie Zakri ini menjadi inspirasi kepada seluruh industri muzik tempatan. Ia membuktikan bahawa karya-karya berkualiti tinggi mampu mencapai kejayaan besar dan mendapat tempat di hati peminat muzik. Semoga Ernie terus sukses dalam kerjayanya dan terus menghasilkan karya-karya yang mampu mengangkat martabat muzik Malaysia.

  • Ernie Zakri Tercalon Dalam Tiga Kategori Dengan Kolaborasi Bersama Ade Govinda Dalam Lagu ‘Masing Masing’

    Ernie Zakri dipilih sebagai pencalonan pertama dari luar Indonesia dalam acara berprestij seperti SCTV Music Awards menunjukkan pengiktirafan atas bakatnya yang luar biasa dan populariti yang berkembang di Indonesia. Kolaborasi beliau dengan Ade Govinda dalam lagu Masing Masing juga menambah prestij pencalonan beliau dalam tiga kategori.

    Kategori itu terdiri daripada Kolaborasi Paling Ngetop, Video Klip Paling Ngetop dan Lagu Pop Paling Ngetop. Lebih membanggakan juga apabila lagu Masing Masing, lagu kolaborasi antara Universal Music Malaysia dan MyMusic Records yang digubah dan ditulis oleh Ade bersama Nabila V menduduki tangga teratas carta stesen radio di kedua-dua negara, iaitu GEN98.7 FM Jakarta di Indonesia serta Best FM dan Era FM di Malaysia. Terima kasih besar kepada stesen radio ini yang berjaya menangkap esensi menarik lagu Masing Masing ini.

    Ernie yang juga pemenang Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 2022 berkata, dia bersyukur dan bangga kerana lagu Masing Masing diterima baik peminat di Indonesia. “Saya sangat gembira kerana lagu saya sampai ke Indonesia. Sungguh menggembirakan melihatnya bergema dengan pendengar di sana. Terima kasih Indonesia, kerana menerima Masing-Masing dan menjadikannya melonjak di carta radio anda,” katanya.

    Bagi Ade Govinda, kolaborasi bersama Ernie satu pengalaman yang cukup manis dan hebat. “Saya juga mewakili MyMusic Records sangat gembira mendengar khabar lagu karya saya berjudul Masing Masing yang dinyanyikan indah oleh Ernie Zakri berjaya menduduki tempat pertama di kebanyakan carta radio Indonesia dan Malaysia.

    “Semoga kolaborasi ini boleh membawa penyanyi lain juga untuk bekerjasama antara dua negara dengan hasil yang membanggakan juga. Terima kasih pendengar Indonesia dan Malaysia yang sudah menikmati lagu Masing Masing,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, pihaknya sentiasa memberikan sokongan padu kepada Ernie Zakri. “Universal Music Malaysia turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian dan pengiktirafan yang diperoleh melalui kerjasama ini dengan komposer terkenal Ade Govinda.

    “Saya berasa gembira dan bangga kerana sekali lagi kolaborasi antara kemantapan vokal Ernie Zakri dengan sentuhan emas pencipta lagu terkenal Indonesia Ade Govinda membuahkan hasil yang memberangsangkan bukan sahaja di Malaysia tetapi merentasi sempadan dan sesuai dengan cita rasa pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

    “Karya muzik ini mendaki carta dengan pantas di kedua-dua negara dan berjaya menawan hati pendengar. Kejayaan ini membuka peluang baharu untuk artis Malaysia dalam pasaran nusantara dan membuktikan kepentingan kerjasama rentas negara dalam industri muzik yang sentiasa berkembang,” katanya.

    Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Encik Rosmin Hashim berkata, pihaknya bangga atas pencapaian cemerlang Ernie di sana. “Kami amat berbangga kerana salah seorang artis Malaysia mencapai kejayaan cemerlang di Indonesia. Pencapaian terbaru ini membuktikan sekali lagi bahawa bakat Malaysia mempunyai apa yang diperlukan untuk menembusi pasaran muzik serantau dan global. “RIM akan meneruskan usahanya untuk memupuk kerjasama yang saling
    menguntungkan antara bakat Malaysia dan Indonesia. Tahniah diucapkan kepada Ernie, Ade Govinda dan Universal Music Malaysia atas kejayaan manis ini,” katanya.

    Lagu Masing Masing juga dipilih sebagai pembuka cerita kepada album perdana miliknya, yang juga single pertama memperkenalkan Aura.