RAZZUAN RAZALI MUNCUL DENGAN SINGLE TERBARUNYA BERTAJUK ‘CINTA KAYANGAN’.

Razzuan Rosli telah menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang lakonan dan nyanyian. Pengalaman merakamkan single pertamanya, “Akur,” dan kini single terbarunya, “Cinta Kayangan,” menunjukkan komitmen dan dedikasi dalam mengembangkan bakatnya di industri hiburan Malaysia.

Dalam lagu “Cinta Kayangan,” Razzuan menggambarkan cinta sebagai sesuatu yang subjektif, tetapi pada masa yang sama, menyatakan bahawa cinta juga buta. Ia merangkumi realiti bahawa dalam hubungan, seringkali kita mungkin terpedaya oleh perasaan kita sendiri, walaupun hakikatnya situasinya tidak selalu sesuai dengan yang kita harapkan. Pesanan dalam lagu ini memberikan refleksi mendalam tentang kompleksiti cinta dan hubungan manusia.

Dengan pencapaian ini, Razzuan Rosli semakin menempa nama dalam industri hiburan Malaysia dan membuktikan dirinya sebagai seorang artis yang serba boleh dengan bakat yang serbaguna.

“Terkadang apa yang kita rasakan tidak selaras dengan kenyataan dan hubungan itu mungkin hanya angin lalu. Perkara ini menjadi peringatan bagi semua orang bahawa tidak semua pertemuan adalah takdir dan bukan semuanya harus dilanjutkan atau dipertahankan,” katanya.

Dengan suara emasnya dan lirik lagu yang memukau hati, Razzuan membawa pendengarnyadalam perjalanan mendalam mengenal erti cinta sebenar dalam lagu Cinta Kayangan. “Kenapa tajuk lagu ini Cinta Kayangan sebab cinta itu sesuatu yang mahal. Untuk Kita memahami sebuah perkataan cinta itu bukan semudah kita nak faham ABC. ” Disebabkan itu juga, saya cuba nak sampaikan lagu yang bermesej cinta”.

“Kita lahir atas muka bumi ini juga daripada benih cinta. Bumi ini pun disebabkan cinta, perasaan cinta yang terjalin antara dua insan. Jadi, itu antara sebab kenapa saya memilih lagu Cinta Kayangan ini,” katanya. Berkongi mengenai video muzik lagu Cinta Kayangan ini, Razzuan berkata ia berkonsepkan pengorbanan dalam mencari kebahagian.

“Dalam video muzik ini, ia menggambarkan betapa seseorang harus bersedia untuk melepaskan apa sahaja yang menjadi penghalang antara dirinya dan kebahagiaan yang diimpikan. Pengorbanan bukanlah perkara mudah tetapi ia adalah langkah penting dalam perjalanan mencapai kebahagiaan hakiki. Jadi, menerusi video muzik ini saya mahu mengajak penonton untuk merenung dan melihat betapa berani dan gigihnya seseorang sanggup melakukan pengorbanan demi mencapai impian mereka.

Apa yang pasti, Razzuan berharap lagu Cinta Kayangan dapat diterima baik oleh peminat sekali gus menghayati mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini. “Saya berharap dengan tulus agar pendengar dapat menyambut lagu Cinta Kayangan ini dengan penuh kehangatan dan kesukaan. Lagu ini tidak hanya memberikan hiburan semata, tetapi juga mengandungi mesej yang mendalam dan cerita yang ingin disampaikan.

Cinta Kayangan kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26th Januari 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *