HONOR Pelopor Ketersambungan Silang Rentas OS di Malaysia

HONOR mengorak langkah besar dalam dunia teknologi apabila menjadi jenama pertama di Malaysia yang memperkenalkan kesalinghubungan rentas sistem operasi (OS) secara menyeluruh melalui teknologi HONOR Connect. Inovasi ini membolehkan pengguna berkongsi fail, gambar dan video dengan lancar antara peranti Android, iOS dan Windows – tanpa perlu bergantung kepada kabel, perkhidmatan awan atau ekosistem tertutup.

Teknologi ini diperkenalkan bersama HONOR ALPHA PLAN pada awal tahun, dan kini secara rasmi diintegrasikan ke dalam barisan baharu seperti HONOR 400 Series, HONOR MagicBook Pro 14, serta HONOR Pad 10. Inilah penanda aras baharu untuk ekosistem terbuka yang inklusif dan mesra pengguna.

HONOR Connect: Bebas platform, bebas sekatan

Dengan kelajuan pemindahan sehingga 85 Mbps untuk iOS dan 40 Mbps untuk Android, HONOR Connect menyokong pemindahan merentas pelbagai jenis peranti – daripada telefon pintar ke tablet dan komputer riba. Sama ada berkongsi gambar raya, dokumen kerja, atau video suntingan, semuanya boleh dilakukan secara langsung dan pantas – walaupun antara jenama dan sistem berbeza.

HONOR MagicBook Pro 14: Laptop kolaboratif

Komputer riba baharu ini bukan sahaja dilengkapi prestasi tinggi, tetapi kini mampu memindahkan fail terus dari iPhone ke antaramuka Windows – hanya dengan beberapa klik. Tiada lagi isu keserasian, tiada lagi pemindahan rumit. Pereka grafik, pelajar atau pencipta kandungan boleh bekerja dengan bebas antara platform dengan mudah.

Aplikasi HONOR Connect juga tersedia di App Store untuk memudahkan pengguna bukan HONOR menyertai ekosistem terbuka ini – menjadikan MagicBook Pro 14 sebagai alternatif berkuasa kepada MacBook.

HONOR Pad 10: Pembelajaran pintar kini lebih mudah

Dengan HONOR Connect, pelajar kini boleh menghantar nota, video dan fail PDF ke mana-mana peranti, termasuk iPhone rakan sekelas. Ini bukan sekadar tablet – ia adalah alat pembelajaran masa depan yang mendukung cara belajar moden, fleksibel dan efisien.

HONOR 400 Series: Kreativiti tanpa had

Dengan integrasi teknologi Next-gen AI Imaging dan HONOR Connect, pengguna HONOR 400 boleh menerima gambar dari iPhone dan terus menyunting menggunakan alat AI seperti AI Eraser 2.0, AI Cutout dan AI Image to Video. Kolaj “Moving Photo Collage” juga membolehkan pengguna berkongsi detik-detik hidup ke semua platform dengan mudah.

Fail suntingan juga boleh dibuka semula di iPad atau komputer Windows untuk penyuntingan lanjut, menjadikan HONOR 400 pilihan ideal untuk pengguna kreatif rentas platform.

HONOR Connect: Ekosistem terbuka untuk semua

HONOR membuka lembaran baharu dalam kesalinghubungan peranti – tidak lagi terikat kepada satu jenama atau sistem operasi. Dengan pendekatan terbuka, HONOR Connect menyatukan teknologi bagi mencipta pengalaman pengguna yang benar-benar lancar, fleksibel dan inklusif.

Dengan komitmen terhadap inovasi dan kebebasan pengguna, HONOR bukan sahaja mencipta teknologi – tetapi membina jambatan antara dunia digital yang selama ini terpisah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.honor.com/my