Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) terus mencipta sejarah apabila berjaya meraih kutipan box office sebanyak RM40.6 juta dalam hanya 13 hari tayangan, sekaligus menobatkannya sebagai filem animasi nombor satu di Malaysia.
Francais animasi tempatan yang dihasilkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation ini semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama keluarga dan peminat animasi di seluruh negara. Kejayaan ini mencerminkan sokongan padu penonton dari pelbagai lapisan umur yang memberi respon positif terhadap jalan cerita dan kualiti penghasilan yang mantap.
Pengarah filem, Encik Usamah Zaid Yasin, melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada lebih 2.5 juta penonton yang telah menyokong animasi tempatan sehingga mencapai pencapaian membanggakan ini. Beliau menegaskan bahawa kejayaan EATM2 adalah kemenangan bersama industri animasi Malaysia.
Sementara itu, Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, menyatakan bahawa momentum luar biasa ini akan membuka lebih banyak peluang bagi karya animasi tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa, sekali gus mengangkat nama Malaysia ke pentas global.
Sempena cuti sekolah, pihak produksi mengajak semua keluarga dan anak-anak untuk terus menyokong dengan menonton di pawagam berhampiran. Selain tayangan filem, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, kemunculan maskot, dan jualan barangan edisi terhad di beberapa lokasi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pengalaman penuh emosi dan aksi yang ditawarkan Ejen Ali The Movie 2. Ikuti perkembangan terkini dan konten eksklusif di saluran YouTube rasmi Ejen Ali serta media sosial Primeworks Studios.
Kongsikan pengalaman anda menggunakan hashtag #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #letsplay #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan dan jadikan perbualan hangat di media sosial.