Category: Entertainment

  • Dari Lakonan ke Ladang Pahala: Misi Baharu Zahiril

    Dari Lakonan ke Ladang Pahala: Misi Baharu Zahiril

    Tidak semua pencuri datang hanya untuk mengambil. Ada yang tanpa disangka, ‘mencuri’ peluang untuk berubah. Itulah inti pati yang cuba disampaikan oleh pelakon dan kini pengarah, Zahiril Adzim, menerusi buah tangan keduanya berjudul Pencuri Rumah Imam sebuah telefilem komedi santai namun sarat dengan pengajaran halus tentang keinsafan, kejujuran dan harapan kedua.

    Karya terbaharu arahan Zahiril ini bakal menemui penonton dalam slot Cerekarama di TV3 pada malam Sabtu, 26 Julai jam 10 malam. Lebih istimewa, Pencuri Rumah Imam turut menjadi penutup kepada projek khas Dari Layar Ke Lensa inisiatif kreatif TV3 bersempena ulang tahun ke-41 stesen tersebut.

    Projek ini menyaksikan empat nama besar dunia lakonan tempatan iaitu Zahiril Adzim, Siti Saleha, Janna Nick dan Fattah Amin diberi peluang untuk duduk di kerusi pengarah bagi mengetengahkan naratif segar berasaskan pengalaman serta sudut pandang peribadi mereka terhadap masyarakat dan kehidupan.

    Pencuri Rumah Imam membawa kisah Adli (lakonan Fikry Ibrahim), seorang pencuri yang menyamar sebagai orang kaya dan datang ke sebuah kampung untuk melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa. Dalam usaha menyembunyikan identitinya, dia berjaya memikat kepercayaan Tok Imam Saleh (Razak Ahmad), yang ketika itu sedang berdepan krisis kredibiliti sebagai pemimpin surau.

    Dengan menyatakan hasrat untuk mendalami ilmu agama, Adli dilihat seolah-olah mahu ‘berhijrah’ sesuatu yang disambut terbuka oleh Tok Imam. Namun tidak semua mudah tertipu. Khadijah (Shiqin Kamal), anak perempuan Tok Imam, mula mencurigai niat sebenar Adli. Muncul konflik dan dilema, menjadikan telefilem ini lebih daripada sekadar komedi.

    Menurut Zahiril, walaupun skrip asal bersifat ringan, dia tidak menolak kemungkinan penonton akan mentafsirkan karya ini dari sudut simbolik. “Kadang-kadang kita hanya ingat Tuhan bila kita rasa dekat dengan kematian. Tapi kalau orang tengok karya saya dan dapat mesej baik, saya anggap itu rezeki mudah-mudahan saya pun dapat ‘saham akhirat’,” ujarnya bersahaja.

    Antara babak yang mungkin mengundang tafsiran tersendiri ialah apabila Adli bersembunyi dalam van jenazah semasa melarikan diri seolah-olah menggambarkan manusia hanya mula merenung soal kematian apabila hidup terhimpit.

    Zahiril turut menyentuh isu materialisme dalam skripnya. “Bagi saya, duit itu jahat. Ia boleh memecah-belahkan keluarga, membawa kepada pembunuhan, dan menjadi punca kepada krisis dunia. Ya, kita perlukan duit untuk hidup, tapi jangan sampai ia menjadi tuhan,” jelasnya tegas.

    Dengan pelakon berbakat seperti Fikry Ibrahim, Shiqin Kamal dan Razak Ahmad, telefilem ini bukan hanya menawarkan hiburan, malah menyelitkan mesej moral dan sosial secara halus, menyempurnakan misi Dari Layar Ke Lensa yang membuka ruang kepada ekspresi kreatif empat figura seni berpengaruh.

    Saksikan Pencuri Rumah Imam pada 26 Julai ini, jam 10 malam hanya di TV3.

    Untuk kemas kini terkini mengenai drama tempatan kegemaran anda, ikuti @TV3Malaysia dan @dramasangat di Instagram, Facebook, Twitter dan YouTube.

  • “Sewaktu Bahagia”: Kembalinya Suara Hati Iskandar Zulkarnain ke Persada Muzik

    “Sewaktu Bahagia”: Kembalinya Suara Hati Iskandar Zulkarnain ke Persada Muzik

    Selepas sekian lama menyepi, penyanyi pop rock yang pernah mencetus fenomena bersama Projektor Band, Iskandar Zulkarnain kini kembali dengan single solo terbaharunya yang berjudul “Sewaktu Bahagia”. Lagu sarat emosi ini diterbitkan di bawah label tersohor Luncai Emas, menandakan permulaan fasa baharu dalam perjalanan seninya.

    Ditulis berdasarkan kisah benar yang dialami oleh penulis lirik dan komposer Aidil AF dan Jeremy Erskine, “Sewaktu Bahagia” menggambarkan kekecewaan mendalam dalam percintaan. Lirik seperti “kau berubah tanpa ku sedar, kau hancurkan sewaktu bahagia” merungkai penderitaan hati yang ditinggalkan tanpa amaran. Gabungan lirik puitis dan melodi yang menyentuh jiwa menjadikan lagu ini sebuah karya yang menyentuh rasa.

    Menariknya, kolaborasi ini bermula secara tidak dirancang apabila Aidil, yang bersahabat dengan Nabil, sepupu kepada Iskandar, mengetahui bahawa Iskandar sedang mencari peluang untuk kembali aktif dalam dunia muzik. Aidil segera memperkenalkannya kepada pihak Luncai Emas, dan dari situ tercetuslah kerjasama yang penuh makna ini.

    “Saya amat bersyukur dapat bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Aidil AF dan Dato’ M. Nasir. Lagu ini adalah refleksi kepada kisah peribadi saya dan juga simbol kebangkitan semula dalam kerjaya seni,” ujar Iskandar yang dikenali dengan vokal emosional dan lagu-lagu cinta yang pernah menduduki carta teratas sebelum ini.

    Harapan Iskandar cukup tinggi agar “Sewaktu Bahagia” bukan sekadar hits semasa, tetapi juga menjadi lagu evergreen yang kekal relevan sepanjang masa. Beliau turut berterima kasih kepada para peminat yang setia menyokong dan sabar menantikan kemunculan semulanya.

    Penerbitan lagu ini digalas oleh Hidayat Nasir, penerbit muda yang juga pemain gitar kumpulan Pitahati, di bawah pemantauan Keon Omar, Pengarah Produksi Luncai Emas Sdn Bhd. “Cabaran utamanya ialah memastikan lagu ini membawa elemen yang seiring dengan keperibadian dan vokal maskulin Iskandar,” kata Hidayat.

    Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan tenaga kreatif yang terlibat, termasuk Zahar (Pitahati) sebagai pemain gitar, Faliq Mohd sebagai jurutera bunyi, dan abang Ujang (Exist) selaku pemain drum.

    Lebih istimewa, proses rakaman turut mendapat sentuhan dan bimbingan daripada legenda muzik negara, Dato’ M. Nasir, yang memberi panduan kepada Iskandar dalam penghayatan lagu ini sekaligus menambah nilai artistik terhadap hasil akhirnya.

    Video lirik rasmi untuk “Sewaktu Bahagia” akan dilancarkan di saluran YouTube Luncai Emas pada 25 Julai 2025, serentak dengan pelancaran audionya di semua platform digital utama.

  • The Defects: Membongkar Misteri Gelap Pemerdagangan Kanak-Kanak

    The Defects: Membongkar Misteri Gelap Pemerdagangan Kanak-Kanak

    Peminat K-drama pastinya teruja dengan kehadiran sebuah lagi siri thriller yang mengangkat isu sosial yang jarang diteroka. Drama bersiri Korea terbaharu, The Defects, kini boleh distrim secara eksklusif di Tonton, ditayangkan serentak dengan Korea setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam.

    Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Yum Jung-ah, Won Jina, Choi Young Jun, dan Kim Jin Young (DEX), The Defects bukan sekadar drama biasa. Ia menyajikan jalan cerita yang mendalam, penuh konflik dan persoalan moral tentang sistem sosial yang pincang.

    The Defects mengisahkan sindiket angkat haram yang memperdagangkan kanak-kanak kepada ibu bapa angkat yang tidak sah. Namun, apabila anak-anak ini gagal memenuhi “standard” keluarga mereka, sindiket menawarkan “jaminan pemulangan” satu sistem kejam yang melenyapkan mereka tanpa jejak.

    Di sebalik sindiket ini berdiri Kim Se-Hee (Yum Jung-ah), seorang doktor terkemuka yang juga pengarah hospital terkenal. Bersama Jung Hyeon (DEX), bekas tentera dan dalang operasi gelap ini, mereka mengatur perniagaan kotor ini dengan begitu licik.

    Namun, segalanya mula berubah apabila Kim A-Hyeon (Won Jina), salah seorang mangsa, berjaya melarikan diri. Dengan keberanian yang luar biasa, dia bangkit untuk menyelamatkan kanak-kanak lain dan membalas dendam terhadap mereka yang telah meragut masa depan mereka

    Bagi peminat DEX, The Defects menandakan kemunculan semula beliau ke dunia lakonan selepas mencipta nama sebagai bintang realiti dan bekas tentera khas. Watak Jung Hyeon yang dibawanya kali ini cukup mencabar, memperlihatkan sisi gelap dan intensiti lakonan yang jarang disaksikan daripada beliau.

    Jangan lepaskan peluang menyaksikan drama yang kini menjadi buah mulut ramai ini, hanya di Tonton. Episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam. Saksikan kisah keberanian, pengkhianatan dan perjuangan membebaskan diri daripada kegelapan sistem yang korup.

    Sementara itu, jangan lupa dua episod terakhir drama penuh debaran, S LINE, yang akan ditayangkan Jumaat ini, 25 Julai, jam 10 pagi di Tonton.

    Ikuti @tontonmy di Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter untuk perkembangan terkini dunia K-drama kegemaran anda!

  • Didi & Friends Ukir Sejarah: Acara Penceritaan Terbesar Kanak-Kanak di Malaysia!

    Didi & Friends Ukir Sejarah: Acara Penceritaan Terbesar Kanak-Kanak di Malaysia!

    Watak animasi kegemaran ramai, Didi & Friends, terus mencipta magis apabila berjaya mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records menerusi kategori “Penyertaan Kanak-Kanak Teramai dalam Acara Penceritaan”. Seramai 2,172 orang kanak-kanak berkumpul di MAEPS, Serdang bagi menyertai sesi bercerita secara besar-besaran, menjadikannya acara bersejarah yang luar biasa.

    Program yang diadakan bersempena Karnival Sukan Al-Kauthar Eduqids with Friends 2025 ini turut menampilkan kolaborasi erat bersama pihak Al-Kauthar Eduqids. Acara menggabungkan elemen pembelajaran, permainan, dan kebersamaan komuniti membawa suasana penuh keceriaan dan nilai murni.

    Sesi penceritaan bermula dengan kisah klasik “Arnab & Kura-Kura”, yang disampaikan oleh seorang guru, sebelum diserikan dengan persembahan khas versi Didi & Friends yang ceria dan berwarna-warni, dibawakan oleh hos bertenaga, Abang Pa’an.

    Walaupun rekod rasmi mencatatkan 2,172 penyertaan serentak, sesi-sesi tambahan diteruskan sepanjang hari melibatkan lebih 6,000 orang kanak-kanak. Secara keseluruhan, karnival ini menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung, termasuk ibu bapa dan ahli keluarga yang turut hadir memeriahkan suasana.

    Kejayaan ini juga menjadi titik permulaan kepada kempen “Didi & Friends Story Time”, inisiatif yang bertujuan menyemai minat membaca dan mencintai dunia penceritaan dalam kalangan anak kecil. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Didi & Friends turut membuat kemunculan istimewa semasa Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang, memberikan peluang kepada peminat cilik untuk bertemu secara dekat dengan watak kegemaran mereka.

    Menurut Edison Cheam, Penolong Kanan Naib Presiden, Studio GenNext, Astro:

    “Di Astro, kami amat komited memupuk minat terhadap pembelajaran dan pembacaan dalam kalangan kanak-kanak. Melalui kandungan seperti Didi & Friends, kami ingin menyampaikan nilai-nilai positif serta membina tabiat murni yang memberi impak jangka panjang kepada generasi masa depan.”

    Pencapaian ini membuktikan kehebatan penceritaan sebagai medium untuk menyatukan komuniti, mencetuskan imaginasi, dan menginspirasikan kanak-kanak di seluruh Malaysia.

    Didi & Friends Story Time kini ditayangkan setiap Jumaat, jam 11 pagi di Astro Ceria (saluran 611), serta boleh distrim melalui Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan dan tingkatkan pengalaman menonton anda bersama Astro Fibre 500Mbps + Pek Entertainment dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp “Hi” ke 03 9543 3838.

  • Menamakanmu Cinta: Kolaborasi Hati Siti Nurhaliza & Ade Govinda

    Menamakanmu Cinta: Kolaborasi Hati Siti Nurhaliza & Ade Govinda

    Dua nama besar dari dua negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Ade Govinda, kembali bergabung dalam sebuah karya istimewa yang berjudul “Menamakanmu Cinta” — sebuah lagu cinta mendalam yang menyatukan dua budaya melalui alunan melodi dan lirik penuh emosi.

    Lagu ini menandai kelanjutan kolaborasi antara dua sahabat lama yang sudah terbukti mampu melahirkan karya-karya berjiwa. Sebelum ini, Ade Govinda pernah menciptakan tiga lagu hits untuk Siti dalam album Fragmen (2014): “Terbaik Bagimu”, “Engkau”, dan “Tak Pernah Ragu”. Kini, setelah hampir satu dekad, mereka kembali dengan lagu cinta yang lebih matang, menyentuh, dan sarat makna.

    Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyatakan rasa gembira dan syukurnya dapat kembali bekerjasama dengan Ade Govinda.

    “Saya senang sekali bisa kembali berkolaborasi dengan Ade setelah sekian lama. ‘Menamakanmu Cinta’ adalah lagu yang sangat indah, dengan sentuhan khas Ade yang sentiasa berjaya menyentuh hati pendengar. Saya berharap lagu ini dapat dinikmati dan diterima baik oleh semua peminat di Malaysia, Indonesia, dan juga di seluruh dunia,” ujar Siti.

    Menurut beliau, lagu ini membawa pesan positif dan universal tentang cinta sejati, serta menghargai insan-insan tersayang dalam hidup.

    “Setiap liriknya menggambarkan keindahan cinta yang tulus. Saya berharap lagu ini mampu menjadi pengiring emosi dan kenangan buat siapa sahaja yang mendengarnya.”

    Ade Govinda, pencipta dan produser lagu ini, menyifatkan kolaborasi kali ini sebagai salah satu pengalaman paling istimewa dalam kerjayanya.

    “Saya ingin mencipta sebuah lagu cinta yang boleh menjadi lagu tema perkahwinan, atau dinyanyikan oleh pasangan yang sedang bahagia. Bekerja dengan Dato’ Sri Siti selalu menyenangkan — cepat, profesional, dan penuh kreativiti,” katanya.

    Beliau turut berkongsi suasana mesra dan bersahaja semasa sesi rakaman.

    “Seperti biasa, Siti sangat prihatin. Setiap kali rekaman, beliau pasti membawa makanan untuk semua. Suasana studio jadi sangat hangat dan kondusif untuk berkarya.”

    Ade berharap “Menamakanmu Cinta” dapat menyentuh hati banyak pasangan di luar sana.

    “Lagu ini bukan sekadar karya muzik, tetapi juga cerminan perasaan yang mendalam. Semoga ia menjadi soundtrack untuk mereka yang sedang mencintai dan dicintai.”

    “Menamakanmu Cinta” bukan sekadar lagu, ia adalah penyatuan jiwa dari dua ikon muzik yang melintasi sempadan negara dan budaya. Melalui alunan harmoni yang mendalam dan lirik menyentuh jiwa, lagu ini dijangka akan menjadi antara karya paling dikenang dalam diskografi Siti Nurhaliza dan Ade Govinda.

    “Menamakanmu Cinta” kini boleh didengarkan di semua platform digital.

    Song Credit Title:
    Artist : Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ade Govinda
    Song Title : Menamakanmu Cinta
    Label : Universal Music Sdn Bhd, SN Legacy Sdn Bhd, MyMusic Records
    Composer : Ade Govinda
    Lyricist : Ade Govinda
    Arranged by : Ade Govinda
    Produced by : Ade Govinda
    Mixed by : Jones Roma
    Mastered by : Stephan Santoso
    Song Publisher : PT. Kreatif Indigo Musik
    Sub Publisher : Universal Music Publishing

  • “S LINE”: Misteri Benang Merah yang Menggegar Asia Kini Meletup di Malaysia!

    “S LINE”: Misteri Benang Merah yang Menggegar Asia Kini Meletup di Malaysia!

    Bagaimana jika seluruh sejarah silam anda – terutama yang paling peribadi dan rahsia – boleh dilihat oleh orang lain? Itulah persoalan menakutkan yang diketengahkan dalam siri thriller fantasi Korea terbaru, S LINE, yang kini hangat mendominasi carta tontonan di seluruh Asia, dan buat julung kalinya ditayangkan secara serentak dengan Korea – eksklusif hanya di Tonton.

    Memecah kelaziman naratif drama Korea, S LINE tampil berani dengan premis yang mencengkam dan penuh tanda tanya. Dibarisi pelakon gred A seperti Lee Soo-hyuk, Lee Da-hee dan Arin, drama ini bukan sekadar fantasi gelap – ia adalah cermin kepada sisi gelap manusia dan persoalan moral tentang privasi, skandal, dan siapa kita sebenarnya apabila semua rahsia dibuka kepada umum.

    Rahsia Terbongkar di Langit Terbuka

    Dalam dunia S LINE, satu fenomena luar biasa mula mengubah hidup ramai orang: kemunculan “S LINE” – garisan merah halimunan yang menghubungkan individu yang pernah mempunyai hubungan intim. Bukan semua orang dapat melihatnya, tetapi mereka yang mampu menyaksikannya, tidak lagi melihat dunia dengan cara yang sama.

    Apa yang bermula sebagai fenomena aneh berubah menjadi krisis sosial. Hubungan retak, rahsia terbongkar, dan sejarah gelap peribadi mula muncul di hadapan umum – semuanya membawa kepada satu persoalan besar: siapa yang harus bertanggungjawab apabila kebenaran itu terlalu menyakitkan untuk diterima?

    Han Ji-wook: Detektif Tenang dalam Dunia yang Kacau

    Lee Soo-hyuk tampil berani membawakan watak Han Ji-wook, seorang detektif misteri yang berusaha membongkar punca kewujudan fenomena ‘S LINE’. Bersamanya adalah Kyu-jin (Lee Da-hee), guru yang mampu melihat garisan merah itu, dan Shin Hyun-heup (Arin), pelajar remaja yang sudah hidup dengan kebolehan luar biasa sejak lahir.

    Namun, penyiasatan mereka tidak mudah – semakin mendalam mereka menyelam, semakin banyak kes pembunuhan berantai muncul, seolah-olah S LINE adalah kunci kepada misteri pembunuh sebenar. Keadaan menjadi lebih rumit apabila mereka menemui seseorang yang langsung tidak memiliki S LINE – satu anomali yang membuka pintu kepada kebenaran yang lebih mengerikan.

    Produksi Bertaraf Antarabangsa, Cerita yang Menghantui Pemikiran

    Diarahkan oleh Ahn Joo-young dan diadaptasi dari webtoon hit karya Kkomabi, S LINE berjaya menggabungkan ketegangan psikologi dengan elemen visual yang memukau. Kejayaan besar turut menyusul di peringkat antarabangsa apabila drama ini tersenarai dalam pertandingan utama Festival Siri Antarabangsa Cannes ke-8, membawa pulang Anugerah Muzik Terbaik menerusi hasil ciptaan komposer berbakat, Lee Jun Oh.

    Gabungan elemen teknikal cemerlang, jalan cerita yang mencabar minda dan lakonan penuh jiwa menjadikan S LINE antara siri paling mencabar dan menggugah emosi tahun ini.

    Eksklusif di Tonton – Serentak dengan Korea

    Dengan hanya enam episod, setiap satu berdurasi 50 minit, S LINE menyajikan pengalaman menonton yang padat, tegang dan tak terlupa. Dua episod pertama ditayangkan pada 11 Julai, diikuti dua lagi pada 18 Julai, dan bakal memuncak dengan episod akhir yang mendebarkan pada 25 Julai – kesemuanya serentak dengan Korea, eksklusif di Tonton.

    Kini trending sebagai antara kandungan paling tinggi tontonan di Tonton, S LINE menandakan era baru untuk kandungan antarabangsa yang lebih berani, lebih mendalam dan lebih dekat dengan pemikiran penonton moden.

    🔎 Sudah bersedia untuk merungkai misteri garisan merah?
    Strim S LINE sekarang hanya di Tonton.
    📲 Muat turun aplikasi atau layari www.tonton.com.my hari ini.

  • ALPHA Ubah Arah, Tampil Matang dan Emosional Dalam Single Kedua “P. Ramlee & Saloma”

    ALPHA Ubah Arah, Tampil Matang dan Emosional Dalam Single Kedua “P. Ramlee & Saloma”

    Selepas kejayaan luar biasa menerusi single sulung “Mona Lisa (Bang Bang)”, kumpulan muzik serantau, ALPHA, kini kembali dengan karya terbaharu berjudul “P. Ramlee & Saloma” sebuah lagu balada menyentuh hati yang menandakan kematangan musikal mereka dalam perjalanan seni yang masih muda namun menjanjikan.

    Diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment, lagu ini menampilkan kolaborasi kreatif antara komposer berpengalaman iaitu Justin Seow, Mohsein Kush dan RFE, yang berjaya menyuntik elemen emosi dan naratif yang mendalam dalam susunan muzik dan lirik lagu.

    Eksperimen Berani: Dari Pop Energetik ke Balada Nostalgia

    Dikenali dengan identiti pop moden dan penuh tenaga, ALPHA yang dianggotai oleh Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Araff, Ray-D dan Sky memilih untuk mengubah haluan muzik mereka secara drastik dengan mempertaruhkan genre balada berinspirasikan kisah cinta ikonik seniman agung tanah air P. Ramlee & Saloma.

    Lagu ini bukan sekadar penghormatan, tetapi simbol peralihan ALPHA ke arah kematangan artistik dan versatiliti sonik yang lebih luas. Ia turut mencerminkan keupayaan vokal dan emosi yang belum pernah ditampilkan oleh kumpulan ini sebelum ini.

    Bermula Dari Big Stage Alpha: Menjadi Suara Baharu Asia Tenggara

    ALPHA merupakan hasil daripada program realiti Big Stage Alpha, sebuah spin-off kepada program Big Stage yang memberi fokus kepada pencarian bakat lelaki dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Daripada 18 peserta, hanya tujuh finalis terbaik dipilih melalui pelbagai cabaran dan penilaian profesional untuk membentuk kumpulan ALPHA.

    Gabungan tujuh karakter unik ini membawa semangat kebersamaan, kepelbagaian budaya dan aspirasi serantau yang tinggi dalam misi mereka untuk menjadi kuasa muzik baharu Asia Tenggara.

    Makna ALPHA: Pemimpin Era Muzik Baharu

    Bukan sekadar nama, ALPHA melambangkan permulaan, kekuatan dan kepimpinan nilai yang mereka ingin bawa dalam setiap karya mereka. Mereka tampil sebagai unit yang menyatukan bakat, personaliti dan visi untuk membawa muzik tempatan ke peringkat antarabangsa.

    Single Pertama “Mona Lisa (Bang Bang)” Masih Kukuh Di Carta

    Single debut ALPHA, “Mona Lisa (Bang Bang)”, yang dilancarkan pada 6 Julai lalu, menerima lebih 250,000 tontonan di YouTube dalam masa singkat. Lagu yang sarat dengan gaya K-pop moden ini mengukuhkan tapak kumpulan ini dalam kalangan peminat baharu dan penggiat muzik digital.

    Komitmen Rocketfuel Entertainment

    Menurut Sher Leen Wee, Ketua Rocketfuel Entertainment:

    “ALPHA membuktikan bahawa bakat dari rantau ini memiliki potensi besar jika diberi platform yang tepat. Kami komited untuk terus mengetengahkan suara baharu yang mampu berdiri setanding dengan artis antarabangsa.”

    “P. Ramlee & Saloma” Kini Di Semua Platform

    Single ini boleh distrim secara digital di Spotify, Apple Music, YouTube Music, dan platform utama lain. Video muzik rasmi turut dijangka menemui penonton di saluran YouTube @RocketFuelNetwork dalam masa terdekat.

    Dengan perubahan gaya muzik yang berani, mesej yang kuat dan pembawaan yang lebih emosional, ALPHA membuktikan bahawa mereka bukan sekadar boyband tetapi sebuah kumpulan yang bersedia mengeksplorasi kedalaman muzik dan emosi, serta mencipta ruang tersendiri dalam industri hiburan serantau.

  • “SUSU LIMA KUPANG”: LAHIR DARI POSTER MAMAK, MENYENTUH JIWA PENONTON

    “SUSU LIMA KUPANG”: LAHIR DARI POSTER MAMAK, MENYENTUH JIWA PENONTON

    Siapa sangka hanya dari sebuah poster susu kambing di restoran mamak, lahirnya sebuah naskhah menyentuh hati bertajuk “Susu Lima Kupang”, arahan terbaharu pelakon dan pengarah prolifik, Janna Nick.

    Disiarkan dalam slot Cerekarama TV3 pada Sabtu, 19 Julai 2025 jam 10 malam, karya ini merupakan sebahagian daripada projek istimewa “Dari Layar Ke Lensa”, sebuah inisiatif unik TV3 yang memberi ruang kepada empat pelakon terkenal – Siti Saleha, Fattah Amin, Janna Nick dan Zahiril Adzim – untuk duduk di kerusi pengarah dan melahirkan karya dari perspektif mereka sendiri.

    Susu Lima Kupang mengetengahkan kisah Zakaria (lakonan Aiman Badrul), seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang hidup dalam serba kekurangan bersama ibunya yang autistik (Trisha Ooi) dan neneknya (Farah Ahmad). Dibuli kerana tiada ayah dan hidup terpencil, Zakaria menemukan keselesaan dalam persahabatannya dengan seekor kambing bunting yang dinamakannya Maryam.

    Namun apabila Maryam secara tidak sengaja merosakkan radio kesayangan ibunya dan menyebabkan gangguan emosi, Zakaria nekad mencari jalan untuk menggantikannya. Dari situlah tercetus ideanya untuk menjual susu kambing – simbol kasih sayang dan harapan seorang anak kecil yang mahu melihat ibunya tersenyum kembali.

    “Saya ternampak poster susu kambing masa sedang berbincang skrip dengan team produksi. Saya terus terfikir, kenapa tak buat cerita pasal kambing? Dari situ, jalan cerita mula berkembang,” kongsi Janna yang buat pertama kali mengarah untuk produksi luar.

    Tambahnya lagi, “Penggambaran memang mencabar, terutamanya babak dengan kambing. Tapi pengalaman ini sangat berharga kerana saya bukan hanya belajar mengarah, tapi juga bagaimana memimpin pasukan dalam bajet yang ketat.”

    Lebih daripada sekadar kisah kasih seorang anak, Janna menegaskan bahawa Susu Lima Kupang membawa mesej penting tentang penerimaan, kasih sayang tanpa syarat, dan penghargaan terhadap perkara kecil dalam hidup.

    “Cerita ini juga mahu membetulkan salah faham masyarakat – dalam Islam, tiada istilah anak haram. Yang haram hanyalah perbuatannya. Manusia itu tetap mulia,” ujar Janna.

    Selain Aiman Badrul dan Trisha Ooi, telefilem ini turut menampilkan Farah Ahmad, serta barisan pelakon sokongan yang memperkukuh naratif dengan lakonan penuh emosi.

    Susu Lima Kupang merupakan telefilem ketiga dalam siri Dari Layar Ke Lensa, yang bakal diakhiri dengan naskhah terakhir arahan Zahiril Adzim, “Pencuri Rumah Imam”, pada 26 Julai 2025.

    Saksikan kisah menyentuh hati ini Sabtu ini, 19 Julai, hanya di TV3, slot Cerekarama jam 10 malam. Untuk maklumat lanjut dan klip eksklusif, ikuti @TV3Malaysia dan @dramasangat di semua platform sosial.

  • LEE SOO-HYUK SERIKAN KUALA LUMPUR: PENAMPILAN PERTAMA & ‘S LINE’ EKSKLUSIF DI TONTON

    LEE SOO-HYUK SERIKAN KUALA LUMPUR: PENAMPILAN PERTAMA & ‘S LINE’ EKSKLUSIF DI TONTON

    Demam K-Drama kembali menghangatkan ibu kota apabila aktor kacak dan berkarisma dari Korea Selatan, Lee Soo-hyuk, akhirnya tiba di Malaysia untuk penampilan sulungnya yang sangat dinantikan!

    Tiba di KLIA1 sekitar jam 5 petang, kehadiran Lee Soo-hyuk disambut meriah oleh ratusan peminat yang setia menunggu sejak awal. Ada yang datang dari luar Lembah Klang demi melihat wajah bintang kesayangan mereka buat pertama kali di bumi Malaysia.

    Pelakon terkenal ini berada di Kuala Lumpur bersempena acara Samsung Galaxy Unfolds yang akan berlangsung esok (16 Julai 2025) di Concourse Utama, Pavilion Kuala Lumpur. Beliau dijadualkan berada di sana dari jam 3.30 petang hingga 7.30 malam, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk melihatnya secara lebih dekat dan eksklusif.

    Lebih istimewa, kehadiran Lee Soo-hyuk dibawakan khas oleh Tonton, selaku platform penstriman rasmi drama thriller terbaharu lakonannya yang berjudul S LINE sebuah produksi Korea yang kini hangat diperkatakan.

    S LINE: Thriller Mewah dengan Sentuhan Sinematik

    Drama S LINE telah mencetuskan fenomena antarabangsa apabila tersenarai sebagai antara pilihan utama di festival Canneseries, menandakan satu lagi kejayaan drama Korea di pentas dunia. Kini, penonton Malaysia dapat menikmatinya secara eksklusif di Tonton, seiring dengan tayangan di Korea.

    Dua episod pertama telah mula ditayangkan pada 11 Julai 2025, dan respons daripada peminat sangat memberangsangkan. Gabungan naratif misteri, lakonan mendalam oleh Lee Soo-hyuk, serta sinematografi bergaya menjadikan S LINE antara drama paling trending di Tonton minggu ini.

    Tonton Perkukuh Komitmen Kandungan Premium

    Dengan membawa bintang seberat Lee Soo-hyuk ke Malaysia, Tonton terus membuktikan dirinya sebagai platform penstriman pilihan rakyat Malaysia untuk kandungan antarabangsa eksklusif, berkualiti tinggi dan segar.

    Peminat K-drama tempatan diseru untuk tidak melepaskan peluang emas ini sama ada untuk bertemu dengan Lee Soo-hyuk secara langsung di Pavilion KL, atau untuk menyaksikan sisi berbeza beliau menerusi karakter dalam S LINE di Tonton.

    Jangan Tunggu Lagi!

    📍 Temui Lee Soo-hyuk di Pavilion KL, 16 Julai 2025 (Rabu), 3.30 – 7.30 petang
    📲 Strim ‘S LINE’ sekarang di Tonton muat turun aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my

  • ASTRO GEGARKAN KACA TV DENGAN “THE CHOSEN ONE XTRA” DAN DRAMA KOMEDI “JUTAWAN EKSPRES”

    ASTRO GEGARKAN KACA TV DENGAN “THE CHOSEN ONE XTRA” DAN DRAMA KOMEDI “JUTAWAN EKSPRES”

    Dua Program Baharu Sarat Hiburan & Pengajaran, Pembuka Tirai Jelajah Astro Home of Kids 2025

    Astro terus mengukuhkan peranannya sebagai peneraju hiburan keluarga nombor satu negara dengan mempersembahkan dua program terbaharu yang bakal menceriakan semua lapisan penonton. Sebagai pembuka tirai kepada kempen Astro Home of Kids 2025, dua naskhah eksklusif bakal dilancarkan iaitu musim baharu program realiti “The Chosen One XTRA” serta drama komedi “Jutawan Ekspres”.

    Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, kedua-dua program ini membuktikan komitmen Astro untuk menghasilkan kandungan berkualiti yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut sarat dengan nilai dan sesuai untuk seisi keluarga. “Kami menghasilkan dua program berbeza genre, namun kedua-duanya membawa mesej yang positif, menampilkan bintang ternama bersama bakat baharu, dan boleh dinikmati oleh semua peringkat umur,” katanya.

    Jutawan Ekspres: Komedi Keluarga Dengan Sentuhan Realiti

    Disiarkan bermula 21 Julai 2025, setiap Isnin jam 9 malam di saluran Astro Ceria (611), “Jutawan Ekspres” mengetengahkan kisah lucu dan menyentuh hati tentang sebuah keluarga yang tiba-tiba menjadi kaya selepas lama berdepan kesempitan hidup. Kekayaan mengejut itu mengundang perhatian saudara-mara oportunis dan jiran-jiran yang ingin menumpang senang, sekali gus menguji kekuatan dan kesatuan keluarga mereka.

    Drama ini diarahkan oleh Wan Hasliza, nama di sebalik kejayaan siri popular seperti “Keluarga Iskandar” dan “Dr. Pontianak”. Ia dibintangi barisan pelakon popular seperti Elly Mazlein, Bell Ngasri, Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman dan Sazzy Falak, bersama bakat baharu seperti Qistina Khaled, Kim Azzim, Puteri Rafasya dan Syafiq Irfan.

    The Chosen One XTRA: Pentas Pelbagai Bakat Cilik

    Kembali untuk musim baharu, “The Chosen One XTRA” tampil dengan format lebih segar yang memberi tumpuan bukan hanya kepada nyanyian, tetapi juga bakat-bakat lain seperti tarian, muzik, akrobatik dan seni persembahan. Program ini akan mula ditayangkan pada 25 Julai 2025, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ceria (611) dan Astro Ria (104).

    Menariknya musim ini, selebriti terkenal seperti Namie, Achey, Naqiu, Nikki Palikat, Bunga, Usop, Tuju dan Loca B akan bertindak sebagai ‘coach’ dan berduet bersama peserta dalam persembahan mingguan mereka. Turut menyerikan pentas ialah pengacara terkenal Nabil Ahmad yang akan ditemani anak perempuannya, Nayla Mikayla sebagai hos bersama.

    Barisan juri pula terdiri daripada legenda rock tanah air Dato’ Awie dan pelakon serta pelawak terkenal Sharifah Shahirah.

    Juara “The Chosen One XTRA” akan membawa pulang wang tunai RM40,000 dan trofi sumbangan Astro, manakala tempat kedua hingga keempat masing-masing akan menerima RM30,000, RM20,000 dan RM10,000. Anugerah khas seperti “Coach Terbaik” dan “Persembahan Terbaik” turut akan diberikan, termasuk satu kategori berdasarkan undian penonton di laman web rasmi www.thechosenone.com.my.

    Astro Home of Kids Kembali!

    Sebagai pelengkap kempen hiburan keluarga ini, Astro bakal menjelajah seluruh negara menerusi Astro Home of Kids sebuah siri acara yang membawa karakter kartun kegemaran kanak-kanak seperti dari Cartoon Network, Nickelodeon, Moonbug, Les’ Copaque, Disney+ Hotstar dan banyak lagi. Siri jelajah ini akan bermula dari 1 hingga 3 Ogos 2025 di Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur, sebelum edisi utamanya berlangsung dari 12 hingga 15 September 2025 di Pavilion Bukit Jalil Convention Centre sempena cuti sekolah.

    Strim Tanpa Henti di Astro GO dan sooka

    Kedua-dua program ini boleh ditonton secara on demand melalui Astro GO dan sooka. Pelanggan boleh melanggan Pek Astro One serendah RM49.99 sebulan, atau menikmati pengalaman penstriman lancar bersama Astro Fibre 500Mbps dan Pek Hiburan pada hanya RM139.99 sebulan.

    Untuk maklumat lanjut, langganan atau naik taraf pakej, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.