Category: Entertainment

  • MYTV Mana-Mana Premium Dilancarkan: Hiburan Berkualiti Kini Mampu Milik untuk Semua Rakyat Malaysia

    MYTV Mana-Mana Premium Dilancarkan: Hiburan Berkualiti Kini Mampu Milik untuk Semua Rakyat Malaysia

    Landskap hiburan digital negara terus berkembang pesat dengan pelancaran MYTV Mana-Mana Premium, satu perkhidmatan penstriman baharu yang menampilkan kandungan eksklusif dan berkualiti tinggi serendah RM6.90 sebulan. Pelancaran ini menandakan langkah besar MYTV Broadcasting Sdn Bhd dalam mendemokrasikan akses kepada hiburan premium untuk seluruh rakyat Malaysia.

    MYTV Mana-Mana Premium menawarkan gabungan kandungan siaran langsung, video atas permintaan (VOD), serta produksi asli tempatan menerusi label baharu MYTV Originals. Dari filem pecah panggung, drama tempatan dan antarabangsa, rancangan kanak-kanak, dokumentari, anime, hingga kepada kandungan sukan dan hiburan Korea dan Indonesia – platform ini menjanjikan sesuatu untuk setiap penonton.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MYTV Broadcasting, Encik Mohamad Helmi Harith, pelancaran ini merupakan pencapaian penting hasil kerjasama erat bersama rakan-rakan strategik.
    “Pencapaian ini tidak mungkin terlaksana tanpa sokongan padu dari semua pihak yang mempercayai visi kami. MYTV Mana-Mana Premium hadir bukan sekadar sebagai platform penstriman, tetapi sebagai ruang untuk menyampaikan cerita rakyat Malaysia ke peringkat lebih luas,” katanya.

    Menerusi MYTV Originals, penonton bakal disajikan dengan kandungan eksklusif yang dihasilkan bersama penggiat industri tempatan. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong bakat tempatan, malah membuka ruang kepada penceritaan yang lebih segar dan dekat dengan hati penonton.

    Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Operasi MYTV, Encik Syaffandi Shahrom, menjelaskan bahawa perkhidmatan ini direka untuk semua golongan.
    “MYTV Mana-Mana Premium dibina untuk keluarga, pelajar, dan individu – sama ada menonton di telefon pintar, tablet atau skrin besar. Kami mahu memastikan kandungan premium dapat dinikmati oleh semua, dari bandar hingga ke luar bandar,” jelasnya.

    Menariknya, versi percuma MYTV Mana-Mana yang telah mencecah lebih 800,000 muat turun akan terus dikekalkan. Ini menegaskan komitmen MYTV dalam menyediakan hiburan untuk semua tanpa mengira latar belakang.

    Pelancaran ini turut disokong oleh kerjasama strategik bersama jenama seperti Prism+, FoodPanda, dan MPH Bookstores, menandakan permulaan kepada ekosistem yang menggabungkan kandungan, e-dagang dan komuniti. Butiran lanjut mengenai kolaborasi ini akan diumumkan di saluran rasmi MYTV Mana-Mana dalam masa terdekat.

    Dengan permintaan rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap platform penstriman yang mampu milik dan berkualiti, MYTV Mana-Mana kini bersedia memimpin perubahan – merapatkan jurang hiburan dan menghubungkan generasi dengan kandungan yang relevan, segar dan asli.

    Untuk langganan dan maklumat lanjut, layari www.mytvbt.com.my atau muat turun aplikasi MYTV Mana-Mana di Google Play dan App Store.

  • 1 Juta Suara, 1 Anugerah: AMT 2025 Buktikan Kuasa Rakyat Dalam Dunia Hiburan!

    1 Juta Suara, 1 Anugerah: AMT 2025 Buktikan Kuasa Rakyat Dalam Dunia Hiburan!

    Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) terus mencetus fenomena apabila jumlah undian rasmi kini mencecah lebih satu juta. Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi bukti bahawa rakyat Malaysia benar-benar aktif menyuarakan pilihan mereka dalam menentukan siapakah bintang hiburan paling berpengaruh tahun ini. Dalam landskap hiburan digital yang berkembang pesat, suara peminat kini menjadi penentu utama dalam mengangkat nama-nama yang memberi impak kepada budaya pop negara.

    Berbeza daripada kebanyakan anugerah hiburan lain, AMT 2025 menggunakan sistem undian 100 peratus daripada peminat menerusi platform Tonton. Ini menjadikan anugerah ini benar-benar milik rakyat, di mana setiap undian memberi kuasa kepada peminat untuk menentukan siapa yang layak digelar ‘terhangat’. Ia bukan hanya tentang populariti semata-mata, tetapi juga mengenai sejauh mana individu atau karya seni tersebut mempengaruhi masyarakat secara meluas.

    Tahun ini, pelbagai kategori diperkenalkan dengan pendekatan yang lebih segar dan relevan, mencerminkan minat serta selera masyarakat masa kini. Antara kategori yang menjadi tumpuan termasuk figura paling viral, fenomena drama tahun ini, bintang digital terhangat dan ikon generasi baharu. Penyertaan yang tinggi serta respon positif dari peminat membuktikan bahawa AMT 2025 berjaya mencipta keterlibatan yang tinggi antara selebriti dan peminat.

    Walaupun angka satu juta undian telah dicapai, peluang masih terbuka sehingga 31 Julai 2025. Undian masih diterima dan keputusan akhir masih boleh berubah. Satu undi mampu mencipta kejutan besar. Ia boleh menaikkan calon kegemaran ke puncak carta atau menjadi penentu kejayaan pada malam kemuncak nanti.

    Untuk mengundi, peminat hanya perlu melayari laman rasmi www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat atau memuat turun aplikasi Tonton ke telefon pintar mereka. Selepas mendaftar akaun dan melanggan pelan TontonUP, pengguna akan mendapat akses untuk mengundi. Langganan selama sebulan membolehkan peminat menerima 500 undian, manakala langganan selama tiga bulan memberikan sehingga 2,500 undian.

    Malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos 2025 dan akan menampilkan barisan selebriti popular serta persembahan eksklusif yang dinanti-nantikan. AMT 2025 bukan sekadar acara hiburan, tetapi juga platform pengiktirafan terhadap usaha, kreativiti dan dedikasi para penggiat seni tanah air. Setiap undi membawa makna yang lebih besar daripada sekadar angka. Ia adalah suara rakyat yang membentuk legasi hiburan Malaysia hari ini.

  • “Sentuhan Wira” Angkat Kemenangan Bersejarah 1992 ke Layar Perak, Victory Pictures Umum Filem Aksi Patriotik Terbaharu

    Suatu babak gemilang dalam sejarah sukan negara bakal diangkat ke layar perak menerusi filem patriotik aksi bertajuk Sentuhan Wira. Diumumkan secara rasmi oleh Victory Pictures dalam satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Grand Hyatt Kuala Lumpur, projek filem ini mendapat kerjasama erat dua ikon badminton negara Datuk Rashid Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit yang turut dilantik sebagai penasihat rasmi filem.

    Majlis tersebut turut disaksikan oleh wakil Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), YB Dato’ Gerald Hans Isaac serta kehadiran beberapa bekas pemain skuad Piala Thomas 1992. Aura patriotik jelas terasa apabila semangat kemenangan Malaysia mengalahkan Indonesia 3-2 dalam final bersejarah itu diimbas semula, menandakan permulaan sebuah naskhah yang bakal mencetus inspirasi kepada seluruh rakyat.

    Filem Sentuhan Wira bakal diarahkan oleh Lenny Ooi, yang menjanjikan sebuah pengalaman sinematik penuh aksi, emosi dan realisme menerusi pendekatan pengarahan berteknologi tinggi. Menerusi teknik rakaman kadar bingkai tinggi dan penyuntingan berimpak, babak perlawanan badminton akan disampaikan dengan gaya visual yang mendalam dan mengasyikkan.

    Datuk Rashid Sidek menyatakan bahawa filem ini bukan sekadar kisah sukan, tetapi lambang perjuangan, semangat kebangsaan dan perpaduan yang merentasi generasi. “Kami ingin anak muda hari ini merasai semangat yang pernah menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama,” katanya penuh harapan.

    Antara tumpuan utama produksi ini adalah pencarian pelakon menerusi uji bakat terbuka di seluruh negara. Pihak produksi bukan sahaja mencari wajah yang sesuai untuk watak-watak utama, tetapi juga pemain yang mempunyai kemahiran asas badminton dan mampu menghidupkan jiwa karakter era 90-an dengan jujur dan penuh semangat.

    Pengarah Lenny Ooi menekankan bahawa calon pelakon bukan sahaja perlu berbakat, tetapi juga mempunyai nilai keberanian, disiplin dan kecintaan kepada tanah air nilai yang menjadi tunjang kepada pasukan kebangsaan pada tahun 1992.

    Kemenangan Malaysia dalam Piala Thomas 1992 bukan sekadar sejarah sukan ia adalah lambang keutuhan semangat rakyat dan titik tolak kebangkitan nasionalisme moden. Filem Sentuhan Wira dilihat sebagai langkah penting dalam mengabadikan detik keramat itu untuk tatapan generasi akan datang.

    Penggambaran dijangka bermula penghujung tahun 2025 dan Victory Pictures menyatakan komitmen tinggi mereka untuk menjadikan filem ini sebagai warisan budaya visual yang berimpak tinggi, bukan sahaja untuk peminat sukan, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia

  • Astro Buka Pintu Rezeki Usahawan

    Astro Buka Pintu Rezeki Usahawan

    Dalam usaha memperkasa komuniti usahawan tempatan, Astro dengan kerjasama RichWorks Academy Sdn Bhd telah menganjurkan program khas Astro Open Day bagi memberikan pendedahan mendalam mengenai strategi pemasaran berimpak tinggi melalui media.

    Program ini menghimpunkan lebih 300 peserta daripada kalangan usahawan program Ai Branding Marketing Growth (AiBMG) untuk merasai secara langsung bagaimana kekuatan ekosistem Astro yang merangkumi TV, radio, digital dan on-ground activation boleh dijadikan platform penjenamaan dan promosi yang ampuh bagi perniagaan kecil dan sederhana (PKS).

    Bertempat di Studio 1, Bukit Jalil, acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Grace Lee, Ketua Pegawai Kewangan dan Operasi Kumpulan Astro. Peserta juga berpeluang menyertai sesi ramah mesra bersama penyampai radio terkenal seperti Nabil Ahmad, Rahim, Anas Tahir, Prem, Aishah Sinclair dan Terry, menjadikan acara ini bukan sahaja informatif, malah penuh inspirasi.

    300 usahawan yang hadir ke Astro Open Day bersama Pengarah Digital & Pengalaman Pelanggan Astro, Cynthia Seow, Naib Presiden Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman, Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy, Dr. Radz Mohd dan Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam acara yang dilangsungkan di dalam Studio 1, Astro Bukit Jalil

    Marlina Mansor, Ketua Perkhidmatan Kreatif Astro turut berkongsi strategi dan insight pemasaran melalui platform Astro yang boleh dimanfaatkan secara kreatif dan efektif. Lebih menarik, para peserta turut dibawa melawat ke studio ikonik seperti Awani, Borak SeeNi serta beberapa konti radio Astro bagi memahami secara langsung operasi di sebalik tabir.

    Kemuncak program diserikan dengan kehadiran Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Pengasas & Presiden RichWorks Academy, yang memberikan pesanan ringkas dan menyuntik semangat kepada para peserta agar merebut peluang keemasan yang terhidang di hadapan mereka.

    Menurut Astro, program seperti ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan untuk menyokong pembangunan perniagaan tempatan, selain mengukuhkan kedudukan Astro sebagai rakan media strategik dalam membantu usahawan mengembangkan jenama masing-masing ke tahap yang lebih tinggi.

    Dengan ekosistem media yang menyeluruh dan bimbingan praktikal daripada pakar industri, para peserta kini lebih bersedia untuk melangkah ke hadapan dalam dunia keusahawanan yang kompetitif dan mencabar.

  • Big Stage Alpha Breaks Ground at Pavilion KL with Historic Live Showcase

    Big Stage Alpha Breaks Ground at Pavilion KL with Historic Live Showcase

    The excitement ahead of the Big Stage Alpha grand finale hit new heights as Astro staged a spectacular live showcase at Pavilion Kuala Lumpur. Drawing over 6,000 fans, the event marked a historic moment as the Big Stage Alpha finalists became the first all-male group from a local reality show to perform at the iconic shopping destination.

    Held in the heart of KL, this special showcase brought the live reality experience directly to fans completely unfiltered, with no judges and no rehearsals, just raw talent and real performances from the top seven finalists. The event gave fans a unique, up-close opportunity to see the contestants’ growth as they prepare for their final showdown, while also acting as a litmus test for their readiness to lead the new wave of male pop groups in Malaysia.

    Adding more star power to the evening were performances by some of Malaysia’s most beloved artists, including Akim Ahmad, Amir Masdi, Shila Amzah, Wani Kayrie, and show judge Hael Husaini. This star-studded affair not only celebrated emerging talent but also fuelled anticipation for the finale airing this 15 June.

    Fans were also thrilled by appearances from CHUANG Asia 2025 Malaysian trainees Jackson, Tzi Xuan, Hong Jin, and Sunny as well as Big Stage alumni like Nadeera Zaini, Isaac Voo, and girl group COEX. The finalists Ariel Fesol, Araff, Daniel Sher, Ray-D, Rizal Rasid, Izat Ibrahim, and Afiq Sky delivered electrifying performances, backed by vibrant energy from fellow artists and fans alike.

    Lucky Astro subscribers were treated to a special Meet & Greet session with the finalists and received exclusive merchandise, turning the event into an unforgettable fan experience.

    Don’t miss the live finale of Big Stage Alpha on 15 June 2025 at 9PM, airing on Astro Ria (channel 104), Astro GO, and sooka. Subscribe to Astro One for just RM49.99/month. For the best streaming experience, upgrade to Astro Fibre 500Mbps + Entertainment Pack at only RM139.99/month. Visit www.astro.com.my or WhatsApp 03-9543 3838 to subscribe or upgrade.

  • Hype Republic 2025 Gegar Bukit Jalil: Satu Pentas, Pelbagai Genre

    Hype Republic 2025 Gegar Bukit Jalil: Satu Pentas, Pelbagai Genre

    Dunia hiburan tempatan bakal digegarkan dengan konsert mega Hype Republic, sebuah persembahan pentas pelbagai genre yang akan berlangsung pada 13 Disember 2025 (Sabtu), jam 8.30 malam, bertempat di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. Konsert ini dianjurkan oleh DM Diamond Sdn. Bhd., dan menjanjikan pengalaman muzik yang luar biasa.

    Mengangkat tema kepelbagaian muzik dalam satu malam, Hype Republic menghimpunkan genre popular seperti EDM, hip-hop, pop, K-Pop, J-Pop, alt-indie dan banyak lagi. Ia bukan sekadar konsert, tetapi satu pesta muzik lintas genre yang menyatukan peminat dari latar belakang berbeza.

    Antara barisan artis tempatan yang bakal membuat persembahan termasuk Kmy Kmo & Luca Sickta, Luqman Podolski, Yonnyboii, Zynakal, Bunga, Zubir Khan dan K.O.I. Turut dinantikan, seorang lagi artis misteri yang akan diumumkan dalam waktu terdekat – menambah elemen kejutan kepada konsert ini.

    Menurut wakil penganjur dari DM Diamond Sdn. Bhd., Hype Republic adalah usaha untuk mencipta platform hiburan yang bukan sahaja meriah, tetapi juga inklusif kepada pelbagai cita rasa muzik. Mereka berhasrat menjadikan konsert ini sebagai medan tahunan yang meraikan muzik tempatan dan antarabangsa dalam satu malam penuh energi.

    “Kami percaya rakyat Malaysia bersedia untuk sesuatu yang lebih segar dan berbeza. Hype Republic bukan hanya sebuah konsert – ia adalah pengalaman muzik kolektif,” ujar wakil DM Diamond.

    Butiran Konsert:
    📍 Lokasi: Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil
    📅 Tarikh: 13 Disember 2025 (Sabtu)
    Masa: 8.30 malam

    Ikuti perkembangan terkini Hype Republic di media sosial: Instagram & TikTok: @dmdiamond.official

  • Huawei and WAA Unveil White Paper on Wi-Fi CSI Sensing for Smart Campuses

    Huawei and WAA Unveil White Paper on Wi-Fi CSI Sensing for Smart Campuses

    Huawei, together with the World WLAN Application Alliance (WAA) and other industry pioneers, officially launched the “Smart Campus Wi-Fi CSI Sensing Development and Use Cases White Paper” at the Huawei Network Summit 2025 (Asia Pacific). This initiative marks a key milestone in advancing the Wi-Fi Channel State Information (CSI) sensing ecosystem and unlocking its potential across intelligent campus environments.

    The white paper explores how “Wi-Fi + X” technologies are shaping the future of smart campuses by merging wireless connectivity with real-time environmental sensing. With CSI at the core, campuses can now enable functions such as human presence detection, intrusion alerts, contactless check-ins, and intelligent dormitory inspections. These solutions aim to make campus life safer, more convenient, and energy-efficient.

    Several key figures participated in the launch event, including Mr. Crane H. Yang, Executive Secretary of WAA, Mr. Ross Yu, Technical Editor of IEEE 802.11bn, Mr. Winson Cheang from the University of Macau, and Huawei representatives Mr. Shawn Zhao and Mr. Yury Yin from the Data Communication Product Line. Their joint effort underscores a shared vision to accelerate Wi-Fi-based sensing innovations across industries.

    Huawei’s Xinghe Intelligent Campus Solution integrates Wi-Fi 7 Advanced technology to repurpose access points (APs) as dual-role connectivity and sensing devices. These APs operate like sonar, detecting micro-movements in the environment through wireless channel fluctuations. This capability enables new features like unauthorized camera detection and contactless health monitoring using millimeter-wave radar, which can measure breathing, heartbeat, and even out-of-bed status with high accuracy.

    By transforming existing AP infrastructure into intelligent sensors, Huawei aims to power new applications in safety, asset management, privacy protection, and healthcare. The fusion of Wi-Fi with technologies such as IoT and AI represents a leap forward in building digital twin campuses and intelligent operational ecosystems.

    According to Shawn Zhao, President of the Campus Network Domain at Huawei, the Smart Campus solution goes beyond connectivity by enabling total environmental awareness through “Wi-Fi + X”. He emphasized that such innovations will redefine campus intelligence, strengthen privacy and security, and support efficient, contactless operations that meet the needs of modern digital spaces.

    The full white paper is available through the Huawei Network Summit 2025 platform and outlines several detailed use cases for governments, educational institutions, and smart enterprise campuses exploring next-generation wireless infrastructure.

  • ASTRO SHAW LUASKAN EMPAYAR FILEM SERANTAU BERSAMA THAILAND                      DUA FILEM SERAM BAKAL GEGARKAN PASARAN ANTARABANGSA – ‘DELIVERY MAN’ DAN ‘FORTUNE SEEKERS’

    ASTRO SHAW LUASKAN EMPAYAR FILEM SERANTAU BERSAMA THAILAND DUA FILEM SERAM BAKAL GEGARKAN PASARAN ANTARABANGSA – ‘DELIVERY MAN’ DAN ‘FORTUNE SEEKERS’

    Astro Shaw terus mengorak langkah agresif di persada antarabangsa apabila menjalin kolaborasi strategik bersama penerbit filem tersohor Thailand, Night Edge Pictures, untuk menghasilkan dua buah filem seram baharu berjudul Delivery Man dan Fortune Seekers. Kedua-dua naskhah ini diperkenalkan secara rasmi di platform filem global berprestij, sekaligus menandakan kemunculan kuat filem seram Asia Tenggara di pentas dunia.

    Fortune Seekers, yang dilancarkan ketika Cannes Market 2025, bakal dibintangi oleh pelakon terkenal Thailand dan pemenang International Emmy Awards 2024, Aokbab Chutimon, yang sinonim dengan filem pecah panggung Bad Genius dan Hunger. Filem ini membawa kisah seorang pembantu klinik kecantikan yang hidupnya sering ditimpa malang. Nasibnya mula berubah selepas menjumpai azimat misteri yang membolehkannya ‘meminjam’ tuah daripada orang lain namun tindakannya itu membuka pintu kepada kuasa gelap yang mengancam dirinya.

    Sementara itu, Delivery Man yang diumumkan sewaktu European Film Market di Berlin, mengetengahkan barisan pelakon ternama Thailand, Bhumibhat Thavornsiri dan Ananda Everingham. Filem ini menyingkap sisi gelap seorang penghantar makanan yang obses terhadap pelanggannya, menggabungkan elemen suspens psikologi dengan suasana realiti harian yang dekat dengan penonton Asia.

    Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw, kerjasama ini sejajar dengan misi syarikat untuk membawa kandungan Asia Tenggara ke tahap lebih tinggi di pasaran global. “Kami percaya pada kekuatan penceritaan yang mencerminkan budaya dan kepercayaan rantau ini, dan kedua-dua filem ini mampu mencabar sempadan genre seram dengan pendekatan yang segar dan berani,” katanya.

    Astro Shaw akan memegang peranan utama dalam aspek pengedaran dan promosi untuk pasaran Malaysia, selain turut meneroka potensi tayangan filem tersebut di platform penstriman digital.

    Delivery Man dijangka menemui penonton di pawagam pada awal tahun 2026, manakala Fortune Seekers kini dalam fasa pra-produksi dan dijadualkan untuk tayangan pada suku ketiga tahun 2026.

    Langkah ini sekali lagi membuktikan komitmen Astro Shaw dalam memperkasa industri filem serantau dan memperkenalkan suara Asia Tenggara ke khalayak dunia.

    Untuk perkembangan lanjut, ikuti Astro Shaw di Instagram, TikTok, Facebook dan X.

  • Coway Raikan 19 Tahun di Malaysia dengan Festival Inovasi Penuh Gaya dan Teknologi Terkini

    Coway Raikan 19 Tahun di Malaysia dengan Festival Inovasi Penuh Gaya dan Teknologi Terkini

    Coway Innovation Fest perkenal pratonton eksklusif BEREX Smart Mattress dan paparan teknologi kediaman pintar selama lima hari di IOI City Mall

    Coway, jenama terkemuka dalam solusi kehidupan sihat, meraikan 19 tahun kehadirannya di Malaysia dengan penganjuran Coway Innovation Fest (CIF), satu acara pameran berskala besar yang memperkenalkan pelbagai inovasi terkini kepada orang ramai. Diadakan di IOI City Mall dari 21 hingga 25 Mei, CIF menyatukan teknologi, keselesaan dan gaya hidup moden dalam satu pengalaman unik yang terbuka kepada umum.

    Antara tarikan utama ialah pelancaran eksklusif Coway BEREX Smart Mattress, tilam pintar pertama Coway yang direka untuk memahami keperluan tidur individu secara dinamik. Dilengkapi dengan sensor pintar terkini, tilam ini mampu mengesan pergerakan dan postur tidur serta melaras keselesaan zon secara automatik sepanjang malam – menyokong penjajaran tulang belakang dan meningkatkan kualiti tidur.

    “Kami amat berbangga untuk membawakan Coway BEREX Smart Mattress sebagai bukti komitmen kami dalam inovasi kesihatan dan kesejahteraan. Tilam ini bukan sahaja canggih, tetapi juga menyentuh aspek paling peribadi dalam kehidupan tidur yang berkualiti,” ujar Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia.

    Bersama tilam pintar, CIF turut mempersembahkan beberapa produk inovatif lain seperti Mesin Basuh & Pengering 2-dalam-1, Penyaman Udara P-Series dan penulen air Villaem III semua direka untuk memenuhi keperluan kediaman moden dengan tumpuan kepada fungsi, estetika dan penjagaan kesihatan.

    Mesin basuh dan pengering pintar ini dilengkapi kapasiti cucian 10kg dan pengeringan 6kg, dan menggunakan Direct Drive Inverter Motor untuk operasi senyap serta efisien. Penyaman Udara P-Series pula bukan sekadar menyejukkan ia turut menapis udara secara masa nyata dengan sistem penulenan enam peringkat yang membuang sehingga 99.99% pencemar.

    Villaem III, penulen air generasi ketiga Coway yang turut mencuri tumpuan di festival ini, menawarkan sehingga 48 tetapan peribadi, termasuk pelbagai suhu dan isipadu air. Dengan fungsi pensterilan UV automatik setiap 12 jam dan tangki air panas 2.7 liter, Villaem III menjadi simbol keseimbangan antara keselamatan, kebersihan dan kemudahan.

    “Melalui Coway Innovation Fest, kami bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-19, malah menunjukkan bagaimana kami terus mendahului dalam mencipta produk dan pengalaman yang benar-benar bermakna buat rakyat Malaysia,” tambah Ryan.

    Festival ini juga menjadi pentas kepada pengenalan Coway Brand Store pertama di Malaysia, menandakan langkah baharu dalam memperluas keterlibatan jenama dengan pengguna secara lebih langsung dan interaktif.

    CIF memperkukuh komitmen Coway untuk terus membina masa depan yang lebih sihat, bersih dan pintar bagi semua lapisan masyarakat menjadikan kediaman bukan sekadar tempat tinggal, tetapi ruang terbaik untuk hidup.

    Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, layari www.coway.com.my atau ikuti Coway Malaysia di Facebook dan Instagram.

  • INTAN and Huawei Malaysia Collaborate to Drive Digital Transformation in the Public Sector

    INTAN and Huawei Malaysia Collaborate to Drive Digital Transformation in the Public Sector

    Empowering civil service excellence through innovation, leadership, and strategic collaboration

    In a significant move to future-proof Malaysia’s public sector, the National Institute of Public Administration (INTAN), under the Public Service Department (JPA), has officially joined hands with Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd to fast-track digital transformation across government institutions.

    This strategic partnership, sealed through a Memorandum of Understanding (MoU), is designed to strengthen digital leadership and enhance the readiness of civil servants to respond to today’s increasingly tech-driven environment. By combining public sector expertise with cutting-edge industry solutions, the collaboration is poised to elevate service delivery and boost the resilience of government systems.

    As part of the collaboration, key programmes such as the Digital Leadership Excellence (DLE) Programme, Seeds for the Future, and the Huawei ICT Academy will be leveraged to upskill talents and encourage active cross-sector innovation. The DLE’s second cohort was recently welcomed at INTAN, coinciding with a vibrant Raya Open House a symbol of unity, growth, and forward momentum.

    INTAN Director, Datuk Dr Mohd Zabri bin Yusoff, affirmed the institution’s commitment to innovation, saying, “At INTAN, we believe that digital readiness is fundamental to national progress. Through our partnership with Huawei, we aim to arm civil servants with the right mindset, tools, and expertise to lead Malaysia into a digitally empowered future.”

    Huawei ASEAN Academy Vice Chancellor, Mr Oliver Liu, echoed this sentiment: “Huawei is proud to support Malaysia’s public sector transformation journey. By integrating our technological strengths with INTAN’s training legacy, we are cultivating a new generation of digital-ready leaders who can deliver more personalised and impactful services to citizens.”

    Under the MoU, Huawei Malaysia will contribute its advanced digital know-how, including talent development frameworks, curated content, and strategic guidance for public sector digitalisation. Meanwhile, INTAN will bring its extensive policy expertise, robust training infrastructure, and leadership network to maximise impact and outreach.

    Beyond classroom learning, the collaboration aims to spark innovation at scale through initiatives like Seeds for the Future and the Huawei ICT Competition. These platforms will not only recognise fresh ideas and breakthrough digital solutions, but also nurture young talents and connect them with senior government leaders. Huawei will provide technological mentorship and evaluation support, while INTAN will facilitate participation and help champion success stories within public administration circles.

    This joint effort aligns with the Malaysian government’s vision to become a high-tech nation by 2030. A digitally fluent civil service is vital in closing the digital divide, driving economic competitiveness, and ensuring inclusive growth for all Malaysians.

    With the partnership now in motion, INTAN and Huawei are laying the foundation for a digitally transformative public sector where leadership is data-driven, services are citizen-centric, and innovation is at the heart of national progress.