Dunia keusahawanan dan penjagaan diri tempatan melakar lembaran baharu apabila Aeternia Sdn. Bhd., anak syarikat portfolio PEMANDU Capital, secara rasmi melancarkan jenama penjagaan kulit kepala infinité di Menara KEN TTDI, Kuala Lumpur. Diilhamkan daripada persoalan bernas Pengerusi PEMANDU Associates, Dato’ Sri Idris Jala, mengenai kesukaran mencari produk kelemumur yang berkesan, jenama ini dibangunkan selepas melalui analisis terperinci yang merangkumi penanda aras terhadap 311 produk pasaran serta tinjauan ke atas lebih 500 video pengguna. Pendekatan empirikal ini mencerminkan komitmen syarikat dalam memahami masalah sebenar sebelum menghasilkan formulasi produk.

Berteraskan falsafah “Ingredients With Intention”, infinité menolak tuntutan pemasaran kosong dengan mengetengahkan tiga prinsip utama: fungsi bahan yang jelas, ketelusan peratusan kandungan bahan aktif, serta rutin penjagaan yang ringkas. Dibangunkan menerusi Metodologi “8-Step Big Fast Results” dengan kerjasama pengilang tempatan bertaraf halal dan GMP, Intramiles Sdn. Bhd., Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PEMANDU Group, Leon Jala, bersama Pengarah Urusan Aeternia, Larvin Rengasamy, menekankan bahawa jenama ini menggabungkan kepakaran strategik dengan inovasi berterusan untuk menangani isu kelemumur.
Rangkaian sulung ini dibawakan menerusi dua produk utama iaitu infinité Anti-Dandruff Scalp Renewal Shampoo yang menggabungkan Piroctone Olamine, Ceramide Complex, dan Niacinamide untuk mengawal kelemumur serta mengimbangi sebum, di samping infinité Scalp Renewal Serum tanpa bilas yang diperkaya prebiotik dan Centella Asiatica bagi menyokong kesihatan mikrobiom kulit kepala. Bermula dengan penyelesaian kelemumur, infinité berhasrat untuk terus berkembang di bawah rangkaian global PEMANDU Group bagi menembusi pasaran serantau Asia Tenggara.












