‘Good Boys Go To Heaven’ sarat suspens dan trauma, lakonan mantap Beto Kusyairy dan Zahirah MacWilson

Astro menerusi jenama Astro Originals terus memperkukuhkan komitmennya dalam menghasilkan kandungan premium merentasi pelbagai genre yang mampu memikat hati penonton Malaysia dengan karya terbaharu berjudul ‘Good Boys Go To Heaven’. Siri terbitan Astro Shaw ini bakal ditayangkan bermula 8 Mei 2026, setiap hari Jumaat, pada jam 12.00 tengah malam secara On Demand atau jam 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108).

Selari dengan usaha memperluaskan genre thriller psikologi, siri ini diterajui oleh penulis skrip terkemuka dan pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia, Mira Mustaffa, yang juga merupakan bakat kreatif Astro Shaw serta bertindak sebagai showrunner. ‘Good Boys Go To Heaven’ mengisahkan Yasser, seorang bapa yang berdepan detik paling mengerikan dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan, dilaporkan hilang sebelum ditemui dalam keadaan tragis selepas dibunuh dengan kejam. Naratif ini turut mengangkat isu trauma yang menyentuh emosi serta menyorot bagaimana kesannya bukan sahaja dirasai oleh individu, malah memberi impak kepada orang di sekeliling mereka.

Siri ini diarahkan oleh Ariff Zulkarnain, yang sebelum ini mengarahkan One Cent Thief 2, dan diterbitkan oleh Indigo Film. Naskhah ini dibarisi pelakon hebat seperti Beto Kusyairy sebagai Yasser, Zahirah MacWilson sebagai Dahlia, Firdaus Karim sebagai Bahamin, Malek McCrone sebagai Zayd, Amerul Affendi sebagai Inspektor Kamal, Amanda Ang sebagai Sarjan Leona, Sky Iskandar sebagai Ustaz Reyhan, serta menampilkan bakat cilik baharu, Sayf Mikael sebagai Ahyan.

Menurut Penerbit Eksekutif ‘Good Boys Go To Heaven’ yang juga Ketua Astro Shaw merangkap Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, karya ini merupakan usaha Astro Shaw untuk terus mengembangkan kandungan Astro Originals dengan penceritaan yang lebih berani dan relevan, disokong oleh skala produksi berkualiti tinggi. Beliau turut menekankan keyakinan terhadap bakat tempatan, termasuk memberi ruang kepada penulis terbaik industri seperti Mira Mustaffa, selain mengembalikan Ariff Zulkarnain untuk menerajui siri yang mengangkat tema trauma serta isu kehilangan kanak-kanak sebagai teras utama. Dalam masa sama, beliau berharap naskhah ini dapat menjadi peringatan kepada masyarakat agar isu kehilangan kanak-kanak tidak hanya muncul seketika di dada berita sebelum dilupakan.

Eksklusif buat peminat siri premium Astro Originals, ‘Good Boys Go To Heaven’ juga boleh ditonton lebih awal secara On Demand menerusi Astro GO bermula jam 12 tengah malam serta di aplikasi Sooka. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini dan menonton klip-klip menarik menerusi platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw di Instagram, TikTok, Facebook dan X.

Astro turut mengajak pelanggan menikmati nilai berganda menerusi Pek Astro One yang kini bermula dari RM49.99, menawarkan pengalaman penstriman yang mudah serta hiburan tanpa batas. Pelanggan yang berminat boleh melayari astro.com.my atau menghubungi Astro melalui WhatsApp di talian 03 9543 3838.