Single “Jauh Dari Hebat” menandakan satu lagi langkah penting dalam perjalanan muzik Adzka. Lagu ini ditulis dan digubah sendiri olehnya, sebelum diperkukuh melalui sentuhan produksi bersama Rama Harto—nama yang dikenali menerusi kolaborasi bersama artis seperti Idgitaf, Nadhif Basalamah dan .Feast.
Gabungan idea kreatif ini menghasilkan sebuah lagu berkonsep modern ballad yang minimalis tetapi kaya dengan emosi. Susunan muzik yang tidak terlalu kompleks memberi ruang kepada vokal Adzka untuk menjadi fokus utama, sekali gus menonjolkan keunikan tona suaranya yang lembut dan intimate.
Pendekatan produksi ini menjadikan “Jauh Dari Hebat” bukan sahaja sedap didengar, tetapi juga mampu membawa pendengar menyelami emosi yang disampaikan. Lagu ini turut memberi gambaran awal terhadap arah muzik dalam album debut Adzka yang bakal tiba.
