Dari Pentas AJL39: Kemenangan Muzik yang Mencipta Sejarah Baru

Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) sekali lagi mencatatkan sejarah penting dalam industri muzik Malaysia apabila ‘Hening Rindu’, nyanyian Marsha Milan, berjaya menawan hati rakyat Malaysia dan dinobatkan sebagai Juara. Lagu yang dicipta oleh Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik oleh Ikhwan Fatanna ini telah menampilkan kekuatan melodi yang menyentuh jiwa serta vokal memukau Marsha yang menggegarkan emosi penonton di seluruh negara.

Pada tahun ini, AJL39 mencatatkan pencapaian luar biasa dengan 60.1% syer penonton, menjadikannya antara edisi yang paling popular sepanjang sejarah penganjurannya. Kejayaan ini diperkuatkan lagi dengan 2.1 bilion capaian di media sosial serta 236 juta tontonan video, membuktikan pengaruh besar AJL dalam era digital. Dalam masa yang sama, 150 ribu sebutan di media sosial dan 82% sentimen positif mencerminkan sambutan luar biasa daripada peminat muzik tanah air. Platform penstriman Tonton turut mencatatkan peningkatan sebanyak 8% dalam jumlah penonton, membuktikan status AJL sebagai acara muzik yang paling berprestij di Malaysia.

Selain ‘Hening Rindu’ yang berjaya meraih Juara, ‘Bukan Lagi Kita’ oleh Nadeera Zaini dinobatkan sebagai Naib Juara, sementara ‘Saksama’ nyanyian Akim & The Majistret memperoleh Tempat Ketiga. Ernie Zakri memenangi anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu ‘Aura’, manakala Aina Abdul menerima Persembahan Terbaik dengan lagu ‘Puas Sudah’.

Berikut adalah senarai pemenang AJL39 dan hadiah yang diterima:

KategoriLaguPemenangHadiah
JuaraHening RinduMarsha MilanRM 100,000 & Trofi
Tempat KeduaBukan Lagi KitaNadeera ZainiRM 50,000 & Trofi
Tempat KetigaSaksamaAkim & The MajistretRM 30,000 & Trofi
Vokal TerbaikAuraErnie ZakriRM 12,000 & Trofi
Persembahan TerbaikPuas SudahAina AbdulRM 12,000 & Trofi

Tema ‘NADA RASA’ bagi AJL39 telah membuktikan betapa pentingnya muzik dalam menyampaikan emosi dan cerita kehidupan. Tema ini memperlihatkan bagaimana setiap melodi dan lirik mampu menyentuh hati pendengar, menghubungkan perasaan dan kisah kehidupan yang berbeza-beza di kalangan masyarakat Malaysia. AJL39 bukan sahaja sebuah acara pertandingan, tetapi lebih kepada sebuah perayaan muzik yang menghubungkan peminat dengan artis dan mencipta impak mendalam terhadap industri muzik tempatan.

AJL39 dikuasai oleh Samsung selaku penaja bersama dan Unifi Mobile sebagai rakan penaja. Acara ini turut dimeriahkan oleh HotFM sebagai rakan radio, manakala OhBulan!, XTRA, dan SEISMIK bertindak sebagai rakan digital rasmi. Produksi acara ini diterajui oleh Russell Mark Rodrigues sebagai Pengurus Projek dan Jamil Bin Hassan sebagai Penerbit Eksekutif, memastikan kelancaran dan kualiti sepanjang acara berlangsung.

Untuk maklumat terkini mengenai program TV3 dan perkembangan AJL39, ikuti @TV3Malaysia di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram. Sertai perbualan dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39, #NadaRasa, dan #TerangkatRasa untuk menghangatkan lagi AJL39 di media sosial!

AJL39 sekali lagi memperlihatkan betapa pentingnya muzik dalam menyatukan hati rakyat Malaysia, merayakan bakat tempatan, dan terus mengangkat industri muzik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.