Yes! Captain Zul Aaryan Raih Sambutan Hangat, Anna & Jazmy Temui Peminat Ogos Ini

Anna Jobling dan Jazmy Juma bakal mengujakan para peminat menerusi sesi Meet & Greet eksklusif susulan sambutan hangat drama Yes! Captain Zul Aaryan. Acara istimewa ini akan berlangsung di The Starhill, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2026 dan dijangka menjadi antara tarikan utama buat peminat yang ingin bertemu lebih dekat dengan gandingan pelakon popular tersebut.

Lebih menarik, 30 peminat terawal yang mendaftar akan menerima peluang eksklusif untuk bergambar bersama Anna Jobling dan Jazmy Juma. Peluang terhad ini pastinya menjadi rebutan memandangkan kedua-dua pelakon kini semakin mendapat perhatian menerusi lakonan mereka dalam drama tersebut.

Sejak ditayangkan, Yes! Captain Zul Aaryan terus mencatat kejayaan di media sosial. Berdasarkan data Meltwater, drama ini berjaya merekodkan 900 juta capaian media sosial, 74.4 juta tontonan video dan 2.44 juta interaksi sepanjang tempoh 18 Mei hingga 5 Ogos 2026. Pencapaian ini membuktikan populariti drama berkenaan yang terus meningkat dalam kalangan penonton.

Selain sesi Meet & Greet, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang Cadbury Dairy Milk Biscoff Pop-Up yang berlangsung dari 6 hingga 9 Ogos 2026. Antara aktiviti yang disediakan termasuk menghasilkan bar coklat dengan nama sendiri, merakam gambar di sudut bergambar khas yang direka untuk media sosial serta menyertai pelbagai permainan dan aktiviti interaktif bersama keluarga dan rakan-rakan.

Acara ini bukan sahaja sesuai untuk peminat coklat dan penggemar media sosial, malah menjadi destinasi menarik buat peminat Anna Jobling dan Jazmy Juma yang ingin mencipta kenangan istimewa sambil menikmati gabungan unik Cadbury Dairy Milk dan Biscoff dalam suasana yang meriah.

Orang ramai dijemput hadir ke Cadbury Dairy Milk Biscoff Pop-Up di The Starhill, Kuala Lumpur dari 6 hingga 9 Ogos 2026 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, manakala pada 9 Ogos acara berlangsung sehingga jam 9.30 malam. Bagi sesi Meet & Greet pada 8 Ogos, pendaftaran dibuka mulai jam 12.00 tengah hari dan sesi bergambar bersama Anna Jobling serta Jazmy Juma hanya ditawarkan kepada 30 peminat terawal.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan acara ini dan mencipta memori indah bersama selebriti kegemaran anda.