Kuala Lumpur, 17 Julai 2026 – Kempen Tonton Non Stop, On Top! kini memasuki Lap 3 dengan lebih banyak keseronokan dan peluang menarik buat pelanggan TontonUp. Menerusi pusingan terbaru ini, pelanggan berpeluang merebut Nissan Kicks e-POWER 1.2 VL sebagai hadiah utama. Dengan konsep yang menggabungkan hiburan tanpa henti dan cabaran mengumpul mata, persaingan kini semakin sengit untuk menentukan siapa yang bakal berada di tangga teratas.
Bermula 13 hingga 26 Julai 2026, pelanggan TontonUp boleh mengumpul mata dengan menonton pelbagai kandungan menarik di platform Tonton. Lebih banyak kandungan ditonton, lebih banyak mata boleh dikumpul dan lebih tinggi peluang untuk bersaing dalam carta kedudukan. Antara kandungan yang boleh dinikmati sepanjang Lap 3 termasuk siri Melayu popular, filem tempatan, judul eksklusif Tonton serta anime Jepun pilihan ramai.
Antara senarai kandungan yang tersedia untuk Lap 3 ialah Nur Kasih, Dunia Baru, Juvana, Dunia Baru The Movie, Kekasih Seru, Lagi-Lagi Senario, Jiwa, Mukhsin, Sindarela, Rock, Anom Suraya, BLEACH: Thousand-Year Blood War, BRU, JUJUTSU KAISEN, Perempuan Ilmu Hitam, Solo Leveling, Anak-Anak Mafia, Dark Moon: The Blood Altar, Ultraman Teo (BM) dan Anyway, I’m Falling in Love with You.
Keseronokan kempen ini turut dipertingkatkan menerusi Turboost yang memberikan peluang kepada pelanggan untuk mengumpul mata berganda bagi kandungan terpilih setiap hujung minggu. Pada 18 dan 19 Julai serta 25 dan 26 Julai 2026, pelanggan boleh meningkatkan jumlah mata dengan lebih pantas menerusi tontonan kandungan pilihan seperti Haunted Blade: Hunters, BRU: Masin & Manis, Perempuan Itu, Salju & 7 Buaya, Lelaki Itu, 7 Hari Mencintaiku, Keluarga Itu, 7 Hari Mencintaiku 2, Doa Yang Terlindung dan 7 Hari Mencintaiku 3.
Bagi yang masih belum menyertai kempen ini, peluang masih terbuka untuk pelanggan TontonUp menyertai cabaran Tonton Non Stop, On Top!. Pelanggan hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama 3 atau 12 bulan dan mula menonton kandungan terpilih untuk mengumpul mata. Setiap tontonan bukan sahaja memberikan hiburan tanpa henti, malah membawa peserta lebih dekat kepada peluang memenangi Nissan Kicks e-POWER 1.2 VL sebagai hadiah utama Lap 3.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen ini dan buktikan siapa paling hebat dalam cabaran Tonton Non Stop, On Top!. Untuk maklumat lanjut mengenai kandungan dan kempen terkini, ikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram menerusi @tontonmy.
