Tag: HUJAN

  • Gamon Music Fantasia: d’Masiv & Kangen Band Sedia Bakal Gegar di Pulau Pinang!

    Gamon Music Fantasia: d’Masiv & Kangen Band Sedia Bakal Gegar di Pulau Pinang!

    Peminat muzik di utara tanah air bakal dihiburkan dengan persembahan istimewa dua kumpulan popular Indonesia, d’Masiv dan Kangen Band, di konsert Gamon Music Fantasia yang akan berlangsung di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 25 Januari 2024.

    Ini merupakan kali pertama kedua-dua kumpulan ini membuat persembahan di luar Kuala Lumpur, sekaligus menjanjikan pengalaman yang luar biasa buat peminat di utara.

    d’Masiv, yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti ‘Cinta Ini Membunuhku’ dan ‘Diam Tanpa Kata’, bersedia untuk menggegarkan pentas dengan alunan muzik yang ‘easy listening’ dan menyentuh hati.

    Manakala Kangen Band, yang popular dengan lagu ‘Tentang Aku Kau dan Dia’ dan ‘Yolanda’, pasti akan membangkitkan nostalgia dan mengajak penonton untuk bernyanyi bersama.

    Kehadiran d’Masiv dan Kangen Band di Gamon Music Fantasia pastinya akan menambahkan lagi kepelbagaian genre muzik di konsert ini. Mereka akan bergabung dengan artis-artis hebat tempatan seperti Hujan, Bunkface dan Ruffedge untuk memberikan persembahan yang tidak dapat dilupakan.

    Syafiq Danish, Pengurus Projek Gamon Music Fantasia, berkata, “Kami memilih d’Masiv dan Kangen Band kerana populariti dan kualiti muzik mereka yang sesuai dengan konsep ‘healing’ yang ingin kami bawakan.”

    “Kami yakin kehadiran mereka akan menarik minat lebih ramai peminat, terutamanya dari Indonesia yang menetap di Malaysia,” tambahnya.

    “Untuk kali ini, Pulau Pinang dipilih kerana tiada lagi mana-mana konsert yang sebesar itu diadakan di sana. Setia Spice Arena pula jadi lokasi pentas akhir untuk semua tour sebelum ini kerana boleh memuatkan ramai kapasiti peminat,” katanya.

    Gamon Music Fantasia bukan sahaja menawarkan persembahan muzik yang hebat, tetapi juga pengalaman ‘healing’ yang menyeluruh. Konsert ini dijangka akan menjadi platform untuk peminat melupakan seketika masalah dan menikmati keindahan muzik bersama rakan dan keluarga.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan d’Masiv, Kangen Band dan ramai lagi artis terkenal secara langsung di Gamon Music Fantasia! Dapatkan tiket anda sekarang!

    Info Tiket:

    Bronze: RM90
    General Admission: RM119
    Silver: RM139
    Rockzone: RM149
    Platinum: RM155
    Gold: RM205
    VIP: RM410

  • One Love Music Festival 2024: Meriahkan Suasana dengan Barisan Artis Hebat

    One Love Music Festival 2024: Meriahkan Suasana dengan Barisan Artis Hebat

    Tuff KL dengan berbesar hati mengumumkan One Love Music Festival 2024, yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember 2024 di Dewan A, MAEPS Serdang. Festival muzik yang dinanti-nantikan ini akan menyajikan 12 jam persembahan tidak henti daripada 12 artis ikonik, termasuk penyanyi dan kumpulan terkenal dari Malaysia dan Indonesia. Dengan lebih 4,000 tiket telah terjual, festival ini menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada peminat muzik.

    Antara artis yang akan memeriahkan One Love Music Festival ini adalah Kugiran Masdo, Hujan, Insomniacks, Bunkface, Drama Band, 53 Universe, dan Gerhana Ska Cinta—kumpulan yang terkenal dengan irama Ska di Malaysia. Penyanyi-penyanyi dari Indonesia seperti Feby Putri, Nadin Amzah, Nabila Taqiyyah, dan Salma Salsabil juga akan turut tampil, menjadikan barisan artis pada tahun ini sangat menarik dan pelbagai.

    Tiket untuk One Love Music Festival ini telah dibuka untuk dijual melalui http://www.ticketmelon.com/olmfest dengan pelbagai pilihan struktur tiket yang ditawarkan:

    • Early Bird (Berdiri): RM55
    • General Admission: RM150
    • Rockzone: RM169
    • Pakej Meet & Greet Eksklusif: RM450 (terhad kepada 50 peminat)

    Menurut Muhammad Zul Aqil, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL, festival ini bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah gerakan untuk memanfaatkan kuasa muzik dalam menghubungkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang. Beliau menekankan bahawa tujuan utama Tuff KL adalah untuk menyatukan orang ramai melalui muzik dan membina komuniti yang lebih erat.

    “Sejak penubuhan kami pada 2021, kami telah berusaha untuk memberikan lebih daripada sekadar hiburan; kami ingin memberi impak yang positif kepada masyarakat,” ujar beliau.

    Festival ini juga mendapat sokongan daripada MOVETIX oleh AirAsia MOVE, yang berperanan sebagai penaja utama. Encik Hassan Choudhury, Ketua Pegawai Eksekutif MOVETIX, menyatakan keyakinan bahawa acara ini akan menyatukan peminat dan artis, terutamanya dengan barisan bakat yang luar biasa. Melalui aplikasi AirAsia MOVE, peminat muzik dapat menempah tiket, penerbangan, hotel, dan banyak lagi dengan mudah.

    Tuff KL juga bekerjasama dengan lebih 20 universiti awam dan swasta, menggunakan pelajar sebagai promoter dan berkolaborasi dengan lebih daripada 50 influencer untuk mempromosikan festival ini. Pendekatan ini tidak hanya memberi inspirasi kepada golongan muda tetapi juga mengukuhkan hubungan tempatan dan memupuk rasa bangga terhadap seni dan budaya Malaysia.

    One Love Music Festival 2024 berhasrat untuk menjadi pengalaman muzik terbesar dan paling berkesan di Malaysia, meraikan kuasa muzik dalam menyatukan orang ramai dari semua lapisan masyarakat. Dengan acara yang semakin hampir, keterujaan untuk festival ini semakin memuncak. Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi mereka @olmfest_ di Facebook, Instagram, dan TikTok.

  • Konsert Jiwa Malaysia 2024: Semarakkan Semangat Merdeka

    Konsert Jiwa Malaysia 2024: Semarakkan Semangat Merdeka

    Menyedari betapa pentingnya bulan Ogos dan September sebagai bulan-bulan yang sarat dengan semangat patriotisme dan cinta akan negara, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event dengan penuh rasa bangga mempersembahkan Konsert Jiwa Malaysia 2024.

    Konsert ini bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi juga sebuah platform untuk meraikan dan menghayati semangat kemerdekaan serta perpaduan negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dan Hari Malaysia yang bakal menjelang. Ia adalah satu manifestasi semangat cinta akan tanah air, menghimpunkan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan dan mengukuhkan lagi ikatan perpaduan.

    Konsert Jiwa Malaysia, yang akan menggegarkan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 7 September 2024, jauh lebih bermakna daripada sekadar sebuah konsert hiburan biasa. Ia merupakan sebuah medan perjuangan yang direka khas untuk menyalakan api semangat kemerdekaan yang kian pudar, terutamanya di kalangan generasi muda yang mungkin kurang memahami erti sebenar kemerdekaan.

    Melalui alunan melodi yang menyentuh jiwa dan lirik yang membakar semangat patriotisme, nilai-nilai kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu akan dihidupkan semula, mengingatkan kita semua tentang betapa berharganya nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

    Konsert ini bukan sahaja bertujuan untuk menghibur, tetapi juga untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi muda agar lebih menghargai jasa para pejuang kemerdekaan serta memupuk semangat cinta akan tanah air. Dengan cara ini, diharapkan semangat kemerdekaan akan terus menyala dan menjadi obor pembakar semangat generasi akan datang untuk terus memajukan negara tercinta.

    Dengan penuh keyakinan, penganjur memberikan amanah dan tanggungjawab kepada enam kugiran terkemuka tanah air serta seorang solois yang dianggap mampu mewakili Jiwa Malaysia. Mereka adalah kugiran legenda Spider, band popular Hujan, kumpulan hip hop klasik Ruffedge, trio sensasi Dolla, band energik Bunkface, dan Insomniacks. Tidak ketinggalan, Bella Astillah, penyanyi berbakat dari Sandakan, Sabah, yang bakal membawa kelainan pada malam tersebut.

    Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Iliyas Jamil, menegaskan bahawa Konsert Jiwa Malaysia 2024 mempunyai kelainan tersendiri berbanding acara-acara lain yang berlangsung pada bulan Ogos dan September. Matlamat utama konsert ini adalah untuk menyatukan generasi dari pelbagai lapisan masyarakat dan usia, sambil memberikan platform kepada anak-anak muda untuk mengekspresikan rasa cinta mereka terhadap tanah air.

    “Bertemakan Jiwa Malaysia, konsert ini bukan sekadar untuk menghibur, tetapi juga untuk menginspirasi generasi muda tentang pentingnya memelihara dan mempertahankan kedaulatan negara. Pembabitan kumpulan seperti Spider, Hujan, Ruffedge, Dolla, Bunkface, Insomniacks, serta Bella Astillah, adalah relevan untuk membangkitkan nilai-nilai kemerdekaan di kalangan masyarakat hari ini,” ujar Iliyas Jamil.

    Bella Astillah, satu-satunya penyanyi solo wanita yang akan menghiburkan penonton mulai jam 8 malam pada 7 September 2024, menganggap peluang ini sebagai penghormatan besar. Baginya, konsert ini bukan sekadar peluang untuk berkongsi pentas dengan kugiran hebat, tetapi juga untuk mewakili Sabah, sebuah negeri yang penting dalam pembentukan Malaysia.

    “Konsert Jiwa Malaysia 2024 adalah platform yang sangat bermakna bagi saya. Sebagai satu-satunya penyanyi wanita solo pada malam itu dan wakil dari Sabah, saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh penganjur. Ini adalah peluang untuk kita semua – tidak kira dari mana kita berasal – untuk menunjukkan bahawa kita adalah satu bangsa, kita adalah wajah Malaysia,” kata Bella Astillah.

    Menambah lagi keterujaan, penganjur menyasarkan kehadiran 15,000 penonton untuk konsert ini, dengan menawarkan harga tiket yang berpatutan bagi membolehkan lebih ramai orang menikmati persembahan. Konsert Jiwa Malaysia 2024 dijangka menjadi satu acara yang akan dikenang, menggabungkan hiburan dengan semangat patriotisme yang mendalam.

    Pengunjung boleh membeli tiket berharga RM70 (JIWA- berdiri) dan RM50 (MERDEKA-duduk) untuk EARLY BIRD serta RM120 (JIWA- berdiri) dan RM 90 (MERDEKA- duduk) bagi harga asal menerusi https://ilassotickets.com untuk merasai pengalaman berbeza meraikan semangat patriotisme di Konsert Jiwa Malaysia 2024.

    Pastikan anda adalah salah seorang calon pengunjung yang akan melakar sejarah bersama Konsert Jiwa Malaysia 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jail pada 7 September 2024 ini.

    INFORMASI

    ACARA: KONSERT JIWA MALAYSIA 2024

    ARTIS: BUNKFACE, DOLLA, RUFFEDGE, SPIDER, INSOMNIACKS, HUJAN

    UNDANGAN ISTIMEWA: BELLA ASTILLAH

    TARIKH: 7 SEPTEMBER 2024

    LOKASI: STADIUM HOKI NASIONAL BUKIT JALIL

    WAKTU: 8 MALAM

    PENGANJUR: PERBADANAN STADIUM MALAYSIA PENGANJUR BERSAMA: MND SPORTS & EVENT

    PLATFORM PEMBELIAN: https://ilassotickets.com

  • Enam Penampilan Penuh Energi Menghangatkan Malam Showcase Jiwa Kacau 2024

    Enam Penampilan Penuh Energi Menghangatkan Malam Showcase Jiwa Kacau 2024

    Para peminat kugiran Hujan, Masdo, Bunkface, dan Insomniacks sekali lagi mengucapkan ‘JIWA KACAU’ kepada pemuzik-pemuzik ternama tanah air ini dalam siri Showcase Jiwa Kacau 2024.

    Setelah berjaya mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau 2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat ‘mati’ begitu sahaja. Kali ini, Jiwa Kacau berkolaborasi bersama Kopi Saigon sebagai penaja utama.

    Justeru, selaku penganjur, MND Sport & Event Sdn Bhd dengan berbesar hati membawa kembali barisan kugiran yang sama iaitu Hujan, Masdo, Bunkface, dan Insomniacks, yang telah mencetuskan fenomena dalam Showcase Jiwa Kacau 2023 untuk Showcase Jiwa Kacau 2024.

    Berlangsung pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil, Showcase Jiwa Kacau 2024 dihangatkan dan meninggalkan momen tersendiri apabila turut disertai oleh kugiran dari Indonesia iaitu Nidji serta penampilan khas solois tempatan, Luqman Podolski.

    Menariknya tahun ini, Showcase Jiwa Kacau 2024 dihadiri oleh 15,000 penonton dari pelbagai usia dan negeri/negara yang memeriahkan showcase dengan penjenamaan JIWA KACAU buat kali kedua.

    Ini juga kali pertama konsert diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan telah menerima sijil dari Puan Siti Hajar binti Johor dari Malaysia Book of Record dan Encik Iliyas Bin Jamil yang disampaikan kepada Encik Harith Daniel, CEO MND Sports & Events atas pencapaian tersebut.

    “Showcase Jiwa Kacau 2024 memperlihatkan pertambahan dua lagi pemuzik yang akan menghangatkan malam pesta ini.”

    Enam penampilan penuh energatik telah menghiburkan pengunjung pada malam Showcase Jiwa Kacau 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 Jun 2024. TERIMA KASIH buat semua yang hadir serta pihak penaja kami, Naura Pisang Goreng, Copi Kitchen, Masy, Big boss HSP, Thread Division, Sanggul Event! Dan juga penaja utama SHOWCASE JIWA KACAU 2024 iaitu Kopi Saigon!

    “Showcase Jiwa Kacau 2024 bukan hanya menjadi tempat bersuka ria atau pesta semata-mata tetapi penganjuran ini menjadi medan berkembang, semarak sekali gus melestarikan muzik tempatan terutama buat generasi kini dan akan datang,” ujar Daniel Harith dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

    INFORMASI

    ACARA: SHOWCASE JIWA KACAU 2024

    ARTIS: HUJAN, MASDO, NIDJI, BUNKFACE, INSOMNIACKS, LUQMAN PODOLSKI

    TARIKH: 22 JUN 2024

    LOKASI: STADIUM HOKI BUKIT JALIL

    PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD PENAJA UTAMA: KOPI SAIGON

    PENAJA-PENAJA: “ Naura Pisang Goreng, Copi Kitchen, Masy, Big boss HSP, Thread Division, Sanggul Event! Dan juga Penaja Utama kita…Kopi Saigon!!

    PENGARAH KONSERT: Azmi Zainal dari Mie Bird Project

    JUMLAH PENONTON: 15,000

    RADIO RASMI: ERA FM

    DIGITAL RASMI: ASTRO GEMPAK

     

    SENARAI LAGU JIWA KACAU 2024

    1. LuqmanPodolski

    • Bahaya
    • Kembar
    • MYVI
    • MungkinAku Tak Penting
    • KalauKau Rindu
    • RingRing

    2. MASDO

    • MedleyLa Obe + Janji Manis
    • MissFlower Learn To Twist
    • InilanJalannya
    • BerdukaLara
    • PerihJerih
    • Dinda
    • MalamPesta Rock N Roll
    • Berchanda

    3. INSOMNIACKS

    • IGAUANMALAM
    • REMINISENSI
    • TEMAN
    • KEPALABATU
    • SEMPURNA
    • PULANG

    4. NIDJI

    • LalaSong
    • DiscoLazy Time
    • ArtiSahabat
    • SumpahC Matiku
    • Wadow
    • LaskarPelangi
    • Biarlah
    • HapusAku

    5. Hujan

    • KotakHati
    • Obsesi
    • AhmoiChantek
    • LonelySolder Boy
    • Empayarmu
    • BilaAku Sudah Tiada
    • PagiYang Gelap
    • AkuSkandal

    6. BUNKFACE

    • Hilang
    • MalamIni Kita Yang Punya
    • MedleyHigh School Rockers/ Silly Lily
    • RentakLaguku
    • Panik
    • Situasi
    • Revolusi
  • BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE AKAN BERAKSI DI KONSERT UND3RGROUND MAC INI.

    Peminat-peminat indie tanah air pasti teruja dan bakal terkejut dengan penampilan tiga buah band yang bakal berganding di dalam konsert gabungan mereka Mac ini, Hitman Solutions selaku jenama penganjur acara terkemuka tanah air sekali lagi menjanjikan hiburan tanpa henti buat halwa telinga penggemar muzik terutamanya peminat muzik rock dalam sebuah konsert yang paling ditunggu-tunggu  pada tahun 2024 ini dengan menggabungkan tiga (3) gergasi band indie negara di atas satu pentas, konsert yang bakal dipanggil ‘UND3RGROUND’ -BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE akan berlangsung pada tarikh 2hb Mac 2024 di Surf Beach, Sunway Lagoon.

    Bertempat di The Estate On Federal Hill jam 2 petang , sebuah sidang media eksklusif diadakan bersama rakan – rakan media bagi mewar-warkan rencana konsert yang bakal diadakan oleh Hitman Solutions pada bulan Mac ini.

    Selaku salah satu pemain utama  penganjuran konsert di Malaysia, Hitman Solutions sentiasa berfikiran ke hadapan demi memenuhi citarasa penggemar muzik tempatan yang dahagakan hiburan langsung secara fizikal dan buat tahun 2024, mereka sudah pun menyediakan satu acara istimewa untuk peminat rock indie di Malaysia.

    Konsert UND3RGROUND (underground) direncanakan akan berlangsung selama 3 jam di mana setiap band akan membuat persembahan selama 45 minit dengan menyanyikan karya – karya klasik mereka, dan istimewanya pada hari ini, sebagai tanda pelancaran, sebuah replika gitar gergasi setinggi 10 meter dijadikan ikon promosi konsert UND3RGROUND, yang akan diiktirafkan sebagai ‘The Biggest Inflatable Guitar in Malaysia’ oleh Malaysian Book of Records.

    “Sebagai resolusi tahun baharu, kami melangkah ke hadapan dengan momentum positif dengan beberapa acara yang sudah pun direncanakan dan bakal berlangsung tidak lama lagi, konsert ‘Jilid Akhir’. Ella ‘Puteri Kota’ di Kota Kinabalu, Sabah serta hiburan istimewa dari band rock antarabangsa, ‘Incubus : Live In Malaysia’.

    “Nama – nama besar seperti Butterfingers, Hujan dan Bunkface meninggalkan legasi yang kuat dalam arena indie ketika era ‘band’ berkembang, jadi kami ingin raikan setiap perjalanan karier mereka melalui sebuah konsert rock epik yang mengiktiraf pencapaian mereka dalam industri muzik kita,” kata En. Rohit Rmpal, selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions.

    “Kami mengambil pendekatan konsep ‘underground’ yang membawa semula era dan atmosfera gig yang menyatukan ketiga-tiga band legenda ini untuk beraksi bersama sambil memberikan pengalaman yang unik khusus buat peminat indie tempatan,” ujar En. Rohit.

    Tambah En. Rohit lagi, “Konsert ini bukan sekadar satu acara, tetapi sebuah pengalaman indie yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, kami ingin penonton yang hadir merasai sendiri ‘feel’ sebenar konsert indie dalam semua aspek dengan menyaksikan sendiri perintis genre ini di atas satu pentas, dengan harapan agar ia menjadi pengalaman yang tidak terlupakan.

    Bermain peranan penting dalam mewujudkan acara sebesar ini, UND3RGROUND disokong oleh beberapa pihak seperti Hot FM, Fly FM, Molek FM, Kool101 FM dan Eight FM (Rakan Radio Rasmi), dan Lobak Merah dan Good Foodie Media (Rakan Media Rasmi), serta Sunway Lagoon (Lokasi Rasmi).

    Tiket konsert boleh diperolehi dalam 5 kategori berbeza, Rockzone – Early Bird (RM149), Rockzone – Phase 1 (RM199), Rockzone- Phase 2 (RM299) serta Vibers Pit (RM499), dan penjualan bagi kategori Rockzone akan dikeluarkan secara berperingkat.

    Pembelian tiket konsert boleh dilakukan mulai 11hb Januari 2024, jam 2 petang di http://www.hitmanlive.com, jadi dapatkan tiket-tiket ke konsert UND3RGROUND – BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE dengan segera !

    Sebarang pertanyaan berkenaan konsert boleh hubungi +6012-2655783 atau info@hitman.group.