Tag: #FenomenaDigital

  • Malam FYP Timur: Sambutan Muzik Timur Indonesia Bakal Menggegarkan Zepp Kuala Lumpur April ini

    Malam FYP Timur: Sambutan Muzik Timur Indonesia Bakal Menggegarkan Zepp Kuala Lumpur April ini

    KUALA LUMPUR, 4 Februari 2026 — Irama dan budaya muzik Timur Indonesia kini bersedia untuk menghangatkan pentas ibu kota melalui Malam FYP Timur, konsert julung-julung kali seumpamanya yang akan berlangsung pada 24 April 2026, jam 8.30 malam di Zepp Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Gaga Entertainment, syarikat terkemuka dalam pengurusan artis, produksi acara dan perhubungan awam, konsert ini menjanjikan pengalaman muzik rentas budaya yang menggabungkan elemen digital dan persembahan secara langsung.

    Acara ini menampilkan tiga nama besar dari Indonesia yang kini menjadi fenomena digital. Silet Open Up, peneraju muzik Timur Indonesia, terkenal dengan lagu hit Tabola Bale yang mencatat lebih 475 juta penstriman Spotify dan 350 juta tontonan YouTube. Faris Adam, penyanyi-penulis lagu dari Maluku, mencuri perhatian dengan lagu Stecu Stecu, meraih lebih 150 juta penstriman Spotify dan 184 juta tontonan YouTube. Manakala Ecko Show, ikon hip hop Indonesia, dikenali dengan lirik tajam dan penceritaan yang dekat dengan jiwa anak muda, dengan lebih 250 juta penstriman Spotify dan 600 juta tontonan YouTube.

    Dengan konsep yang diinspirasikan daripada “For You Page (FYP)” di media sosial, Malam FYP Timur direka untuk menjadi pengalaman konsert interaktif dan unik, selari dengan gaya hiburan generasi muda. Penganjur menekankan bahawa konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi juga sebuah perayaan budaya, tenaga muda, dan hubungan serantau antara Malaysia dan Indonesia.

    Menurut pihak penganjur, “Kami mahu membawa muzik Timur Indonesia yang kini menjadi fenomena digital terus ke pentas Malaysia. Malam FYP Timur bukan sekadar konsert, tetapi sebuah perayaan budaya, tenaga muda dan hubungan serantau melalui muzik,” kata wakil Gaga Entertainment. Konsert ini dijangka menjadi titik temu budaya dan hiburan bagi Gen Z dan Milenial, memupuk penghargaan terhadap muzik Timur Indonesia sambil menghiburkan penonton di Malaysia.

    📌 Butiran Konsert

    • Tarikh: 24 April 2026
    • Masa: 8.30 malam
    • Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
    • Kapasiti: 2,414 penonton

    🎟️ Kategori Tiket & Harga

    • Cat 1 (Standing): RM228
    • Cat 2 (Standing): RM208
    • Cat 3 (Standing): RM188
    • Cat 4 (Seating): RM238
    • Cat 5 (Seating): RM198
    • VIP Box (10 pax): RM5,000

    Tiket boleh dibeli melalui platform rasmi Ticket2U di pautan: www.ticket2u.com.my/MalamFYPTimur