Tag: FeelDaStarz

  • Persembahan Memukau di Konsert Finale FEEL DA STARZ 2024

    Persembahan Memukau di Konsert Finale FEEL DA STARZ 2024

    FEEL DA STARZ merupakan sebuah program realiti nyanyian yang bertujuan untuk mengilapkan bakat-bakat nyanyian dari komuniti Felda. Melalui siri jelajah di empat Wilayah Felda – Segamat, Trolak, Jengka, dan Sahabat.

    Program ini mengenal pasti 10 peserta terbaik yang bertanding di Konsert Kemuncak Juara FEEL DA STARZ pada Hari Peneroka FELDA 2024 di MAEPS, Serdang.

    Kehadiran YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi, semakin memeriahkan suasana Konsert Finale.

    Naidatul Zamrizam Arsad atau Zam dari Wilayah Johor Bahru dinobatkan sebagai juara FEEL DA STARZ, memenangi RM10,000, sebuah iPhone Pro Max dari Umobile, dan sijil penghargaan dari Institut Semarak FELDA.

    Naib Juara dianugerahkan kepada Nurul Aini Shahira Hariadi, juga dikenali sebagai Allong dari Felda Jengka 17, Wilayah Jengka, yang membawa pulang RM7,000. Tempat ketiga dimenangi oleh Saiful Bahri Shamri atau Saif dari Felda Lurah Bilut, Wilayah Mempaga, dengan RM5,000 serta sijil penghargaan yang setaraf.

    Acara Konsert Finale turut memukau dengan persembahan pembukaan daripada Penyanyi Mawi, Siti Nordiana, Marsha Milan, dan Firman Siagian, dihoskan dengan cekap oleh Kak Lina Pom Pom.

    Semua finalis tidak berundur dengan tangan kosong, mereka masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM1000 berserta sijil penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian mereka dalam pertandingan ini.

    FEEL DA STARZ bukan sekadar memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk bersinar, tetapi juga mengukuhkan pentingnya penghormatan terhadap warisan seni budaya dalam komuniti Felda.

  • MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT ‘FEEL DA STARZ’.

    Telah berlangsung sebuah majlis pelancaran program pencarian bakat ‘FEEL DA STARZ’ yang baru baru ini telah diadakan di Menara Felda. Program pencarian bakat ini merupakan program realiti nyanyian yang mempertandingkan bakat-bakat nyanyian untuk komuniti Felda.

    Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada rakyat felda yang berkeinginan untuk mengembangkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini akan melalui proses penyingkiran di beberapa siri jelajah Felda sebelum mereka mara ke peringkat akhir yang akan diadakan pada Hari Peneroka Felda 2024 (HPF24) pada 12 – 14 Julai di MAEPS, Serdang.

    Tujuan utama program ini adalah  untuk menyediakan platform dan menggilap bakat yang sedia ada disamping dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi  keluarga mereka di Felda. Program ini akan berlangsung selama 5 bulan bermula dari bulan Mac ini.

    Ujibakat secara online akan mula dibuka di  https://segalanyafelda.com/feel-da-starz/ bermula 1 Mac dan akan ditutup pada 30 Mac. Seramai 40 peserta akan di pilih dari penyertaan secara online. Mereka akan menjalani sesi pembelajaran vokal dan persembahan di ISEF, Bangi (Institut Semarak Felda) dengan tenaga pengajar profesional.Hadiah Utama Pemenang FDS bakal menerima hadiah wang tunai RM10,000, tempat kedua RM7,000.00 dan tempat ketiga RM5,000.00. Juara juga berpeluang untuk merakamkan sebuah album single beserta trofi.

    Penerbit Eksekutif program FDS ini adalah Fadzliniza Zakaria berpengalaman dalam penerbitan program – program realiti di TV3 dan Astro. Bersempena dengan majlis pelancaran ini, menandakan evolusi Felda, sebagai jenama gaya hidup untuk orang ramai.

    Pada majlis sama, FELDA melancarkan laman web www.segalanyafelda.com. Tujuan laman web diwujudkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti yang bakal berlangsung menjelang Hari Peneroka FELDA 2024 pada bulan Julai nanti. Maklumat berkaitan pertandingan ini dan aktiviti lain turut dimuat turun untuk memudahkan akses orang ramai untuk mendapatkan maklumat.

    Sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 (HPF24) akan diadakan pada 12 -14 Julai 2024 di Maeps, Serdang dengan anggaran lebih 500,000 pengunjung akan hadir.