Tag: #EcoTourism

  • MATTA Fair April 2026 – Embrace Green Travel, Preserve the Earth, Live Cleanly

    KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2026 – MATTA Fair April 2026 is set to return from 3 to 5 April at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, marking its 58th edition with record-breaking participation. Organised by the Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA), the event will feature 2,051 booths across 10 halls, making it the largest consumer travel fair in the country. A total of 332 organisations will participate, including travel agencies, tourism boards, hotels, and service providers, offering a wide range of travel products and services.

    This year’s edition highlights both domestic and international tourism, with Johor named Malaysia’s Favourite Destination and Macao as the International Favourite Destination. The fair also receives continued support from key partners such as Malaysia Aviation Group and RHB Bank, enhancing travel accessibility and providing additional benefits for visitors. According to MATTA President Nigel Wong, Malaysia’s tourism industry remains resilient despite global uncertainties, with strong demand driven by the country’s diverse attractions and well-connected infrastructure.

    Sustainability remains a key focus at MATTA Fair 2026 through the MESTI Pavilion, which features eco-conscious initiatives and organisations promoting responsible tourism. Visitors can also participate in various campaigns, including contests and interactive activities designed to enhance engagement. With free admission and extended operating hours, the fair aims to provide a comprehensive and accessible platform for travellers to plan their journeys while supporting sustainable tourism practices.

  • Magika Studios Perkenal Tarikan Eko-Pelancongan serta Edutainment Terkini di Selangor

    Magika Studios Perkenal Tarikan Eko-Pelancongan serta Edutainment Terkini di Selangor

    Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), pemaju induk bagi projek Selangor Maritime Gateway (SMG), bersama KRU Entertainment Sdn Bhd (KRUESB) mengumumkan kerjasama strategik untuk membangunkan Magika Studios, sebuah destinasi eko-pelancongan dan didik-hibur terbaharu di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Usaha ini menggabungkan keindahan alam semula jadi hutan paya bakau, teknologi moden dan penceritaan kreatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memulihara Sungai Klang serta memperkukuh peranan kawasan tersebut sebagai nadi hijau negeri Selangor.

    Terletak di kawasan seluas 70 ekar dalam Hutan Simpan Raja Lumu, Magika Studios bakal menjadi tarikan baharu yang mempamerkan keunikan hutan bakau sambil mengangkat nilai kelestarian melalui pengalaman hiburan dan pendidikan. Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan berasaskan ESG di bawah SMG, yang menekankan integrasi teknologi, pemeliharaan alam sekitar dan penglibatan komuniti bagi memastikan pembangunan Sungai Klang kekal mampan dan memberi manfaat jangka panjang kepada negeri. LLSB melihat Magika Studios sebagai bukti bahawa pemuliharaan dan pembangunan boleh bergerak seiring, sekali gus menjadikan Sungai Klang simbol kebanggaan rakyat Selangor dan pemangkin pertumbuhan ekonomi hijau.

    Magika Studios bakal menampilkan pelbagai tarikan menarik termasuk persembahan animatronics dan audio visual yang menghidupkan watak-watak dongeng tempatan, pencahayaan imersif yang menonjolkan keindahan hutan bakau pada waktu malam, pameran pendidikan mengenai haiwan dan biodiversiti, serta lawatan berpandu sepanjang laluan ‘boardwalk’ sejauh satu kilometer yang membolehkan pengunjung menikmati habitat semula jadi flora dan fauna. Aktiviti sungai dan rekreasi air turut dirancang bagi memperkasakan hubungan masyarakat dengan ekosistem Sungai Klang. Dengan lokasinya hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tarikan ini dijangka menjadi antara produk pelancongan utama Selangor bagi menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026.

    Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin, menyatakan bahawa pembangunan Magika Studios adalah komponen penting dalam Fasa II Pelan Pembangunan SMG (2024–2030) yang memberi tumpuan kepada pembangunan berimpak tinggi dan pemuliharaan alam sekitar. Beliau menegaskan bahawa kombinasi alam semula jadi, inovasi dan penceritaan kreatif mampu meningkatkan kesedaran awam terhadap penjagaan sungai sambil membuka peluang ekonomi baharu melalui pelancongan bertanggungjawab. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Dato’ Norman Abdul Halim, turut menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama ini yang membolehkan pengalaman sinematik filem Magika — pemenang pelbagai anugerah — diadaptasi menjadi tarikan taman tema didik-hibur yang menggabungkan kreativiti, teknologi digital dan mesej kelestarian.

    Pengumuman rasmi ini menandakan permulaan pembangunan penuh Magika Studios yang dijangka dibuka kepada umum pada pertengahan 2026. Inisiatif ini sekali lagi menegaskan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dan LLSB untuk menjadikan Sungai Klang sebagai sungai yang lestari, berdaya huni dan menjadi model pemuliharaan serta pembangunan mampan di Malaysia.