Tag: #DatoSeriVida

  • DATO’ SERI VIDA Beraksi Sebagai Duyung. Teruja Menyertai OST Filem Duyung Legenda Aurora

    DATO’ SERI VIDA Beraksi Sebagai Duyung. Teruja Menyertai OST Filem Duyung Legenda Aurora

    Usahawan dan personaliti terkenal, Dato’ Seri Vida (DSV), sekali lagi mencuri perhatian peminat muzik tanah air dengan pelancaran single terbaharunya bertajuk “Lagu Happy”. Lagu ini menjadi sebahagian daripada runut bunyi rasmi filem fantasi komedi keluarga, Duyung Legenda Aurora, yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 25 Disember 2025. Dicipta oleh Syahmi Muffin dan lirik hasil nukilan Neo, “Lagu Happy” menampilkan melodi segar, bertenaga, serta sarat dengan elemen positif yang menyerlahkan vibe ceria dan motivasi. Susunan muzik yang ringan dan mudah dihayati ini memberi peluang kepada pendengar melepaskan tekanan serta menghadapi cabaran hidup dengan hati yang tenang. Lagu ini juga mengimbau nostalgia lagu-lagu ikonik seperti “Aspalela” dan “Yahoo” daripada filem Duyung pertama, menjadikannya satu jambatan antara generasi lama dan baru peminat dunia fantasi duyung. Kehadiran DSV dalam projek ini bukan sahaja menambah seri filem, malah memperkukuh sambutan positif terhadap dunia muzik dan filem tempatan.