Galaxy A37 5G Hadir Dengan Teknologi AI Baharu Untuk Memenuhi Gaya Hidup Harian

Written by

in

Samsung nampaknya terus all-out untuk siri A mereka dengan pelancaran Samsung Galaxy A37 5G yang mula berada di pasaran pada 10 April 2026. Kali ni Samsung macam betul-betul cuba bagi pengalaman telefon premium tanpa perlu keluarkan bajet terlalu tinggi. Daripada kamera, prestasi gaming sampailah fungsi AI yang makin canggih, Galaxy A37 5G antara pilihan paling menarik untuk pengguna harian masa kini.

FOTOGRAFI
Kalau jenis suka ambil gambar makanan sebelum makan, kaki OOTD atau memang rajin rakam video untuk TikTok dan Reels, bahagian kamera Galaxy A37 5G ni memang antara perkara yang mencuri perhatian. Telefon ini hadir dengan kamera utama 50MP lengkap dengan OIS yang bantu kurangkan gegaran masa ambil gambar atau rakam video. Telefon ini, ada juga fungsi kamera ultra-wide 8MP untuk gambar pemandangan luas dan kamera macro 5MP kalau nak close-up detail kecil.

Gambar 5MP
Gambar 50MP

Yang bestnya, gambar malam pun nampak lagi terang dan stabil. Nak ambil gambar waktu concert, lepak mamak malam atau city light pun rasa lagi yakin . Hasilnya yang gempak. Kamera selfie 12MP dia pun dah cukup padu untuk selfie, video call atau konten harian sebab boleh rakam sehingga 4K.

Gambar Selfie


SPESIFIKASI
Galaxy A37 5G hadir dengan skrin 6.7 inci Super AMOLED FHD+ bersama refresh rate 120Hz. Scroll media sosial, tengok Netflix atau layan YouTube memang rasa smooth. Skrin dia pun boleh pergi sehingga 1900 nits, jadi bawah matahari terik pun masih nampak jelas.

Di bahagian dalaman pula, telefon ni dikuasakan cip Exynos 1480 dengan pilihan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB. Bateri 5000mAh pula memang kira ngam untuk penggunaan satu hari penuh dengan sokongan pengecas pantas 45W.

Kapasiti Bateri


PENGGUANAAN AI

Samsung dah mula masukkan lebih banyak fungsi AI dekat siri Galaxy A terbaru termasuk Galaxy A37 5G. Antara yang menarik termasuk AI Select, Circle to Search, integrasi Gemini dan fungsi Voice Transcription yang boleh bantu tukarkan suara kepada teks secara automatik.

Bayangkan tengah tengok video atau gambar, nampak kasut atau baju menarik, terus bulatkan je dekat skrin dan cari info terus. Tak perlu buka banyak aplikasi. Untuk kerja pun senang sebab AI boleh bantu percepatkan urusan harian.

SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS


GAMING

Bagi yang suka Mobile Legends, PUBG Mobile, Honor of Kings atau Call of Duty Mobile, Galaxy A37 5G nampak agak bersedia untuk handle gaming harian. Exynos 1480 digabungkan dengan skrin 120Hz memang bagi pengalaman yang lebih lancar masa main game.

Lagi satu best bila skrin AMOLED dia buat warna game nampak lebih cantik . Speaker stereo pun bagi bunyi lagi puas masa gaming atau tengok movie. Jadi kalau jenis kaki game tapi tak nak keluar duit sampai tahap flagship, model ni memang nampak menarik.



KETAHANAN LASAK
Selain hadir dengan kamera menarik dan prestasi yang laju, Samsung Galaxy A37 5G juga dibina dengan ciri ketahanan yang memang sesuai untuk penggunaan harian. Telefon sekarang sentiasa ada dalam tangan kadang-kadang kena hujan semasa dekat luar, terkena percikan air, atau berdepan habuk bila travel dan bergerak sana sini. Sebab tu ciri ketahanan dah jadi antara benda yang ramai pengguna tengok sebelum pilih telefon baru.

Galaxy A37 5G hadir dengan penarafan IP67 yang menawarkan perlindungan terhadap habuk dan juga air, jadi pengguna boleh rasa lebih tenang untuk penggunaan harian biasa. Ditambah pula dengan binaan yang rasa lebih kukuh dan premium bila dipegang, telefon ni bukan sekadar nampak cantik dari luar, tapi turut direka untuk tahan lasak mengikut gaya hidup pengguna masa kini.

HARGA
Untuk pasaran , dijangka berada sekitar RM1,899 hingga RM2,299 bergantung kepada konfigurasi storan dan promosi semasa.

Antara tempat yang korang boleh cari:

Galaxy A37 5G ni nampak macam satu pakej yang agak lengkap. Kamera sedap, AI makin bijak, gaming pun okay dan design dia masih nampak premium. Kalau korang tengah cari telefon baru yang boleh cover kerja, content, gaming dan kegunaan harian sekali jalan tanpa koyakkan poket sangat, Galaxy A37 5G memang antara model yang patut masuk dalam shortlist tahun ni. Kadang-kadang telefon yang best bukan yang paling mahal, tapi yang bagi pengalaman puas setiap kali pegang.