Blog

  • Sony Unveils Xperia 1 VII: Redefining Mobile Creativity with AI Camera Precision and Premium Entertainment

    A camera lens with a few lenses

AI-generated content may be incorrect.

    Sony has officially introduced its latest flagship smartphone, the Xperia 1 VII, a powerful new device that blends Sony’s top-tier technology from its renowned Alpha digital cameras, Walkman audio players and BRAVIA televisions. Engineered with cutting-edge innovations and infused with ‘Xperia Intelligence’, this smartphone promises a deeply immersive experience in photography, audio, and visual entertainment like never before.

    Bringing a whole new level of ease to video recording, Xperia 1 VII debuts two standout features: ‘AI Camerawork’ and ‘Auto Framing’. With these, users can effortlessly capture smooth, stable videos even without watching the screen. Thanks to advanced image stabilization and posture estimation, Xperia 1 VII keeps subjects perfectly framed even while you’re moving. Auto Framing, meanwhile, intelligently crops and centers your subject, ensuring cinematic shots with minimal effort. Whether you’re chasing your pet in the park or filming your kids at play, the Xperia 1 VII has you covered.

    A camera next to a cell phone

AI-generated content may be incorrect.

    The device is equipped with an upgraded triple-camera system, featuring a new 16mm ultra wide-angle lens with a larger 48MP 1/1.56-inch sensor. This sensor captures vivid low-light images with minimal noise and impressive dynamic range, rivalling full-frame cameras. Whether you’re snapping macro shots as close as 5cm or capturing stunning nightscapes, clarity and sharpness remain exceptional. The 24mm and 48mm wide-angle options, paired with an enhanced Exmor T sensor, ensure beautiful results even when zooming in or cropping. For distance photography, the 85mm–170mm telephoto lens delivers crisp, high-resolution imagery every time.

    For audiophiles, Xperia 1 VII inherits the sonic brilliance of Sony’s iconic Walkman series. Designed with refined circuitry and premium components, this phone delivers exceptional audio clarity through both wired and wireless connections. Featuring Sony’s DSEE Ultimate technology, even compressed music streams sound richly detailed and immersive. Meanwhile, Xperia’s signature full-stage stereo speakers have been fine-tuned to offer a more balanced and dynamic audio experience across all frequencies.

    A group of cell phones

AI-generated content may be incorrect.

    The Xperia 1 VII also enhances the visual experience with its BRAVIA-quality 4K OLED display. A newly added rear light sensor optimizes screen brightness and color depending on your environment, whether you’re out in bright daylight or lounging indoors. Coupled with improved peak brightness and ‘Sunlight Vision’ technology, outdoor viewing remains clear and comfortable.

    Under the hood, the Xperia 1 VII is powered by the latest Snapdragon 8 Elite processor, with performance boosts of over 40% across the board for AI, gaming and multitasking. Power efficiency has also improved, offering up to two days of usage with features like “Processing Optimization” reducing battery drain during everyday use. Users can enjoy peace of mind knowing the device will receive four OS upgrades and six years of security updates, ensuring lasting performance.

    Designed with inclusivity and sustainability in mind, Xperia 1 VII offers camera accessibility functions that assist users through vibrations and sound cues. The Android TalkBack feature has been customized by Sony to prioritize frequently used menu items, offering quicker access. Packaging is entirely plastic-free, with Sony’s Original Blended Material used for the box and tray. Inside, nearly 84% of selected components are made from recycled or plant-based materials, including SORPLAS, highlighting Sony’s continued commitment to the environment.

    A phone and a screen

AI-generated content may be incorrect.

    Completing the experience is the optional Style Cover with Stand (XQZ-CBFS), a sleek, matching accessory designed to complement the Xperia 1 VII. With both horizontal and vertical stand functionality, the cover adds grip, versatility, and a practical ring strap for stable filming. Available in three elegant shades to match the phone, the cover is also made with 78% sustainable resin, including SORPLAS.

    The Xperia 1 VII will be available in Malaysia from mid-July 2025 in three colors: Slate Black, Moss Green, and Orchid Purple.

    To learn more, visit www.sony.com.my/smartphones/products/xperia-1m7.

  • Kepercayaan Dikhianati, Rumah Tangga Bergoncang – Ikmal Amry Terseret Dilema Emosi dalam “Bukan Ipar Sempurna”

    Kepercayaan Dikhianati, Rumah Tangga Bergoncang – Ikmal Amry Terseret Dilema Emosi dalam “Bukan Ipar Sempurna”

    Apa terjadi apabila cinta yang suci diracuni rahsia kelam dan pengkhianatan terlarang? Jawapannya bakal menghantui penonton menerusi drama bersiri penuh emosi, “Bukan Ipar Sempurna” yang menghiasi slot Akasia TV3 mulai hari ini. Sentuhan arahan Ejump Mohd dan penerbitan oleh MIG Production Sdn. Bhd menjanjikan sebuah kisah yang mengupas realiti perkahwinan dari sisi yang lebih gelap – penuh ranjau, air mata dan dilema.

    Diadaptasi daripada novel popular karya Bellesa, drama 28 episod ini membuka tirai dengan kisah Firash, lakonan Ikmal Amry, yang menamatkan pertunangan demi mengejar cinta sebenar bersama Nadhia. Namun kebahagiaan yang diimpikan mula pudar apabila sebuah rahsia mengejutkan menguji kepercayaan antara pasangan ini. Penonton boleh menyaksikan perkembangan dramatik ini setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam atau strim 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

    Barisan pelakon berbakat besar seperti Cahaya Nilam, Hafeez Mikail, Nadiya Nisaa, Nessa Maureen, Atira Karma, Raff Roslee, Jihaa Sham dan Fazlina Ahmad Daud turut membangkitkan kekuatan penceritaan dengan lakonan penuh penghayatan yang mendalam dan menyentuh jiwa.

    Konflik bermula apabila kehamilan Nadhia menimbulkan persoalan besar – siapakah ayah kandung sebenarnya? Keadaan bertambah kusut apabila Zahin, bekas kekasih Nadhia, kembali dalam hidupnya. Rahsia lama, dendam dan manipulasi emosi mula menggoncang rumah tangga Firash dan Nadhia. Atma, kakak Firash, turut bersekongkol dalam konspirasi, mengadu domba dan menambah bara dalam hubungan suami isteri itu.

    Ketegangan memuncak apabila Firash menyaksikan sendiri satu insiden yang membuatkan dia percaya isterinya berlaku curang. Tanpa menyelidik kebenaran, dendam mula menguasai hati. Penonton akan dibawa menyelami perjuangan Nadhia mempertahankan rumah tangga sambil dibelenggu trauma dan fitnah. Apakah kebenaran akhirnya akan terungkap, dan masih adakah ruang untuk cinta bertaut kembali?

    “Bukan Ipar Sempurna” bukan sekadar drama cinta, tetapi juga gambaran realiti getir dalam perkahwinan moden – bagaimana kepercayaan yang dikhianati boleh menghancurkan segala yang dibina. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti setiap episod mendebarkan hanya di Akasia TV3.

    Untuk info lanjut dan perkembangan terbaru drama ini, ikuti laman media sosial rasmi TV3 Malaysia di Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram, serta saluran Drama Sangat di Instagram @dramasangat.

  • Tiket ‘Sold Out’ Dua Malam, GENKRU Kembali Gegarkan Stadium pada 10 Mei!

    Tiket ‘Sold Out’ Dua Malam, GENKRU Kembali Gegarkan Stadium pada 10 Mei!

    KRU cipta sejarah baharu dalam industri hiburan tanah air apabila Konsert GENKRU kini disahkan berlangsung selama tiga hari, dengan tarikh tambahan diumumkan pada 10 Mei 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Pada awalnya hanya dijadualkan pada 3 Mei 2025, sambutan luar biasa daripada peminat memaksa pihak penganjur menambah satu malam lagi pada 4 Mei. Namun, kedua-dua malam itu menyaksikan tiket habis terjual dalam tempoh kurang sejam, membuktikan betapa kuatnya pengaruh dan legasi KRU yang telah bertapak sejak 1992.

    Sebagai trio ikonik yang membentuk landskap muzik Melayu moden, KRU terus membuktikan daya tarik mereka melangkaui generasi. Dengan keputusan rasmi untuk melanjutkan penganjuran konsert kepada malam ketiga, Konsert GENKRU bukan sekadar satu persembahan hiburan tetapi simbol kejayaan artis tempatan yang mampu mencetus fenomena. Tarikh tambahan pada 10 Mei ini juga menjadikan KRU sebagai kumpulan muzik Malaysia pertama yang berjaya mengadakan konsert berskala besar selama tiga malam di lokasi yang sama.

    Menurut Pengasas ICON Entertainment, Iman Tang, keputusan ini diambil selepas pertimbangan teliti dan persetujuan semua anggota KRU iaitu Dato’ Norman, Datuk Yusry dan Edry. Pemilihan 10 Mei sebagai tarikh konsert ketiga bukanlah bersifat oportunis, tetapi sebagai usaha tulus untuk memenuhi permintaan tinggi daripada peminat yang tidak sempat mendapatkan tiket sebelum ini. Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan ini menjadi kebanggaan buat industri tempatan, dan bukti jelas bahawa pemuzik Malaysia mampu mencipta impak besar tanpa bergantung kepada pasaran luar.

    Pemilihan 10 Mei yang tidak bersebelahan dengan dua tarikh terdahulu dibuat atas pertimbangan teknikal dan logistik, memandangkan jadual asal KRU serta pihak penganjur telah dipenuhi dengan komitmen lain. Bagaimanapun, usaha ini jelas menunjukkan komitmen KRU untuk tidak menghampakan peminat yang ingin menyaksikan persembahan istimewa mereka.

    Konsert GENKRU turut menandakan kemunculan semula KRU di pentas besar selepas enam tahun menyepi. Penonton boleh menantikan malam yang penuh nostalgia dan inovasi muzik yang telah menjadi identiti kumpulan ini sejak tiga dekad lalu. Selain itu, elemen teknologi terkini turut dijangka menambah pengalaman luar biasa sepanjang persembahan.

    Tiket untuk Konsert GENKRU boleh didapati di laman web www.ticket2u.com.my/kru3 dan dijual dalam enam kategori harga iaitu reKRUed pada RM258, Canggih RM358, Relax RM478, Kaset RM508, KRUjaan RM548 dan KRUnisme RM588. Pemegang kad Maybank turut berpeluang mendapatkan tiket lebih awal melalui sesi pra-jualan khas pada 7 Januari 2025 bermula jam 11 pagi. Manakala jualan umum akan bermula pada 8 Januari 2025, jam 3 petang.

    Konsert ini dianjurkan oleh ICON Entertainment dan dijangka mencipta satu lagi detik bersejarah dalam industri hiburan tanah air. Buat para peminat yang masih belum mendapat tiket, ini peluang terakhir untuk menyertai momen bersejarah bersama KRU yang bakal menyatukan muzik, kenangan dan revolusi hiburan dalam satu malam yang tidak akan dilupakan.

  • BYOND Asia dan WebTVAsia Dipilih Sebagai Rakan AI Rasmi GenKRU Concert, Bawa Teknologi HoloBox AI ke Malaysia

    BYOND Asia dan WebTVAsia Dipilih Sebagai Rakan AI Rasmi GenKRU Concert, Bawa Teknologi HoloBox AI ke Malaysia

    Dunia hiburan tempatan menyaksikan satu lagi pencapaian membanggakan apabila BYOND Asia dan WebTVAsia diumumkan sebagai Rakan AI Rasmi untuk Konsert GenKRU 2025 yang berlangsung pada 3 dan 4 Mei di Axiata Arena, Bukit Jalil. Kolaborasi ini mencipta sejarah apabila kumpulan KRU menjadi artis Melayu pertama mempersembahkan elemen teknologi HoloBox AI dalam konsert mereka, sekaligus membawa dimensi baharu dalam pengalaman peminat.

    Teknologi HoloBox AI yang akan dipamerkan sepanjang konsert membolehkan para peminat berinteraksi secara langsung dengan versi holografik ahli kumpulan KRU. Ini adalah kesinambungan daripada kejayaan avatar digital Priscilla Abby di Genting Highlands sebelum ini, yang menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung. Di Konsert GenKRU, pengalaman bergambar bersama hologram artis akan ditawarkan kepada peminat sebagai satu tarikan tambahan yang interaktif dan mengujakan.

    Fred Chong, Ketua Pegawai Eksekutif WebTVAsia, menyatakan bahawa penggunaan teknologi ini membuktikan permintaan tinggi terhadap hiburan berunsur digital dan peribadi. Katanya, GenKRU Concert bukan hanya persembahan muzik, tetapi juga pencetus kepada gelombang hiburan baharu yang menggabungkan kreativiti dengan inovasi teknologi. Beliau menambah bahawa ia bakal memberi impak jangka panjang terhadap cara artis dan peminat berhubung.

    Teknologi HoloBox AI ini dibangunkan dengan sokongan kecerdasan buatan terkini oleh Zhipu AI dan pelesenan eksklusif daripada Klleon Korea. BYOND Asia tampil sebagai peneraju dalam memperkasa hiburan digital di rantau ini dengan memperkenalkan peluang baharu kepada artis tempatan untuk membina kehadiran digital mereka secara kreatif, menjana pendapatan alternatif serta mengeratkan hubungan bersama peminat.

    Kerjasama ini memperkukuh kedudukan KRU sebagai pelopor dalam dunia hiburan dan membuktikan komitmen mereka terhadap kemajuan teknologi. Konsert GenKRU bukan sekadar sambutan terhadap legasi muzik selama lebih tiga dekad, tetapi juga satu pencapaian penting dalam evolusi industri hiburan tempatan. Gabungan antara muzik dan teknologi ini dijangka akan mencetus revolusi dalam cara peminat menikmati persembahan dan berinteraksi dengan idola mereka.

    Dengan sambutan luar biasa yang diterima, GenKRU Concert 2025 bakal dikenang bukan hanya sebagai satu persembahan ikonik, tetapi juga sebagai permulaan era hiburan digital yang lebih maju dan inklusif di Malaysia.

  • KRU & ICON ENTERTAINMENT CIPTA REKOD GEMILANG DI MBR – GENKRU 2025 DINOBAT FENOMENA KONSERT TERBESAR NEGARA!

    KRU & ICON ENTERTAINMENT CIPTA REKOD GEMILANG DI MBR – GENKRU 2025 DINOBAT FENOMENA KONSERT TERBESAR NEGARA!

    Legenda muzik tempatan, KRU, bersama penganjur Icon Entertainment (M) Sdn Bhd, mencipta detik bersejarah apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) menerusi kejayaan Konsert GenKRU 2025 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil selama empat malam. Pengiktirafan ini menandakan pencapaian luar biasa dalam sejarah industri hiburan tempatan dengan sambutan luar jangka daripada peminat.

    Malaysia Book of Records mengiktiraf KRU dengan anugerah “Most Show in a Single Concert Series” selepas kumpulan itu tampil membuat persembahan selama empat malam berturut-turut pada 3, 4, 10 dan 11 Mei 2025. Jumlah ini jauh melebihi perancangan asal hanya satu malam dan membuktikan keutuhan sokongan peminat terhadap kumpulan yang telah lebih 30 tahun mencorakkan landskap muzik Malaysia.

    Dato’ Norman Abdul Halim yang mewakili KRU berkata kejayaan ini merupakan penghargaan buat semua peminat. Katanya, kejayaan mengembangkan konsert kepada empat malam adalah hasil semangat dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua yang membesar dengan karya-karya KRU. Beliau turut menyifatkan ini sebagai bukti kekuatan muzik tempatan yang masih mendapat tempat istimewa di hati rakyat Malaysia.

    Dalam masa sama, Icon Entertainment menerima pengiktirafan “Most Concert Tickets Sold Out in an Hour” selepas 8,000 tiket Konsert GenKRU terjual dalam tempoh hanya satu jam sejurus jualan dibuka. Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, meluahkan rasa bangga dengan pengiktirafan tersebut dan berkongsi penghargaan kepada semua peminat yang menjadikan Konsert GenKRU sebuah acara luar biasa. Menurutnya, ini membuktikan bahawa hiburan tempatan mampu mencipta impak besar dan layak menerima sokongan penuh industri serta kerajaan.

    Majlis penyerahan sijil MBR disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Nik Kamaruzaman Nik Husin, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi, mewakili Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Iliyas Jamil dan Ketua Pegawai Eksekutif MBR, Christopher Wong bersama wakil rasmi.

    Lebih 30,000 peminat hadir sepanjang empat malam konsert berlangsung. Persembahan turut dimeriahkan dengan kemunculan istimewa artis nostalgia seperti Feminin, Elite dan Adam AF, menambah warna serta emosi kepada pengalaman menonton konsert yang telah dianggap antara paling berjaya dalam sejarah konsert tempatan.

    GenKRU 2025 bukan sekadar konsert, tetapi sebuah fenomena budaya yang menyatukan generasi lama dan baharu, sekaligus menaikkan martabat hiburan tanah air ke peringkat yang lebih tinggi. Pencapaian ini bukan sahaja satu penghormatan kepada KRU dan Icon Entertainment, malah satu motivasi kepada seluruh penggiat industri untuk terus melangkah ke hadapan dengan karya yang berkualiti dan bermakna.

  • UPSI PERKUKUHKAN REPUTASI MELAHIRKAN GRADUAN UNGGUL MELALUI PENCAPAIAN SISWI CEMERLANG

    UPSI PERKUKUHKAN REPUTASI MELAHIRKAN GRADUAN UNGGUL MELALUI PENCAPAIAN SISWI CEMERLANG

    Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuhkan reputasinya sebagai salah satu institusi pendidikan terkemuka negara dengan pencapaian cemerlang alumni terbarunya, Siti Fairuz Rohaliza Ejahar, yang baru sahaja dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siswi Cemerlang 2025 oleh Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM). Pencapaian luar biasa ini menambah lagi keunggulannya, di mana beliau juga merupakan penerima Anugerah Pelajaran Diraja sempena Istiadat Konvokesyen UPSI Kali Ke-26 yang lalu.

    Anugerah Siswi Cemerlang 2025 disampaikan oleh Penaung PSWM, YBhg. Toh Puan Dato’ Seri Hajah Dr. Aishah Ong, dalam satu majlis penuh bermakna yang memperakui sumbangan besar wanita siswazah dalam membentuk masa depan negara. Sejak diperkenalkan pada tahun 1993, Anugerah Siswi Cemerlang telah menjadi simbol pengiktirafan kepada graduan wanita yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga terlibat aktif dalam kepimpinan, aktiviti kemasyarakatan dan pemikiran kritis.

    Siti Fairuz Rohaliza, graduan bidang pendidikan, telah membuktikan kebolehannya dalam pelbagai aspek. Beliau tidak hanya meraih keputusan akademik yang cemerlang, tetapi juga aktif dalam kegiatan kokurikulum dan mempunyai semangat kepimpinan serta empati yang tinggi terhadap masyarakat. Kecemerlangan beliau menjadi inspirasi kepada rakan seperjuangan serta membuktikan potensi wanita muda Malaysia untuk bersinar di peringkat tertinggi.

    “Saya amat bersyukur atas anugerah ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pendidik, keluarga dan individu yang sentiasa menyokong saya. Anugerah ini adalah satu tanggungjawab yang besar untuk saya terus memberikan sumbangan positif kepada masyarakat dan negara,” ujar Siti Fairuz penuh rendah diri.

    Penganugerahan ini juga mengukuhkan lagi reputasi UPSI sebagai institusi pendidikan yang terus melahirkan graduan yang bukan sahaja berdaya saing tetapi juga berintegriti dan berjiwa rakyat. Kejayaan Siti Fairuz adalah bukti nyata bahawa UPSI bukan hanya tempat untuk mendapatkan ilmu tetapi juga sebagai platform untuk melahirkan pemimpin masa depan yang berkualiti.

    PSWM dalam kenyataannya mengakui bahawa Siti Fairuz merupakan contoh siswazah wanita ideal, yang berjaya menyeimbangkan antara kecerdasan intelek, kekuatan peribadi dan tanggungjawab sosial. “Inilah graduan yang kami harapkan, yang mampu menjadi agen perubahan dan teladan kepada generasi akan datang,” kata PSWM dalam kenyataan rasmi.

    Dengan kejayaan ini, UPSI terus membuktikan komitmennya dalam melahirkan siswazah yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga mempamerkan nilai-nilai murni dan kemahiran kepimpinan yang penting dalam membentuk masa depan negara.

  • Rasai Debaran Lebih Awal: Tayangan Khas Ejen Ali The Movie 2 di 9 Pawagam Terpilih

    Rasai Debaran Lebih Awal: Tayangan Khas Ejen Ali The Movie 2 di 9 Pawagam Terpilih

    Para peminat Ejen Ali kini berpeluang menyaksikan sambungan penuh aksi dan teknologi dari dunia Cyberaya lebih awal menerusi tayangan khas yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025, jam 11:00 pagi di sembilan lokasi pawagam terpilih seluruh negara. Inisiatif ini membuka peluang eksklusif untuk menjadi antara yang pertama menikmati filem animasi tempatan paling dinanti tahun ini, empat hari sebelum tayangan rasmi bermula.

    Kolaborasi antara WAU Animation, Primeworks Studios dan Golden Screen Cinemas (GSC) ini merupakan bukti komitmen terhadap usaha menyemarakkan lagi sokongan terhadap industri animasi tanah air. Dengan harga RM40, peminat bukan sahaja menerima tiket tayangan awal tetapi turut membawa pulang lencana butang eksklusif Ejen Ali The Movie 2 dan satu set kombo popcorn bersaiz sederhana menjadikan pengalaman menonton lebih bermakna dan berbaloi.

    Lokasi tayangan khas ini hanya tersedia di pawagam GSC terpilih termasuk GSC Mid Valley Megamall, KL East Mall, MyTOWN, Setia City Mall, IOI City Mall, AEON Bandaraya Melaka, Aman Central Alor Setar dan East Coast Mall Kuantan. Setiap lokasi menjanjikan pengalaman sinematik yang selesa untuk para ejens menikmati detik-detik mendebarkan bersama Ejen Ali.

    Bagi mereka yang mahukan pengalaman lebih eksklusif dan premium, GSC Aurum Theatre di The Exchange TRX turut menawarkan dua sesi tayangan istimewa pada jam 11:00 pagi dan 1:30 petang. Tiket berharga RM40 bagi slot ini hadir bersama satu rantai kunci edisi khas, tiket tayangan serta snek dan minuman premium. Tambah menarik, peminat turut berpeluang berinteraksi bersama maskot rasmi Ejen Ali serta barisan pelakon suara yang akan memeriahkan suasana tayangan.

    Untuk meraikan peminat sejati, HQ MATA turut mengalu-alukan penyertaan peminat cosplay untuk hadir lengkap dengan gear MATA masing-masing. Ini bukan sekadar tayangan filem – ia adalah misi penuh semangat, gaya dan kebanggaan buat seluruh ejens di Malaysia.

    Jangan lepaskan peluang istimewa ini untuk jadi sebahagian daripada komuniti penggemar animasi tempatan yang bangkit bersama semangat Satria! Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, layari laman web rasmi GSC atau aplikasi mudah alih GSC hari ini.

    Tonton Trailer Rasmi terbaru Ejen Ali The Movie 2 di pautan berikut:
    https://youtu.be/5nD1LWmAeKc?si=xPVusg_hDpqzHoTQ

  • Ejen Ali The Movie 2: Di Sebalik Kota Canggih Cyberaya

    Ejen Ali The Movie 2: Di Sebalik Kota Canggih Cyberaya

    Dalam alam futuristik yang ditampilkan dalam siri Ejen Ali, kota Cyberaya muncul sebagai simbol kemajuan teknologi yang mengagumkan. Di sebalik keunikan reka bentuk dan fungsinya, Cyberaya sebenarnya diinspirasikan daripada Cyberjaya, sebuah bandar digital di Malaysia yang dibangunkan sebagai hab inovasi dalam sains dan teknologi. Bandar ini mencerminkan impian masa depan yang dihidupkan dalam dunia animasi penuh aksi.

    Dalam siri televisyen dan filem Ejen Ali, Cyberaya digambarkan sebagai kota pintar masa depan yang menjadi nadi kepada pembangunan teknologi canggih. Tiga bidang utama menjadi teras pembangunan kota ini dan diketuai oleh saintis tersohor yang mahir dalam kepakaran masing-masing. Dr. Tong mewakili bidang bioteknologi, Dr. Mala pakar dalam kejuruteraan tenaga, manakala bapa kepada Ejen Ali sendiri, Dr. Ghazali, ialah ahli dalam sains perkomputeran. Melalui gabungan ilmu kedua ibu bapanya, Ali mewarisi semangat dan kemahiran dalam bidang teknologi, terutama dengan penggunaan IRIS yang dicipta oleh ibunya, Ejen Aliya.

    Tidak seperti kebanyakan kisah fiksyen lain yang menjadikan kuasa ajaib sebagai asas kekuatan, dunia Ejen Ali memberi pendekatan lebih realistik dengan menonjolkan latihan intensif, kepakaran individu dan penggunaan teknologi sebagai sumber kehebatan ejen-ejen perisik MATA. Setiap peranti dan senjata yang digunakan diinspirasikan daripada permainan tradisional dan budaya Asia, menjadikan pendekatan ini unik dan dekat dengan akar budaya kita. Contohnya, senjata yo-sing Ejen Ali menggabungkan gasing dan yoyo, manakala senjata Gada General Rama diilhamkan daripada seni mempertahankan diri India, dan kerambit plasma milik Ejen Rizka berasal dari senjata tradisi Melayu. Semua ini menjadikan Cyberaya sebagai gambaran masa depan yang boleh dicapai, didorong oleh kreativiti dan inovasi manusia.

    Sumber tenaga utama Cyberaya dikenali sebagai Azurium, sejenis mineral nadir yang memiliki kuasa luar biasa. Penggunaannya dihadkan kepada teknologi tinggi sahaja bagi memastikan keseimbangan dan keselamatan awam. Namun, perubahan kepimpinan kota ini membawa cadangan baru yang ingin menyebarkan penggunaan Azurium secara global, sekaligus menimbulkan risiko terhadap kestabilan dunia. Pertikaian antara kemajuan dan keselamatan menjadi konflik utama yang mendasari naratif Ejen Ali The Movie 2.

    Kemajuan teknologi Cyberaya menjadikannya sasaran pihak berkepentingan yang tamak dan tidak bertanggungjawab. Ancaman ini datang dalam pelbagai bentuk, sama ada terang-terangan atau tersembunyi. Bagi mengelakkan kekacauan dan panik, pengasas Cyberaya, Dato’ Othman, menyimpan banyak rahsia demi memastikan keselamatan kota. Dalam usaha mempertahankan keamanan, satu agensi rahsia yang dikenali sebagai MATA ditubuhkan. MATA beroperasi secara senyap untuk menghalang ancaman dari dalam dan luar, termasuk jenayah siber dan eksperimen berbahaya.

    Ejen MATA dibahagikan kepada empat teras utama iaitu NEURO untuk strategi, TEKNO untuk teknologi, KOMBAT untuk pertarungan dan INVISO untuk penyamaran. Latihan intensif dan disiplin yang tinggi membentuk asas kekuatan mereka, menjadikan mereka pelindung utama Cyberaya.

    Cyberaya dalam Ejen Ali bukan sekadar latar tempat dalam cerita, tetapi lambang pertembungan antara cita-cita kemajuan dan tanggungjawab sosial. Ia membawa mesej yang jelas bahawa masa depan hanya boleh dicapai dengan hati yang bijak dan tindakan yang beretika. Terinspirasi daripada Cyberjaya, filem ini mengangkat nilai tempatan ke pentas global dan menyampaikan naratif yang mencerminkan realiti dunia moden.

    Debaran menanti tayangan Ejen Ali The Movie 2 semakin terasa. Filem ini bakal menemui penonton pada 22 Mei 2025 dengan aksi yang lebih mendebarkan, teknologi lebih futuristik dan cabaran yang lebih besar. Tandakan tarikh ini dan jangan lepaskan peluang menjadi antara yang pertama menyaksikan sambungan epik dari dunia Cyberaya.

    Tonton trailer rasmi Ejen Ali The Movie 2 di:
    https://youtu.be/5nD1LWmAeKc?si=xPVusg_hDpqzHoTQ

  • MR D.I.Y. ‘Minta Maaf’ Kerana Terlalu Memanjakan Pelanggan: Rasai Pengalaman MANJA Land di MR.D.I.Y PLUS, Mid Valley Megamall

    MR D.I.Y. ‘Minta Maaf’ Kerana Terlalu Memanjakan Pelanggan: Rasai Pengalaman MANJA Land di MR.D.I.Y PLUS, Mid Valley Megamall

    Peruncit barangan kelengkapan rumah terbesar Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad atau MR D.I.Y., melancarkan satu inisiatif menarik bertajuk “Minta Maaf, MR D.I.Y. Terlalu Memanjakan Anda”. Kempen ini merupakan pendekatan kreatif MR D.I.Y. dalam mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang setia menyokong jenama ini sebagai destinasi pilihan barangan keperluan pada harga yang sentiasa berpatutan.

    Berlangsung dari 9 hingga 11 Mei 2025, inisiatif ini membawakan pengalaman unik yang dikenali sebagai MANJA Land di MR D.I.Y. PLUS, Mid Valley Megamall. Ruang beli-belah tersebut diubah menjadi lokasi menenangkan dan menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti santai serta sesi memanjakan diri, sekaligus menambah nilai kepada pengalaman membeli-belah pelanggan.

    Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti termasuk bengkel interaktif, sesi urutan, perkhidmatan rias kuku, serta menikmati pelbagai snek dan kopi. Terdapat juga zon khas untuk kanak-kanak bagi memastikan keseronokan dirasai oleh seluruh keluarga sepanjang lawatan ke MANJA Land.

    Menurut Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, jenama ini sentiasa berusaha mencipta ruang untuk menghargai pelanggannya. Beliau menyatakan bahawa kempen ini bukan sekadar promosi produk, tetapi lebih kepada membina hubungan dan memberikan pengalaman menyeluruh yang lebih bermakna. MANJA Land dilihat sebagai salah satu cara MR D.I.Y. mengucapkan terima kasih atas kesetiaan dan sokongan berterusan pelanggan mereka.

    Tambah beliau lagi, harapan MR D.I.Y. adalah agar semua pengunjung berasa dihargai dan pulang dengan hati yang gembira. Dengan suasana yang ceria dan penuh keistimewaan, pelanggan pasti akan berasa lebih dihargai dan disayangi ketika berada di MANJA Land.

    Untuk menyertai aktiviti-aktiviti menarik di MANJA Land, pengunjung hanya perlu ke Kaunter Penebusan MANJA. Mereka boleh mengumpul token melalui pembelian atau aktiviti media sosial, dan kemudiannya menebus pelbagai hadiah menarik.

    Antara tarikan utama yang ditawarkan termasuk Manja Lab yang menyediakan bengkel seperti Analisis Warna Peribadi, Pembuatan Minyak Wangi dan Gubahan Bunga. Terdapat juga Manja Lounge dengan suasana santai lengkap bersama kopi barista dan bertih jagung, serta Interactive Corner yang menampilkan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti dinding foto dan roda hadiah.

    Bagi yang hadir bersama anak-anak, Lil’ Manja merupakan zon khas kanak-kanak dengan aktiviti seperti Slime Play dan Spa Mini. Sementara itu, Manja Spa menyediakan sesi urutan tangan dan bahu dengan kerusi urut istimewa daripada ITSU, manakala Manja Fingers pula menawarkan perkhidmatan rias kuku selama 20 minit bagi memanjakan tangan pelanggan.

    Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif “Minta Maaf, MR D.I.Y. Terlalu Memanjakan Anda” serta pengalaman istimewa di MANJA Land boleh melayari laman web rasmi mrdiy.com atau mrdiy.com.my, serta mengikuti MR D.I.Y. di Facebook, Instagram dan TikTok untuk sebarang kemas kini terkini.

  • Celebrate Mother’s Day with Exclusive Samsung Offers That Say “Thank You” in Style

    Celebrate Mother’s Day with Exclusive Samsung Offers That Say “Thank You” in Style

    Mother’s Day is more than just a date on the calendar it’s a moment to celebrate the unwavering love, strength, and selflessness of the most important women in our lives. This year, show just how much she means to you with a gift that blends innovation, elegance, and practicality.

    From 8 May to 31 May 2025, Samsung is offering limited-time deals on a wide selection of its most loved devices. Whether it’s for your mother, father, or a cherished parental figure, these offers are the perfect way to express gratitude with something truly meaningful.

    Featuring the latest Galaxy AI-powered innovations, Samsung’s smartphones and tablets are designed to simplify daily routines, enhance communication, and empower users to navigate the digital world with ease. It’s the ideal upgrade for someone who’s always put your needs first.

    These exclusive offers are available while stocks last so don’t miss the chance to gift a smarter, more connected lifestyle to the one who’s given you everything.

    For full details and to explore the available deals, visit Samsung Malaysia’s official website.

    Terms and conditions apply.

    Participating
    Models
    StorageRRPRebatePrice after RebateFree Gift
    Galaxy S25 Ultra1TBRM   7,799RM      300RM   7,499Galaxy Watch 7 40mm worth RM1,199
    512GBRM   6,599RM      300RM   6,299
    256GBRM   5,999RM      300RM   5,699
    Galaxy S25+512GBRM   5,599RM      200RM   5,399Galaxy Watch7 40mm worth RM1,199
    256GBRM   4,999RM      200RM   4,799
    Galaxy S25512GBRM   4,599RM      100RM   4,499Galaxy Watch7 40mm worth RM1,199
    256GBRM   3,999RM      100RM   3,899
    Galaxy S24 Ultra512GBRM   6,099RM   1,000RM   5,099Galaxy Buds3worth RM599
    256GBRM   5,499RM   1,000RM   4,499
    Galaxy S24+512GBRM   5,399RM   1,200RM   4,199Galaxy Buds3worth RM599
    256GBRM   4,899RM   1,200RM   3,699
    Galaxy S24512GBRM   4,099RM      400RM   3,699Galaxy Buds3worth RM599
    256GBRM   3,499RM      400RM   3,099
    Galaxy S24 FE512GBRM   3,899RM      300RM   3,599Galaxy Buds3worth RM599
    256GBRM   3,299RM      300RM   2,999
    Galaxy A56 5G128GBRM   1,999RM      200RM   1,799Galaxy Fit3worth RM299 &25W Power Adapter Without Cable (EP-T2510) worth RM89
    256GBRM   2,199RM      200RM   1,999
    Galaxy A36 5G128GBRM   1,499RM      200RM   1,29925W Power Adapter Without Cable (EP-T2510) worth RM89
    256GBRM   1,699RM      200RM   1,499
    Galaxy A26 5G128GBRM   1,199RM      200RM      99925W Power Adapter Without Cable (EP-T2510) worth RM89
    256GBRM   1,399RM      200RM   1,199
    Galaxy Z Flip6512GBRM   5,599RM      900RM   4,699
    256GBRM   4,999RM      900RM   4,099
    Galaxy Z Fold61TBRM   9,099RM      900RM   8,199
    512GBRM   7,899RM      900RM   6,999
    256GBRM   7,299RM      900RM   6,399
    Galaxy Watch Ultra 47mmRM   3,399RM      500RM   2,899
    Galaxy Watch7 44mmRM   1,299RM      150RM   1,149
    Galaxy Watch7 40mmRM   1,199RM      150RM   1,049
    Galaxy Buds3 ProRM      999RM      150RM      849
    Galaxy Buds3RM      599RM      150RM      449