Kemeriahan Konsert Karnival Jom Heboh di Johor Bahru
Suasana di Johor Bahru bakal bertambah meriah dengan penganjuran Konsert Jom Heboh selama dua malam berturut-turut pada 31 Oktober dan 1 November 2026 di Pentas Utama, bermula jam 9.00 malam. Diacarakan oleh Amirulhakim Lokman dan Haiza Kool FM, malam konsert akan dihangatkan dengan persembahan bertenaga daripada bintang ternama seperti Haqiem Rusli, Ara Johari, Bunga Isme, Drama Band, dan Mariam Saim. Pengunjung juga berpeluang mendekati selebriti kegemaran secara bersemuka menerusi sesi Meet & Greet yang menampilkan barisan pelakon popular seperti Imran Aqil, Puteri Khareeza, Farah Nabilah, dan ramai lagi di Reruai Studio Tonton Drama Sangat.

Aktiviti Menarik dan Larian Jom Heboh Fun Run 2026
Tidak lengkap kunjungan ke KJH tanpa merasai pelbagai sajian di Love Food Fest, yang menghimpunkan pelbagai pilihan makanan tempatan dan makanan viral untuk diterokai pengunjung sepanjang karnival berlangsung. Pengunjung juga digalakkan menggunakan perkhidmatan e-hailing GRAB yang menawarkan kod diskaun khas bagi memudahkan perjalanan ke tapak karnival. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kemeriahan ini dan kongsikan keterujaan anda menggunakan tanda pagar rasmi #KJH, #KarnivalJomHeboh, dan #KJHJohor untuk maklumat lanjut di www.jomheboh.com.my.













