Category: Music

  • VIVIZ Captivates Malaysian Fans with Heartfelt Performances and Playful Energy During 2025 WORLD TOUR [NEW LEGACY]

    VIVIZ Captivates Malaysian Fans with Heartfelt Performances and Playful Energy During 2025 WORLD TOUR [NEW LEGACY]

    The vibrant atmosphere at iDEA Live Arena, Damansara was undeniable as VIVIZ, the dynamic K-pop trio of Eunha, SinB, and Umji, delivered a night to remember during their 2025 VIVIZ WORLD TOUR [NEW LEGACY] in MALAYSIA on Saturday, 25 October. The event drew a full crowd of 3,000 enthusiastic fans, many of whom have supported the group from their early days as members of GFRIEND and have continued to walk with them into their new era as VIVIZ.

    Before the show even began, the venue became a beautiful spectacle as fans arrived in a pastel blue and white dress code, creating a dreamy, unified scene that reflected the group’s soft yet charismatic musical identity. Cheers echoed throughout the hall the moment the lights dimmed, signaling the start of an unforgettable evening.

    VIVIZ opened the show with Intro + Shhh!, quickly capturing the audience’s attention. They continued to build emotional momentum through Cliché, Love or Die, Overflow, and Blue Clue, showcasing their signature vocal blend and expressive choreography. The audience responded with enthusiastic fan chants, creating a joyful atmosphere that felt intimate yet exhilarating.

    The concert featured individual spotlight moments as well, allowing each member to express her artistry. SinB captivated the hall with a powerful and confident performance of Hipnotic, demonstrating her fierce dance skills and stage presence. Umji took on a more tender tone with Love Language, her calming and heartfelt vocals drawing the crowd into her world. Eunha followed with Milky Way, charming fans with her delicate voice and emotional delivery.

    Following the solo stages, VIVIZ returned together to lift the energy once again. Performances of Intro + RED SUN!, Love & Tears, and Full Moon continued to build the emotional tone of the night, followed by fan-favorites such as Love Love Love, #FLASHBACK, BOP BOP!, and La La Love Me. Each song brought a different wave of emotions from excitement to nostalgia and the audience remained fully engaged throughout.

    The setlist also included Untie, Tweet Tweet, MANIAC (Rock Version), LOVEADE, and Party Pop, bringing the crowd into moments of pure celebration. To conclude, VIVIZ delivered Day by Day + Outro, closing the night with a gentle and heartwarming farewell. The performance ended at 7:10pm, but the emotional echo of the show remained long after.

    Throughout the evening, VIVIZ expressed sincere gratitude to their Malaysian audience. They shared stories, laughter, and warm messages, acknowledging the loyalty and affection shown by fans across different chapters of their journey. The concert served as both a continuation of their legacy and a promise of new beginnings.

    The Malaysia stop of the 2025 VIVIZ WORLD TOUR [NEW LEGACY] proved to be more than a musical event it was a celebration of connection, resilience, and the shared joy between artists and fans who continue to grow together.

  • Astro bawa kelainan dengan ‘Gegar Vaganza 12’ menerusi dunia baharu GV-Verse

    Astro bawa kelainan dengan ‘Gegar Vaganza 12’ menerusi dunia baharu GV-Verse

    Gegar Vaganza (GV12) kembali sekali lagi memanaskan malam Ahad para peminat muzik tempatan dengan persembahan penuh emosi, tenaga dan nostalgia. Setelah sekian lama menjadi program nyanyian paling dinantikan di Malaysia, musim baharu ini tampil lebih segar dan berani dengan memperkenalkan konsep eksklusif “GV-Verse”, sebuah dimensi baharu yang diinspirasikan daripada keunikan serta aura luar biasa bintang-bintang yang menghiasi pentas GV12. Bermula 2 November 2025, setiap Ahad jam 9 malam, rancangan ini bakal disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan juga boleh distrim melalui Astro GO serta sooka.

    GV12 membawa penonton menelusuri perjalanan muzik dari era 80-an hingga 2000-an, meraikan bintang legenda yang pernah mewarnai industri hiburan serantau. Ia bukan sekadar pertandingan, tetapi sebuah penghargaan terhadap keabadian muzik dan suara-suara emas yang kekal di hati peminat. Musim ini menyaksikan 13 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, menggabungkan suara, gaya dan semangat seni yang berbeza di bawah satu bumbung, sekali gus menjadikan GV12 sebagai medan persaingan yang sarat dengan pesona dan kehebatan.

    Antara nama besar yang mewakili Malaysia termasuklah Dato’ Elaine Kang, Krisya, Mell Sakura, Korie, Rahmat Ekamatra, Mark Adam dan Nubhan, bersama duo Freshies (Ejie dan Shima) yang bakal menghidupkan semula irama pop tempatan dengan keunikan tersendiri. Dari Indonesia, kemeriahan pentas diserikan oleh Shae, Ruri Repvblik dan trio Mendua yang dianggotai Pungky, Sasha dan Diana. Tidak ketinggalan, Singapura turut menghantar wakilnya, Iskandar Ismail, yang cukup sinonim dengan kekuatan vokal dan karisma di pentas. Menambahkan lagi elemen misteri, peserta wildcard SHY8 hadir membawa sentuhan seni yang berbeza dan menjanjikan kejutan baharu dalam dunia GV-Verse.

    Barisan pengacara dan juri yang menjadi tunjang kekuatan GV turut dikekalkan. Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad kembali mengemudi pentas dengan gandingan yang serasi serta gaya humor yang menghiburkan, sementara barisan juri tetap Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat terus diberi kepercayaan untuk menilai persembahan dengan kepakaran dan kejujuran yang tinggi.

    Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, Gegar Vaganza bukan sekadar pertandingan nyanyian tetapi sebuah platform yang memberi ruang kepada artis legenda dan penyanyi yang lama menyepi untuk menyalakan kembali perjalanan muzik mereka. Beliau menegaskan bahawa daya tarikan GV terletak pada gabungan nostalgia, pembaharuan dan emosi tulen yang menghubungkan artis dan penonton melalui lagu-lagu abadi yang mencipta kenangan tanpa batas masa.

    Tambahnya lagi, musim GV12 melalui GV-Verse akan membawa penonton ke tahap pengalaman yang lebih tinggi, dengan barisan peserta yang mewakili pelbagai era dan latar belakang muzik. Daripada legenda evergreen seperti Dato’ Elaine Kang dan Rahmat Ekamatra hingga kepada suara moden seperti Mark Adam, Shae dan Ruri Repvblik, setiap peserta membawa kisah dan semangat tersendiri. Penyertaan kumpulan dinamik seperti Freshies dan Mendua turut menjanjikan persembahan yang penuh harmoni dan bertenaga.

    Astro berharap agar musim kali ini menjadi lebih daripada sekadar pertandingan. Ia diharapkan menjadi perjalanan penghargaan terhadap seni dan bakat para peserta, sambil memberi inspirasi kepada generasi baharu peminat muzik. Penonton dijemput menyertai “universe” GV-Verse untuk mengimbau kenangan, menikmati irama baharu dan menyaksikan kebangkitan dunia muzik dalam skala yang lebih besar dan memukau.

    Format penjurian masih mengekalkan sistem pemarkahan 100 peratus daripada juri profesional, di mana peserta dengan markah terendah setiap minggu akan disingkirkan. GV12 terus mendapat sokongan padu daripada CelcomDigi selaku Penaja Utama, HONOR sebagai Telefon Pintar Rasmi, serta Adabi dan Uphamol sebagai Penaja Bersama. Juara GV12 bakal membawa pulang wang tunai RM100,000, naib juara menerima RM50,000, tempat ketiga RM30,000, tempat keempat RM20,000, tempat kelima RM15,000 dan tempat keenam RM10,000.

    Program ini juga menampilkan pelbagai segmen sampingan bagi memperkayakan pengalaman penonton. “Kapsul Gegar Vaganza 12” menampilkan momen di balik tabir dan sesi temu bual eksklusif selama lima minit bersama peserta, dihoskan oleh Falyq Hikyle dari radio SINAR. “Vazz Vaganza Gegar Vaganza 12” pula disiarkan selepas rancangan utama bersama hos Dina Nadzir yang mengupas reaksi dan perbualan menarik bersama peserta serta juri. Untuk platform digital, program “Sofa Kentang GV12” disiarkan secara serentak di media sosial Astro Gempak dan dikendalikan oleh Thinker Studios, memberi peluang kepada peminat untuk mengikuti perbualan interaktif secara langsung.

    GV12 turut berkolaborasi bersama Astro Gempak sebagai Rakan Digital rasmi dan SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi yang turut disokong oleh ERA dan GEGAR. Penonton boleh menonton secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam selama 12 minggu berturut-turut, atau menstrimnya pada bila-bila masa melalui Astro GO dan sooka. Untuk pengalaman penstriman terbaik, pelanggan boleh melanggan Pek Astro One pada harga RM49.99 sebulan atau menikmati hiburan tanpa henti bersama Astro Fibre 500Mbps dan Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.

    Gegar Vaganza 12 bukan sekadar pentas pertandingan, tetapi satu dimensi baharu dalam dunia muzik tempatan dan serantau. Ia meraikan perjalanan, menghargai kenangan, dan menyalakan kembali semangat seni yang tidak pernah padam. GV-Verse bukan hanya simbol inovasi, tetapi satu ruang untuk legenda lama bersinar kembali di bawah cahaya yang baharu.

  • RIUH x ASEAN Marketplace 2025 Transforms Stadium Merdeka into a Celebration of Music and Culture

    RIUH x ASEAN Marketplace 2025 Transforms Stadium Merdeka into a Celebration of Music and Culture

    The spirit of creativity, community and culture will come alive at Stadium Merdeka this weekend as it plays host to the RIUH x ASEAN Marketplace 2025 from 24th to 26th October. The nation’s most iconic landmark, known for its deep historical significance, will once again open its doors to Malaysians and visitors from across the region for a vibrant celebration of art, music and entrepreneurship.

    As the venue sponsor for this year’s event, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV), a wholly owned subsidiary of Permodalan Nasional Berhad (PNB), is proud to welcome the public back to Stadium Merdeka for one special weekend. This collaboration reflects PNBMV’s ongoing dedication to the Warisan KL initiative, an effort to preserve and revitalise the heart of Kuala Lumpur by transforming it into a thriving hub for creativity and cultural exchange.

    PNBMV Chief Executive Officer, Dato’ Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud, expressed his excitement over the partnership, highlighting the event’s alignment with the company’s vision to connect communities and showcase Malaysian talent. He shared that the RIUH x ASEAN Marketplace embodies the essence of unity, heritage and creativity that Stadium Merdeka stands for. The event will also feature several local entrepreneurs supported by PNBMV’s Merdeka 118 Community Grants Programme, providing small businesses and social enterprises with an opportunity to share their crafts, products and stories with a wider audience.

    Since its official reopening in 2024, Stadium Merdeka has been steadily reactivated as an inclusive public space for Malaysians to gather, celebrate and connect. The RIUH x ASEAN Marketplace further strengthens this mission by creating a lively platform where local and regional communities can come together in the spirit of creativity and collaboration.

    Visitors to the event can look forward to exploring a diverse range of stalls and showcases by Merdeka 118 Community Grants recipients, including handcrafted decoupage art by Hanuni Halim, sustainable upcycled plastic creations by Hara Maker and stingless bee honey products produced by International Islamic University Malaysia’s community enterprise. Art lovers will also enjoy the captivating photography exhibition by Jamal Tommy Gallery, while collectors can pick up exclusive Stadium Merdeka merchandise.

    Held in conjunction with Malaysia’s ASEAN Chairmanship 2025, the three-day festival will bring together more than 100 retail and F&B brands alongside a host of creative workshops and performances from across Southeast Asia. Among the highlights are Coffee Painting and Wau Making workshops, live performances by Malaysia’s own Aina Abdul, Estranged and Atilia Haron, as well as special appearances by regional acts such as Singapore’s ALYPH.

    Beyond the main festivities, visitors can immerse themselves in the rich surroundings of the revitalised Merdeka 118 precinct. The area is ideally located within walking distance of Kuala Lumpur’s heritage quarters, including Petaling Street and Chinatown, where traditional charm blends seamlessly with modern cafés, art spaces and boutique shops. Nearby, Kampung Attap continues to grow as one of the city’s creative hotspots, featuring independent studios, galleries and design collectives that capture the city’s evolving artistic pulse.

    As Stadium Merdeka once again fills with music, laughter and life, RIUH x ASEAN Marketplace 2025 stands as a testament to Kuala Lumpur’s enduring spirit of unity, diversity and innovation. The event not only celebrates the region’s shared cultural heritage but also reaffirms the historic venue’s role as a living landmark a place where past and present converge to inspire a vibrant and connected future.

  • Dari Dua Benua ke Satu Pentas! Kumbang Bunga Satukan Irama Nusantara

    Dari Dua Benua ke Satu Pentas! Kumbang Bunga Satukan Irama Nusantara

    Dunia muzik serantau sekali lagi diwarnai dengan kehadiran karya istimewa apabila ikon tersohor Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, bergandingan dengan penyanyi terkenal Indonesia, Lesti, dalam single baharu berjudul Kumbang Bunga. Lagu ciptaan Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh ini bukan sekadar mempertemukan dua suara besar Nusantara, tetapi turut menjadi simbol persahabatan, keharmonian dan kesatuan dua negara serumpun yang disatukan oleh bahasa muzik.

    Kumbang Bunga membawa makna mendalam melalui gabungan tiga irama utama iaitu inang, dangdut dan masri, yang digarap dalam bentuk kontemporari tradisional. Hasilnya ialah sebuah lagu yang kaya dengan nilai budaya namun tetap segar dan sesuai dengan cita rasa generasi masa kini. Karya ini dihasilkan bagi menarik minat peminat muzik dari pelbagai lapisan usia, melangkaui sempadan generasi, serta menggalakkan anak muda untuk terus mendekati dan menghargai muzik berteraskan warisan.

    Menurut Dato’ Sri Siti Nurhaliza, beliau tertarik dengan melodi Kumbang Bunga sebaik sahaja mendengarnya buat kali pertama, dan terus mencadangkan agar elemen dangdut, yang sinonim dengan identiti muzik Lesti, turut diserapkan dalam gubahan lagu ini. Beliau mengakui bahawa perancangan untuk berduet dengan Lesti sudah lama diimpikan, dan kini tiba masanya untuk merealisasikan hasrat tersebut menerusi sebuah projek yang berkonsepkan tradisional.

    “Saya gembira kerana hasrat untuk berduet dengan Lesti sudah lama dirancang dan inilah waktu yang tepat apabila saya tampil dengan single serta album berkonsepkan tradisional,” ujar Siti. Beliau turut menambah bahawa muzik memiliki kekuatan luar biasa untuk menyatukan manusia tanpa mengira bahasa, budaya dan sempadan. “Menerusi Kumbang Bunga, saya berharap lagu ini bukan sahaja diterima baik di Malaysia dan Indonesia tetapi turut mendapat tempat di hati peminat kami di negara lain,” jelasnya lagi.

    Bagi Lesti pula, kolaborasi ini dianggap sebagai satu penghormatan besar dan simbol kepada nilai persaudaraan antara dua negara. Katanya, muzik berperanan sebagai medium yang mampu menyatukan dan menghargai perbezaan dengan penuh kasih dan hormat. “Saya berterima kasih kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana mengundang saya berduet dalam lagu yang sangat indah ini. Para peminat kami sudah lama mendambakan kolaborasi ini dan akhirnya menjadi kenyataan,” katanya dengan penuh teruja.

    Komposer lagu ini, Firdaus Rahmat, mendedahkan bahawa proses penciptaan Kumbang Bunga hanya mengambil masa kira-kira dua hari untuk disiapkan sepenuhnya. Beliau menjelaskan bahawa karya ini digubah khas untuk menonjolkan keindahan vokal Siti Nurhaliza dan Lesti dalam nuansa tradisional yang segar dan moden. “Lagu ini memang saya hasilkan dengan membayangkan suara mereka berdua. Saya ingin menampilkan keunikan vokal masing-masing dalam satu karya yang membawa roh muzik Nusantara,” jelas Firdaus yang turut bekerjasama dengan Iqie Hugh dalam penghasilan lagu ini.

    Kumbang Bunga diterbitkan oleh SN Legacy Sdn. Bhd., Trinity Optima Production dan Universal Music Sdn. Bhd., dan boleh didengarkan di semua pelantar digital bermula 22 Oktober 2025. Video muzik rasminya yang dilancarkan pada hari yang sama pada jam 3.00 petang memperlihatkan keindahan kolaborasi dua suara besar Nusantara dalam satu persembahan yang penuh makna, sekali gus mengangkat martabat muzik tradisional ke persada antarabangsa dengan sentuhan moden dan berjiwa serumpun.

  • Malam Magis Bersama UNIC! Dari Zikir ke Irama, Dari Hati ke Jiwa

    Malam Magis Bersama UNIC! Dari Zikir ke Irama, Dari Hati ke Jiwa

    Setelah lebih dua dekad mengukir nama dalam industri muzik tanah air dengan karya yang sarat nilai dakwah dan mesej positif, kumpulan nasyid tersohor UNIC bakal meraikan perjalanan seni mereka menerusi sebuah konsert istimewa bertajuk “This Is UNIC: Live In Concert”. Acara penuh makna ini dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2025 di Idea Live Arena, Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh Triple Am Global.

    Konsert ini menjadi simbol perjalanan panjang UNIC dalam dunia muzik Islamik, sekaligus menandakan konsert solo penuh pertama mereka selepas kembali bersatu dengan barisan terkini yang terdiri daripada Bazli Hazwan, Dr. Fitri Haris dan Fakhrul Radhi. Bagi mereka bertiga, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi sebuah penghargaan kepada peminat yang sentiasa setia menyokong sejak awal penubuhan kumpulan ini.

    Menurut Bazli Hazwan, matlamat utama konsert ini amat peribadi dan penuh makna. Lebih dua puluh tahun bersama peminat menjadikan detik ini masa yang tepat untuk meraikan perjalanan panjang UNIC bersama mereka. Beliau menegaskan bahawa konsert ini juga bertujuan untuk mengembalikan semangat nasyid ke pentas besar serta membuktikan bahawa muzik dakwah masih relevan dan mampu menyentuh hati masyarakat masa kini.

    Konsert “This Is UNIC: Live In Concert” bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya dirangka sebagai satu perjalanan muzik dan jiwa yang membawa penonton menyusuri evolusi UNIC sejak kemunculan mereka sehingga kini. Setiap segmen persembahan akan menggambarkan fasa berbeza dalam sejarah kumpulan ini, membolehkan penonton menikmati perubahan gaya dan warna muzik UNIC yang terus berkembang mengikut zaman.

    Dr. Fitri Haris menjelaskan bahawa konsert ini akan menampilkan keseimbangan antara emosi, spiritual dan hiburan melalui susunan lagu yang teliti. Penonton akan disajikan dengan pelbagai elemen muzik moden dan tradisional, diiringi persembahan live band di bawah pimpinan pengarah muzik berpengalaman. UNIC berhasrat untuk mencipta pengalaman yang bukan hanya didengar, tetapi benar-benar dihayati oleh semua yang hadir.

    Fakhrul Radhi pula menekankan bahawa mereka menjalani persiapan rapi dari segi vokal, mental dan fizikal bagi memastikan persembahan berada di tahap terbaik. Menurutnya, UNIC ingin setiap penonton merasai perjalanan emosi dan mesej yang disampaikan melalui setiap lagu yang dipersembahkan.

    Antara lagu-lagu yang bakal menggamatkan suasana ialah karya ikonik seperti “Demi Cinta Suci”, “Hanya Tuhan Yang Tahu” dan “Ainul Mardhiah”, yang akan diberi nafas baharu dengan susunan muzik segar. Penonton juga bakal dikejutkan dengan kemunculan beberapa artis jemputan istimewa yang pernah mempunyai sejarah bersama UNIC, sekali gus menghidupkan kembali kenangan indah dalam dunia nasyid tempatan.

    Bazli turut berkongsi bahawa konsert ini bukan sahaja tentang nostalgia, tetapi juga tentang kasih dan ukhuwah yang terbina antara UNIC, peminat serta rakan-rakan artis. Mereka berharap konsert ini menjadi wadah untuk mempererat hubungan dan menyemai semula semangat kecintaan terhadap muzik berteraskan dakwah.

    Ketua Pegawai Eksekutif Triple Am Global, En. Nursyaqif Aimer, menyatakan bahawa penganjuran konsert ini tercetus daripada rasa hormat dan penghargaan terhadap perjuangan UNIC dalam menyebarkan mesej positif melalui seni. Baginya, “This Is UNIC” bukan sekadar konsert, tetapi satu simbol kekuatan, kesetiaan dan kasih yang menyatukan artis serta peminat dalam satu malam penuh makna.

    Selepas lebih 20 tahun berkarya, UNIC melihat konsert ini sebagai satu permulaan baharu dalam usaha mengangkat semula keindahan muzik nasyid ke arus perdana. Mereka berharap persembahan ini mampu meniup semangat baharu dalam diri peminat serta membuktikan bahawa nasyid masih mempunyai tempat yang istimewa di hati masyarakat Malaysia.

    Tiket untuk “This Is UNIC: Live In Concert” mula dijual pada 17 Oktober 2025 melalui laman web rasmi www.ticket2u.com.my/ThisIsUNIC. Antara kategori tiket yang ditawarkan termasuk Ainul Mardhiah (RM249), Hanya Tuhan Yang Tahu (RM199), Zinnirah (RM159), Mahligai Kasih (RM119), Balqis (RM99) dan Demi Cinta Suci (RM89).

    Konsert ini dianjurkan oleh Triple Am Global dengan kerjasama Astro Gempak sebagai rakan digital rasmi, manakala Hot FM, Kool 101 MY dan Molek FM sebagai rakan radio rasmi. Turut menyokong penganjuran ialah Bazli Channel, Lauraent Entertainment, Peduli Insan dan JGX Excellent sebagai rakan strategik rasmi. Busana eksklusif UNIC untuk malam konsert pula direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Eja Shahril.

  • Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel Cipta Magis Keluarga di Pentas Kuala Lumpur

    Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel Cipta Magis Keluarga di Pentas Kuala Lumpur

    Tibalah hari yang dinanti oleh para peminat muzik tanah air. Tanggal 18 Oktober 2025 menjadi detik bersejarah apabila Empat Live In Kuala Lumpur 2025 berlangsung megah di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Malam yang penuh gemilang itu menyaksikan penyatuan empat nama besar dalam industri seni Anuar Zain, Ziana Zain, Ernie Zakri dan Syamel di atas satu pentas dalam sebuah persembahan yang melangkaui batas hiburan biasa.

    Konsert ini bukan sekadar persembahan nyanyian, tetapi simbol kepada keakraban, kasih sayang dan keharmonian antara empat insan seni yang disatukan dalam satu keluarga muzik. Empat Live In Kuala Lumpur 2025 menandakan konsert keluarga pertama di Malaysia yang berjaya direalisasikan dengan penuh semangat dan jiwa cinta terhadap seni.

    Sebanyak 21 lagu termasuk beberapa medley dipersembahkan dengan susunan muzik yang indah dan paduan vokal yang luar biasa. Dari lagu-lagu ikonik seperti “Madah Berhelah”, “Keabadian Cinta”, “Hamba Cinta” hingga ke “Sedetik Lebih”, setiap persembahan membawa penonton menyelusuri perjalanan emosi yang sarat dengan nostalgia, kehangatan dan kekuatan vokal yang tiada tandingan. Gabungan suara empat penyanyi hebat ini membuktikan bahawa muzik bukan sekadar hiburan, tetapi satu ikatan jiwa yang menyatukan hati para peminat dan penggiat seni.

    Sokongan padu lebih 4,500 penonton yang membanjiri Mega Star Arena menjadi nadi utama kejayaan malam bersejarah ini. Sorakan dan nyanyian bersama menggambarkan betapa kuatnya cinta peminat terhadap karya dan bakat keempat-empat artis ini. Turut memeriahkan suasana ialah kehadiran ramai selebriti tanah air termasuk Misha Omar, Dato’ Hattan, Noryn Aziz, Edry KRU, Dato’ Yusry dan Datin Lisa Surihani yang hadir memberi sokongan kepada rakan seperjuangan mereka.

    Empat Live In Kuala Lumpur 2025 turut menampilkan barisan pemuzik profesional yang diketuai oleh Pengarah Muzik, Sze Wan, dengan Jennifer Thompson bertindak sebagai Pengarah Konsert. Persembahan muzik disempurnakan oleh pemuzik berbakat seperti Ee Jeng di papan kekunci, Ken Chung di bass, Derrick Siow di drum, Wan Gigi dan Marcus Leong di gitar, serta Pa’ang Zaman di perkusi. Bahagian string section pula diterajui oleh Brian Larson, Ergys Koni, Toko Inomoto, Ham Kay Lyn, Amy Lim dan Lee Jin-Yen, manakala tenaga vokal latar dikemudi oleh Jad Lobo, Baby Akmal dan Widy yang menambah keindahan keseluruhan persembahan.

    Konsert ini dianjurkan oleh Anuar Zain Network dengan kerjasama Altus Prohouse selaku penganjur bersama dan pengurusan konsert. Ia bukan sahaja menandakan kejayaan sebuah persembahan, tetapi turut menjadi bukti bahawa kasih dan semangat kekeluargaan dalam industri muzik Malaysia masih subur dan dihargai. Empat Live In Kuala Lumpur 2025 akan terus dikenang sebagai malam yang mengukir sejarah satu keluarga, satu jiwa, satu sejarah seni.

  • Charlie Puth Unveils Fourth Studio Album Whatever’s Clever, Out March 2026

    Charlie Puth Unveils Fourth Studio Album Whatever’s Clever, Out March 2026

    Charlie Puth has officially announced his highly anticipated fourth studio album titled Whatever’s Clever!, set for release on March 6, 2026, via Atlantic Records. The announcement marks the beginning of a new musical chapter for the multi-award-winning, Diamond-certified artist and producer, who continues to redefine the boundaries of modern pop.

    As a first taste of what’s to come, Puth has released the lead single “Changes,” an uplifting and timeless track that captures everything fans have come to love about his artistry — from infectious melodies and sing-along choruses to his signature piano-driven arrangements. The single has already drawn high praise, with Rolling Stone Magazine describing it as a “potential hit single” that sits somewhere between the sounds of Eighties Steve Winwood and Michael Jackson’s “Human Nature.” The song marks a bold new era for Puth, who co-produced the track alongside BloodPop, signaling a more personal, reflective, and honest body of work than ever before.

    Accompanying the release of “Changes” is its official music video, directed by Charlotte Rutherford. The video playfully pays homage to a nostalgic pre-digital era while offering glimpses into Puth’s personal life, including a charming cameo from his wife, Brooke Sansone. The visuals beautifully complement the song’s themes of growth, self-reflection, and transformation, reinforcing Puth’s ability to connect emotion and artistry in a relatable way.

    In addition to new music, Puth recently kicked off a series of sold-out underplay residencies at Blue Note New York, where The New Yorker noted that the chart-topping popstar appeared “most at home” on stage at the legendary jazz club. Each night, he delivered two intimate performances, joined by special guests including Babyface, Jimmy Jam, and Broadway’s Anthony Ramos. Following the success of his New York run, Puth is now performing a string of sold-out shows at Blue Note Los Angeles, with more surprise appearances expected. Fans can also catch a livestream of his first LA show on TikTok.

    With over 35 billion career streams, nine multi-platinum singles, and multiple major award nominations to his name, Charlie Puth continues to prove why he remains one of today’s most consistent and influential figures in pop music. His past successes include global hits such as “Attention,” “We Don’t Talk Anymore,” and “See You Again,” alongside acclaimed collaborations like “Left and Right” featuring Jung Kook of BTS and “Stay” with The Kid Laroi and Justin Bieber.

    Whatever’s Clever! promises to be Puth’s most fearless and heartfelt album yet — a collection that reflects both his evolution as an artist and his deep connection with fans around the world. The album arrives on March 6, 2026, and is now available for pre-order and pre-save on all major streaming platforms.

  • UNIC Kembali Menggegarkan Pentas — “THIS IS UNIC: LIVE IN CONCERT” Bakal Berlangsung Disember Ini!

    UNIC Kembali Menggegarkan Pentas — “THIS IS UNIC: LIVE IN CONCERT” Bakal Berlangsung Disember Ini!

    Selepas lebih dua dekad mewarnai industri muzik tempatan dengan karya berunsur dakwah dan mesej positif, kumpulan nasyid tersohor UNIC bakal meraikan perjalanan seni mereka melalui sebuah konsert istimewa berjudul “This Is UNIC: Live In Concert”. Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2025 di Idea Live Arena, Kuala Lumpur, dan dianjurkan oleh Triple Am Global.

    “This Is UNIC: Live In Concert” menjadi titik penting dalam sejarah perjalanan dua dekad kumpulan ini, sekaligus menandakan konsert solo penuh pertama mereka selepas kembali bersatu dengan barisan terkini yang terdiri daripada Bazli Hazwan, Dr. Fitri Haris dan Fakhrul Radhi. Menurut Bazli, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa tetapi satu penghargaan buat peminat yang telah bersama UNIC sejak awal. Beliau menegaskan matlamat utama penganjuran adalah untuk mengembalikan semangat nasyid ke pentas besar, membuktikan bahawa muzik berteraskan dakwah masih relevan dan mampu menyatukan hati masyarakat.

    Konsert ini bukan hanya bertujuan untuk menghiburkan, sebaliknya menjadi satu perjalanan emosi dan spiritual yang membawa penonton menelusuri kisah perjuangan UNIC sejak mula bertapak hingga ke era moden. Setiap segmen persembahan akan disusun berdasarkan fasa sejarah kumpulan ini agar peminat dapat merasai perkembangan dan warna muzik UNIC sepanjang dua dekad mereka berkarya. Dr. Fitri Haris menjelaskan bahawa konsert kali ini akan menonjolkan keseimbangan antara emosi, spiritual dan hiburan dengan susunan muzik yang segar dan moden tanpa mengabaikan sentuhan tradisional yang menjadi identiti UNIC.

    Fakhrul Radhi pula menyifatkan konsert ini sebagai satu pengalaman yang bukan sekadar untuk ditonton tetapi untuk dihayati sepenuhnya. Beliau menambah bahawa persiapan rapi dari segi vokal, mental dan fizikal sedang dijalankan bagi memastikan mutu persembahan mencapai tahap terbaik. Penonton juga bakal menikmati gabungan muzik live band di bawah pimpinan pengarah muzik berpengalaman yang akan memberikan sentuhan baharu kepada lagu-lagu ikonik UNIC.

    Antara lagu yang bakal dihidupkan semula termasuklah “Demi Cinta Suci”, “Hanya Tuhan Yang Tahu” dan “Ainul Mardhiah”, yang akan dipersembahkan dengan susunan muzik baharu. Selain itu, konsert ini turut menjanjikan kejutan istimewa apabila beberapa artis jemputan yang pernah mempunyai kenangan bersama UNIC akan tampil bersama di pentas. Bazli mendedahkan bahawa mereka ingin mencipta suasana yang penuh kasih dan nostalgia, bukan sahaja bersama peminat tetapi juga bersama rakan-rakan artis yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan UNIC.

    Ketua Pegawai Eksekutif Triple Am Global, Nursyaqif Aimer, menjelaskan bahawa penganjuran konsert ini lahir daripada rasa hormat terhadap perjuangan UNIC dalam menyebarkan mesej dakwah melalui muzik. Beliau menyifatkan “This Is UNIC” bukan sekadar sebuah konsert, tetapi simbol kekuatan, kesetiaan dan kasih antara artis serta peminat yang telah lama menyokong mereka.

    Selepas lebih 20 tahun berkarya, UNIC melihat konsert ini sebagai permulaan baharu untuk terus menghidupkan semula keindahan muzik nasyid di arus perdana. Mereka berharap konsert ini mampu meniup semangat baharu kepada peminat dan mengangkat semula martabat muzik nasyid di Malaysia. Bagi mereka, jika konsert ini dapat menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada penonton, itu sudah cukup bermakna.

    Tiket “This Is UNIC: Live In Concert” mula dijual secara rasmi pada 17 Oktober 2025 melalui laman web www.ticket2u.com.my/ThisIsUNIC. Antara kategori tiket yang ditawarkan termasuk Ainul Mardhiah (RM249), Hanya Tuhan Yang Tahu (RM199), Zinnirah 2nd Level (RM159), Mahligai Kasih (RM119), Balqis 2nd Level (RM99) dan Demi Cinta Suci 2nd Level (RM89).

    Konsert ini dianjurkan oleh Triple Am Global dengan kerjasama Astro Gempak sebagai rakan digital rasmi, Hot FM, Kool 101 MY dan Molek FM sebagai rakan radio rasmi, manakala Bazli Channel, Lauraent Entertainment, Peduli Insan serta JGX Excellent turut menjadi rakan strategik rasmi. Busana eksklusif UNIC untuk malam bersejarah ini direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Eja Shahril.

  • “Selingkuh”: Jimi Uji Emosi dengan Sentuhan Rock Elektronik

    “Selingkuh”: Jimi Uji Emosi dengan Sentuhan Rock Elektronik

    Penyanyi berbakat, Jimi kembali mencuri perhatian peminat muzik tempatan dengan pelancaran single terbaharunya berjudul Selingkuh, sebuah karya yang sarat dengan emosi, kejujuran dan keberanian. Lagu ini menjadi simbol kematangan perjalanan seni Jimi serta menandakan kolaborasi keduanya bersama Alternate Records selepas kejayaan single terdahulu.

    Dicipta oleh Seow Seng Tack, Ja’a dan Glowrush, Selingkuh membawa pendengar menyelami kisah kekecewaan dan pengkhianatan dalam percintaan. Ia mengisahkan tentang keberanian seseorang melepaskan hubungan yang penuh kepalsuan demi mencari semula maruah dan ketenangan diri. Dengan lirik yang tajam dan realistik seperti “duit habis kau sapu” dan “hanya dengan selamba”, lagu ini menyerlahkan keaslian perasaan yang cuba disampaikan oleh Jimi.

    Menurut Jimi, peluang membawakan lagu ini merupakan satu penghormatan besar yang membolehkannya menzahirkan sisi emosional dirinya sebagai penyanyi. “Saya telah beri sepenuh tenaga dan jiwa untuk setiap notanya. Lagu ini bukan sekadar tentang kecurangan, tapi tentang kejujuran terhadap diri sendiri bila seseorang sedar bahawa terus bertahan hanya akan menyakitkan,” katanya.

    Rakaman vokal disiapkan dalam tempoh empat hingga lima jam, namun Jimi mengakui proses itu memerlukan fokus tinggi terutama untuk mencapai nuansa rock yang diinginkan tanpa menjejaskan identiti vokalnya. “Cabaran terbesar ialah nak dapatkan vibe rock tapi tetap kekal dengan jiwa saya. Kali ini saya perlu lebih agresif dari segi tenaga dan emosi, tapi masih perlu kawal rasa supaya mesej lagu sampai,” tambahnya.

    Proses penciptaan lagu ini juga menarik apabila ia dihasilkan ketika sambutan Tahun Baharu Cina, di mana para komposer dan produser saling berhubung hanya melalui aplikasi WhatsApp untuk menyiapkan susunan muzik serta rakaman demo sebelum sesi akhir bersama Jimi dijalankan. Menurut Seow Seng Tack, Ja’a dan Glowrush, Selingkuh lahir daripada keinginan menyampaikan perasaan kecewa dengan cara yang jujur dan tidak dibuat-buat, menjadikan lagu ini benar-benar dekat dengan realiti kehidupan.

    Menggabungkan elemen rock dan elektronik, Selingkuh menawarkan pengalaman muzik yang segar dan moden tanpa mengabaikan semangat rock klasik. Ia menggambarkan sisi baharu Jimi yang lebih berani, garang dan penuh tenaga. “Kelainan yang saya mahu tonjolkan ialah keberanian untuk keluar dari zon selesa. Mungkin orang belum kenal sisi lain saya yang lebih bertenaga dan bersemangat seperti ini,” jelas Jimi.

    Bagi Jimi, Selingkuh bukan sekadar lagu putus cinta, tetapi lambang pembebasan diri daripada kepura-puraan serta keberanian untuk menjadi jujur terhadap perasaan sendiri. “Pendengar patut dengar lagu ni sebab ia bawa rasa yang berbeza daripada karya saya sebelum ini. Ia jujur, penuh tenaga, dan benar-benar dekat dengan realiti,” katanya menutup bicara.

    Dengan penyampaian vokal yang kuat dan lirik yang menyentuh hati, Selingkuh dijangka menjadi antara karya paling berani dalam karier muzik Jimi setakat ini. Lagu ini kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital termasuk YouTube dan Spotify. Untuk maklumat lanjut mengenai Alternate Records & Talents, ikuti akaun rasmi mereka di Facebook (@alternate.my_), Instagram (@alternate.my_) dan TikTok (@alternate.rt_).

  • Tur SAMA SAMA: Tulus, Sal Priadi, Dere, Idgitaf & Kunto Aji Janji Persembahan Luar Biasa di KL

    Tur SAMA SAMA: Tulus, Sal Priadi, Dere, Idgitaf & Kunto Aji Janji Persembahan Luar Biasa di KL

    Saat menutup persembahan terakhir Tur SAMA SAMA di Bogor pada 24 Mei lalu, salah seorang pemuzik yang terlibat dalam menjayakan pertunjukan berkenaan telah membuat satu janji kepada para peminatnya. “Khabar baiknya adalah kami akan melanjutkan perjalanan. Kita bakal pergi ke Malaysia,” ujar Tulus ketika mengumumkan khabar gembira tersebut kepada ribuan penonton.

    Kini, janji itu akhirnya ditepati. Malaysia, khususnya di Idea Live Arena Kuala Lumpur, akan menjadi destinasi kelima dan pertama di luar Indonesia dalam siri Tur SAMA SAMA yang menampilkan lima nama besar dalam industri muzik Nusantara iaitu Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf. Lima figura berbakat besar ini akan berkongsi pentas pada 5 Disember 2025 bermula jam 7.30 malam, menjanjikan sebuah malam penuh harmoni dan kolaborasi istimewa.

    Tur SAMA SAMA merupakan hasil penganjuran bersama PT Expo Indonesia Jaya (ExpoIndo), Tiga Dua Satu dan Thrive yang berganding bahu merealisasikan janji persembahan ini ke Malaysia. Menurut Udzir Harris daripada Thrive, pengumuman konsert di Kuala Lumpur ini adalah impian besar yang kini hampir direalisasikan selepas menerima sambutan luar biasa di empat kota Indonesia. Sementara itu, Bram Tulong daripada ExpoIndo menambah bahawa kolaborasi ini merupakan bentuk penghargaan terhadap sokongan luar biasa peminat Malaysia terhadap kelima-lima artis tersebut.

    Tiur Tobing dari Tiga Dua Satu turut menegaskan bahawa konsert ini bakal menjadi antara persembahan kolaboratif paling epik tahun ini. Beliau turut menyeru para peminat agar tidak melepaskan peluang untuk membeli tiket lebih awal bagi menyaksikan sebuah persembahan yang dijangka penuh magis dan emosi.

    Tiket pra-jualan bagi Tur SAMA SAMA telah mula dijual sejak 29 September 2025, dengan harga bermula daripada RM228. Terdapat 11 kategori tiket iaitu Bronze, Crystal, Silver, Diamond, Gold, Platinum, Ruby, Sapphire, Emerald, Emerald Extra dan Group Suite yang boleh didapati menerusi platform BBO Events dan laman web samasamatur.com. Atas permintaan ramai, tempoh pra-jualan telah dilanjutkan dari 19 Oktober hingga 2 November 2025 bagi memberi lebih banyak peluang kepada peminat mendapatkan tempat mereka.

    Menurut Sal Priadi, persembahan kali ini akan menampilkan format kolaborasi yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini. “Kami sangat tidak sabar untuk berkongsi format dinamik dari solo, duet, trio hingga kuintet. Ini bukan sekadar konsert, tetapi pengalaman muzik yang berbeza,” ujarnya.

    Tur SAMA SAMA bukan sekadar mempertemukan lima penyanyi dengan gaya tersendiri, tetapi juga akan menyaksikan mereka saling bertukar lagu dan mempersembahkan susunan muzik baharu yang dicipta khas untuk tur ini. Selepas kejayaan besar di Bandung, Surabaya, Yogyakarta dan Bogor, Kuala Lumpur kini bakal menjadi saksi kepada babak kelima siri konsert yang menggabungkan kreativiti, harmoni dan semangat persaudaraan muzik serantau.

    Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Tur SAMA SAMA, peminat disarankan mengikuti laman media sosial rasmi @samasamatur dan @thriveevents_my. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini. Saksikan Tur SAMA SAMA di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2025 — sebuah malam kolaborasi hebat yang pasti meninggalkan kenangan luar biasa.