Category: Entertainment

  • Konsert VIVIZ di Kuala Lumpur: Tiket Mula Dijual 4 September

    Konsert VIVIZ di Kuala Lumpur: Tiket Mula Dijual 4 September

    Kumpulan K-pop popular, VIVIZ yang dianggotai oleh Eunha, SinB dan Umji bakal menemui peminat di Malaysia buat julung kalinya menerusi konsert jelajah dunia kedua mereka. Konsert berjudul 2025 VIVIZ WORLD TOUR [NEW LEGACY] in MALAYSIA ini dianjurkan oleh TopGallant Show dan dijadual berlangsung pada 25 Oktober 2025 (Sabtu), jam 5 petang di idea Live Arena, Kuala Lumpur.

    Kehadiran VIVIZ ke Malaysia menjadi penantian panjang peminat setia mereka yang dikenali sebagai Na.V. Konsert ini bukan sahaja menandakan penampilan pertama trio tersebut di negara ini, malah berlangsung pada tahun paling bermakna dalam perjalanan karier mereka. Tahun 2025 menyaksikan detik penting buat VIVIZ dengan pelancaran album studio pertama berjudul A Montage of ( ) yang menampilkan lagu utama “La La Love Me” serta lagu solo setiap ahli iaitu “Hipnotic” oleh SinB, “Love Language” oleh Umji dan “Milky Way” oleh Eunha. Lebih istimewa, tahun ini juga menjadi momen penuh nostalgia apabila mereka kembali bersatu bersama bekas kumpulan mereka, GFRIEND, sempena ulang tahun ke-10.

    VIVIZ, singkatan kepada “Vivid dayZ” dan disebut sebagai “vee-vee-zee”, mula mencipta fenomena sejak debut pada 2022 di bawah naungan BPM Entertainment dengan single sulung Bop Bop! daripada mini album pertama Beam of Prism. Hanya seminggu selepas debut, mereka berjaya meraih kemenangan pertama di program muzik, sekali gus membuktikan aura dan daya tarik mereka. Nama VIVIZ turut terpahat dalam sejarah apabila menjadi kumpulan K-pop wanita pertama membuat persembahan dalam siri Global Spin anjuran Grammy. Kemunculan mereka dalam rancangan realiti popular Queendom 2 turut melonjakkan populariti global, diikuti siri mini album lain seperti Summer Vibe (2022), VarioUS dan VERSUS (2023), serta VOYAGE (2024) yang melahirkan lagu-lagu kegemaran peminat seperti “MANIAC”, “Untie”, “Shhh!”, “PULL Up” dan banyak lagi.

    Tiket untuk konsert ini akan mula dijual pada 4 September 2025 (Khamis), jam 12 tengah hari melalui platform my.bookmyshow.com, Fantopia, Ctrip dan Trip.com. Harga tiket bermula daripada RM338 hingga RM738, dengan setiap kategori disertakan pelbagai manfaat eksklusif untuk peminat termasuk akses ke sesi Sound Check, peluang Hi-Bye bersama artis, barangan istimewa seperti photocard, poster serta polaroid bertandatangan bagi peminat bertuah.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman rasmi www.topgallantshow.com atau mengikuti akaun rasmi TopGallant Show di TikTok (@topgallant.show), Instagram (@topgallantshow.tgs) dan Facebook (@TopGallantShow) bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai konsert ini.

  • Tickets for VIVIZ’s First Malaysia Concert Go on Sale 4 September

    Tickets for VIVIZ’s First Malaysia Concert Go on Sale 4 September

    K-pop girl group VIVIZ, comprising Eunha, SinB and Umji, will finally meet their Malaysian fans as part of their highly anticipated second world tour. The 2025 VIVIZ WORLD TOUR [NEW LEGACY] in MALAYSIA, organised by TopGallant Show, is set to take place at the IDEA Live Arena on 25 October 2025 (Saturday), starting at 5pm.

    This marks VIVIZ’s first concert in Malaysia, a long-awaited moment for local Na.V – the group’s fandom – who have supported the trio since their debut. The tour comes during one of the most exciting years for VIVIZ, following their much-celebrated 10th anniversary reunion with former group GFRIEND and the release of their first full-length studio album, A Montage of ( ). The album features the lead single La La Love Me alongside individual solo tracks from each member: Hipnotic by SinB, Love Language by Umji and Milky Way by Eunha.

    Since debuting under BPM Entertainment in 2022 with their first mini album Beam of Prism and breakout single Bop Bop!, VIVIZ – short for “Vivid dayZ” and pronounced “vee-vee-zee” – has earned recognition both in Korea and internationally. They achieved a music show win just one week after debut and made history as the first K-pop girl group to perform on the Grammys’ Global Spin. Their appearances on the survival show Queendom 2 further solidified their reputation as one of K-pop’s most captivating performers.

    Over the years, VIVIZ has continued to build momentum with a string of mini albums including Summer Vibe (2022), VarioUS and VERSUS (2023), and VOYAGE (2024). Their discography is filled with fan-favourite hits such as MANIAC, Untie, Shhh!, PULL UP and more, all of which have contributed to their growing global popularity.

    Tickets for the Malaysian leg of the tour will go on sale from 4 September 2025 (Thursday) at 12pm via my.bookmyshow.com, Fantopia, Ctrip and Trip.com. Prices range from RM338 to RM738, with categories offering exclusive fan benefits such as photocards, signed merchandise, hi-bye sessions, sound checks and special limited fan events.

    Fans eager to catch VIVIZ live in Malaysia are encouraged to secure their tickets early, as this historic first performance promises to be an unforgettable night. For more details, visit www.topgallantshow.com or follow TopGallant Show on TikTok (@topgallant.show), Instagram (@topgallantshow.tgs) and Facebook (@TopGallantShow) for the latest updates.

  • Nadhif: Kasih Buat Ibu

    Nadhif: Kasih Buat Ibu

    Penyanyi baharu yang semakin menyerlah di platform digital, Isa Azry, kini tampil dengan single sulung berjudul “Nadhif”, sebuah karya bergenre ballad penuh emosi yang didedikasikan khusus buat insan paling istimewa dalam hidup seorang ibu. Lagu ini menjadi titik permulaan perjalanan muzik Isa yang disifatkan cukup bermakna kerana bukan sahaja mengetengahkan kekuatan vokalnya, tetapi juga membawa mesej mendalam mengenai kasih sayang dan pengorbanan yang tidak ternilai.

    Dicipta bersama oleh Jeremy Erskine, Amyr Abadawn dan Magix Mpire, “Nadhif” diterbitkan serta diedarkan di bawah label Luncai Emas Sdn. Bhd. Liriknya menceritakan perjalanan hidup seorang wanita sejak zaman remajanya hingga bergelar tulang belakang keluarga, sekali gus menjadi penghormatan kepada semua ibu yang mencintai dalam diam dan berkorban tanpa pernah mengeluh.

    Isa yang berasal dari Perak kini aktif berkarya di aplikasi TikTok, namun dengan kelahiran “Nadhif”, beliau membuktikan kemampuannya untuk melangkah lebih jauh dalam arena muzik tanah air. Lagu ini dirakam di Exuism Record, Singapura, dengan sentuhan penerbitan Amyr Abadawn dan Magix Mpire. Walaupun masih baharu, Isa berjaya menzahirkan penghayatan tulus melalui vokalnya, menjadikan setiap bait lirik lebih dekat di hati pendengar. Susunan muzik yang lembut berpadu dengan emosi yang mendalam menjadikan “Nadhif” sebuah balada yang menyentuh perasaan, membawa rasa rindu dan syukur seorang anak terhadap ibunya.

    Menurut para komposer dan penulis lirik, “Nadhif” adalah simbol penghargaan buat semua wanita dan anak-anak di luar sana, khususnya dalam mengangkat nilai kasih sayang seorang ibu. Mereka berpesan agar setiap insan menghargai ibu selagi masih diberi kesempatan, kerana kasih ibu tiada gantinya.

    Isa turut meluahkan rasa terima kasihnya kepada Luncai Emas kerana mempercayai bakat dan karyanya, serta kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penghasilan lagu ini. Bagi para peminat yang ingin merasai keindahan “Nadhif”, muzik video rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Luncai Emas, selain turut tersedia di semua platform penstriman digital utama.

    Dengan keikhlasan dan keindahan yang dibawa dalam lagu ini, “Nadhif” bukan sahaja membuka lembaran baharu buat karier muzik Isa Azry, tetapi juga diharapkan menjadi karya yang meninggalkan kesan mendalam di hati para pendengar.

  • Jaclyn Chia & Yunk G Hadir dengan “Redam” – Kisah Hati yang Membalut Luka

    Jaclyn Chia & Yunk G Hadir dengan “Redam” – Kisah Hati yang Membalut Luka

    Dunia muzik tempatan terus meriah dengan kelahiran sebuah single duet istimewa berjudul “Redam”, hasil kerjasama penyanyi bersuara lunak dari Sabah, Jaclyn Chia, bersama rapper berkarisma, Yunk G.

    Menggabungkan elemen balada akustik dan rap, “Redam” tampil sebagai karya introspektif yang membawa pendengar menyelami kedalaman jiwa sebuah perjalanan emosi tentang luka, kehilangan, dan keperitan yang terpendam. Namun di sebalik kepedihan itu, wujud semangat untuk terus bertahan dan melangkah ke hadapan.

    “Lagu ini sangat sayu dan peribadi buat saya. Ia seperti menulis surat kepada diri sendiri yang sedang terluka, tetapi masih cuba untuk terus hidup,” kata Jaclyn Chia, yang sebelum ini dikenali menerusi lagu Joget Mengikut Rasa ciptaan Shaiffulhan dan lirik S. Amin Shahab, serta pernah dinobatkan sebagai Juara RTM Kemuncak Bintang Ai FM 2024.

    Dicipta oleh Shaiffulhan Saidin dengan lirik oleh D’Laila, single ini diterbitkan di bawah Zirbad Music Production dan diedarkan secara digital oleh Luncai Emas. Projek ini turut menerima sokongan Kementerian Komunikasi Malaysia melalui Dana Kreatif (MyCreative Ventures), sebagai dorongan terhadap karya asli anak tempatan.

    Menurut Shaiffulhan, gabungan vokal Jaclyn yang penuh emosi dengan rap Yunk G menghasilkan sebuah lagu yang sarat dengan jiwa.

    “Suara indah Jaclyn Chia disatukan dengan rap padu Yunk G, membentuk karya yang menyentuh hati serta mampu meredam luka,” ujarnya.

    Bagi Yunk G, atau nama sebenarnya AG Sri Iskandar Bahrin, “Redam” adalah medium untuk menzahirkan suara mereka yang sering menyorokkan luka kerana takut dianggap lemah.

    “Saya percaya muzik harus jujur. Dalam Redam, saya ingin membawa perspektif mereka yang menyembunyikan perasaan, namun dalam diam menanggung beban,” jelasnya.

    Nama Yunk G bukanlah asing di pentas muzik tempatan, khususnya di Sabah dan Semenanjung. Beliau aktif dengan beberapa single termasuk Aku Shot, lagu tema filem Adiwira terbitan Ajai di bawah label Wake The Baby Records.

    Seiring pelancaran single ini, video muzik rasmi “Redam” turut ditayangkan di saluran YouTube Luncai Emas, memaparkan visual puitis yang sarat simbolik menggambarkan perjalanan seorang insan untuk melepasi bayangan silam.

    Single “Redam” kini boleh didengarkan di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube.

  • Rentak Serumpun: Ikatan Muzik Malaysia, Indonesia & Brunei

    Rentak Serumpun: Ikatan Muzik Malaysia, Indonesia & Brunei

    Muzik sekali lagi membuktikan bahawa ia mampu menyatukan hati tanpa sempadan apabila tiga artis muda paling menyerlah di Asia Tenggara, Nadhif Basalamah dari Indonesia, Aisha Retno dari Malaysia, dan Aziz Harun dari Brunei, bergabung tenaga dalam single terbaharu berjudul “Kota Ini Tak Sama Tanpamu”. Lagu yang penuh emosi ini kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama.

    Dicipta bersama pada tahun 2024, lagu ini lahir daripada pertemuan santai di Kuala Lumpur ketika kunjungan Nadhif sempena Hari Raya Aidiladha. Tanpa perancangan awal, pertemuan di studio Faithful Music bersama Aisha dan Aziz menyalakan idea kecil yang akhirnya berkembang menjadi sebuah karya besar. Beberapa bulan kemudian, Aziz dan Aisha terbang ke Bali untuk merakam versi awal bersama penerbit tersohor Indonesia, Petra Sihombing, sebelum versi akhir disempurnakan secara berasingan di negara masing-masing dan digabungkan semula oleh Petra.

    Mengangkat tema rindu dan keterikatan, kalimat “kota ini tak sama tanpamu” menjadi inti yang menggambarkan bahawa sebuah kota bukan sekadar tempat, tetapi cerminan perasaan, kenangan, dan kehadiran insan tersayang. Lagu ini mengingatkan bahawa rumah sebenar tidak bergantung pada lokasi, sebaliknya pada siapa yang berada di sisi kita. Dengan sentuhan Petra yang dikenali menerusi gaya moden, segar dan emosional, karya ini lahir sebagai sebuah pop kontemporari yang penuh jiwa dari mula hingga akhir.

    Bagi Aziz Harun, lagu ini membangkitkan kenangan indah bersama rakan-rakan rapat di Kuala Lumpur. Katanya, saat Nadhif muncul dengan idea menulis tentang kota itu untuk pasangannya, beliau terus memahami maksud sebenar di sebaliknya. Lebih manis, pengalaman rakaman di Ubud bersama Petra menjadi sesuatu yang tidak akan dilupakan, terutama ketika Petra hampir menyiapkan keseluruhan gubahan muzik termasuk solo gitar sebaik sahaja mereka kembali daripada rehat singkat.

    Nadhif pula menyifatkan lagu ini bermula dengan sangat natural, sekadar hasrat untuk meluangkan masa menulis bersama rakan baharu di Kuala Lumpur. Namun, tanpa disangka, idea ringkas tersebut akhirnya berkembang menjadi lagu yang kini menyatukan tiga negara. Aisha Retno pula merasakan pengalaman bekerjasama dengan Nadhif dan Aziz seolah-olah bertemu sahabat lama walaupun ini kali pertama mereka berkolaborasi. Menurutnya, lirik lagu ini membawa nuansa manis dan sedikit ‘cheeky’, menceritakan perasaan enggan meninggalkan sebuah kota kerana cinta, sesuatu yang pasti pernah dirasai oleh ramai orang.

    Dengan gabungan harmoni vokal yang lembut, lirik yang menyentuh hati dan produksi muzik pop kontemporari, “Kota Ini Tak Sama Tanpamu” berjaya menangkap rasa rindu yang menjadikan sebuah kota terasa berbeza tanpa insan istimewa di sisi. Lagu ini kini boleh didengarkan di Spotify, Apple Music, YouTube Music, Deezer dan semua platform penstriman digital utama, manakala lirik videonya turut tersedia di YouTube melalui pautan https://youtu.be/g3ON3-PUIek.

  • Balan Kash Angkat Semangat Malaysia Menerusi MV Terbaharu “Cekap”

    Balan Kash Angkat Semangat Malaysia Menerusi MV Terbaharu “Cekap”

    Bersempena sambutan bulan kemerdekaan, penyanyi rap, penulis lirik dan penggiat seni tempatan, Balan Kash, tampil dengan karya terbaharu menerusi pelancaran video muzik rasmi (MV) “Cekap” terbitan Balan Kash Entertainment. Lebih daripada sekadar sebuah lagu, “Cekap” menonjolkan sisi baharu Balan Kash sebagai seorang artis serba boleh yang berani menyatukan hip-hop moden, elemen tradisi, serta kisah identiti Malaysia dalam sebuah visual yang sarat dengan makna simbolik.

    Kejayaan ini hadir seiring dengan pencapaian membanggakan apabila Balan Kash baru-baru ini dicalonkan dengan dua buah lagu bagi kategori “Lagu Hip-Hop Terbaik” di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24), sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik tempatan.

    “Cekap”, yang juga merupakan judul album penuh pertama beliau dalam bahasa Melayu, menampilkan gabungan unik antara hip-hop moden, muzik klasik India dan nuansa tradisional Malaysia. Perkataan “cekap” dalam slang tempatan yang membawa maksud “tajam” atau “on-point” menjadi lambang keberanian serta keyakinan dalam menyampaikan mesej yang dekat dengan hati rakyat. Bagi Balan Kash, karya ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi sebuah peringatan bahawa lebih 60 tahun selepas kemerdekaan, rakyat Malaysia tetap berkongsi satu semangat bersama semangat perpaduan yang merentasi warna kulit, bahasa dan budaya.

    MV arahan Kinggolddigga membawa penonton menyelami perjalanan visual penuh simbolisme tentang identiti dan penyatuan rakyat Malaysia. Ia bermula dengan adegan tradisional Dikir Barat, di mana Balan Kash berdiri di tengah bulatan pemuzik sebagai lambang kesatuan warisan dan kontemporari. Naratif kemudian bergerak ke pusat derma darah, sebuah metafora tentang hakikat bahawa walaupun berbeza latar belakang, setiap rakyat Malaysia tetap berkongsi darah yang sama. Kemuncak video pula hadir melalui babak “Circle of Unity”, apabila sekumpulan individu berbilang kaum mencelup tangan ke dalam cat merah lalu membentuk lingkaran identiti bersama. Adegan dramatik yang memperlihatkan pertembungan antara Balan Kash dan pihak polis diakhiri dengan perjabatan tangan simbol perdamaian dan persefahaman.

    Menurut Balan Kash, setiap babak dalam MV ini dicipta dengan penuh jiwa untuk mencerminkan realiti Malaysia yang sebenar. “Bagi saya, Cekap bukan hanya sebuah lagu, tetapi cerminan semangat Malaysia yang saya bawa sejak kecil. Saya dibesarkan di Klang, di tengah masyarakat majmuk yang penuh warna-warni. Dari situ saya belajar bahawa kekuatan kita datang apabila kita bersatu, bukan bila kita berpecah. Itulah roh sebenar yang saya mahu zahirkan dalam MV ini,” katanya.

    Beliau turut menegaskan bahawa “Cekap” adalah karya paling peribadi dalam perjalanan seninya. “Sebagai rakyat Malaysia, kita semua punya cerita berbeza tetapi berkongsi semangat yang sama. Cekap adalah cara saya meraikan kebebasan, kepelbagaian dan kekuatan yang lahir bila kita bersatu. MV ini adalah dedikasi saya kepada tanah air tercinta, supaya kita sentiasa ingat bahawa walau apa pun cabaran, kita tetap satu,” jelasnya lagi.

    “Cekap” dihasilkan di bawah Dana Kebolehan Pasaran (Domestik 2.0) oleh Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik, sebuah inisiatif yang disokong oleh MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM). Balan Kash Entertainment turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas sokongan berterusan terhadap pembangunan industri kreatif tanah air.

    Video muzik rasmi “Cekap” kini boleh ditonton secara eksklusif di saluran rasmi YouTube Balan Kash, menampilkan gabungan hip-hop, tradisi dan semangat perpaduan Malaysia dalam satu persembahan visual yang penuh makna.

  • Episod Penutup Hilang Dalam Rindu Dijangka Raih Lebih 3.5 Juta Tontonan

    Episod Penutup Hilang Dalam Rindu Dijangka Raih Lebih 3.5 Juta Tontonan

    Fenomena baharu terus menggegarkan slot Samarinda apabila drama bersiri penuh emosi, Hilang Dalam Rindu, menghampiri detik penamatnya malam ini. Pada jam 10.00 malam di TV3, jutaan mata bakal tertumpu kepada episod akhir kisah cinta penuh konflik antara Eijaz dan Aira yang sejak awal tayangan berjaya mencuri perhatian serta mencetuskan bualan hangat di seluruh Malaysia.

    Episod kemuncak ini dijangka mencatatkan lebih 3.5 juta tontonan, sekali gus menjadikannya antara drama paling berpengaruh dalam sejarah terkini slot Samarinda. Bagi peminat yang telah mengikuti sejak episod pertama, malam ini bukan sekadar penutup tirai, sebaliknya sebuah peristiwa bersejarah yang menyatukan emosi penonton dengan barisan pelakon utama yang telah menemani perjalanan penuh warna-warni cinta, dendam dan pengorbanan.

    Sepanjang lima minggu bersiaran, Hilang Dalam Rindu berjaya mencetuskan fenomena luar biasa. Bukan sahaja trending di media sosial setiap minggu, malah ia turut meraih pujian kerana kekuatan jalan cerita yang sarat dengan kejutan. Setiap episodnya hadir dengan pengakhiran mendebarkan, menjadikan penonton setia menantikan sambungan tanpa henti.

    Pelakon utama, Jazmy Juma yang melakonkan watak Eijaz berkata, “Perjalanan Eijaz dan Aira penuh dugaan, penuh air mata dan ketidakpercayaan antara satu sama lain, tetapi di penghujungnya cinta mereka membuktikan bahawa pengorbanan tidak pernah sia-sia. Saya harap penonton akan merasai setiap emosi yang kami bawakan dalam episod akhir nanti.”

    Bagi Jazmy, mesej utama drama ini adalah pengajaran bahawa wang tidak mampu menutup kesalahan selamanya, sebaliknya kejujuran adalah jalan penyelesaian terbaik.

    Malam ini, segala rahsia, dendam dan cinta yang terbuku akhirnya menemui jawapan. Jangan ketinggalan menyaksikan episod akhir Hilang Dalam Rindu hanya di TV3, atau strim secara eksklusif melalui Tonton di www.tonton.com.my serta aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

  • TV3 & Purina Berjaya Hidupkan Pentas Cat Fashion Week, 3.2 Juta Terhibur

    TV3 & Purina Berjaya Hidupkan Pentas Cat Fashion Week, 3.2 Juta Terhibur

    Cat Fashion Week 2025 menutup tirainya dengan penuh gemilang apabila si bulus bukan sahaja menjadi bintang runway, malah berjaya menawan hati 3.2 juta penonton yang menyaksikan siaran langsung di TV3. Acara yang meraikan kreativiti, kasih sayang serta ‘meow-jik’ antara pemilik dan kucing ini menjadi fenomena luar biasa, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan program bertema kucing sebagai pilihan utama rakyat Malaysia.

    Malam kemuncak menyaksikan Nor Anis Halyatie bersama kucing ragdoll kesayangannya, Evian, dinobatkan sebagai juara dengan gelaran ‘Super Meow-del’. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 beserta trofi. Tidak kurang mencuri perhatian ialah Siti Rohani bersama Goyem yang menerima Anugerah FELIX – Si Bulus Paling Memikat, tajaan Purina, sebagai pengiktirafan terhadap kecomelan dan daya penarik si bulus yang berjaya memikat hati juri serta penonton.

    Kejayaan acara ini bukan hanya terserlah di kaca televisyen, malah turut mencetuskan fenomena di media sosial. Berdasarkan laporan Nielsen, Cat Fashion Week mencatat 3.2 juta capaian penonton di TV3, manakala data daripada Meltwater dan SproutSocial menunjukkan sebanyak 515 juta capaian digital direkodkan menerusi siri kandungan seperti Siri Kucing AI, video peserta dan foto profil bertema kucing yang dimuat naik sejak sesi pra-penjurian hingga selepas malam kemuncak. Fenomena ini membuktikan betapa besarnya daya tarikan kucing dalam budaya popular masa kini.

    Di sebalik kemeriahan pentas, para finalis berdepan pelbagai cabaran bagi menjayakan persembahan mereka. Ada yang berusaha mendapatkan fabrik dari luar negara, ada yang perlu mereka busana dengan penuh teliti agar si bulus tampil selesa, dan tidak kurang juga yang terpaksa membiasakan kucing kesayangan mereka dengan suasana spotlight serta sorotan kamera. Walau apa jua rintangannya, dedikasi pemilik yang tidak mengenal lelah inilah yang menjadikan program ini lebih istimewa, kerana ia memaparkan kasih sayang tulus antara manusia dan haiwan peliharaan mereka.

    Lebih daripada sekadar hiburan, Cat Fashion Week turut memberi nilai tambah apabila para juri dan peserta berkongsi pelbagai tip penjagaan dan grooming kucing. Penonton bukan sahaja dihiburkan dengan kreativiti busana dan persembahan, malah turut memperoleh ilmu berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian bersama si comel.

    Cat Fashion Week dibawakan oleh penaja utama PURINA FELIX – Rasa Memikat, Kucing Buat Apa Saja!, dengan sokongan Hot FM sebagai rakan radio rasmi dan SAYS sebagai rakan digital rasmi. Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai program TV3 dan drama kegemaran anda, layari laman sosial rasmi Facebook, Twitter, YouTube, TikTok dan Instagram di akaun @TV3Malaysia.

  • Ilmu Hitam, Syirik & Dendam: Kisah Munajjim Sekutu Iblis

    Ilmu Hitam, Syirik & Dendam: Kisah Munajjim Sekutu Iblis

    Filem bercorak seram masih menjadi kegemaran penonton tempatan, malah terus membuktikan daya tarikannya setiap kali ditayangkan di pawagam. Kali ini, Yusrych Global Sdn. Bhd muncul dengan sebuah karya baharu berjudul Munajjim: Sekutu Iblis, sebuah filem seram yang mengetengahkan tema ilmu hitam dan syirik yang masih berakar dalam masyarakat moden.

    Idea asal daripada Yusry Makmor bersama Zafran Aziz dan Rozita Mat Isa ini diarahkan oleh Faizul A. Rashid. Filem tersebut cuba keluar daripada stereotaip seram yang lazim memaparkan kemunculan pontianak atau pocong, sebaliknya membawa penonton kepada sebuah kisah yang diinspirasikan daripada realiti sebenar. Menurut penerbitnya, Yusry Makmor, Munajjim: Sekutu Iblis bukan sekadar hiburan untuk menakutkan penonton, tetapi turut memberi kesedaran mengenai bahaya syirik yang jelas dilarang dalam agama. Katanya, masih ramai yang memilih jalan singkat dengan bergantung kepada bomoh dan amalan khurafat untuk menyelesaikan masalah hidup, walhal tindakan itu hanya mengundang padah.

    Naskhah ini memaparkan kisah sebuah keluarga yang terlalu taksub dengan bomoh sehingga terjebak dalam kancah ilmu hitam. Konflik bermula apabila si anak menggunakan sihir untuk membalas dendam terhadap bekas kekasih isterinya yang didakwa cuba merosakkan rumah tangga mereka. Namun, ilmu yang digunakan berpatah balik sehingga mengancam nyawa seluruh ahli keluarga. Lebih menakutkan, pendamping yang muncul dalam kisah ini bukanlah sekadar hantu klise, tetapi jelmaan jin dan syaitan yang bersekutu dengan manusia untuk menyesatkan akidah mereka.

    Keseraman yang diadun dengan visual sinematik, jalan cerita kukuh dan mesej yang kuat menjadikan Munajjim: Sekutu Iblis sebuah karya yang lebih daripada sekadar filem seram biasa. Filem ini turut memperlihatkan gandingan pelakon hebat tanah air seperti Farid Kamil, Uqasha Senrose, Che Puan Juliana Evans, Mustaqim Bahadon, Sherrie Merlis serta pelakon cilik Daniel Aqil, menjanjikan persembahan lakonan yang mantap dan berkesan.

    Menjalani penggambaran sekitar Selangor pada Januari 2025, Munajjim: Sekutu Iblis dijangka menggegarkan pawagam seluruh negara mulai 31 Julai 2025. Dengan edaran antarabangsa oleh D’Ayu Pictures serta sokongan promosi daripada Empire Solutions, filem ini diyakini mampu mencetus fenomena baharu dalam industri perfileman seram tempatan.

    Munajjim: Sekutu Iblis bukan sahaja mengundang debaran dan rasa takut, tetapi turut mengajak penonton berfikir tentang bahaya mempercayai khurafat. Realiti bahawa amalan syirik masih wujud dalam kehidupan masyarakat menjadi latar yang cukup menakutkan, menjadikan filem ini satu pengalaman seram yang penuh pengajaran.

  • Juicy Luicy & Tulus Hangatkan Ruang Inspirasi Festival 2025 di Mega Star Arena

    Juicy Luicy & Tulus Hangatkan Ruang Inspirasi Festival 2025 di Mega Star Arena

    Peminat muzik tanah air, khususnya generasi muda, disajikan dengan sebuah festival penuh emosi, inspirasi dan keseronokan menerusi Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 yang berlangsung meriah di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

    Dipersembahkan oleh Expoindo dengan kerjasama penganjur tempatan Thrive, edisi pertama festival ini tampil dengan konsep segar yang menggabungkan persembahan muzik dengan elemen perkongsian kisah di sebalik karya popular artis jemputan. Tidak sekadar hiburan, RIF 2025 memberi peluang kepada penonton untuk menyelami makna muzik sebagai medium yang mampu menghubungkan emosi dan inspirasi.

    Menurut wakil Expoindo, Bram Tulong, pemilihan nama “Ruang Inspirasi” lahir daripada hasrat untuk mewujudkan sebuah ruang di mana muzik bukan sahaja menghiburkan, malah dapat menyentuh jiwa dan meninggalkan kesan mendalam. Katanya lagi, RIF adalah sebuah festival yang mahu dikenang sebagai pertunjukan muzik yang membawa mesej positif serta inspiratif melalui setiap persembahan.

    Tahun sulung penganjuran RIF lebih bermakna apabila mempersembahkan dua nama besar dari Indonesia yang tidak asing buat peminat di Malaysia. Penyanyi tersohor Tulus tampil di pentas pada sesi petang bermula jam 2.30 dengan persembahan penuh penghayatan yang menyentuh jiwa penonton. Sementara itu, kumpulan pop alternatif popular Juicy Luicy pula menggegarkan sesi malam bermula jam 8.30 dengan rangkaian lagu hits mereka seperti “Lantas”, “Lampu Kuning” dan “Sialan”, sekali gus memikat hati generasi muda yang begitu dekat dengan karya-karya mereka.

    Dengan gabungan persembahan daripada dua artis hebat ini, Ruang Inspirasi Festival 2025 bukan sekadar sebuah konsert biasa. Ia menjadi medan untuk menyemai semangat positif, berkongsi kisah inspiratif, dan mencipta memori indah yang akan dikenang oleh para peminat yang membanjiri Mega Star Arena pada malam penuh magis itu.