Author: Helmi Aziz

  • Bila Lakonan Bertemu Latte: Shukri Yahaya, Siti Hariesa & Amerul Affendi Lancar Bru Coffee Shop di Bangsar

    Bila Lakonan Bertemu Latte: Shukri Yahaya, Siti Hariesa & Amerul Affendi Lancar Bru Coffee Shop di Bangsar

    Bangsar bakal menerima satu lagi destinasi kopi yang menarik perhatian apabila tiga pelakon popular tanah air – Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi – tampil dengan kolaborasi mengejutkan dalam bidang perniagaan menerusi pembukaan Bru Coffee Shop pada Isnin, 5 Mei 2025 di APW Bangsar.

    Langkah ini mengejutkan ramai pihak, apatah lagi ketika ketiga-tiga figura seni ini sedang sibuk mempromosikan projek lakonan masing-masing. Namun bagi mereka, pembukaan kedai kopi ini bukan sekadar trend atau gimik, sebaliknya lahir daripada minat mendalam terhadap seni kulinari dan keinginan untuk mencipta ruang yang selesa buat semua.

    Bru Coffee Shop dijangka menjadi lokasi ‘escape’ santai warga kota – bukan hanya untuk menikmati secawan kopi berkualiti, tetapi juga sebagai tempat berehat, berfikir, dan menginspirasi. Konsep yang diketengahkan menekankan suasana minimalis, penuh ketenangan dan tentunya dikuatkan dengan kehadiran pelbagai pilihan kopi tempatan dan antarabangsa.

    Menurut sumber terdekat, setiap seorang daripada mereka memainkan peranan penting dalam perancangan konsep, menu serta pengalaman pelanggan. Walaupun dikenali sebagai pelakon prolifik, mereka tidak mengambil mudah soal komitmen perniagaan. Bagi mereka, Bru Coffee Shop ialah medium baharu untuk berkarya – kali ini melalui aroma kopi dan layanan mesra.

    Soalnya kini, mampukah gandingan tiga bintang besar ini bertahan dalam dunia F&B yang penuh cabaran? Bagi peminat dan penggemar kopi, mungkin ini peluang terbaik untuk menyaksikan sisi lain idola mereka, bukan di layar kaca, tetapi di sebalik kaunter kopi.

    Majlis pelancaran rasmi Bru Coffee Shop akan berlangsung pada 5 Mei 2025 di APW Bangsar, dan akan turut dimeriahkan dengan kehadiran Shukri, Siti dan Amerul sendiri. Pastinya momen ini dinanti-nantikan ramai, terutama oleh mereka yang ingin menikmati kopi sambil berpeluang bertemu bintang kegemaran secara santai.

    Bangsar kini tidak lagi hanya sinonim dengan trend fesyen dan hiburan, tetapi juga sebagai lokasi pertemuan antara seni dan secawan kopi.

  • SATRIA KEMBALI! TRAILER EJEN ALI THE MOVIE 2 CAPAI 1.5 JUTA TONTONAN DALAM 12 JAM TEMUI MISI TERBARU DI PAWAGAM MULAI 22 MEI 2025

    SATRIA KEMBALI! TRAILER EJEN ALI THE MOVIE 2 CAPAI 1.5 JUTA TONTONAN DALAM 12 JAM TEMUI MISI TERBARU DI PAWAGAM MULAI 22 MEI 2025

    Kemunculan semula Ejen Ali kini menjadi bualan hangat apabila treler sekuel animasi kegemaran ramai ini berjaya mengumpul 1.5 juta tontonan dalam masa 12 jam sahaja selepas dilancarkan semalam. Pencapaian luar biasa ini membuktikan pengaruh besar Ejen Ali dalam dunia animasi tempatan dan antarabangsa, sekali gus mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat.

    Sejak tayangan Ejen Ali The Movie pertama, peminat setia tidak putus-putus menantikan sambungan misi terbaru Ali. Kini dengan tayangan Ejen Ali The Movie 2 yang bakal menjengah pawagam pada 22 Mei 2025, harapan dan semangat peminat semakin membara. Visual animasi yang lebih mengagumkan serta naratif yang lebih matang jelas mencuri tumpuan ramai, dengan komen-komen peminat di media sosial membuktikan keterujaan luar biasa terhadap naskhah ini.

    Antara reaksi yang mencuit hati termasuk “Aku umur 24 pun masih setia tunggu Ali,” dan “Bangga betul tengok animasi tempatan dah setaraf luar negara.” Ramai juga yang menyatakan rasa bangga melihat kemajuan industri animasi Malaysia yang semakin cemerlang, dan menganggap Ejen Ali sebagai simbol pencapaian animasi tempatan yang mampu berdiri setanding di pentas global.

    Treler berdurasi 2 minit 45 saat itu memaparkan paparan visual yang dipertingkat dan memberi bayangan kepada konflik baharu yang lebih mendalam. Penonton diperkenalkan dengan teknologi terbaru, ancaman misteri dan perjalanan emosi Ali dalam menyelami erti sebenar menjadi seorang satria. Sut perisai baharu Ali turut mencetuskan pelbagai spekulasi tentang kebolehan dan cabaran yang bakal dihadapinya.

    Ejen Ali The Movie 2 diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama WAU Animation dan Komet Productions, menyambung legasi kejayaan filem pertamanya. Sekuel ini bukan hanya dibina atas kejayaan lalu, tetapi sebagai satu lambang dedikasi terhadap peningkatan mutu kandungan animasi tempatan. Dengan gabungan visual mempesona, jalan cerita yang penuh emosi dan nilai kekeluargaan, filem ini dijangka menjadi antara naskhah wajib tonton tahun ini.

    Para penonton boleh mula menanda kalendar untuk menyaksikan sendiri kisah penuh mendebarkan Ejen Ali The Movie 2 yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air mulai 22 Mei 2025. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada fenomena ini dan hayati transformasi Ali sebagai seorang satria sejati.

    Untuk info lanjut dan kandungan eksklusif, ikuti akaun media sosial rasmi Ejen Ali dan WAU Animation.

  • MAWAR RASHID & FADLAN HAZIM DALAM KISAH CINTA TERLARANG YANG MEMILUKAN- NIKMAT HANYA SESAAT BAKAL TEMUI PENONTON SLOT SAMARINDA TV3

    MAWAR RASHID & FADLAN HAZIM DALAM KISAH CINTA TERLARANG YANG MEMILUKAN- NIKMAT HANYA SESAAT BAKAL TEMUI PENONTON SLOT SAMARINDA TV3

    Cinta pertama jarang dilupakan, tapi bagaimana jika cinta itu kini menjadi milik orang lain? Itulah dilema yang membelenggu Sara, watak utama dalam drama bersiri penuh konflik dan emosi, Nikmat Hanya Sesaat sebuah naskhah menyayat hati yang akan mula bersiaran di Slot Samarinda TV3 mulai 8 Mei 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.

    Diterbitkan oleh Art Ornament, karya ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dengan skrip menyentuh hati hasil tulisan Amin Shakib. Drama 20 episod ini mengupas isu cinta terlarang, pengorbanan wanita, serta pergolakan emosi yang sukar ditebak, menjadikan ia lebih daripada sekadar kisah cinta biasa. Ia menyorot kesan ketara tekanan hidup yang memaksa wanita bertahan demi keluarga, meskipun terpaksa menggadai maruah.

    Bintang popular Mawar Rashid memegang watak Sara wanita berdarah luka dengan sejarah kelam, manakala Fadlan Hazim sebagai Zafrul, cinta pertamanya yang kini sudah menjadi milik orang lain. Gandingan mereka buat pertama kali di kaca TV dijangka mencetuskan letusan emosi yang realistik dan penuh penghayatan. Barisan pelakon turut disertai oleh Arash Mohamad, Lisdawati, Sherry Ibrahim, Shasha Abedul dan ramai lagi.

    Kisah bermula apabila Sara, selepas kematian ayahnya, terpaksa menyara keluarga dengan menjadi pelacur kelas atasan hidupnya mewah tetapi jiwanya kosong. Dunia ini diperkenalkan oleh Johny (Mutalib Mubin), lelaki yang mengambil kesempatan atas kelemahannya. Kemudian, Zafrul kembali muncul dalam hidupnya namun kini dia sudah bergelar suami kepada Julia (Sherry Ibrahim), tanpa mengetahui sejarah gelap Sara.

    Konflik memuncak apabila cinta lama yang belum padam kembali membara. Sara berperang dengan jiwanya sendiri: memilih untuk menyambung kisah lama atau menamatkannya demi masa depan yang lebih tenang.

    Mawar Rashid berkongsi cabarannya, “Watak Sara sangat berat. Saya perlu memahami penderitaan yang dialaminya dalam diam. Ia pengalaman berlakon yang sangat menguji fizikal dan emosi. Saya yakin ramai wanita akan rasa berkait dengan kisah ini.”

    Nikmat Hanya Sesaat bukan sekadar drama cinta. Ia membuka ruang untuk penonton merenung semula erti ketabahan wanita dan kesan luka yang tidak terlihat. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton menerusi www.tonton.com.my atau aplikasi di Google Play dan App Store.

    Untuk lebih info dan konten eksklusif, ikuti media sosial TV3 di @TV3Malaysia dan juga @dramasangat di Instagram.

    Jangan lupa janji temu anda mulai 8 Mei ini drama yang bakal membuatkan anda menangis, marah, dan merenung erti cinta sebenar… hanya di TV3.

  • BLOOD BROTHERS: BARA NAGA TERUS MENGGEGAR!RM62 JUTA DALAM 20 HARI! BUKIT BINTANG BERGEMA DENGAN SORAKAN & AKSI KEJUTAN

    BLOOD BROTHERS: BARA NAGA TERUS MENGGEGAR!RM62 JUTA DALAM 20 HARI! BUKIT BINTANG BERGEMA DENGAN SORAKAN & AKSI KEJUTAN

    Fenomena filem aksi tempatan, Blood Brothers: Bara Naga, terus mencipta sejarah apabila berjaya mengekalkan kedudukan teratas carta kutipan box office tempatan selama tiga minggu berturut-turut! Dengan jumlah kutipan mengagumkan RM62 juta dalam hanya 20 hari tayangan dan tayangan awal, filem ini kini secara rasmi tersenarai sebagai antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di Malaysia.

    Sebagai meraikan pencapaian luar biasa ini, Bukit Bintang bertukar menjadi medan sambutan eksklusif apabila satu pengumuman mengejut dipancarkan di papan LED gergasi — memaparkan jumlah rasmi kutipan terkini! Lokasi ikonik itu dipilih bukan sekadar simbol kota metropolitan, tetapi lambang semangat membara yang diusung oleh Blood Brothers: Bara Naga.

    Acara penuh warna ini turut menyaksikan kehadiran tokoh legenda perfileman tanah air, Datuk Dr. Yusof Haslam, bersama dua pengarah berbakat, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Zamarul Hisham, Ray Dap Dap, Amir Nafis dan Razib Salimin turut mencuri tumpuan ramai.

    Lebih dramatik, sebanyak 30 individu berpakaian sut hitam — mirip pengawal peribadi — muncul secara misteri, menguasai lokasi dan mencipta suasana yang tegang serta sinematik. Seolah-olah membawa dunia Blood Brothers keluar dari skrin dan terus ke tengah-tengah kota! Persembahan akustik mengasyikkan oleh Genji Busker dengan lagu tema Bara Jiwa melengkapkan malam penuh epik itu.

    Acara gilang-gemilang ini bukan sekadar promosi semata-mata, tetapi satu deklarasi: Blood Brothers: Bara Naga ialah nadi baharu sinema tempatan! WOLO Kuala Lumpur turut memainkan peranan penting sebagai penaja rasmi penginapan untuk artis dan tetamu kehormat sepanjang acara berlangsung.

    “Terima kasih atas sokongan luar biasa dari semua penonton Malaysia. Pencapaian ini adalah hasil sokongan padu anda semua yang terus mengangkat karya tempatan ke tahap lebih tinggi. Semoga lebih banyak filem berkualiti dapat dihasilkan dan menembusi pasaran antarabangsa. Teruskan menonton filem-filem tempatan kerana tanpa anda, tiada kami,” ujar Datuk Dr. Yusof Haslam penuh penghargaan.

    Kejayaan Blood Brothers: Bara Naga membuktikan bahawa filem aksi tempatan bukan sahaja relevan, tetapi juga mampu mencetuskan gelombang besar dalam industri perfileman. Filem ini menjadi bukti bahawa penonton kini lebih terbuka kepada produksi tempatan yang menawarkan mutu setanding antarabangsa.

    Jika anda masih belum menonton, inilah masanya! Jangan lepaskan peluang menyaksikan Blood Brothers: Bara Naga, filem aksi penuh intensiti yang kini menggegarkan seluruh negara. Rasai sendiri adrenalina, semangat dan bara naga yang membakar layar perak!

  • “6 Jilake” – Aksi Silat, Komedi Spontan & Watak Penuh Gaya!

    “6 Jilake” – Aksi Silat, Komedi Spontan & Watak Penuh Gaya!

    Filem 6 Jilake tidak hanya mempertaruhkan elemen komedi semata-mata, malah menyuntik semangat kepahlawanan dengan gaya tersendiri. Unsur aksi dalam filem ini digarap penuh gaya, berasaskan seni silat tradisional Melayu yang diwarisi turun-temurun. Pertarungan yang ditampilkan bukan sekadar untuk hiburan, tetapi menjadi simbol perjuangan rakyat menentang penjajahan. Senjata seperti Kayu Selengan Kembar, Tekpi dan Nanchaku Tahi Besi 1000 Tahun memperlihatkan kepelbagaian senjata tradisi yang jarang diketengahkan dalam filem tempatan. Koreografi silatnya dirancang rapi, cukup dramatik tanpa berlebihan.

    Setiap babak pertarungan disampaikan dengan emosi yang kuat, menjadikan penonton teruja dan terikat dengan perjalanan watak. Watak-watak yang tampil bukan sekadar berlawan, mereka berjuang demi tanah air dan nilai kemanusiaan. Penonton akan menyaksikan bagaimana rakyat biasa mampu menjadi wira dengan semangat yang menyala. Filem ini turut memberi penghormatan kepada budaya seni tempur Melayu yang kaya dan berfalsafah. Ia menampilkan aksi yang bukan sahaja menghibur, malah memberi pengajaran tentang keberanian dan keteguhan hati.

    Apa yang membezakan 6 Jilake dengan filem aksi lain ialah keseimbangan antara visual dan naratif. Pertarungan bukan berlaku semata-mata untuk mencipta adrenalin, sebaliknya berkait rapat dengan perkembangan cerita. Penonton akan faham motif di sebalik setiap aksi, menjadikannya lebih bermakna. Babak demi babak disusun bagi mengukuhkan emosi dan watak, bukan sekadar untuk gaya semata-mata. Ini memberikan kedalaman kepada filem dan mengangkat martabat sinema aksi tempatan.

    Walaupun dipenuhi babak pertarungan, 6 Jilake tidak mengetepikan unsur komedi yang menjadi daya tarikan utama. Watak-watak seperti Pulut Panggang dan Kole Kacang tetap melontarkan jenaka walau dalam situasi tegang. Humor yang diselitkan tidak mematikan momentum aksi, sebaliknya memberi ruang penonton untuk ‘bernafas’. Gabungan ini menjadikan filem lebih mesra kepada semua peringkat umur, tanpa mengurangkan intensiti jalan cerita. Ia membuktikan bahawa lawak dan aksi boleh bergandingan dengan harmoni.

    Keunikan 6 Jilake turut terletak pada latar masanya yang jarang diterokai – era penjajahan Belanda di Perak. Ini memberi peluang kepada penonton mengenali bab sejarah yang kurang didendangkan. Perjuangan rakyat dalam melindungi lombong bijih timah menjadi latar kepada konflik utama. Watak-watak dijelmakan berdasarkan suasana politik dan budaya ketika itu, menjadikan filem ini lebih bermakna. Ia membawa penonton kepada sejarah yang hidup dan penuh warna.

    Dari aspek produksi, rekaan set dan kostum memainkan peranan besar dalam menghidupkan suasana zaman dahulu. Setiap pakaian, senjata dan peralatan mencerminkan kesungguhan pembikin filem dalam memastikan ketepatan budaya. Warna-warna bumi dan latar kampung tradisional menjadi elemen penting dalam mencipta kesan visual yang memikat. Perincian ini menjadikan filem ini bukan sekadar tontonan, tetapi juga satu pengalaman sejarah. Ia bagaikan membawa penonton masuk ke era yang dilupakan.

    Keberhasilan 6 Jilake tidak dapat dipisahkan daripada sentuhan magis pengarahnya, Aziz M. Osman. Beliau berjaya menyatukan unsur komedi, aksi dan sejarah dalam satu adunan yang seimbang. Penceritaannya tidak tergesa-gesa, malah diberi ruang untuk bernafas dengan perkembangan watak yang meyakinkan. Pendekatan ini membezakan 6 Jilake daripada filem aksi klise yang lain. Ia menjadi bukti bahawa pengarah veteran masih mampu menghasilkan karya yang relevan dan segar.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan karya penuh semangat ini di pawagam bermula 24 April 2025. Filem ini bukan sekadar tentang pertarungan dan jenaka, tetapi tentang warisan, semangat rakyat dan nilai perjuangan. 6 Jilake adalah lambang kebangkitan filem tempatan yang berani dan berjiwa. Saksikan sendiri bagaimana warisan kita disemarakkan di layar perak. Pastikan anda menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

  • Mengapa Bayar Lebih? HONOR 400 Lite Membawakan AI Flagship Pada Hanya RM1,299

    Mengapa Bayar Lebih? HONOR 400 Lite Membawakan AI Flagship Pada Hanya RM1,299

    HONOR 400 Lite Sudah Tiba – Kuasa Premium, Tanpa Harga Premium
    Nikmati rebat segera RM200 waktu terhad dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun Bernilai RM99

    HONOR 400 Lite, telefon pintar terbaharu yang digelar ‘pembunuh iPhone’ bajet, kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM1,299. Peranti ini membawa kemajuan teknologi dengan ciri-ciri canggih dalam AI, penglihatan pintar untuk fotografi mudah alih, serta paparan menakjubkan dan bateri tahan lama. Keupayaan kamera dan teknologi paparan pada HONOR 400 Lite menawarkan pengalaman yang tiada tandingan, sekaligus memberikan nilai hebat dengan harga yang sangat berpatutan. Dengan Butang AI untuk kawalan kamera, telefon ini menambah kemudahan serta mengubah cara kita merakam gambar dan berinteraksi dengan dunia sekeliling.

    HONOR 400 Lite hadir dalam dua warna moden, Velvet Grey dan Marrs Green, dan dilengkapi dengan RAM 24GB (termasuk HONOR RAM Turbo 12GB) serta storan 256GB. Peranti ini kini boleh didapati di semua HONOR Stores di seluruh negara dan melalui pengedar sah.

    Dapatkan Nilai Lebih dengan Jaminan Percuma dan Rebat RM200
    Setiap pembelian HONOR 400 Lite kini dilengkapi dengan Jaminan Lanjutan 1 Tahun secara percuma bernilai RM99, dan rebat tunai RM200. Pelanggan yang membeli antara 25 April hingga 24 Julai 2025 boleh mengunjungi HONOR Store atau pengedar sah, mengambil gambar dengan HONOR 400 Lite, dan memuat naiknya di media sosial menggunakan tanda pagar #HONOR400LiteMY. Tunjukkan bukti hantaran tersebut untuk menikmati rebat RM200 pada pembelian.

    Miliki HONOR 400 Lite Secara Percuma dengan Pakej Telco Terpilih
    HONOR 400 Lite juga boleh diperoleh melalui Maxis, U Mobile, dan Yes. Dengan pelan pascabayar terpilih, anda berpeluang memiliki HONOR 400 Lite secara percuma.

    Bawa Pulang HONOR 400 Lite Secara Percuma Dengan Maxis!
    Nikmati HONOR 400 Lite secara percuma dengan pelan Maxis Postpaid 109! Untuk maklumat lanjut, layari www.maxis.com.my.

    HONOR 400 Lite Milik Anda Secara Percuma Dengan U Mobile!
    HONOR 400 Lite juga tersedia secara percuma dengan pelan U Postpaid 98 dan U Family 128. Untuk maklumat lanjut, layari www.u.com.my.

    Hanya Bayar RM5 Untuk Memiliki HONOR 400 Lite!
    Dapatkan HONOR 400 Lite dengan hanya RM5 melalui pelan Yes 5G Infinite+ Basic Plan, dengan langganan RM58 sebulan. Mulai 2 Mei 2025, kunjungi mana-mana kedai Yes untuk tawaran ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.yes.my.

    Merevolusikan Tangkapan Imej dengan Butang AI
    HONOR 400 Lite membawa revolusi dalam dunia fotografi mudah alih dengan Butang AI khusus untuk kawalan kamera. Dengan satu tekan, kamera diaktifkan, membolehkan pengguna merakam gambar dan video dengan segera. Selain itu, Butang AI memberi akses mudah kepada Google Lens untuk mencari dan menterjemah objek atau teks, memperkayakan pengalaman seharian dengan teknologi pintar. Butang Gemini Power Button turut meningkatkan produktiviti pengguna, menyediakan bantuan yang relevan dalam pelbagai aktiviti seperti menulis e-mel dan merancang tugas harian.

    Ciri-ciri AI Terbaharu untuk Kreativiti dan Produktiviti
    Berkendali dengan MagicOS 9.0 yang berasaskan Android 15, HONOR 400 Lite memanfaatkan AI untuk menjadikan tugas harian lebih pantas dan mudah. Fungsi seperti AI Eraser, AI Outpainting dan AI Translate memudahkan kerja-kerja kreatif dan komunikasi antarabangsa, memberi lebih banyak kebebasan dan kecekapan kepada pengguna.

    Pengalaman Fotografi Mengagumkan dengan Kamera Utama 108MP
    HONOR 400 Lite dilengkapi dengan kamera utama 108MP yang menghasilkan gambar ultra-jelas, ditambah dengan kemampuan zum 3X tanpa kehilangan kejelasan imej. Kamera swafoto 16MP pula memastikan setiap potret diri kelihatan sempurna, walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

    Paparan Bertaraf Flagship Yang Selesa Untuk Mata
    Paparan AMOLED 6.7 inci pada HONOR 400 Lite menyajikan visual yang memukau dengan kejelasan tinggi dan warna yang realistik. Kecerahan 3,500 nits memastikan keterlihatan jelas walaupun di bawah sinaran matahari, sementara kadar segar semula 120Hz memberikan respons lancar untuk permainan dan tontonan video.

    Canggih, Tahan Lasak, dan Dibina Untuk Kehidupan Sebenar
    Dengan reka bentuk yang kukuh dan ringan, HONOR 400 Lite hanya seberat 171g dan setipis 7.29mm. Dilengkapi dengan pensijilan rintangan jatuh lima bintang SGS, peranti ini dibina untuk ketahanan. Teknologi sentuhan tangan basah IP64 membolehkan pengguna berinteraksi dengan skrin walaupun tangan basah, menjadikannya pilihan terbaik untuk cuaca hujan.

    Kuasa Tahan Lama Dengan Prestasi Unggul
    Dengan prosesor MediaTek Dimensity 7025-Ultra dan bateri 5230mAh, HONOR 400 Lite menyediakan prestasi yang lancar dan tahan lama. Dilengkapi dengan pengecas berwayar 35W, ia boleh dicas hingga 52% dalam masa 30 minit dan mencapai 100% dalam hanya 73 minit, memastikan anda sentiasa berhubung dan terhibur.

    Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR 400 Lite, ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia dan kunjungi laman sesawang www.honor.com/my/.

    Mengenai HONOR
    HONOR ialah syarikat peneraju global dalam ekosistem peranti AI, komited untuk membawa pengalaman pintar kepada setiap pengguna. Dengan portfolio produk inovatif termasuk telefon pintar, PC, tablet, dan banyak lagi, HONOR terus berusaha mencipta dunia pintar yang lebih baik untuk semua.

  • EJEN ALI THE MOVIE 2 BAKAL MELEDAK DI PAWAGAM BERMULA 22 MEI 2025!

    EJEN ALI THE MOVIE 2 BAKAL MELEDAK DI PAWAGAM BERMULA 22 MEI 2025!

    Treler rasmi kedua akhirnya mendedahkan tarikh tayangan Ejen Ali The Movie 2 yang dijadualkan meledak di pawagam seluruh negara bermula 22 Mei 2025. Treler yang dilancarkan hari ini menyusul selepas poster utama yang hangat diperkatakan sejak semalam, menandakan kembalinya Ejen Ali dalam sebuah misi yang jauh lebih mendebarkan dan sarat emosi.

    Dengan jalan cerita yang lebih dramatik serta ancaman yang lebih besar, Ejen Ali tampil dalam pengembaraan epik terbaharu yang bakal menguji kekuatan mental dan fizikalnya. Visual animasi yang lebih canggih dan naratif penuh intensiti menjadikan sekuel ini sebagai antara filem animasi tempatan yang paling dinantikan tahun ini. Keterujaan penonton turut dipacu oleh tayangan semula filem pertama pada Februari lalu, ditambah dengan kemunculan lagu tema rasmi, Hanya Kamu nyanyian Dato’ M. Nasir, yang kini tular di platform digital.

    Treler dibuka dengan suara misteri menyeru Ali untuk bangkit, disusuli dialog menyengat “Kerja kita belum selesai…” yang membayangkan konflik dalaman serta pertembungan luar biasa dengan Rizwan, bekas ejen MATA yang kembali dengan niat terselindung. Ketika musuh lama, Neonimus, muncul dengan rancangan berbahaya untuk menjatuhkan Cyberaya, Ali perlu menguasai sut Satria – satu inovasi teknologi AI yang diperkenalkan MATA dan kini menjadi kunci kejayaan misi mereka.

    Kehadiran dua ketua baharu Teras MATA, Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso), turut mengubah strategi pasukan dan mencetus dinamika baharu dalam perjuangan menentang ancaman yang lebih kompleks. Tambahan pula, gabungan Rizwan bersama penjahat Dos dan Trez mengundang pelbagai persoalan tentang siapa sebenarnya yang berada di pihak kebenaran.

    Latar muzik yang mendebarkan melatari treler kedua ini dengan sempurna, menghasilkan pengalaman sinematik yang menggugah semangat. Sekuel ini membawa kesinambungan kepada Ejen Ali The Movie (2019) dengan membawa elemen konspirasi, pengkhianatan dan pertarungan yang lebih besar, mencabar Ali dan pasukannya pada tahap yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

    Pengarah filem, Usamah Zaid Yasin, menyifatkan pelancaran treler ini sebagai satu detik istimewa buat seluruh pasukan produksi. Beliau turut menyatakan bahawa mereka tidak sabar untuk membawa penonton menyelami dunia Ejen Ali di layar perak dengan skala yang lebih epik dan pengalaman sinematik yang memukau.

    Ejen Ali The Movie 2 diterbitkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dengan kerjasama Komet Productions. Filem ini bakal membawa animasi tempatan ke tahap antarabangsa, dan para peminat boleh terus menghangatkan suasana dengan menggunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2 di media sosial.

    Jangan lupa ikuti semua saluran rasmi Ejen Ali untuk kandungan eksklusif dan perkembangan terbaru. Saksikan treler rasmi kedua di YouTube, TikTok, Facebook, Instagram dan Twitter rasmi Ejen Ali. Misi diteruskan, dan dunia sedang menanti kemunculan Ejen Ali di pawagam mulai 22 Mei ini.

  • MONSTA & ASTRO SHAW UMUMKAN FILEM TERBARU: PAPA ZOLA THE MOVIE SIAP SEDIA GEGARKAN LAYAR PERAK DISEMBER INI!

    MONSTA & ASTRO SHAW UMUMKAN FILEM TERBARU: PAPA ZOLA THE MOVIE SIAP SEDIA GEGARKAN LAYAR PERAK DISEMBER INI!

    Satu lagi karya animasi tempatan bakal mencuri tumpuan! MONSTA, studio di sebalik kejayaan mega filem BoBoiBoy dan Mechamato, bergabung tenaga bersama Astro Shaw untuk mempersembahkan filem terbaharu yang dinanti-nantikan peminat – Papa Zola The Movie! Seawal pelancaran teasernya, filem ini telah mencatat lebih 2 juta tontonan dalam masa kurang 24 jam di seluruh platform digital – satu permulaan yang cukup mengujakan!

    Watak Papa Zola, yang mula diperkenalkan dalam siri BoBoiBoy, telah berkembang menjadi ikon jenaka keluarga menerusi gaya lucunya yang tersendiri, tagline “Kebenaran!” yang ikonik, dan populariti yang meluas di Malaysia serta Indonesia. Dengan lebih 3 bilion tontonan terkumpul daripada meme tular, video sketsa dan kandungan media sosial, Papa Zola bukan sekadar watak – dia adalah fenomena!

    Kini, Papa Zola akan melangkah keluar dari skrin kecil ke layar perak sebagai watak utama dalam sebuah filem penuh aksi, humor dan nilai kekeluargaan. Papa Zola The Movie membawa penonton ke dalam dunia bergamifikasi yang mencabar, di mana wira kita perlu berdepan ancaman luar biasa demi mempertahankan orang tersayang.

    “Ini kali pertama Papa Zola menjadi teraju utama dalam filem animasi,” kata Nizam Abd Razak, pengarah filem ini. “Kita akan bongkar latar belakang Papa Zola dalam bentuk pengembaraan yang penuh aksi, drama dan semangat kekeluargaan, lengkap dengan pencerobohan makhluk asing yang mendebarkan! Ia bukan sekadar hiburan, tetapi juga refleksi kasih sayang, keberanian dan nilai murni – sesuai untuk semua lapisan masyarakat.”

    Filem ini dijadualkan menemui penonton Disember 2025, bersempena musim cuti sekolah – waktu terbaik untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Ia turut menjadi pelengkap kepada gelombang kebangkitan animasi Malaysia di bawah inisiatif #aniMY dan gerakan #sapotlokal yang semakin kukuh.

    Dengan kualiti penghasilan bertaraf dunia, Papa Zola The Movie bersedia mengukir satu lagi kejayaan besar dalam sejarah filem animasi tempatan. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kembara penuh aksi, tawa dan nilai keluarga bersama Papa Zola – hanya di pawagam bermula Disember ini!

  • GAYONG – Kisah Legenda Pendekar Melayu Ke Pawagam 8 Mei 2025

    GAYONG – Kisah Legenda Pendekar Melayu Ke Pawagam 8 Mei 2025

    Sebuah karya yang mengangkat warisan budaya dan semangat kepahlawanan Melayu bakal menggegarkan layar perak! Filem Gayong, diinspirasikan daripada kisah benar pengasas Silat Seni Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 8 Mei 2025.

    Selepas majlis pelancarannya yang mencuri perhatian pada September tahun lalu, Gayong terus mencetus keterujaan. Dibintangi pelakon hebat Beto Kusyairy sebagai ADMAR, filem ini turut menampilkan barisan pelakon berkaliber seperti Syafie Naswip, Nabila Huda, dan bintang aksi antarabangsa Yayan Ruhian.

    Filem arahan Faisal Ishak ini bukan sekadar naskhah aksi semata-mata, sebaliknya sebuah karya yang mendalami perjuangan, falsafah, dan keteguhan jiwa seorang tokoh persilatan. “Saya mahu penonton merasai bukan sahaja kehebatan aksi, tetapi juga ruh dan semangat perjuangan seorang legenda dalam mempertahankan warisan bangsa,” ujar Faisal.

    Menghidupkan kembali kisah tokoh sehebat ADMAR bukan satu tugas mudah. Bagi Faisal, cabaran paling besar adalah memastikan setiap elemen dalam filem ini kekal asli dan menghormati sejarah. “ADMAR bukan sekadar pendekar, tetapi guru yang membawa nilai murni dan prinsip kehidupan dalam setiap jurusnya,” katanya.

    Untuk merealisasikan visi itu, para pelakon menjalani latihan intensif bersama koreografer aksi tersohor, Yayan Ruhian, serta jurulatih-jurulatih Silat Gayong. “Latihan bukan semata-mata mempelajari gerak, tetapi menyerap semangat Gayong itu sendiri – keberanian, disiplin, dan jati diri,” jelas Faisal.

    Bagi Penerbit Eksekutif, Khairul Anuar Latip, filem ini adalah sebuah penghormatan kepada warisan silat tanah air. Sejak Disember 2023, mereka telah menjalankan kajian mendalam dan mendapat restu daripada keluarga ADMAR sendiri, termasuk anak beliau Hajah Fadzilah dan cucunya Zubaidah Hussin.

    “Kami juga menerima sokongan penuh daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) yang memberi panduan sepanjang proses produksi,” katanya. Wakil-wakil PSSGM turut hadir ke lokasi penggambaran bagi memastikan setiap aksi silat dalam filem ini autentik dan sejajar dengan seni asal Gayong.

    Khairul mengakui mereka bersaing dengan banyak filem hebat pada bulan yang sama, namun tetap yakin dengan kekuatan unik Gayong. “Kami mahu penonton membuka mata terhadap sejarah dan tokoh tempatan yang telah mengangkat martabat bangsa. Gayong adalah kisah kita, dan sudah sampai masanya ia ditonton oleh generasi hari ini,” ujarnya.

    Filem Gayong adalah gabungan aksi, warisan dan semangat juang yang mendalam – menjadikannya sebuah naskhah yang wajib ditonton. Saksikan legenda ini hidup kembali di pawagam bermula 8 Mei 2025.

  • Bella Astillah & Ade Govinda Unite in “Lebih Indah Berpisah”, A Powerful Song About Courage to Let Go for Happiness

    Bella Astillah & Ade Govinda Unite in “Lebih Indah Berpisah”, A Powerful Song About Courage to Let Go for Happiness

    After the success of her previous single, Bella Astillah returns with a deeply meaningful new track titled “Lebih Indah Berpisah”. This time, she collaborates with renowned Indonesian composer and musician, Ade Govinda, in a song that speaks of the strength to let go of a love that no longer values you, in order to embrace a brighter, more fulfilling future.

    For Ade Govinda, the song is more than just a melody; it’s a heartfelt expression about choosing personal happiness over holding onto a love that has faded. As the creator and producer behind “Lebih Indah Berpisah”, he shared that the song’s message centers around bravery and acceptance of parting ways, even when it is painful, in order to live a better life.

    “I’m so honored to be part of this collaboration,” said Bella Astillah. “Originally, the song’s title was different, but after a lot of thought, Ade and I agreed on ‘Indah’ to capture the essence of positivity in a breakup. This song tells the story of courageously moving on with sincerity.”

    Bella added that the experience of working with Ade and his team has been unforgettable. “They are so respectful of everyone, no matter their background. During the recording, the studio atmosphere was incredibly supportive, and I felt empowered to give my best. Their encouragement really made a difference.”

    The song’s aim is to offer strength to those experiencing heartbreak. “I hope ‘Lebih Indah Berpisah’ reaches those who are going through difficult times in their love lives. This song is not only for Malaysia but also for Indonesia. Ultimately, I hope it touches the hearts of listeners,” Bella expressed.

    She went on to say that this project is also a personal challenge for her as an artist. “It’s not about competing with others; it’s about improving myself and growing. I did this for myself and to become a better artist.”

    Ade Govinda shared that the essence of “Lebih Indah Berpisah” is about choosing a path to happiness over staying in an unbalanced relationship. “It’s about knowing when it’s time to let go. Breakups are not failures; they are brave decisions to move toward a more beautiful life,” he said. “This song is a tribute to the strength and courage to walk away from a love that no longer serves you.”

    Talking about Bella’s professionalism, Ade praised her dedication. “Bella’s professionalism is remarkable. Not only does she sing beautifully, but her commitment during the music video shoot was exceptional. There are few women who show the kind of determination and commitment she does. Bella is truly impressive.”

    “Lebih Indah Berpisah” is now available on all digital platforms, and the official music video has also been released on YouTube.