Author: Helmi Aziz

  • MR NUSANTARA 2025: Beam Artistes Unites Malaysia, Singapore & Indonesia in First-of-Its-Kind Regional Male Pageant

    MR NUSANTARA 2025: Beam Artistes Unites Malaysia, Singapore & Indonesia in First-of-Its-Kind Regional Male Pageant

    Beam Artistes, a leading international talent and event agency, proudly launches the highly anticipated MR NUSANTARA 2025, a groundbreaking male pageant uniting Malaysia, Singapore, and Indonesia on one grand stage. This pioneering edition sets the tone for future expansions, aiming to include more countries from the wider Nusantara region.

    The exciting announcement was made during the official sashing ceremony and press conference held at Centrestage, Sungei Wang Plaza, witnessed by media, sponsors, and pageant supporters.

    In an unprecedented format, 36 finalists from across the Malay Archipelago will compete not only for national pride but also regional supremacy. The competition features 15 contestants each from Malaysia and Singapore, while Indonesia is represented by 6 determined delegates. Although the number of Indonesian participants was affected due to unforeseen agency-related complications, Beam Artistes expressed gratitude to the delegates who persevered and made it to Kuala Lumpur despite the odds.

    Samuel Seow, CEO of Beam Artistes and Founder of MR NUSANTARA, emphasized the event’s deeper mission: “MR NUSANTARA is more than a competition – it’s a cultural movement that celebrates unity, heritage, and talent. Bringing together these nations reflects the power of shared identity and the spirit of regional brotherhood.”

    He also acknowledged the initial hurdles faced by the event, noting, “We had to make adjustments along the way, but like any true show, it must go on – and we’re going stronger than ever.”

    The pageant officially kicks off today with the arrival of delegates in Kuala Lumpur and will culminate in the glittering Grand Finals on 29 May 2025 at the stylish Galaxy Banquet Hall @ HGH Convention Centre, Sentul. The week-long pageant adheres to international competition standards and criteria.

    At the national level, three winners will be crowned as MR MALAYSIA NUSANTARA 2025, MR SINGAPORE NUSANTARA 2025, and MR INDONESIA NUSANTARA 2025. These champions will then face a thrilling twist – the overall MR NUSANTARA 2025 Champion will be determined solely through public online voting, a unique feature that puts the power entirely in the hands of fans across the region.

    The stakes are high with a prize package worth USD 80,000, including a brand-new car, making MR NUSANTARA one of the most lucrative male pageants in Southeast Asia.

    Adding star power to the grand finals is a special performance by Malaysia’s top girl group, DOLLA, ensuring an unforgettable night of glamour and entertainment. Guests will also enjoy a delicious spread of Malaysian cuisine as they cheer for their favourite delegates.

    Tickets and voting information are available at www.thevotique.com. Organisers encourage all to support these inspiring young men and celebrate the spirit of Serumpun Nusantara.

    MR NUSANTARA 2025 is made possible by its presenting sponsor A.M Aesthetics, and key supporter Alluora Skincare. Other sponsors and partners include HGH Convention Centre, Sungei Wang Plaza, Steg Kuala Lumpur, Universal Music Malaysia, and more.

  • DOLLA Gegarkan Dunia Dengan “MWA!” Sentuhan Malaysian-Pop Berinspirasikan Brazilian Funk Jadi Fenomena Antarabangsa

    Selepas hampir setahun menyepi, kumpulan gadis sensasi Malaysia, DOLLA, kembali dengan penuh gaya menerusi single baharu mereka yang penuh bertenaga dan eksperimental berjudul “MWA!” – sebuah karya yang bukan sahaja mengangkat elemen Brazilian funk, malah meletakkan nama M-pop di radar muzik global.

    Dicipta sebagai kesinambungan kepada lagu hit mereka DAMELO, MWA! menampilkan sisi DOLLA yang lebih berani, segar dan lincah. Terinspirasi daripada bintang pop Brazil seperti Anitta, DOLLA menggabungkan identiti muzik Nusantara dengan ritma Latin yang menggoda dan beat moden yang memikat pendengar antarabangsa.

    “Kami peminat tegar muzik Brazil dan sangat mengagumi Anitta. Kami mahu hasilkan lagu yang bukan sahaja mewakili DOLLA, tetapi juga memperkenalkan cita rasa baru kepada peminat Malaysia dan antarabangsa,” kongsi DOLLA dalam satu kenyataan.

    Sejak dilancarkan, MWA! telah meraih sambutan luar biasa dengan debut di tangga ke-6 Carta RIM Malaysia dan mencatat lebih 1 juta tontonan di YouTube hanya dalam beberapa minggu. Di platform sosial, trend MWA! Dance Challenge telah merebak pantas dengan pencipta kandungan dari Brazil, Thailand, dan Amerika Syarikat turut mengambil bahagian – menjadikan lagu ini antara fenomena global terbaru dari Malaysia.

    Menambahkan kemeriahan, video muzik MWA! turut dipaparkan secara eksklusif di papan iklan LED gergasi di Bukit Bintang, satu simbol kejayaan dan pengaruh pop budaya tempatan yang semakin menonjol di mata dunia.

    Sebagai tanda penghargaan kepada peminat, DOLLA turut melancarkan siri acara interaktif “MWA! Heist”, dimulakan dengan kejayaan di Bukit Bintang pada 10 Mei lalu dan diteruskan dengan MWA! Heist #2 di IOI City Mall Putrajaya pada 25 Mei 2025. Acara ini bukan sahaja menawarkan pengalaman imersif ke dalam dunia muzik video DOLLA, tetapi juga memberi ruang kepada peminat untuk menari, berinteraksi dan menonjolkan bakat mereka.

    Sorotan utama acara ialah DOLLA: Most Wanted Ace, di mana peminat berbakat dalam bidang tarian, nyanyian dan rap berpeluang mempersembahkan kebolehan mereka secara langsung di hadapan pihak pengurusan Universal Music Malaysia. Tiga peserta terbaik membawa pulang hadiah eksklusif DOLLA — sekaligus membuka peluang ke arah kerjaya seni yang lebih besar.

    “Kami amat terharu dengan sambutan hangat, khususnya dari peminat Brazil. Melihat muzik kami menembusi pasaran luar adalah satu mimpi jadi nyata. DOLLA bangga menjadi sebahagian daripada gelombang baharu M-pop,” tambah mereka.

    Dengan MWA! terus mencipta gelombang dan menawan hati pendengar antarabangsa, DOLLA membuktikan bahawa muzik dari Malaysia kini berdiri megah di pentas global – berani, segar dan bersedia untuk menjadi jenama pop Asia yang seterusnya.

  • “KISAH PENUH KECEWA” – KOLABORASI EMOSI ERNIE ZAKRI & ANGGI MARITO MENGGAMIT NADA HATI DUA NEGARA

    Dua suara luar biasa dari Malaysia dan Indonesia, Ernie Zakri dan Anggi Marito, bersatu dalam sebuah kolaborasi istimewa menerusi single terbaru berjudul “Kisah Penuh Kecewa”. Lagu power ballad ini lahir hasil ciptaan bersama Clara Riva, Ernie Zakri, Anggi Marito dan S/EEK, membawa kisah luka hati akibat cinta yang tidak kesampaian, namun sarat dengan mesej kekuatan dan ketabahan.

    Menggabungkan kekuatan vokal serta emosi mendalam kedua-dua penyanyi berbakat ini, lagu tersebut menyasarkan untuk menyentuh hati pendengar di Malaysia dan Indonesia, serta peminat muzik serantau yang menghargai karya bernuansa emosi dan berjiwa.

    Ernie Zakri, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL 39), berkongsi bahawa lagu ini mengisahkan tentang cinta yang berakhir bukan kerana tiada rasa, tetapi kerana salah satu pihak sudah memilih untuk berpisah. Namun, di sebalik kekecewaan itu, terdapat kekuatan untuk terus melangkah maju.

    “Lagu ‘Kisah Penuh Kecewa’ ini adalah sebuah lagu yang sedih, mengenai cinta yang tidak menjadi kenyataan kerana pasangan sudah tidak mahu meneruskan hubungan. Tapi di penghujungnya, lagu ini membawa kekuatan yang mana lelaki atau wanita itu tetap tabah untuk menghadapi segala cabaran,” kata Ernie.

    Proses rakaman lagu ini juga memberikan pengalaman berharga kepada Ernie apabila beliau merantau ke Jakarta untuk sesi rakaman bersama Anggi dan pasukan produksi.

    “Rakaman berjalan lancar walaupun kami menghadapi cabaran bulan Ramadan, di mana kami tidak boleh minum air semasa rakaman. Namun, semuanya berjaya diharungi dengan baik,” tambah Ernie.

    Ernie turut meluahkan rasa bangga dapat bekerjasama dengan tenaga kreatif hebat seperti Clara Riva (penulis lagu), S/EEK (penerbit muzik), dan IRVNAT selaku pengarah vokal.

    “Saya sangat berbesar hati dapat bekerja dengan Anggi, yang saya anggap sebagai salah seorang penyanyi muda terbaik dari Indonesia. Projek ini sangat bermakna dalam kerjaya saya tahun ini,” katanya.

    Menurut Ernie, walaupun berlainan latar belakang negara, kolaborasi ini membuktikan muzik tiada sempadan. Lagu ini direka agar mudah difahami dan mampu menjadi peneman bagi pendengar yang pernah mengalami kekecewaan cinta.

    “Saya harap pendengar dapat menikmati lagu ini dan mengambil kekuatan daripadanya,” ujarnya lagi.

    Bagi Anggi Marito, pemenang tempat ketiga Indonesian Idol musim 11, peluang berkolaborasi dengan Ernie adalah satu penghormatan besar.

    “Saya sudah lama mengenali dan mengagumi suara indah Ernie. Tenaganya sangat hebat dan dapat menyampaikan rasa dengan sangat mendalam. Saya rasa sangat terhormat dapat bekerjasama dengannya,” kata Anggi.

    Proses penulisan lagu berjalan dengan lancar, di mana keserasian vokal Ernie dan Anggi akhirnya membawa mereka menghasilkan sebuah power ballad penuh emosi.

    “Penulisan lagu hanya mengambil masa beberapa jam. Kami mengambil kira karakter suara masing-masing, dan susunan muzik oleh S/EEK melengkapkan karya ini menjadi sangat istimewa,” jelas Anggi.

    Dengan mesej yang jujur dan melodi menyentuh, Ernie dan Anggi berharap “Kisah Penuh Kecewa” dapat diterima baik oleh pencinta muzik di kedua-dua negara serta memberi kekuatan kepada mereka yang melalui kekecewaan cinta.

    “Kisah Penuh Kecewa” bukan sekadar lagu duet biasa. Ia adalah gabungan dua jiwa seni yang menyampaikan kisah tentang patah hati, kejujuran dalam mencintai, dan perjuangan untuk melepaskan,” kata Ernie.

    Lagu ini kini sudah boleh didengarkan di semua platform penstriman digital bermula 23 Mei 2025. Video muzik rasmi turut dilancarkan untuk membawa naratif visual yang seiring dengan kekuatan vokal kedua-dua penyanyi.

    Sebagai tambahan istimewa, Anggi Marito akan membuat penampilan khas di Aura: Ernie Zakri Live in Concert pada 31 Mei 2025 di The Theatre, Mediacorp, Singapura. Konsert ini menjanjikan persembahan penuh emosi daripada dua penyanyi hebat Asia Tenggara dalam satu malam yang tidak boleh dilepaskan.

  • HEKTAR REIT MANTAPKAN ARAH STRATEGIK PADA AGM KE-13, TEKANKAN DIVERSIFIKASI ASET, KEMAJUAN HIJAU & PENCAPAIAN PASARAN MODAL

    HEKTAR REIT MANTAPKAN ARAH STRATEGIK PADA AGM KE-13, TEKANKAN DIVERSIFIKASI ASET, KEMAJUAN HIJAU & PENCAPAIAN PASARAN MODAL

    Hektar Asset Management Sdn. Bhd., selaku Pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT), telah berjaya memuktamadkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-13 yang berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur. Para pemegang unit sebulat suara menerima Laporan Tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, yang mengetengahkan prestasi kewangan kukuh, kemajuan ESG, dan hala tuju strategik baharu kumpulan.

    Tahun 2024 menjadi titik transformasi penting buat Hektar REIT apabila mula melangkah ke luar sektor runcit, menerusi pemerolehan dan pajakan balik hartanah berkaitan pendidikan. Inisiatif ini menandakan kemasukan pertama ke dalam segmen bukan runcit, seterusnya membuka ruang kepada pengembangan ke sektor perindustrian pada 2025. Usaha ini mencerminkan strategi jangka panjang untuk memperluas aliran pendapatan serta meningkatkan daya tahan portfolio pelaburan.

    Sebagai pelengkap kepada strategi pertumbuhan, Hektar REIT berjaya menerbitkan tranche pertama Nota Jangka Sederhana (MTN) bernilai RM215 juta, di bawah program RM500 juta. Terbitan ini mendapat jaminan daripada Credit Guarantee and Investment Facility (CGIF) – sebuah dana amanah di bawah Bank Pembangunan Asia – sekali gus membolehkan akses kepada pembiayaan yang lebih cekap dan mapan.

    Seiring komitmen terhadap kelestarian, Hektar REIT turut mengumumkan kolaborasi strategik bersama Samaiden Group Berhad untuk pemasangan sistem solar di lima pusat beli-belah miliknya. Inisiatif tenaga boleh diperbaharui ini dijangka menjimatkan kos tenaga tahunan sekitar RM2.05 juta, atau RM41.3 juta dalam tempoh dua dekad. Ia juga berpotensi mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 98,640 tan metrik bersamaan dengan menanam lebih 1.97 juta pokok dalam tempoh 20 tahun.

    Dalam usaha mempertingkatkan nilai aset, Hektar REIT telah memulakan kerja-kerja Fasa 1 Inisiatif Peningkatan Aset (AEI) di Subang Parade. Kerja dalaman ini dijadualkan siap menjelang separuh pertama 2026 dan dijangka meningkatkan pengalaman pelanggan, nilai penyewa, serta prestasi aset jangka panjang.

    Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management, Zainal Iskandar, berkata, “Kami menghormati suara dan mandat yang diberikan oleh para pemegang unit. Tahun kewangan 2024 merupakan tempoh transformatif bagi kami daripada meneroka kelas aset baharu kepada pengoptimuman kos dan penambahbaikan strategi pengurusan modal. Kami sentiasa telus dan mengambil kira setiap pandangan dalam menetapkan arah masa depan.”

    Beliau menambah bahawa pihaknya kini sedang giat menyemak semula pelan strategik dan operasi bagi memastikan portfolio yang lebih berdaya tahan dengan pendapatan berulang yang mampan. Fokus utama kekal untuk memperkukuh prestasi aset, mengoptimumkan campuran penyewa, serta meningkatkan nilai kepada pemegang unit secara berterusan.

    “Keutamaan kami tidak berubah iaitu memastikan agihan yang mampan, meningkatkan kualiti aset, dan memperkukuh integrasi ESG dalam setiap lapisan operasi kami. Dengan pendekatan sedia masa hadapan, kami yakin bahawa Hektar REIT berada di landasan kukuh untuk terus berkembang sebagai REIT yang lebih pelbagai, mampan dan berdaya saing,” ujar beliau.

    Hektar REIT akan terus melangkah ke hadapan dengan strategi aset terpelbagai, struktur modal kukuh dan inisiatif hijau untuk memberi pulangan jangka panjang kepada pemegang unit sambil memperkukuh komuniti dinamik yang lestari di seluruh negara.

  • Keluang Man Kembali Gegar Pawagam: Nostalgia Bertemu Aksi dalam Era Baharu Superhero Malaysia

    Keluang Man Kembali Gegar Pawagam: Nostalgia Bertemu Aksi dalam Era Baharu Superhero Malaysia

    Filem ikonik yang dinanti-nantikan, Keluang Man, bakal menggempur 154 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei bermula 29 Mei ini. Sebagai filem adaptasi daripada siri animasi kultus 90-an, Keluang Man menjanjikan pengalaman sinematik segar dengan adunan humor, nostalgia dan adrenalin. Watak utamanya yang ‘gila-gila’ namun menyentuh emosi, menjadikan filem ini berbeza dan menghiburkan dalam kelasnya tersendiri.

    Dengan durasi 132 minit, Keluang Man bukan sekadar filem aksi – ia adalah permulaan kepada era baharu dalam pembikinan filem adiwira tempatan. Penuh dengan elemen dramatik, babak mendebarkan serta sentuhan budaya Malaysia, naskhah ini memperkenalkan penonton kepada dunia Astro Shaw Cinematic Universe buat julung kalinya. Ia turut mengangkat rasa bangga terhadap adiwira original pertama tanah air.

    Diterbitkan oleh Astro Shaw bersama GSC, Idea River Run, dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions, filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin. Kemunculan istimewa oleh Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Wahid dan Azlee Senario serta ramai lagi turut menyemarakkan lagi filem ini.

    Live-action pertama arahan Anwari Ashraf Hashim – pencipta bersama Polis Evo, Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM – membawa sentuhan moden ke atas IP klasik ini. Menurut Ketua Astro Shaw merangkap Penerbit Eksekutif, Raja Jastina Raja Arshad, Keluang Man bukanlah sekadar ‘remake’, tetapi satu penjenamaan semula dengan penuh tanggungjawab demi membawanya kepada generasi baharu dan setia.

    Raja Jastina berkata, “Proses dari pra ke pascaproduksi melibatkan sepenuhnya lebih 1,000 tenaga kreatif tempatan, termasuk visual, audio, CGI dan VFX. Filem ini adalah filem ‘postmoden’ pertama Malaysia dan menjadi simbol kebangkitan sinema adiwira buatan tempatan. Kami harap penonton akan ‘enjoi’ dan berbangga dengan adiwira negara sendiri.”

    Bagi Anwari Ashraf pula, naskhah ini adalah sebuah surat cinta kepada generasi 90-an. Katanya, “Filem ini bukan hanya hiburan, tetapi penghargaan terhadap warisan budaya pop Malaysia. Ia membawa nilai dan semangat Keluang Man ke dalam era baharu. Saya berharap legasi ini terus hidup dalam jiwa penonton.”

    Filem ini mengisahkan Borhan, pesakit di Hospital Tumpoi yang menghidap gangguan Dissociative Schizophrenia. Ketika sejarah silam mula menghantuinya, dia mencipta alter egonya sebagai Keluang Man, dan mula bertindak sebagai adiwira misteri untuk membalas dendam serta melindungi.

    Uniknya, Keluang Man turut menampilkan lagu-lagu ‘throwback’ era 2000-an seperti ‘Tragedi Oktober’, ‘Sha Na Na’ dan ‘Terhangat Di Pasaran’. Lagu tema asal juga diberi nafas baharu oleh Krisya dan S.O.G, menyuntik semangat retro dalam suasana moden yang pasti menggamit kenangan.

    Tiket mula dijual sejak 21 Mei dan ‘sneak preview’ akan berlangsung pada 28 Mei. Jelajah promosi turut diadakan bermula 31 Mei di Johor, diikuti Melaka, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Pahang dan Lembah Klang sepanjang bulan Jun.

    Antara kolaborasi kreatif termasuk ‘Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man oleh Royal Selangor’ serta edisi khas bersama Fung Keong dan Abstrax.

  • iQOO Neo 10 Set to Revolutionize Malaysian Market with Dual-Chip Power and Bold Design

    iQOO Neo 10 Set to Revolutionize Malaysian Market with Dual-Chip Power and Bold Design

    iQOO Malaysia is gearing up to launch the highly anticipated iQOO Neo 10, a smartphone that redefines mobile performance with its groundbreaking dual-chip technology. Powered by Malaysia’s first Snapdragon 8s Gen 4 processor combined with the innovative Q1 Supercomputing chip, the iQOO Neo 10 is engineered to deliver an unparalleled experience for gamers and everyday users alike.

    At the heart of the iQOO Neo 10 lies a flagship-level dual-chip setup designed for seamless multitasking and enhanced graphics performance. The Snapdragon 8s Gen 4 ensures high-speed processing power, while the dedicated Q1 chip elevates gaming visuals with up to 144 FPS frame interpolation and Game Super Resolution technology. This combination also optimizes video playback on popular streaming platforms, providing smoother, clearer viewing while improving energy efficiency for extended usage.

    Beyond power, the iQOO Neo 10 impresses with its bold and stylish design, available in two sophisticated colors: Astral Black for a classic, sleek finish and Desert Gold, which offers a shimmering premium touch. Its aesthetic appeal ensures it stands out in any setting, from casual outings to busy campus life.

    Fans eager to get their hands on the iQOO Neo 10 5G can take advantage of early bird promotions starting 24 May at 8:00 PM, ahead of the official launch on 5 June. Exclusive offers include savings up to RM 347 and an additional RM 100 discount for students and lecturers. Every purchase comes with free gifts valued over RM 277, including a one-year extended warranty, screen crack protection, and gaming finger sleeves. Buyers can also add the iQOO Buds 1i at a special price of RM 59.

    These promotions will be available through major online retailers like Shopee, Lazada, vivo E-Store, and TikTok Shop until 4 June 2025. Customers may also reserve their device at vivo Concept Stores with a booking deposit to secure early delivery after launch.

    The iQOO Neo 10 is set to push boundaries with next-level power, striking design, and unbeatable value a true game-changer for Malaysian consumers. Stay updated by following iQOO Malaysia’s official Facebook and Instagram pages for the latest news and offers.

  • DR. ALBAN BAKAL GEGARKAN KUALA LUMPUR BUAT PERTAMA KALI MENERUSI KONSERT ‘REWIND & PLAY EXPERIENCE’

    DR. ALBAN BAKAL GEGARKAN KUALA LUMPUR BUAT PERTAMA KALI MENERUSI KONSERT ‘REWIND & PLAY EXPERIENCE’

    Bersiap sedialah untuk malam penuh memori, irama rancak dan semangat retro yang membara! Buat pertama kalinya, ikon muzik Eurodance terkenal dunia, Dr. Alban, bakal menjejakkan kaki ke Malaysia menerusi konsert eksklusif bertajuk Rewind & Play Experience, hasil penganjuran bersama dua nama besar dalam industri hiburan tempatan, Mojo Projects dan Tuff & Loud.

    Konsert ini akan berlangsung pada Jumaat, 23 Mei 2025 jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur, membawa para peminat mengembara semula ke zaman keemasan muzik 90-an dengan lagu-lagu meletup seperti “It’s My Life”, “Sing Hallelujah”, dan banyak lagi. Inilah peluang untuk menyaksikan legenda sebenar Eurodance secara langsung sesuatu yang pastinya dinantikan oleh generasi yang membesar dengan irama tersebut.

    Lebih daripada sekadar konsert, Rewind & Play Experience menjanjikan gabungan hiburan, visual dan nostalgia yang menyeluruh. Para pengunjung akan disambut dengan suasana interaktif bertemakan 90-an termasuk persembahan DJ retro, zon aktiviti khas, persembahan visual unik, serta pelbagai elemen kreatif yang menghidupkan kembali era kegemilangan tersebut dalam satu malam istimewa.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mojo Projects, Ratna K. Nadarajan, penganjuran konsert ini adalah penghormatan kepada warisan muzik Eurodance yang pernah mewarnai budaya popular sedunia.

    “Kami mahu mencipta lebih daripada sekadar persembahan. Kami mahu para penonton ‘terjun’ semula ke dalam era yang penuh warna, gaya dan tenaga satu pengalaman hiburan menyeluruh,” jelas Ratna.

    Konsert ini juga merupakan satu bentuk penghargaan terhadap perjalanan seni Dr. Alban yang telah bertahan lebih tiga dekad, dengan karya-karya beliau terus mendapat tempat di hati peminat rentas generasi.

    Dalam satu mesej khas kepada para peminat Malaysia, Dr. Alban menyatakan keterujaannya untuk kembali ke Asia:

    “Saya sangat teruja untuk beraksi di Kuala Lumpur buat kali pertama. Bersiap sedialah untuk malam penuh kenangan, muzik dan semangat yang takkan dilupakan!”

    Rewind & Play Experience dijangka menjadi antara acara kemuncak hiburan tahun ini, terutamanya buat para pencinta muzik era 90-an. Gabungan elemen muzik, memori dan meraikan warisan seni menjadikan konsert ini wajib hadir bagi mereka yang ingin bernostalgia dalam suasana penuh gaya dan tenaga.

    Mengenai Mojo Projects
    Ditubuhkan pada 2016, Mojo Projects Sdn Bhd ialah antara pemain utama dalam penganjuran acara berskala besar di Malaysia. Dengan fokus pada teknologi, pengalaman premium dan hiburan unik, Mojo terus menerajui industri acara di peringkat tempatan dan serantau.

  • ZIVA MAGNOLYA MERANGKAI FENOMENA BAHARU DALAM POP RNB DENGAN ALBUM TERKINI “MERANGKAI”

    ZIVA MAGNOLYA MERANGKAI FENOMENA BAHARU DALAM POP RNB DENGAN ALBUM TERKINI “MERANGKAI”

    Penyanyi yang digelar Queen of Riff and Runs, Ziva Magnolya, kembali mencuri perhatian dengan pelancaran album keduanya berjudul Merangkai – sebuah karya penuh jiwa yang mengangkat genre Pop RnB sebagai teras utama. Diterbitkan di bawah label Universal Music Indonesia, album ini menjadi lambang evolusi Ziva sebagai penyanyi dan pencerita muzik yang autentik.

    “Album ini adalah impian yang akhirnya menjadi kenyataan. Saya membesar dengan genre Pop RnB dan sudah lama mahu menghasilkan karya yang benar-benar mewakili identiti muzik saya,” ujar Ziva yang sebelum ini mencipta gelombang menerusi single “Abadi” dan “Wanita Biasa”.

    9 Lagu, 1 Cerita: Cinta dari Pelbagai Sudut

    Album Merangkai memuatkan 9 buah lagu, termasuk tiga single popular yang sudah menemui peminat: “Abadi”, “Wanita Biasa” dan “Cukup”. Kesemua lagu ini saling terhubung melalui tema cinta – namun dipersembahkan dari pelbagai sudut pandang, menjadikan setiap trek sebuah bab dalam kisah emosi yang menyentuh dan relatable.

    Barisan Kolaborator Ternama & Kaleb J Jadi Tarikan Utama

    Bagi memastikan setiap lagu mencapai potensi terbaiknya, Ziva berganding bahu dengan beberapa nama besar dalam industri muzik tempatan. Antara yang terlibat ialah Dony Manurung, BIANCADIMAS, Trakast, Yafi Aria, Stefanus LJ, Ranbe, Belanegara Abe, S/EEK dan Laleilmanino.

    Salah satu kolaborasi yang paling dinanti-nantikan peminat ialah lagu “Against All The Odds” bersama Kaleb J, kerjasama pertama mereka yang telah menjadi permintaan ramai sejak 2021.

    Visual Penuh Karakter & ‘Seram Manja’ Buat Album Lebih Hidup

    Dari segi visual, Ziva bekerjasama dengan artis tersohor Diela Maharanie yang dikenali dengan gaya seni penuh warna dan karakter, menghasilkan artwork eksklusif yang memperkuat konsep album. Tambahan pula, elemen unik seperti ‘seram manja’ diselitkan dalam muzik video lagu “Kata Kata”, yang diarahkan oleh Ivan Saputra Alam dan diterbitkan oleh Athea Visual.

    “Ceritanya ringan tetapi lucu dan penuh makna – tentang cinta yang tak kesampaian, diceritakan dari sudut pandang orang yang ‘ghosting’,” jelas Ziva.

    Bukan Sekadar Lagu – Merangkai Jadi Teman Jiwa

    Melalui Merangkai, Ziva ingin menyampaikan lebih dari sekadar hiburan – tetapi juga pengubat hati dan semangat buat semua pendengar. “Saya harap album ini menjadi teman harian buat siapa pun yang mendengar. Mungkin ada lagu yang mewakili kisah hidup anda juga,” ujarnya.

    Senarai Lagu dalam Album “Merangkai”:

    1. Intro
    2. Abadi
    3. Tertarik Atau Baik
    4. Sesuka Hati
    5. 200K
    6. Kata Kata
    7. Against All The Odds (ft. Kaleb J)
    8. Wanita Biasa
    9. Cukup

    “Merangkai” kini boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, Deezer, dan YouTube Music. Jangan lepaskan peluang untuk menyelami emosi dan keindahan suara Ziva Magnolya dalam karya terbaiknya setakat ini.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Ziva di laman sosial rasmi beliau dan Universal Music Indonesia.

  • WANI KAYRIE CETUS AURA BAHARU DENGAN SINGLE “CAK CAK CEKUK”

    WANI KAYRIE CETUS AURA BAHARU DENGAN SINGLE “CAK CAK CEKUK”

    Wani Kayrie kembali mencuri perhatian pentas muzik tempatan dengan single terbaharunya yang cukup unik berjudul “Cak Cak Cekuk”, sebuah karya muzik pop moden yang diadun indah dengan sentuhan irama rakyat – menyampaikan kisah realiti dan harapan cinta pasangan muda masa kini. Diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment, lagu ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu bentuk penghormatan terhadap warisan budaya dan suara hati generasi baharu.

    “Cak Cak Cekuk” adalah hasil ciptaan bersama Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh, yang berjaya mengangkat semangat tradisional menerusi melodi yang ceria serta lirik yang bersahaja namun penuh makna. Lagu ini diilhamkan daripada nyanyian rakyat klasik “Cak Cekur Udang Gamit”, yang sering didendangkan oleh ibu dan nenek pada zaman dahulu kepada anak-anak kecil – kini diberi nafas baharu dalam irama pop yang dekat di hati generasi muda.

    Menurut Wani, mesej lagu ini sangat dekat dengan pengalaman peribadi dan kehidupan ramai pasangan muda. “Zaman sekarang ramai yang nak kahwin tapi belum cukup duit – jadi lagu ini adalah cara saya nak sampaikan mesej bahawa cinta tak semestinya mahal, yang penting keikhlasan,” katanya yang turut menggambarkan “Cak Cak Cekuk” sebagai sebuah karya yang membawa “vibe ceria tapi penuh makna.”

    Dengan gaya persembahan yang ringan dan beremosi, lagu ini menggambarkan cabaran golongan muda untuk mendirikan rumah tangga, namun dalam nada yang menghiburkan. Susunan muzik yang dinamik digabungkan dengan lirik puitis menjadikan “Cak Cak Cekuk” sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat usia – lebih-lebih lagi dalam acara cinta seperti majlis perkahwinan, bridal shower atau malam berinai.

    “Lagu ini adalah satu bentuk penghargaan saya kepada budaya kita. Saya mahu generasi muda bangga menyanyikan lagu-lagu seperti ini – moden, catchy, tapi ada jiwa,” kata Wani yang juga tidak sabar untuk mempersembahkan lagu ini secara langsung kepada peminat.

    Wani turut berkongsi bahawa bait lagu seperti “Perlahan dayung sampai hujung” mencerminkan semangatnya dalam mengejar impian dan berharap ia akan memberi motivasi kepada pendengar. “Kita semua pernah merasa sukar untuk capai sesuatu. Tetapi kalau hati cekal dan semangat kekal, kita pasti sampai ke destinasi.”

    “Cak Cak Cekuk” kini boleh distrim di semua platform digital termasuk Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music bermula 23 Mei 2025. Nantikan juga muzik video rasmi yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, menampilkan visual istimewa penuh warna-warni dan elemen budaya yang menyentuh nostalgia.

    Untuk mengikuti perkembangan terkini Wani Kayrie serta pelancaran eksklusif muzik video “Cak Cak Cekuk”, ikuti saluran rasmi dan media sosial Rocketfuel Entertainment.

  • Coway Raikan 19 Tahun di Malaysia dengan Festival Inovasi Penuh Gaya dan Teknologi Terkini

    Coway Raikan 19 Tahun di Malaysia dengan Festival Inovasi Penuh Gaya dan Teknologi Terkini

    Coway Innovation Fest perkenal pratonton eksklusif BEREX Smart Mattress dan paparan teknologi kediaman pintar selama lima hari di IOI City Mall

    Coway, jenama terkemuka dalam solusi kehidupan sihat, meraikan 19 tahun kehadirannya di Malaysia dengan penganjuran Coway Innovation Fest (CIF), satu acara pameran berskala besar yang memperkenalkan pelbagai inovasi terkini kepada orang ramai. Diadakan di IOI City Mall dari 21 hingga 25 Mei, CIF menyatukan teknologi, keselesaan dan gaya hidup moden dalam satu pengalaman unik yang terbuka kepada umum.

    Antara tarikan utama ialah pelancaran eksklusif Coway BEREX Smart Mattress, tilam pintar pertama Coway yang direka untuk memahami keperluan tidur individu secara dinamik. Dilengkapi dengan sensor pintar terkini, tilam ini mampu mengesan pergerakan dan postur tidur serta melaras keselesaan zon secara automatik sepanjang malam – menyokong penjajaran tulang belakang dan meningkatkan kualiti tidur.

    “Kami amat berbangga untuk membawakan Coway BEREX Smart Mattress sebagai bukti komitmen kami dalam inovasi kesihatan dan kesejahteraan. Tilam ini bukan sahaja canggih, tetapi juga menyentuh aspek paling peribadi dalam kehidupan tidur yang berkualiti,” ujar Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia.

    Bersama tilam pintar, CIF turut mempersembahkan beberapa produk inovatif lain seperti Mesin Basuh & Pengering 2-dalam-1, Penyaman Udara P-Series dan penulen air Villaem III semua direka untuk memenuhi keperluan kediaman moden dengan tumpuan kepada fungsi, estetika dan penjagaan kesihatan.

    Mesin basuh dan pengering pintar ini dilengkapi kapasiti cucian 10kg dan pengeringan 6kg, dan menggunakan Direct Drive Inverter Motor untuk operasi senyap serta efisien. Penyaman Udara P-Series pula bukan sekadar menyejukkan ia turut menapis udara secara masa nyata dengan sistem penulenan enam peringkat yang membuang sehingga 99.99% pencemar.

    Villaem III, penulen air generasi ketiga Coway yang turut mencuri tumpuan di festival ini, menawarkan sehingga 48 tetapan peribadi, termasuk pelbagai suhu dan isipadu air. Dengan fungsi pensterilan UV automatik setiap 12 jam dan tangki air panas 2.7 liter, Villaem III menjadi simbol keseimbangan antara keselamatan, kebersihan dan kemudahan.

    “Melalui Coway Innovation Fest, kami bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-19, malah menunjukkan bagaimana kami terus mendahului dalam mencipta produk dan pengalaman yang benar-benar bermakna buat rakyat Malaysia,” tambah Ryan.

    Festival ini juga menjadi pentas kepada pengenalan Coway Brand Store pertama di Malaysia, menandakan langkah baharu dalam memperluas keterlibatan jenama dengan pengguna secara lebih langsung dan interaktif.

    CIF memperkukuh komitmen Coway untuk terus membina masa depan yang lebih sihat, bersih dan pintar bagi semua lapisan masyarakat menjadikan kediaman bukan sekadar tempat tinggal, tetapi ruang terbaik untuk hidup.

    Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, layari www.coway.com.my atau ikuti Coway Malaysia di Facebook dan Instagram.