Kuala Lumpur, 16 Julai 2026 – Selepas mendapat sambutan hangat sebelum ini, Geng Bijak Berbajet (GBB) oleh Hotlink kembali dengan konsep baharu menerusi Siri Travelog Hotlink: Geng Bijak Berbajet. TV3 bersama Hotlink kini membawa penonton menyertai pengembaraan menarik yang penuh kejutan, sambil berkongsi tip bijak untuk menikmati pengalaman bercuti di Malaysia tanpa perlu berbelanja besar.
Menampilkan pelakon popular Kamal Adli sebagai Ketua Geng Bijak Berbajet, siri terbaharu ini membawa penonton meneroka pelbagai lokasi menarik di enam buah negeri di Malaysia. Bersama barisan selebriti tempatan seperti Hael Husaini, Nabila Razali, Siti Saleha, Zaki Yamani, Auddra Zulkifli, Izzue Islam dan Ain Edruce, mereka membuktikan bahawa pengalaman bercuti yang menyeronokkan masih boleh dinikmati walaupun dengan bajet yang terhad.

Siri yang mengandungi enam episod dengan durasi antara tiga hingga lima minit ini menampilkan konsep santai berunsurkan realiti, ulasan makanan, aktiviti menarik serta perkongsian bajet sebenar sepanjang perjalanan. Penonton boleh mengikuti pengembaraan ini menerusi TV3 bermula 29 Julai 2026 secara mingguan, manakala episod digital pula akan tersedia setiap Khamis bermula 30 Julai 2026 melalui TikTok @hotlink.official, @tv3malaysia serta Instagram @hotlinkred dan @tv3malaysia.
Bagi memeriahkan lagi kempen ini, Hotlink turut bekerjasama bersama Hot FM dan portal hiburan gaya hidup OHBULAN! sebagai rakan publisiti untuk mendekatkan lagi siri ini dengan penonton di pelbagai platform.
Dalam setiap episod, Kamal Adli bersama rakan selebritinya akan berdepan cabaran menguruskan bajet harian sekitar RM70 hingga RM100 untuk dua hingga tiga orang. Mereka perlu merancang perbelanjaan dengan bijak sambil mencuba pelbagai pengalaman unik seperti aktiviti ATV di Negeri Sembilan, menikmati makanan popular seperti Colek Campur di Kelantan serta mencuba pengalaman bufet atas awan di Sarawak.
Melalui cabaran ini, setiap peserta perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan pengalaman terbaik dengan perbelanjaan yang minimum. Setiap perjalanan turut dinilai menerusi segmen “Senarai Semak GBB” bagi melihat sejauh mana mereka berjaya memanfaatkan bajet yang diberikan.
Bagi membantu perjalanan mereka lebih lancar, rangkaian 5G serta pelan prabayar dan pascabayar Hotlink menjadi sokongan utama sepanjang pengembaraan. Dengan internet berkelajuan tinggi, peranti 5G, internet perayauan percuma serta pelbagai ganjaran menarik, peserta dapat kekal berhubung dan berkongsi pengalaman mereka sepanjang perjalanan.
Menurut Stephanie Wong, Ketua Pegawai Operasi Media Prima OMNiA, Agency Solutions, kerjasama bersama Hotlink ini membuka peluang untuk menghasilkan kandungan yang lebih segar, menghiburkan dan dekat dengan gaya hidup masyarakat hari ini. Beliau berkata, siri travelog ini bukan sahaja memberi hiburan kepada penonton, malah menyampaikan mesej tentang cara mengurus kewangan dengan lebih bijak melalui pendekatan yang santai dan mudah difahami.
“Siri ini menjadi satu platform menarik untuk menggabungkan elemen hiburan, gaya hidup dan pembelajaran kewangan secara semula jadi. Kami berharap kandungan seperti ini dapat memberi inspirasi kepada penonton untuk menikmati pengalaman baharu dengan lebih bijak dan berbaloi,” katanya.
Pengarah Pemasaran dan Pertumbuhan Maxis, Yeoh Sun Loo pula berkata, semangat Geng Bijak Berbajet sangat dekat dengan kehidupan pengguna masa kini yang sentiasa mencari pengalaman menarik tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Menurut beliau, sambutan positif terhadap siri terdahulu mendorong Hotlink untuk membawa konsep baharu menerusi travelog yang lebih santai dan penuh dengan tip berguna. Melalui siri ini, Hotlink berharap lebih ramai pengguna dapat menikmati perjalanan dan kehidupan harian dengan nilai yang lebih bermakna.
Majlis pelancaran Siri Travelog Hotlink: Geng Bijak Berbajet turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh Maryam sempena pelancaran muzik video rasmi Hotlink Geng Bijak Berbajet. Acara diteruskan dengan tayangan eksklusif episod pertama serta persembahan khas daripada Zaki Yamani, Nabila Razali dan Hael Husaini.
Saksikan pengembaraan baharu Hotlink Geng Bijak Berbajet dan sertai perbualan di media sosial menggunakan hashtag rasmi #HotlinkGengBijakBerbajet. Dengan pelan Hotlink Prepaid dan Postpaid yang menawarkan nilai terbaik serta pelbagai ganjaran menarik, pengguna boleh menikmati lebih banyak pengalaman tanpa perlu risau berbelanja lebih.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program TV3 dan kandungan menarik lain, ikuti laman sosial rasmi @TV3Malaysia di Facebook, X, YouTube dan Instagram.
