Ejen Ali The Movie 2 catat sokongan luar biasa, tapi masa makin suntuk!

Tayangan filem Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini memasuki fasa kritikal dan sokongan daripada rakyat Malaysia terus membara! Lima negeri telah pun menunjukkan komitmen luar biasa dalam misi ini: Selangor, Wilayah Persekutuan (KL & Putrajaya), Johor, Perak dan Kedah kini berada di kedudukan teratas carta jumlah tontonan EATM2 setakat ini.

Tapi bagaimana pula dengan negeri anda?
Sudahkah anda lapor diri dalam misi terbesar animasi tempatan tahun ini?

Jika belum, sekaranglah masanya. Filem yang telah mencetuskan fenomena di pawagam ini sedang berjuang untuk menembusi kutipan RM65 juta, dan setiap tiket anda adalah sebahagian daripada kejayaan itu. Ini bukan sekadar tontonan ini satu misi nasional!

Penonton yang telah menonton (dan ulang tonton!) menyifatkan EATM2 sebagai karya yang bukan saja hebat dari segi aksi dan visual, tetapi juga padat dengan emosi, misteri dan teori yang memerlukan lebih dari sekali tontonan untuk ‘tangkap habis’. Bukan keterlaluan kalau dikatakan EATM2 kini menjadi standard baharu filem animasi Malaysia.

Tapi seperti semua misi, masa adalah musuh utama.
Tayangan semakin berkurang. Tiket semakin susah didapat. Kalau bukan sekarang, mungkin misi ini bakal berakhir tanpa anda sebagai sebahagian daripadanya.

Bawa keluarga. Ajak kawan-kawan. Atau pergi solo asalkan anda ambil tempat dalam sejarah ini.
Ayuh kita buktikan animasi tempatan mampu terus menakluk pawagam dan mencipta legasi tersendiri.

Misi RM65 juta masih aktif. Negeri anda boleh jadi seterusnya yang naik ke carta teratas!
Jangan tunggu lagi. Sertai EATM2 di pawagam seluruh negara hari ini.