“WAJIB TONTON!” SYAFIQ YUSOF BERI MARKAH 1000/10 UNTUK EJEN ALI THE MOVIE 2!

Tayangan perdana terima pujian padu, penonton anggap filem animasi tempatan ini sebagai benchmark baharu industri!

“Sangat best, saya bagi 1000/10!” itulah kata-kata jujur daripada pengarah tersohor, Syafiq Yusof, sebaik selesai menonton Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) di tayangan perdana yang berlangsung penuh meriah di IOI City Mall, Putrajaya semalam. Dihadiri oleh barisan selebriti, wakil media, peminat setia serta tokoh industri kreatif, tayangan ini membuktikan bahawa EATM2 bukan sekadar filem animasi biasa ia satu fenomena baharu.

Majoriti hadirin memberikan reaksi positif, memuji kekuatan jalan cerita, kehalusan animasi serta emosi yang dipersembahkan secara mendalam dan matang. “Ini antara animasi terbaik yang Malaysia pernah hasilkan. Visual dia sangat realistik, ada shot macam penggambaran filem sebenar. Saya bangga dan korang memang kena tengok – wajib tonton!” jelas Syafiq lagi, nyata teruja dengan hasil karya anak tempatan.

Pengarah legenda tanah air, Dato’ Yusof Haslam, turut melahirkan kekaguman terhadap standard pembikinan filem ini. “Saya bagi 10 bintang. Kualitinya setaraf filem antarabangsa. Dari segi teknikal, visual dan penceritaan – semua berada pada tahap tertinggi. Saya sangat hormat kepada pasukan di sebalik filem ini.”

Turut hadir, ikon sukan kebangsaan dan duta Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Dato’ Azizulhasni Awang, yang berkata, “Cerita ini sangat menyentuh. Ada semangat persahabatan, ada aksi hebat, dan juga babak penuh emosi. Saya rasa penonton pasti akan terkesan.”

Pelakon popular Fizo Omar juga memuji EATM2 sebagai karya animasi yang mampu memberi impak besar. “Jalan cerita mantap, grafik kelas pertama, sound system padu – dari awal sampai habis kita teruja dan tak sabar nak tahu apa jadi lepas tu. Memang layak digelar bertaraf antarabangsa.”

Ejen Ali The Movie 2-Aksi Animasi Penuh Jiwa, Sarat Emosi!

Sekuel yang paling ditunggu-tunggu tahun ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 22 Mei 2025. Namun, peminat tegar sudah boleh merasai kehangatan misi lebih awal melalui tayangan awal pada 20 dan 21 Mei, dengan tempahan tiket yang telah pun dibuka di lebih 70 lokasi pawagam GSC dan TGV di seluruh negara.

Ejen Ali The Movie 2 menjanjikan bukan sahaja visual yang memukau dan aksi luar biasa, malah juga penceritaan yang lebih matang, menyentuh emosi dan sarat dengan nilai kekeluargaan, keberanian serta pengorbanan. Filem ini sesuai untuk semua lapisan usia dan pastinya akan memberikan pengalaman sinematik yang tidak dapat dilupakan.

Diterbitkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dengan kerjasama Komet Productions, filem ini bukan sahaja mengangkat martabat animasi tempatan ke tahap global, tetapi juga menjadi simbol kebanggaan industri kreatif Malaysia.

Ayuh! Sahut Misi-Tempah Tiket Sekarang!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan babak baharu dunia Ejen Ali!
Tempah tiket tayangan awal anda sekarang dan kongsikan pengalaman anda di media sosial dengan tanda pagar rasmi:
#EjenAliTheMovie2 #EATM2 #MisiPawagam #AksiAnimasi #AnimasiTempatan

Saksikan trailer rasmi di sini:
🎬 https://youtu.be/5nD1LWmAeKc