Samsung Electronics memperkenalkan Samsung Galaxy A37 5G dengan penekanan utama terhadap sistem kamera pintar yang dipertingkatkan, khusus untuk pengguna yang mahukan hasil fotografi lebih jelas, bersih dan profesional dalam pelbagai keadaan pencahayaan.


Kamera Utama 50MP
Galaxy A37 5G hadir dengan kamera utama 50MP bersama teknologi Optical Image Stabilization (OIS). Maksudnya, gambar jadi lebih stabil, tak mudah blur, dan hasilnya lebih tajam walaupun tangan tak betul-betul steady. Sesuai untuk ambil gambar siang atau keadaan cahaya sederhana.



Sistem Tri-Kamera
Selain kamera utama, peranti ini turut disertakan kamera ultra-Wide 8MP untuk tangkapan pemandangan luas serta 5MP makro untuk shot close-up yang detail. Gabungan ini memberikan fleksibiliti penuh kepada pengguna untuk merakam pelbagai jenis subjek dengan mudah.

AI Night Photography dan Pengoptimuman Warna
Samsung turut mempertingkatkan algoritma AI untuk fotografi malam melalui ciri Nightography. Sistem ini bukan sahaja mengurangkan kabur, tetapi turut adjust cahaya dan warna bagi menghasilkan gambar malam yang lebih natural dan terang tanpa “noise” berlebihan.
Kamera Hadapan dan Mod Potret
Bahagian kamera selfie Galaxy A37 5G hadir dengan sensor 12MP yang bukan sekadar cukup-cukup makan, tapi memang direka untuk bagi hasil gambar yang nampak lebih cantik dan natural. Dengan sokongan AI Portrait, setiap selfie akan nampak lebih kemas sebab background boleh blur dengan lebih smooth tanpa nampak terlalu “fake”.
Tone kulit pun nampak lebih seimbang, jadi tak terlalu pucat atau terlalu over-edit. Sama ada nak selfie santai, OOTD atau guna untuk video call, hasilnya tetap jelas dan sedap mata pandang. Memang sesuai untuk yang selalu update media sosial atau buat panggilan video setiap hari.


AI EDIT
Galaxy A37 5G ni senang sebab nak edit gambar semua boleh buat terus dalam phone, tak perlu install apps lain. Dalam galeri pun dah ada AI yang tolong kemaskan gambar supaya nampak lagi cantik dan “on point”. Kalau ada objek mengganggu dalam gambar, guna je Object Eraser terus hilang macam tak pernah ada. AI Remaster pun boleh bantu upgrade gambar lama atau gambar biasa-biasa jadi nampak lebih sharp dan hidup. Lagi best, Shadow Correction boleh betulkan lighting yang tak cantik supaya gambar nampak lebih balance dan sedap mata tengok.






Kalau nak phone kelas mid-range tapi fokus kuat pada kamera + AI yang bantu improve gambar tanpa susah-susah edit, Galaxy A37 5G memang antara pilihan yang solid. Gambar jadi lebih clean, terang dan nampak lebih “professional” terus dari phone.
Samsung Galaxy A37 5G ni dijangka harga dalam lebih kurang RM1,799 – RM1,999 kat Malaysia, ikut storage yang korang pilih. Untuk dapatkan phone ni, boleh pergi Samsung Experience Store, kedai-kedai official dealer, atau beli terus kat Shopee, Lazada, Samsung Online Store dan juga platform e-commerce terpilih yang lain.























