HONOR Malaysia bersedia mengubah landskap penghasilan kandungan mudah alih menerusi pengenalan HONOR Magic9 Pro Max yang dijadualkan meluncur secara rasmi ke pasaran tempatan pada 24 November 2026. Dalam sesi pengalaman media yang menampilkan tiga set studio imersif termasuk landskap inspirasi Dune dan rumah kampung tradisional Malaysia HONOR membuktikan bagaimana integrasi sains warna legenda daripada ARRI membolehkan pengguna merakam visual berkualiti studio tanpa perlu bergantung kepada peralatan produksi yang berat dan mahal.
Menerusi antaramuka khas ARRI CINEMA Mode, pembikin filem dan pencipta kandungan boleh mengakses pelbagai alatan gred profesional seperti ARRI LogC3 Curve untuk tona kulit yang semula jadi, pratonton ARRI Looks secara langsung, serta gamut warna ultra luas AWG. Melengkapkan kualiti gambar yang memukau ialah sistem Mikrofon Berarah Taraf Sinematik yang diinspirasikan daripada mikrofon shotgun di set penggambaran, lengkap dengan empat pratetap audio pintar (Long Range, Close Up, Voice Isolation, dan Voice Boost) serta pembesar suara Stereo Dual 1216 untuk pengalaman audio-visual yang imersif.
Bagi mereka yang gemar merakam subjek jarak jauh seperti konsert, sukan, atau hidupan liar, HONOR Magic9 Pro Max turut menyokong padanan aksesori profesional termasuk teleconverter khusus 200mm dan 500mm yang mampu mencapai jarak fokus sehingga 14,000mm, selain expansion cage daripada SmallRig. Nantikan pendedahan penuh spesifikasi, harga rasmi, dan tawaran menarik sempena pelancaran HONOR Magic9 Pro Max pada 24 November ini jam 3.00 petang secara langsung di Facebook rasmi HONOR Malaysia.













